koperasi dan organisasi bukan bermotif untung

18
KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN BERMOTIF UNTUNG

Upload: harizan-ahpla

Post on 20-Feb-2016

298 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PP P1

TRANSCRIPT

Page 1: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN BERMOTIF UNTUNG

Page 2: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

3. KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN BERMOTIF UNTUNG.

3.1 Koperasi i) Definisi dan peranan ii) Prinsip-prinsip koperasi iii) jenis-jenis koperasi iv) Aktiviti-aktiviti koperasi v) Penubuhan - proses penubuhan - peranan badan berkaitan - Jabatan Pembangunan Koperasi.(JPK) - Maktab Kerjasama - Angkasa vi) Perbandingan dengan organisasi bermotif

untung. - Kawalan - Pengurusan kewangan - Pengurusan pemasaran.

6.2 Organisasi bukan bermotif untung dan organisasi bukan kerajaan.

i) Definisi ii) Prinsip-prinsip organisasi

bukan bermotif untung iii) Jenis-jenis organisasi bukan

bermotif untung. iv) Aktiviti Penubuhan,

pendaftaran, keahlian, lembaga pengarah/

jawatankuasa kerja vi) Perbandingan dengan

organisasi bermotif untung.

- Kawalan - Pengurusan kewangan

- Pengurusan pemasaran

Page 3: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

KOPERASI DAN ORGANISASI BUKAN BERMOTIF KEUNTUNGAN

DEFINISI. Ialah satu pertubuhan yang terdiri daripada pihak-pihak individu dan bermatlamat meningkatkan kepentingan ekopnomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi seperti keanggotaan secara sukarela, pengurusan demokratik, pulangan terhad atas modal, pembahagian saksama keuntungan, pengalakkan pendidikan dan kerjasama antara koperasi.

PERANAN/TUJUAN

Untuk memenuhi keperluan dan mengatasi permasalahan individu (anggota-anggota). Sementara caranya adalah dengan bergabung beramai-ramai, tolong-mrnolong dan berpakat. Oleh kerana diri setiap anggota itu berbeza-beza, maka gabungan individu-individu itu perlu diasaskan atas beberapa atau sekurang-kurangnya satu persamaan kepentingan ekonomi antara mereka bagi menjamin tiada konflik dan mencapai kejayaan. (Keyataan JPK)

Tujuan: 1. Sosial – Meningkatkan Pendidikan, Kesiahatan sosial dan Perlindungan.

2. Ekonomi – Menawarkan perkhidmatan Bank/kredit, Pengguna/pertanian dan Sekolah.

3. Budaya – Menggalakkan kegiatan seperti Gotong-royong, Khemah kerja, Kem motivasi, Kenduri kendara, Majlis keramaian dan lain-lain

lagi.

Page 4: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarelaKeahlian sesebuah koperasi hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan atau

diskriminasi dari segi sosial, politik atau agama, kepada senua orang yang boleh menggunakan perkhidmatan dan sanggup menerima tanggungjawab keahlian. Ini bermakna sesebuah koperasi tidak boleh mengenakan halangan kepada mana-mana individu untuk menyertainya selagi individu tersebut layak mengikut Akta Koperasi 1993

2.Pengurusan secara demokrasi oleh anggotaKoperasi ialh pertubuhan yang bersifat demokrasi. Hal-ehwal sesebuah koperasi hendaklah ditadbirkan oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi berkenaan. Bagi koperasi asas, ahli-ahlinya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu, satu undi bagi setiap orang ahli) dan mereka turut serta membuat keputusan- keputusan yang berkaitan dengan koperasi mereka. Bagi koperasi atasan dan koperasi menengah, pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dalam bentuk yang bersesuaian.

3.Faedah atau pulangan atas modal yang terhad.Modal saham yang disumbangkan ahli hendaklah menerima satu kadar faedah atau pulangan yang terhad, jika ada. Di Malaysia, tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi, faedah atau dividen tidak melebihi 10%(6% bagi koperasi kredit dan bank) boleh diberi bagi tujuan untuk meggelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan pelaburan.Keutamaan koperasi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada ahli dan bukan keuntungan semata-mata.

Page 5: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

4. Pembahagian lebihan yang saksamaSegala lebihan(keuntungan) jika ada, yang dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli koperasi itu dan seharusnya dibahagikan dengan adil tanpa mana-mana ahli mendapat laba yang melampau berbanding ahli-ahli lain.

5. Galakan kepada pendidikan koperasiSemua koperasi perlu membuat peruntukkan untuk pendidikan bagi meningkatkan kesedaran ahli-ahlinya, kakitangannya dan masyarakat umum mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik koperasi , baik dari segi ekonomi mahupun demokrasi.Pendidikan kepada ahli bukan koperasi dapat meningkatkan kemahiran untuk diri sendiri, malah juga membolehkan ahli memainkan peranan yang lebih berkesan sama ada sebagai ahli biasa ataupun ahli lembaga koperasi.

6. Kerjasama aktif sesama koperasi yang berdaftarSemua pertubuhan koperasi sepatutnya bekerjasama dengan lebih aktif dalam semua cara yang praktik dengan koperasi-koperasi lain diperingkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli dan masyarakat. Melalui kerjasama ini ia boleh memperluas dan memperkukuhkan semangat saling membantu dan seterusnya akan mempunyai kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.

7. Prihatin terhadap masyarakatSegala pembangunan yang ingin dilakukan terhadap masyarakat perlulah dilakukan secara berterusan. Segala yang ingin dilakukan mestilah mendapat persetujuan dari ahli-ahli dan anggota-anggotanya.

Page 6: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

KOPERASI ASAS.

Sebuah pertubuhan yang dianngotai oleh individu atau oarang perseorangan. Mempunyai keanggotaan minimum 100 orang.

KOPERASI MENENGAH

Koperasi yang anggota0anggotanya terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja. Keanggotaan minimu bagi koperasi ini ialah sekuarang-kurangnya 2 koperasi asas.

KOPERASI ATASAN.

Atau koperasi induk yang mempunyai keanggotaan terdiri daripada koperasi-koperasi menengah ataupun koperasi menegah dan koperasi asas. Contonya (ANGKASA)

Page 7: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

JENIS-JENIS AKTIVITI UTAMA

Koperasi Kredit dan Bank

Menyediakan kemudahan kredit penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding bukan ahli.

Koperasi Pengguna

Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu melalui kedai-kedai runcit ,pasar mini dan pelbagai kedai lain.

Koperasi Perumahan

Memajukan projek perumahan bagi memenuhi permintaan ahli-ahli untuk mendapatkan rumah sendiri yang selesa dengan harga berpatutan.Tertumpu kepada rumah-rumah kos rendah dan sederhana

Koperasi Industri Kampung

Mepergiat dan memusatkan usaha-usaha kraf tangan dan industri kampung yang mempergunakan tanah liat ,buluh ,rotan dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan ahli-ahlinya.

Koperasi Pembangunan Tanah

Membangunkan tanah-tanah yang luas dengan projek pertanian dan mengusahakan penanaman untuk jualan bagi tanaman-tanaman utama.

Koperasi Insurans

Menjalankan kegiatan insurans kepada ahli-ahlinya (MCIS) adalah satu-satunya koperasi berdaftar dalam sektor insurans .

Koperasi Kenderaan Pengangkutan

Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggota-anggota.Turut meyediakan pengangkutan awam seperti Bas ,Lori dan pengangkutan komersil.

Page 8: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

1. Seksyen 5(1) Akta Koperasi 1993 Keahlian koperasi – Koperasi Asas keahlian sekurang-kurangnya 100 0rang - Koperasi menengah sekurang-kurangnya 2 koperasi asas - Koperasi atasan sekurang-kurangnya 2 koperasi menengah

atau koperasi asas.

2. Seksyen 6 i. Kemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar Koperasi dengan borang yang

telah ditetapkan dan ditandatangani oleh: Koperasi Asas- 10 orang ahli Koperasi Menengah dan Atasan- seorang setiap orang yang menyertainya. ii. Sertakan undang-undang kecil koperasi (cadangan) iii. Minit mesyuarat agung penubuhan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 50

orang ahli yang hadir.

3. Seksyen 26 9kelayakan menjadi ahli koperasi i. Warganegara Malaysia ii. 18 tahun untuk koperasi dewasa dan 12 tahun koperasi sekolah.iii. Bermaustautin atau mempunyai tanah ditempat koperasi ditubuhkan.

Page 9: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

PENGENALAN.

JPK ditubuhkan pada 1922 oleh kerajaan British untuk mengurus dan mendaftar syarikat kerjasama. Dan kini JPK terletak dibawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

PERANAN

1. Mendaftar penubuhan koperasi dan membatalkan koperasi dan memastikan koperasi berjalan mengikut peruntukan Akta koperasi.

2. Menyediakan bantuan kewangan kepada koperasi.

3. Menyediakan khidmat nasihat kepada koperasi.

4. Merancang dan menguatkuasakan program pembangunan koperasi.

5. Menggalakkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor

6. Memberi bantuan pengurusan, bantuan infrastruktur, serta mengadakan seminar serta kursus dan juga bengkel.

Page 10: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

PENGENALAN.

MKM merupakan institusi pengajian koperasi yang tunggal di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1956 dan telah diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun pada tahun 1968 dan dibawah tanggungjawab Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi.

PERANAN1. Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi serta menerbitkan diploma serta sijil2. Mencetak dan menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan koperasi.3. Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.4. Memberi latihan berkualiti kepada pemimpin dan anggota koperasi.5. Menganjurkan seminar berkaitan isu-isu semasa.6. Menyebarkan maklumat terkini melalui media MKM (Dimensi Koperasi & Berita

MKM)7. Menyediakan pasukan pengurus koperasi yang terlatih untuk guna tenaga masa

hadapan.8. Memastikan bahan-bahan rujukan lengkap dan terkini dan mudah didapati.

Page 11: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

PENGENALANDitubuhkan pada 12 Mei 1971 oleh gerakkan koperasi di Malaysia yang merasakan mereka memerlukan badan puncak untuk memandu arah koperasi bandar dan juga luar bandar. Iannya merupakan gabungan koperasi peringkat kebangsaan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

TUJUAN PENUBUHAN1. Menyatukan semua koperasi di Malaysia2. Mewakili gerakkan koperasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.3. Mengawasi menjaga kepentingan ahli-ahli khususnya dan dalam gerakkan koperasi.4. Memberikan nasihat dan pertolongan kepada ahli-ahli dalam pengurusan perniagaan

mereka.5. Mengembangkan prinsip-prinsip, amalan koperasi dan berkerjasama dengan pihak

kerajaan demi kepentingan pembangunan negara.6. Menggalakkan penyelidikan dan kajian mengenai masalah yang dihadapi koperasi.7. Menyediakan dan memberi khidmat nasihat berkenaan tataurus koperasi dan

perkhidmatan potongan gaji untuk kepentingan ahli-ahlinya.8. Memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi dan ilmu perniagaan

keusahawanan.9. Membantu kerajaan untuk mengalakkan dan memperkembangkan gerakkan koperasi

di Malaysia.

Page 12: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

1. Koperasi melaksanakan aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

2. Koperasi buakannya pertubuhan politik dan tidak boleh dijaladikan sebagai landasan untuk berpolitik.

3. Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain.

4. Koperasi bukannya syarikat persendirian atau swasta.

5. Pengurusan dan pengawalan koperasi adalah menurut Akta Koperasi 1993, peraturan-peraturan koperasi 1995 dan Undang-undang kecil koperasi.

6. Setiap ahli memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran masuk yang disumbangkan disamping menjadi pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

7. Koperasi adalah milik ahli-ahlinya dan ALK adalah dilantik secara demokratik dan melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang mengawal perjalanan koperasi.

Page 13: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

DIMENSI KOPERASI ORGANISASI BERMOTIF UNTUNGKawalan undang-undang

Akta koperasi 1993, menggariskan perjalanan koperasi dengan ketua pendaftar koperasi memastikan peraturan di patuhi.

Akta Syarikat 1965, merupakan fakta utama sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. Banyak akta lain juga yang mempengaruhu perniagaan tesebut. Pendaftar syrikat tidak mempunyai kawalan ke atas organisasi .

Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan koperasi digariskan mengikut akta dikuatkuasakan oleh ketua pendaftar koperasi.

Pengurusan kewangan organisasi bermotifkan keuntungan mempunyai kebebasan bagaimana wang perlu di belanjakan dan bagaimana sumber diperolehi.

Modal saham

Tiada had dalam modal saham dan boleh ditambah dari semasa ke semasa.

Had modal dibenarkan telah ditetapkan ketika pendaftaran. Sekiranya had tetsebut telah dicapai, tiada saham baru yang boleh diterbitkan.

Pengurusan pemasaran

Lebih tertumpu kepada pemasaran keahlian koperasi berkenaan.

Lebih tertumpu kepada barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pembayaran Dividen

Tidak lebih 10% kecuali dengan kebenaran ketua pendaftar

Tiada had dan bergantung kepada prestasi syarikat. Lembaga Pengarah Akan memutuskan samada dividen diberi atau tidak.

Kawalan Pengurusan

Dikawal oleh anggota lembaga koperasi yang dilantik melalui mesyuarat agung tahunan

Ditentukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat berdasarkan kepada sesiapa yang banyak memegang saham

Page 14: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

DIFINASIOrganisasi bukan bermotifkan untung merangkumi semua jenis pertubuhan selain daripada organisasi perniagaan. Pertubuhan ini merangkumi persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian sekurang-kurangnya 7 orang. Tujuan utama pertubuhan adalah menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Semua organisasi bukan bermotifkan untung perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Pertubuhan selaras dengan kehendak Seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966.

PRINSIP-PRINSIP a) Keanggotaan secara sukarela Keahlian sesebuah pertubuhan bukan bermotifkan untung adalah tanpa tekanan atau paksaan dari mana-mana pihak. Pertubuhan tidak boleh menghalang individu yang berminat untuk menyertai pertubuhan berkenaan. b) Pengurusan secara demokrasi.Oganisasi bukan bermotifkan untung adalah pertubuhan yang bersifat demokrasi. Di tadbir oleh mereka yang dipilih atau dilantik secara persetujuan ahli-ahli pertubuhan. c) Pertubuhan faedah bersamaMemberi faedah kepada ahli dari segi kebajikan dan pengiktirafan.d) Memperjuangkan isu-isu yang sama.Setiap ahli memperjuang atas dasar isu-isu yang sama.

Page 15: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

Bil Kategori Aktiviti Contoh1 Belia Menumpukan kegiatan-kegiatan yang

memberi manfaat kepada belia dengan penglibatan aktif golongan tersebut.

Perak Youlth Club, Majlis Belia Negeri Johor.

2 Kebajikan Kehlian terdiri daripada sukarelawan yang bergiat tegas dengan membuat amal dan memberi sumbangan kepada golongan tertentu yang perlukan bantuan.

Kelab Lions Butterworth, Club Rotary Ipoh.

3 Kebudayaan Keahlian tertumpu kepada golongan yang berminat dalam kebudayaan dan dengan itu kegiata utamanya adalah mempromosikan aktiviti kebudayaan.

Majlis Teater Negeri Kelantan, Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Selangor.

4 Perkerjaan Pertubuhan diwujudkan berasaskan pekerjaan. Keahlian terdiri daripada individu yang bekerjaya yang sama atau berkait rapat.

Persatua Peguam Muslim Sabah, Kelab Wartawam Pahang.

5 Pendidikan Aktiviti utama berkaitan pendidikan. Selain ceramah motivasi dan mengadakan kelas-kelas bimbingan khidmat nasihat berkaitan pendidikan turut diberikan.

Persatuan Pendidikan IslamNegeri Sembilan, Kelab Siswazah Perak.

6 Lain-lain pertubuhan yang terdiri daripada kegiatan Perdagangan, sosial &rekreasi, sukan, agama, wanita dan am.

Page 16: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

LANGKAH PERTAMASatu mesyuarat dengan kehadiran tidak kuarang daripada 7 orang hendaklah diadakan. Tujuan nmesyuarat

penubuhan tersebut adalah untuk membuat ketetapan –ketetapan berikut: a) Menyatakan persetujuan menubuhkan pertubuhan

b) Meluluskan nama dan alamat pertubuhan di daftarkan nama pertubuhan seharusnya mengikut tujuan penubuhan kegiatan yang akan dijalankan ataupun berdasarkan keahlian.

c) Melantik ahli jawatan kuasa kerja untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan d) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil pertubuhan yang hendak didaftarkan

LANGKAH KEDUAPendaftaran dibuat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dimana pertubuihan itu diwujudkan.Dokumen

pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang yang memegang jawatan utama pertubuhan. Anmtara dokumen tersebut ialah:

a) Borang permohonan.b) Senarai ahli jawatankuasa penaja dengan butiran peribadi masing-masing.c) Undang-undang kecil pertubuhan yang memohon pendaftaran.d) Minit mesyuarat pertubuhan yang mencatatkan ketetapan yang telah diambil.

LANGKAH KETIGA

Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang sebarang aktiviti atas nama pertubuhan tersebut sehinggalah permohonan penubuhan diluluskan. Apabila kelulusan diperolehi, pendaftar pertubuhan akan mengeluarkan sijil Perakuan Pendaftaran sebagai pengesahan penubuhan pertubuhan tersebut.

Page 17: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

1. Pertubuhan tersebut adalah cawangan kepada pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya.

2. Pertubuhan tidak mematuhi peruntukan dalam akta.

3. Berlaku pertelingkahan dalam menentukan pemegang jawatan dan pengurusan harta sehingga mahkamah terpaksa membuat keputusan.

4. Menyalahi undang-undang yang boleh memudaratkan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.

5. Diisytiharkan oleh menteri sebagai meyalahi undang-undang.

6. Mengelirukan orang ramai kerana maksud pertubuhan tersebut hampir sama dengan pertubuhan lain.

7. Mempunyai nama yang sama dengan pertubuhan lain.

Page 18: Koperasi Dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

Bil Perkara Organisasi bukan bermotifkan untung Organisasi bermotifkan untung

1 Kawalan Undang-undang

Akta pertubuhan 1966mengariskan perjalan organisasi bukan bermotifkan untung dengan ketua pendaftar pertubuhan memastikan peraturan di patuhi.

Akta Syarikat 1965, merupakan akta uatama sebagai panduan dalam menjalankan perniagaan. Banyak akta lain yang berkaitan juga mempaengaruhi pengurusan perniagaan tersebut. Bagaimanapun pendaftar perniagaan dan pendaftar syrikat tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas perjalanan organisasi ini

2 Kawalan Pengurusan

Pucuk pimpinan di tentukan melalui pemilihan ahli-ahli yang semuanya mempunyai hak sama.

Pengurusan sesebuah syarikat ditentukan oleh lembaga pengarah syarikat yang dipilih berdasarkan undi dalam mesyuarat agung. Pemilihan adalah berdasarkan undi yang mana hak mengundi bergantung kepada bilangan saham yang dimiliki.

3 Sumber Kewangan

Sumber kewangan adalah daripada yuran keahlian serta derma dan hadiah yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

Sumber kewangan organisasi bermotifkan untung terutamanya datang daripada pemilik perniagaan selain daripada hutang.

4 Penyata Kewangan

Penyata yang disediakan ialah penyata penerimaan pembayaran tunai. Bagi organisasi yang lebih berkeupayaan, penyataan pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira juga disediakan.

Penyata pendapatan dan kunci kira-kira adalah diperlukan kerana organisasi bermotifkan untung sudah pasti ingin mengetahui kedudukan keuntunganya.

5 Pengurusan Pemasaran

Usaha pemasaran tertumpu kepada individu yang berpotensi menjadi ahli, serta pihak yang berpntensi untuk menjadi penderma.

Lebih tertumpu kepada barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.