koordinasi dan gerak balas

15
Koordinasi dan Gerak Balas 1. Rangsangan luar ialah perubahan yang berlaku di bahagian luar badan suatu organisma : cahaya,bau ,rasa , sentuhan,suhu dan tekanan 2. Rangsangan dalam merujuk kepada semua perubahan yang berlaku dalam bahagian dalam badan suatu organisma aras gula dan tekanan osmosis 3. Kepentingan keperluan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam dan luar: a. Menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran b. Melindungi organisma daripada ancaman c. Memastikan kemandirian organisma hidup d. Untuk mengawal atur keseimbangan persekitaran dalam organisma 4. Rangsangan didefinisikan sebagai sebarang perubahan pada persekitaran dalam dan luar suatu organisma yang menyebabkan perubahan fisiologi dan kelakuan dalam organisma tersebut. 5. Gerak balas bermaksud reaksi yang dilakukan oleh badan kita terhadap rangsangan 6. Manusia dan haiwan bergerak balas melalui koordinasi fungsi pada keseluruhan badan 7. Tumbuhan bergerak balas terhadap persekitaran luar melalui rangsangan yang disebut tropisme 8. Tropisme didefinisikan sebagai pertumbuhan berarah bagi bahagian tumbuhan tertentu dalam gerak balas terhadap rangsangan luar. Pertumbuhan ke arah rangsangan dikenali sebagai tropisme posotif,sementara pertumbuhan menjauhi rangsangan dikenali sebagai tropisme negatif.

Upload: mohd-afri

Post on 21-Dec-2015

144 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota gerak balas dan pergerakan dalam organisma

TRANSCRIPT

Page 1: Koordinasi Dan Gerak Balas

Koordinasi dan Gerak Balas1. Rangsangan luar ialah perubahan yang berlaku di bahagian luar badan

suatu organisma : cahaya,bau ,rasa , sentuhan,suhu dan tekanan

2. Rangsangan dalam merujuk kepada semua perubahan yang berlaku

dalam bahagian dalam badan suatu organisma aras gula dan tekanan

osmosis

3. Kepentingan keperluan organisma bertindak balas terhadap

persekitaran dalam dan luar:

a. Menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran

b. Melindungi organisma daripada ancaman

c. Memastikan kemandirian organisma hidup

d. Untuk mengawal atur keseimbangan persekitaran dalam

organisma

4. Rangsangan didefinisikan sebagai sebarang perubahan pada

persekitaran dalam dan luar suatu organisma yang menyebabkan

perubahan fisiologi dan kelakuan dalam organisma tersebut.

5. Gerak balas bermaksud reaksi yang dilakukan oleh badan kita terhadap

rangsangan

6. Manusia dan haiwan bergerak balas melalui koordinasi fungsi pada

keseluruhan badan

7. Tumbuhan bergerak balas terhadap persekitaran luar melalui

rangsangan yang disebut tropisme

8. Tropisme didefinisikan sebagai pertumbuhan berarah bagi bahagian

tumbuhan tertentu dalam gerak balas terhadap rangsangan luar.

Pertumbuhan ke arah rangsangan dikenali sebagai tropisme

Page 2: Koordinasi Dan Gerak Balas

posotif,sementara pertumbuhan menjauhi rangsangan dikenali sebagai

tropisme negatif.

9. Contoh pergerakan tropisme:

a. Fototropisme-gerak balas tumbuhan terhadap cahaya..pucuk

menunjukkan tropisme positif manakala akar menunjukkan

tropisme negatif

b. Hidrotropisme- Gerak balas tumbuhan terhadap air. Akar

menunjukkan tropisme positif manakala pucuk menunjukkan

tropisme negatif

c. Geotropisme- gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti

bumi. Pucuk utama menunjukkan geotropisme negatif manakala

akar utama menunjukkan geotropisme positif.

10. Gerakan nasti merujuk kepada gerakan bahagian tumbuhan tertentu

dalam gerak balas rangsangan luar.

11.Gerakan taktik merujuk kepada gerakan keseluruhan badan terhadap

rangsangan luar.

12.Reseptor merujuk kepada sel-sel atau sekumpulan sel yang mengesan

rangsangan tertentu dan memulakan penghantaran impuls saraf melalui

organ deria. Cthnya mata telinga, hidung dan kulit.

13.Efektor bermaksud sel atau organ yang menghasilkan gerak balas

fisiologi apabila dirangsang oleh impuls saraf. cthnya pelbagai otot dan

kelenjar

14.Impuls saraf di definisikan sebagai isyarat yang dihantar melalui fiber

saraf. Inilah cara maklumat di hantar sepanjang sistem saraf.

15.Komponen utama yang terlibat dalam pengesanan dan gerak balas

terhadap perubahan persekitaran dalam ialah sistem saraf dan sistem

endokrin melalui mekanisme suap balik.

Page 3: Koordinasi Dan Gerak Balas

16.Contoh ringkas mekanisme suap balik:-

a. Aras hormon yang berlainan dalam darah dikesan oleh

hipotalamus otak melalui mekanisme suap balik negatif

b. Apabila aras hormon yang khusus dalam darah

rendah,kekurangan ini dikesan oleh hipotalamus. Hipotalamus

merangsang kelenjar pituitari untuk merembes hormon berkaitan.

c. Dalam kes sebaliknya,apabila aras hormon dalam darah

meningkat,hipotalamus akan merangsang kelenjar pituitari untuk

merencatkan perembesan hormon berkenaan.

Peranan Sistem Saraf Dalam Manusia

1. Fungsi sistem saraf kepada manusia

a. Menerima maklumat dari reseptor

b. Menghantar impuls dan mentafsir maklumat

c. Merumus gerak balas yang sewajarnya untuk dihantar ke organ

efektor

d. Mengawal dan menyelaras fungsi keseluruhan badan

e. Membantu dalam hemeostasis

2. Komponen utama dalam sistem saraf

a. Sistem saraf pusat –terdiri daripada otak dan saraf tunjang

b. Sistem saraf periferi yang terdiri daripada semua saraf dan tisu

saraf di bahagian luar otak dan saraf tunjang

3. Sistem saraf periferi

a. Sistem saraf periferi terdiri daripada semua saraf dan tisu saraf di

bahagian luar otak dan saraf tunjang

Page 4: Koordinasi Dan Gerak Balas

b. Sistem saraf periferi membentuk satu rangkaian komunikasi yang

luas yang terdiri daripada laluan deria dan motor

c. Laluan deria menghantar impuls dari reseptor luar dan dalam ke

sistem saraf pusat

d. Laluan motor membawa impuls dari sistem saraf pusat ke otot

dan kelenjar atau organ efektor

4. Sistem saraf manusia

5. Bahagian Otak

Page 5: Koordinasi Dan Gerak Balas

Bahagian Otak Struktur Fungsi

Serebrum Serebrum

membentuk

sebahagian besar

otak dan terdiri

daripada dua

hemisfera

serebrum.

Setiap hemisfera

berlipat dan beralur

untuk

menambahkan luas

permukaan

serebrum

Mentafsir maklumat dari

reseptor

Mengawal pergerakan oto

rangka dalam aktiviti badan

Tapak kecerdasan dan

melaksanakan proses

mental yang kompleks

Serebrum Lobus besar dan

kompleks yang

terletak di bahagian

belakang otak

Menerima maklumat deria

dari otot dan tendon

Menyelaraskan pergerakan

otot

Page 6: Koordinasi Dan Gerak Balas

Mempunyai

hemisfera yang

berlipat dan beralur

Mengekalkan postur badan

Tangkai Otak Menghubungkan

otak dan saraf

tunjang serta

terletak di bawah

serebelum.

Merangkumi pons

dan medula

oblongata

Medula oblongata-

bertanggungjawab dalam

proses fisiologi yang

penting seperti

pernafasan,kadar denyutan

nadi dan tekanan darah

Juga terlibat dalam

penghasilan air

liur ,penelanan dan refleks

batuk

Talamus Terletak di antara

tangkai otak dengan

serebrum

Menghantar impuls dari

pelbagai bahagian sistem

deria ke otak

Terlibat dengan perasaan

gembira dan sakit

Hipotalamus Terletak di bawah

talamus

Pusat kawalan untuk

pengecaman dan analisis

kelaparan,dahaga,keletihan

,marah dan suhu badan

Mengawal koordinasi

sistem saraf dan sistem

endokrin

Kelenjar Pituitari Merupakan kelenjar Bertanggungjawab ke atas

Page 7: Koordinasi Dan Gerak Balas

endokrin yang

terdapat di dalam

hipotalamaus otak

rembesan pelbagai hormon

yang penting dalam badan

Saraf Tunjang Menghubungkan

otak dengan sistem

saraf periferi. Terdiri

daripada jirim

kelabu dalam

bahagian tengah

dan jirim putih di

sekelilingnya

Mengawal tindakan refleks

6. Kelenjar pituitari

a. Kelenjar pituitari terdiri daripada dua lobus yang berlainan iaitu

lobus posterior dan lobus anterior

b. Lobus posterior ialah lanjutan daripada hipotalamus dan

menyimpan hormon oksitosin dan hormon antidiuresis

c. Lobus anterioir terdiri daripada tisu endokrin dan merembes

hormon yang mengawal atur aktiviti kebanyakan kelenjar yang

lain

7. Saraf tunjang

a. Untuk menghantar impuls saraf dari otak ke bahgian badan yang

berlainan dan sebaliknya

8. Saraf

a. Saraf ialah struktur seperti bebenang yang mengandungi satu

berkas fiber saraf( akson dan dendron)

9. Neuron

Page 8: Koordinasi Dan Gerak Balas

a. Neuron ialah sel memanjang yang bercabang yang merupakan

unit asas sistem saraf. Neuron dikhususkan untuk penghantaran

impuls saraf.

b. Neuron terdiri satu sel badan yang mengandungi nukleus. Badan

sel mengandungi cabang bebenang yang disebut dendrit. Dendron

ialah fiber saraf yang membawa makluat ke badan sel.

c. Fiber saraf yang membawa impuls dari badan sel dikenali sebagai

akson. Akson bercabang pada hujung untuk membentuk terminal

akson di mana hujungnya yang membengkak disebut sebagai

bonggol sinaps.

d. Akson dikelilingi oleh satu membran penebat yang dikenali

sebagai salut mielin. Salut mielin mempunyai celah yang disebut

sebagai nodus Ranvier.

10.Tiga jenis neuron

a. Neuron Aferen – menghantar impuls saraf reseptor ke sistem

saraf pusat ( otak dan saraf tunjang)

b. Interneuron – Menghantar impuls saraf dari neuron aferene ke

neuron eferen

c. Neuron Eferen – Menghantar impuls dari sistem saraf pusat ( otak

dan saraf tunjang) ke efektor ,biasanya oto atau kelenjar yang

menjalankan gerak balas.

11.Penghantaran maklumat sepanjang neuron

a. Maklumat dihantar sepanjang neuron dalam bentuk isyarat

elektrik yang disebut sebagai impuls saraf.

b. Semua impuls saraf bergerak dalam arah yang sama di dalam

neuron. Impuls saraf bermula di dendrit, dihantar dengan pantas

Page 9: Koordinasi Dan Gerak Balas

ke arah badan sel dan kemudian turun ke akson dan menuju ke

arah terminal akson.

12.Bagaimana maklumat dihantar melalui neuron

a. Maklumat dihantar melalui impuls saraf di dalam neuron. Proses

ini melibatkan satu ciri kejadian elektrik yang sangat rumit yang

menghasilkan cas positif dan cas negatif di dalam neuron.

13.Sinaps

a. Celah sempit yang terletak di persimpangan antara terminal akson

pada satu neuron dengan dengnrt pada neuron di sebelah.

14.Penghantaran impuls melalui sinaps

a. Impuls sampai di bonggol sinaps ( mengandungi vesikel yang berisi

neurontransmiter ) . Vesikel membebaskan neurontransmiter

melalui membran ke dalam sinaps

b. Molekul neurotransmiter kemudian meresap merentasi sinaps ke

dendrit neuron yang bersebelahan.

c. Dendrit dirangsang untuk mencetuskan impuls baru yang dihantar

di sepanjang neuron.

15.Peranan sinaps

a. Setiap neuron postsinaps mempunyai banyak sinaps yang berasala

dari pelbagai sumber organ deria. Separauh darupada sinaps

adalah eksitori secara semulajdi. Maka, sinaps ini berkebolehan

menguarkan penghantaran impuls dari sinaps yang lain.

Sebaliknya perecatan secara semulajadi pada sinaps yang lain

boleh menahan penghantaran sinaps. Ini membolehkan

neurosimpatetik dapat mengumpul maklumat dari pelbagai

sumber organ deria dan merancang suatu corak gerak balas yang

sesuai.

Page 10: Koordinasi Dan Gerak Balas

b. Sinaps boleh juga menuras rangsangan yang lemah. Ini

memastikan penghantaran impuls yang lebih tepat.

c. Sinaps membantu mencegah perangsangan yang berlebihan

dalam organ efektor untuk mencegah keletihan.

d. Kehadiran berjuta-juta neuron dan sinaps di dalam tak seseorang

individu memudahkan pembelajaran dan meningkatkan

kebolehan mengingat.

16.Tindakan terkawal

a. Tindakan terkawal boleh didefinisikan sebagai suatu tindakan yang

dikawal di bawah kesedaran seseorang. Tindakan ini melibatkan

interaksi dan tafsiran maklumat dalam serebrum.

17.Tindakan luar kawal

a. Suatu tindakan di luar kawalan seseorang,

b. Berlaku secara automatik di dalam badan tanpa sebarang kawalan

sedar.

c. Melibatkan reseptor untuk mengesan rangsangan, Medula

oblongata untuk mengesan mentafsir maklumat dan efektor

untuk melaksanakan gerak balas secara automatik.

18.Tindakan refleks

a. Refleks ialah gerak balas automatik secara semula jadi terhadap

rangsangan tertentu. Tindakan ini melibatkan pengecutan otot

rangka dan saraf tunjang.

19.Arka refleks

a. Laluan impuls dari reseptor ke efektor

20.Urutan tindak balas arka refleks.

a. Tempurung bawah tempurung lutu di ketuk oleh satu tukul

refleks. Reseptor deria di dalam oto meregang

Page 11: Koordinasi Dan Gerak Balas

b. Neuron aferen dirangsang untuk mencetuskan satu impuls saraf

yang dihantar ke terminal akson dalam saraf tunjang.

c. Neurotransmiter ( dibebaskan dan meresap merentasi sinaps )

memicu neuron eferen untuk menghantar impuls baru ke efektor

d. Pada terminal aksin neuron eferen,neurotransmiter dibebaskan

dan merangsang sel oto untuk mengecut lalu menyebabkan kaki

tersentak ke atas.

21.Contoh penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf

a. Penyakit alzheimer – boleh menyebabkan kehilangan ingatan

secara sementara, kemerosotan tingkah laku ,prestasi kecerdasan

otak dan corak pemikiran. Penyakit ini berpunca daripada

penyusutan tisu-tisu otak dan kekurangan neurotransmiter.

b. Penyakit parkinson – penyakit ini berlaku pada golongan warga

tua. Simpton paling lazim ialah tangan terketar-ketar dan lambat.

Kelakuan ,pergerakan yang lembap dan postur badan yang tidak

stabil. Hal ini berpunca daripada kekurangan aras

neuronstransmiter.

Peranan Hormon dalam Manusia

1. Definisikan hormon

a. Hormon ialah suatu bahan kimia yang dihasilkan di dalam badan

dan di rembeskan secara terus ke dalam aliran darah. Kemudian

hormon di angkut ke bahagian badan yang lain untuk memberikan

kesan kepada sel tisu dan organ sasaran yang khusus.

2. Apakah sistem endokrin

Page 12: Koordinasi Dan Gerak Balas

a. Sistem endokrin ialah satu sistem yang terdiri daripada kelenjar-

kelenjar endokrin dalam badan.

3. Keperluan sistem endokrin

a. Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan

satu atau lebih hormon dan merembes hormon-hormon itu secara

terus ke dalam aliran darah

b. Darah mengangkut hormon di seluruh badan ke sel sasaran.

Maka,hormon dapat mengawal atur aktiviti di dalam tisu dan

organ yang terletak dari kelenjar.

c. Gerak balas terhadap hormon adalah perlahan dan berkekalan

berbanding dengan gerak balas badan terhadap impuls saraf.

4. Bagaimana sistem endokrin melengkapi sistem saraf

a. Sesetengah proses seperti kitar haid,perkembangan ciri seks

sekunder dan pertumbuhan tidak dikawal atur oleh sistem saraf

secara langsung . Sistem endokrin melengkapi sistem saraf dengan

menjalankan pelbagai proses badan.

Sistem saraf Sistem endokrin

Terdapat satu rangkaian neuron Terdapat kelenjar tanpa duktus

Komunikasi berlangsung melalui

impuls saraf elektrokimia

Komunikasi berlangsung melalui

bahan biokimia atau hormon-hormon

Merangsang pengecutan otot atau

rembesan dari kelenjar

Merangsang perubahan dalam

metabolisme

Kesan yang dihasilkan adalah dalam

beberapa milisaat

Mengambil masa yang lama untuk

menghasilkan kesan. Biasanya

beberapa minit dan beberapa jam

Kesan jangka masa pendek Kesan jangka masa panjang

Page 13: Koordinasi Dan Gerak Balas

Kelenjar endokrin Hormon Fungsi

Kelenjar pituitari Hormon antidiuresis Merangsang ginjal menyerap

semula air dari tubul

pengumpul

Hormon perangsang

folikel

Merangsang penghasilan ovum

dan sperma yang matang

Hormon peleutinan Merangsang pengovulan dan

pembentukan korpus luteum

pada perempuan dan

merangsang penghasilan

hormon seks pada lelaki

Hormon perangsang

tiroid

Mengawal sintesis dan

pembebasan tiroksina daripada

kelenjar

Hormon pertumbuhan Mengawal sintesis protein dan

pertumbuhan

Kelenjar tiroid Tiroksina Mengawal atur metabolisme

badan dan membantu dalam

perkembangan fizikal dan

mental yang normal

Kelenjar adrenal Adrenalina Meningkatkan kadar denyutan

Page 14: Koordinasi Dan Gerak Balas

jantung,kadar pernafasan,kadar

metabolisme,tekanan

darah,pengaliran darah ke oto

dan aras glukosa.

Aldosteron Mengawal atur penyerapan

semula ion natrium di dalam

ginjal

Pankreas Insulin Mengawal atur aras gula darah

dengan menukarkan glukosa

berlebihan kepada glukagon

yang di simpan di dalam hati

dan sel otot serta menurunkan

aras glukosa dalam darah

Glukagon Mengawal atur aras gula darah

dengan merangsang penukaran

glikogen kepada glukosa dan

menaikkan aras glukosa dalam

darah

Ovari Estrogen Merangsang perkembangan

ovum ,organ pembiakan

perempuan dan ciri-ciri seks

sekunder perempuan

Progesteron Menyediakan uterus untuk

penempelan embrio yang

berkembang

Testis Testosteron Merangsang penghasilan

sperma,perkembangan testis

Page 15: Koordinasi Dan Gerak Balas

dan ciri-ciri seks sekunder lelaki

5. Terangkan perembesan hormon yang dikawal atur oleh hormon yang

lain:

a. Hormon perangsang tiroid mengawal atur pembebasan hormon

tiroksina

b. Aras tiroksina yang tinggi merencatkan pembebasan hormon

perangsang tiroid dan menghentikan pembebasan tiroksina yang

berlebihan

c. Aras tiroksina yang rendah akan merangsang perembesan hormon

perangsang tiroid. Hormon ini merangsang tiroid untuk

merembeskan tiroksina.

6. Terangkan perembesan hormon yang dikawal atur oleh aras sesetengah

bahan

a. Aras glukosa boleh mengawal perembesan hormon

b. Aras glukosa yang tinggi boleh merangsang pankreas

merembeskan insulin. Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada

glikogen dan ini mengurangkan aras glukosa dalam darah

c. Aras glukosa yang rendah akan mencetuskan perembesan

glukagon di mana glikogen ditukarkan kepada glukosa dan ini akan

meningkatkan aras glukosa dalam darah.

7. Terangkan perembesan hormon yang dikawal oleh sistem saraf.

a. Perembesan hormon boleh di kawal atur melalui mekanisme suap

balik negatif

b. Apabila hipotalamus mengesan kekurangan sesetengah hormon

dalam darah. Perembesan hormon dari kelenjar pituitari akan

dirangsang.

Page 16: Koordinasi Dan Gerak Balas

c. Sebaliknya jika aras hormon dalam darah meningkat . Hipotalamus

akan bertindak mencetuskan tindakan perencatan terhadap

kelenjar pituitari

8. Huraikan secara ringkas koordinasi yang terlibat dalam kedua-dua

sistem saraf dan sistem endokrin dalam keadaan “lawan atau lari”

a. Apabila rangsangan diterima,impuls saraf dihantar dari reseptor

ke otak . Maklumat ditafsirkan dan impuls sara dihantar ke

kelenjar adrenal dari otak

b. Kelenjar adrenal di rangsang untuk membebaskan adrenalina yang

meningkatkan kadar denyutan jantung,pengaliran darah ke

otot,kadar pernafasan dan aras glukosa dalam darah. Kesan-kesan

ini meningkatkan tenaga untuk membantu melawan situasi stres.