kot 2015

11
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN TAHUN 2015 1.0 PENGENALAN Kejohanan Olahraga Tahunan telah menjadi acara wajib di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan yang diadakan pada setiap tahun. Kejohanan ini melibatkan semua guru-guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan. Kejohanan ini dianjurkan untuk mengumpul mata yang melibatkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu rumah sukan Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Kejohanan ini akan melibatkan acara padang dan balapan, secara individu mahupun berkumpulan. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat dan kehendak IPG di Malaysia khususnya IPG Kampus Sultan Mizan yang bukan sahaja ingin melahirkan pendidik yang cemerlang dari segi akademik tetapi turut mahir dalam bidang pengurusan dan kokurikulum. Terdapat banyak faedah sekiranya kita bersukan. Pertama adalah dapat melahirkan seorang individu yang sihat. Hal ini demikian kerana, bersukan mampu untuk menguatkan lagi otot dan tulang serta menjamin kesihatan tubuh badan. Selain itu, aktiviti sukan juga bertujuan untuk mendisiplinkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana mana-mana individu yang cemerlang dalam bidang sukan selalunya mampu mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Upload: chyn-ing

Post on 13-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kot 2015

TRANSCRIPT

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNANINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANTAHUN 2015

1.0 PENGENALANKejohanan Olahraga Tahunan telah menjadi acara wajib di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan yang diadakan pada setiap tahun. Kejohanan ini melibatkan semua guru-guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan. Kejohanan ini dianjurkan untuk mengumpul mata yang melibatkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu rumah sukan Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Kejohanan ini akan melibatkan acara padang dan balapan, secara individu mahupun berkumpulan. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat dan kehendak IPG di Malaysia khususnya IPG Kampus Sultan Mizan yang bukan sahaja ingin melahirkan pendidik yang cemerlang dari segi akademik tetapi turut mahir dalam bidang pengurusan dan kokurikulum.Terdapat banyak faedah sekiranya kita bersukan. Pertama adalah dapat melahirkan seorang individu yang sihat. Hal ini demikian kerana, bersukan mampu untuk menguatkan lagi otot dan tulang serta menjamin kesihatan tubuh badan. Selain itu, aktiviti sukan juga bertujuan untuk mendisiplinkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana mana-mana individu yang cemerlang dalam bidang sukan selalunya mampu mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.Jesteru, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 akan diadakan pada 2 dan 3 Mac 2015 (isnin dan selasa) di balapan SMK Nasiruddin Shah, Besut dengan tema IPG Kampus Sultan Mizan peneraju sukan IPG Malaysia. Hal ini sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, iaitu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua.

2.0 RASIONALKejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan acara sukan utama yang dipertandingkan. Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi hasrat dan kehendak Institut Pendidikan Guru di Malaysia, khususnya Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.Setiap tahun, KOT akan menjadi kejohanan utama dan menjadi tradisi di IPG Kampus Sultan Mizan kerana aktiviti ini menjadi medium penting untuk mencungkil bakat dan menggilap potensi diri guru pelatih bagi mewakili Kampus Sultan Mizan dalam kejohanan KAGUM ke Peringkat Kebangsaan.Sehubungan itu, bagi mengurus dan mengelola KOT secara sistematik, pihak pentadbiran dan pengurusan telah memberi amanah dan tanggungjawab serta kepercayaan penuh kepada Unit Kokurikulum untuk merangka dan merancang program KOT, mereka bentuk perjalanan kejohanan serta bertanggungjawab sebagai pengelola yang boleh memenuhi piawaian dalam konteks kejohanan olahraga yang berkesan dan berkualiti.Justeru itu, selaku pengelola, Unit Kokurikulum dengan kerjasama semua jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta melatih guru pelatih khususnya PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 dalam aspek mengelola dan menguruskan sukan olahraga tahunan. Dengan kata lain, guru-guru pelatih Semester 5 PISMP merupakan kumpulan yang akan bertanggungjawab dalam mengurus dan mengelola program bersesuaian dengan kehendak 4K iaitu kemahiran mengurus, kemahiran mengelola, kemahiran melatih dan seterusnya kemahiran kepegawaian teknik.Untuk mencapai objektif KOT pada tahun ini, penglibatan serta sokongan daripada semua warga IPG Kampus Sultan Mizan amatlah dihargai kerana komitmen serta kerjasama adalah kata kunci utama dalam usaha menaikkan imej institut sebagai pusat latihan guru yang serba boleh.

3.0 MATLAMATKejohanan olahraga Tahunan (KOT) 2015, IPG Kampus Sultan Mizan ini diadakan untuk meningkatkan penguasaan guru pelatih dalam kemahiran bidang Gerak Kerja Kokurikulum yang diceburi, khususnya dari segi kemahiran pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian.Guru pelatih juga berpeluang menimba pengalaman hasil dari pengelolaan dan pengendalian KOT ini. Secara tidak langsung, guru pelatih dapat memanafaatkan pengalaman KOT ini apabila menguruskan kejohanan olahraga di sekolah masing-masing kelak. Hal ini adalah bersesuaian dengan hala tuju Standard Guru Malaysia.Selain itu, KOT ini juga dilaksanakan untuk memenuhi silibus yang terdapat dalam kursus iaitu dalam tajuk olahraga (WAJ3121) pada semester ini.4.0 OBJEKTIFPenganjuran KOT pada tahun ini diadakan untuk mencapai objektif berikut:I. Menjalin hubungan silaturahim dan wahana penggerak pendapat antara guru pelatih dan juga pensyarah disamping memupuk integrasi profesionalisme perguruan.II. Menampilkan kecemerlangan dan kejaguhan para peserta dalam bidang sukan.III. Meningkatkan penguasaan kemahiran peserta dalam bidang Gerak Kerja Kokurikulum yang diceburi khususnya dari segi kemahiran pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian.IV. Melahirkan bakal pendidikan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi cergas, tangkas, berdedikasi dan bertanggungjawab yang sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua.V. Memupuk pembinaan nilai positif, muhibah dan persahabatan dalam kalangan guru pelatih.VI. Membina insan guru pelatih yang berketerampilan.

5.0 TARIKH KEJOHANANTarikh : 2 dan 3 Mac 2015Hari : Isnin dan selasa

6.0 TEMPAT KEJOHANANPadang Sekolah Menengah Kebangsaan Nasirudin Shah

7.0 CADANGAN NAMA PERASMIAN PENUTUPEncik Abd. Rashid bin JusohPengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu

8.0 KUMPULAN SASARANSemua guru pelatih yang menjalani kursus perguruan sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

9.0 TEMA KEJOHANANIPG Kampus Sultan Mizan peneraju sukan IPG Malaysia

10.0 AJK INDUK PENGELOLARujuk Lampiran A

11.0 AJK PELAKSANARujuk Lampiran B

12.0 ATURCARA KEJOHANANRujuk Lampiran C

13.0 ATURCARA PERASMIAN PENUTUPRujuk Lampiran D

14.0 ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lampiran E

15.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUN 2015Rujuk Lampiran F

16.0 BORANG PENYERTAAN DAN BORANG KEHAKIMANRujuk Lampiran G

17.0 SENARAI NAMA GURU PELATIH MENGIKUT RUMAH SUKANRujuk Lampiran H

18.0 PRO FORMA KURSUS WAJ3121Rujuk Lampiran I

19.0 PENUTUPKejohanan Olahraga Tahunan 2015 ini memberi peluang kepada guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menjadi bakal pendidik yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menganjurkan sesuatu kejohanan. Selain itu, pelaksanaan kejohanan ini dapat menjalin hubungan silaturahim dan wahana penggerak pendapat antara guru pelatih dan pensyarah di samping memupuk integrasi profesionalisme perguruan. Pelaksanaan kejohanan ini berobjektif untuk melahirkan insan pendidik yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek yang menjadi nadi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman baru dalam menguruskan kejohanan olahraga agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

Disediakan Oleh,

(AZHAR BIN HUSIN)Setiausaha Projek,Kejohanan Olahraga Tahunan,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.SOKONGAN PENYELARAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

Dengan ini saya bersetuju / tidak bersetuju dengan cadangan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, tahun 2015 kerana

..(ENCIK SULIZI BIN CHE AWANG)PenyelarasKejohanan Olahraga TahunanInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanBesut, Terengganu

SOKONGAN KETUA UNIT KOKURIKULUM

Dengan ini saya bersetuju / tidak bersetuju dengan cadangan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, tahun 2015 kerana

..(ENCIK MOHAMAD BIN AB. LATIFF)Ketua Unit KokurikulumInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanBesut, Terengganu

SOKONGAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Dengan ini saya bersetuju / tidak bersetuju dengan cadangan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, tahun 2015 kerana

..(TUAN HAJI BAHARUDDIN BIN HUSSIN)Ketua JabatanHal Ehwal PelajarInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanBesut, Terengganu

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan *cadangan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, tahun 2015 kerana

..(DR. HJ. MOHD. AZIZ BIN MOHD. DIN)PengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanBesut, Terengganu

*potong yang tidak berkenaan