konsep semak dan imbang menurut islam dan...

10
KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN APLIKASINYA DALAM SISTEM KEHAKIMAN ISLAM DI MALAYSIA Rohida Binti Asrani Zuliza Mohd Kusrin Abstrak Artikel ini membincangkan tentang konsep semak dan imbang menurut Islam dan aplikasinya dalam Sistem Kehakiman Islam di Malaysia. Di dalam Islam, terdapat kekaburan untuk memahami konsep semak dan imbang. Ini kerana, semak dan imbang atau lebih dikenali sebagai „check and balance’ di Barat telah digunapakai secara meluas terutama di dalam pentadbiran mahupun kehakiman. Namun begitu, sebenarnya Islam telah lama mengamalkan konsep ini selaras dengan kandungan al- Quran dan al-Sunnahsama ada di dalam pentadbiran mahupun kehakiman tetapi ia tidak di sebut sebagai semak dan imbang. Objektif kajian ini adalah bagi membincangkan konsep semak dan imbang menurut Islam. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif yang melibatkan kajian analisis kandunganyang diambil menerusi sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Islammengguna pakai kalimah „hudud Allah’ yang membawa maksud sama seperti semak dan imbang yang diaplikasikan di Barat. Kata Kunci: semak dan imbang, pentadbiran, kehakiman, hudud Allah PENDAHULUAN Ungkapan semak dan imbang boleh dikatakan sebagai istilah yang jarang digunakan di dalam Islam. Namun begitu ini tidak bermakna istilah ini tidak ada di dalam Islam. Ajaran Islam telah merangkumi semua aspek kehidupan dan di dalam hal ini Islam tidak menggunapakai perkataan semak dan imbang sebaliknya menggunapakai istilah hudud Allah. Menurut Barat, terdapat pelbagai tafsiran mengenai maksud sebenar penggunaan checks and balance bagi mengawal selia pentadbiran negara. Pada dasarnya checks and balance merupakan satu prinsip pemerintahan di mana cawangan atau cabang berasingan dikuasakan untuk mengelakkan tindakan oleh cabang lain dan di dorong atau digalakkan untuk berkongsi kuasa. Semak dan imbang selalu diguna pakai atau diterapkan terutama dalam pemerintahan berperlembagaan. Prinsip ini merupakan satu asas yang cukup penting dalam tiga bahagian utama dalam kerajaan sepertimana yang terdapat di Amerika Syarikat yang membahagikan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman (The New Encyclopedia Britannica: 1995). Selain itu, checks and balance juga boleh diertikan sebagai kuasa-kuasa tertentu dalam salah satu cabang kerajaan yang membenarkan untuk menghadkan kuasa cabang yang lain ( Branmen Jr dan Baker:1968). Secara ringkas berdasarkan maksud yang ditafsirkan maka dapatlah disimpulkan bahawa sistem checks and balance merupakan satu kaedah bagi menghadkan kuasa

Upload: lamthien

Post on 07-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN APLIKASINYA

DALAM SISTEM KEHAKIMAN ISLAM DI MALAYSIA

Rohida Binti Asrani

Zuliza Mohd Kusrin

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang konsep semak dan imbang menurut Islam dan

aplikasinya dalam Sistem Kehakiman Islam di Malaysia. Di dalam Islam, terdapat

kekaburan untuk memahami konsep semak dan imbang. Ini kerana, semak dan

imbang atau lebih dikenali sebagai „check and balance’ di Barat telah digunapakai

secara meluas terutama di dalam pentadbiran mahupun kehakiman. Namun begitu,

sebenarnya Islam telah lama mengamalkan konsep ini selaras dengan kandungan al-

Quran dan al-Sunnahsama ada di dalam pentadbiran mahupun kehakiman tetapi ia

tidak di sebut sebagai semak dan imbang. Objektif kajian ini adalah bagi

membincangkan konsep semak dan imbang menurut Islam. Kajian ini menggunakan

metodologi kajian kualitatif yang melibatkan kajian analisis kandunganyang diambil

menerusi sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

Islammengguna pakai kalimah „hudud Allah’ yang membawa maksud sama seperti

semak dan imbang yang diaplikasikan di Barat.

Kata Kunci: semak dan imbang, pentadbiran, kehakiman, hudud Allah

PENDAHULUAN

Ungkapan semak dan imbang boleh dikatakan sebagai istilah yang jarang digunakan

di dalam Islam. Namun begitu ini tidak bermakna istilah ini tidak ada di dalam Islam.

Ajaran Islam telah merangkumi semua aspek kehidupan dan di dalam hal ini Islam

tidak menggunapakai perkataan semak dan imbang sebaliknya menggunapakai istilah

hudud Allah.

Menurut Barat, terdapat pelbagai tafsiran mengenai maksud sebenar penggunaan

checks and balance bagi mengawal selia pentadbiran negara. Pada dasarnya checks

and balance merupakan satu prinsip pemerintahan di mana cawangan atau cabang

berasingan dikuasakan untuk mengelakkan tindakan oleh cabang lain dan di dorong

atau digalakkan untuk berkongsi kuasa. Semak dan imbang selalu diguna pakai atau

diterapkan terutama dalam pemerintahan berperlembagaan. Prinsip ini merupakan

satu asas yang cukup penting dalam tiga bahagian utama dalam kerajaan sepertimana

yang terdapat di Amerika Syarikat yang membahagikan kuasa antara tiga badan

utama iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman (The New

Encyclopedia Britannica: 1995).

Selain itu, checks and balance juga boleh diertikan sebagai kuasa-kuasa tertentu

dalam salah satu cabang kerajaan yang membenarkan untuk menghadkan kuasa

cabang yang lain ( Branmen Jr dan Baker:1968).

Secara ringkas berdasarkan maksud yang ditafsirkan maka dapatlah disimpulkan

bahawa sistem checks and balance merupakan satu kaedah bagi menghadkan kuasa

Page 2: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

175

sesuatu badan atau cabang disamping wujud kawalan antara tiga badan utama dalam

sesebuah kerajaan iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.

Ini adalah tujuan utama mengapa sistem ini diperkenalkan. Melalui sistem ini jelas

memperlihatkan bahawa setiap badan mempunyai tanggungjawab masing-masing dan

tidak boleh mencampuri urusan badan lain.

Konsep Semak dan Imbang menurut Islam

Di dalam Islam, istilah semak dan imbang ini tidak dinyatakan dengan jelas. Ini

kerana menurut al-Mawdudi terma semak dan imbang dalam Islam ialah Divine

Limits iaitu Hudud Allah. Ia mengandungi prinsip-prinsip tertentu yang menjadi

batasan kehidupan manusia. Melalui batasan-batasan inilah, perbuatan manusia tidak

akan melampauinya dan mengikut prinsip yang telah ditetapkan (al-Mawdudi: 1980).

Istilah ini dikuatkan lagi dengan adanya beberapa ayat al-Quran yang menjelaskan

berkaitan hudud Allah.

Firman Allah SWT yang membahaskan mengenai hudud Allah ini berdasarkan surah

al-Baqarah ayat 229 hingga 230:

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah

itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang

sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan

tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu

berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya

(suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh

itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-

aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus

talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai

pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka

janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan

hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesudah

(diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka

perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin

dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu

dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya)

tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat

Page 3: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

176

menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah

aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu)

mengetahui dan memahaminya.1

Berdasarkan dua ayat di atas, terdapat enam perkataan yang berkaitan hudud Allah.

Pengulangan ini memberi maksud bahawa terdapat penegasan terhadap hukum-

hukum Allah. Menurut Ibn Kathir ayat ini berkaitan dengan bilangan talak yang boleh

dirujuk. Ayat hudud Allah dalam ayat di atas memberi maksud bahawa Allah SWT

telah membatasi para suami untuk menceraikan isterinya dengan tiga talak sahaja. Ini

berbeza dengan talak yang digunapakai oleh tradisi masyarakat yang berlaku pada

permulaan Islam yang mana tiada had talak. Oleh itu, dipenghujung ayat 229 menjadi

penguat kepada hudud Allah yang mana semua syariat yang telah ditetapkan oleh

Allah SWT untuk mereka supaya ia menjadi batasan-batasan daripada melakukan

kezaliman dan janganlah pula terdapat di kalangan mereka melanggarnya ( Ibn

Kathir: 1988).

Ini dikuatkan oleh satu hadith sohih:

حدَّنحدوًد فال تعتدوها وفرض فر ِئضَه فال ُتضيِّعوها وحرَّنمَه حمارِمَه فال تنتِهكوها وسكتَه الَّن َه إَّن .عن أشياءَه رمحَهًة اكْم من غرِي نسياٍإ فال تْسأاو عنها

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menetapkan berbagai batasan, maka

janganlah kalian melampauinya. Dia pun telah menetapkan berbagai

kewajipan, maka janganlah kalian mengiya-iyakannya. Dan telah

mengharamkan berbagai larangan, maka janganlah kalian melanggarnya.

Allah telah membiarkan banyak hal sebagai rahmat bagi kalian, bukan kerana

lupa maka janganlah kalian menanyakan hal itu.

Begitulah juga maksud hudud Allah bagi ayat 230 yang membawa maksud batasan-

batasan hukum Allah SWT menurut Ibn Kathir. Ini bermaksud segala syariat yang

diturunkan oleh Allah SWT mempunyai batsan-batasan tertentu supaya setiap muslim

tidak melanggarnya. Perlunya batsan-batasan ini supaya setiap muslim menjaga

tingkah laku mereka setiap masa dalam melakukan sesuatu perbuatan.

Manakala menurut Sayyid Qutb pula ayat hudud Allah ini mempunyai sedikit

perkaitan dengan ayat hudud Allah dalam surah yang sama tetapi ayat berbeza iaitu

pada ayat 187 yang juga turut menyentuh mengenai hudud Allah. Ada ayat 187 itu

mereka diberi amaran supaya jangan mendekati manakala ayat kedua iaitu ayat 229

pula diberi amaran supaya jangan melanggarnya. Walaupun terdapat sedikit

perbezaan maksud di situ, secara keseluruhannya ia membawa maksud bahawa

sekiranya batasan-batasan hukum ini dilanggar maka ia membawa kesan yang tidak

baik antara kedua-dua pihak (Sayyid Qutb: 1997).

Bagi ayat 230 pula, Sayyid Qutb menjelaskan hudud Allah di situ bukanlah berkaitan

persoalan mengikut nafsu dan mengikuti kehendak mereka bahkan ia mengenai

persoalan menegakkan batas-batas atau peraturan-peraturan Allah SWT dan itulah

1 Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan ar-Rahman

kepada Pengertian al-Quran, edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan

Perdana Menteri, 1987).

Page 4: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

177

garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup itu melampaui batas garis

sempadan ini, maka ia bukanlah lagi bentuk hidup yang dikehendaki dan diredhai

oleh Allah SWT. Dan diantara bukti rahmat Allah SWT terhadap para hamba-Nya

ialah Dia tidak tinggalkan batas-batas peraturan-Nya dalam keadaan kabur dan majhul

malah semua batas-batas itu dijelaskan di dalam al-Qur‟an iaitu dijelaskan kepada

golongan manusia yang mengetahui dan orang-orang yang benar-benar mengetahui

itulah orang-orang yang mengerti batas-batas dan peraturan-peraturan Allah SWT dan

berhenti di garis sempadannya. Jika tidak, maka itulah kejahilan yang keji dan

jahiliyyah yang buta.

Al-Maraghiy pula menyatakan ayat hudud Allah pada ayat 229 itu yang memberi

makna tidak dapat menegakkan itu ialah tidak dapat menjaga dengan baik. Hukum-

hukum Allah SWT ertinya peraturan Allah SWT yang berkaitan dengan pergaulan

suami isteri, persamaan dan hak kewajipan mereka, kekuasaan suami ke atas isteri,

kerjasama melaksanakan pengurusan rumah tangga, pendidikan anak-anak untuk

kebaikan agama dan dunia mereka tanpa melakukan perbuatan yang saling

memudaratkan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Talaq

ayat ke enam:

Maksudnya: ....Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka

(ditempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka

(supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)...

Jika suami isteri bimbang akan berlakunya pelanggaran hukum Allah SWT, maka

pemerintah yang pertama sekali dituntut untuk menegakkan kemaslahatan ini

manakala para hakim dan seluruh anggota masyarakat menjadi pengawasnya. Perintah

dan larangan yang telah dinyatakan di dalam ayat di atas adalah hukum Allah SWT

yang diatur untuk kepentingan suami isteri. Oleh itu, pentingnya supaya mereka tidak

melanggarnya sehingga yang haram itu dilakukan dan yang halal itu diabaikan,

manakala yang dilarang kamu langgar dan yang diperintah kamu tinggalkan (al-

Maraghiy:1974).

Bagi ayat 230 pula, al-Maraghiy dalam tafsirannya menyebut berkaitan hudud Allah

ini apabila mereka menyakini bahawa mereka akan dapat melaksanakan kewajipan

dan hak antara satu sama lain menurut ketentuan Allah SWT akan tetapi seandainya

mereka bimbang akan berlaku kederhakaan (nusyuz) daripada pihak isteri atau

perbuatan mudarat daripada suami, pasti tindakan ruju‟ kembali sebegini dilaknat oleh

Allah dan ia sah menurut Islam.

Hukum yang dijelaskan oleh Allah SWT melalui rasul-Nya dalam al-Qur‟an ini

adalah untuk orang yang memahami kegunaannya dan memahami kemaslahatannya

supaya mereka mengetahui sesuai dengan apa yang menjadi tuntutan, faedah dan

manfaat. Sebaliknya ia bukan ditujukan kepada orang yang bodoh tentang perkara

tersebut kerana mereka tidak mempunyai niat yang baik dan rasa ikhlas untuk meruju‟

isterinya. Sebaliknya ia meruju‟ sekadar untuk melempiaskan niat jahat dan membalas

dendam.

Kesimpulannya, ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa batas-batas hukum

Allah SWT hendaklah dijaga dengan sebaiknya. Pelanggaran terhadap batas-batas

Page 5: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

178

hukum ini akan mendatangkan kemurkaan daipada Allah SWT. Ini adalah hudud

Allah atau semak dan imbang yang terbaik yang perlu kita ikuti dan contohi.

Aplikasi Semak dan Imbang dalam Sistem Kehakiman Islam di Malaysia

Islam amat menitikberatkan dan mengiktiraf kebebasan kehakiman bagi mencapai

keadilan kepada semua pihak-pihak yang menuntut. Bagi memastikan kebebasan

tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan. Perkara tersebut boleh

dijadikan sebagai semak dan imbang dalam badan kehakiman antaranya pelantikan

hakim, syarat-syarat hakim, kod etika hakim, rayuan, semakan kehakiman dan lain-

lain.

Pelantikan Hakim

Hakim adalah berfungsi sebagai penyeru kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran serta kezaliman di dalam sesebuah masyarakat. Ia juga merupakan salah

satu daripada tanggungjawab atau kewajipan kepada umat Islam yang wujud di bawah

pemerintahan sistem khilafah. Apabila melihat kepada peranan penting jawatan hakim

dalam menegakkan keadilan kepada masyarakat maka pelantikan jawatan tersebut

perlu melalui beberapa kaedah tertentu. Keadah-kaedah ini merupakan satu proses

semak dan imbang supaya hakim yang dilantik itu benar-benar layak menjadi seorang

hakim.

Terdapat beberapa kaedah menurut Islam untuk melantik seorang hakim iaitu melalui

pelantikan oleh pemerintah, permohonan dan paksaan. Seorang yang benar-benar

layak menjadi hakim adalah sebaik-baiknya dilantik atau ditauliahkan oleh

pemerintah untuk menjalankan tugas kehakiman (al-Mawardiy:1996). Bagi melalui

permohonan pula, hukumnya adalah harus dan cara yang terbaik hendaklah dilakukan

pemilihan terhadap mereka yang berakhlak mulia dan waras.

Manakala melalui paksaan oleh Ketua Negara pula terdapat dua pendapat (Haron:

t.th):

a) Pendapat pertama mengatakan bahawa pemaksaan ke atas seseorang untuk

memegang jawatan Qadi adalah tidak boleh kerana ia merupakan fardu

kifayah sahaja. Jika dipaksa maka ia telah menjadi fardu ain ke atas orang

yang dipaksa itu.

b) Pendapat kedua pula berpendapat bahawa cara pemaksaan ke atas seseorang

untuk menjadi Qadi adalah dibolehkan memandangkan kepada maslahat

sekiranya tidak dilakukan sedemikian maka akan kekallah manusia tanpa

sebarang hakim. Kehilangan penegak hak seperti ini adalah tidak diharuskan.

Meskipun di dalam Islam terdapat tiga kaedah lantikan hakim, namun dari segi

amalannya di Malaysia lantikan melalui pemerintah merupakan kaedah yang paling

sesuai digunapakai. Sebagai contoh di selangor, Ketua Hakim Syarie dilantik oleh

Sultan atas nasihat Majlis (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor:

2003).

Syarat-syarat Hakim

Terdapat beberapa syarat yang telah ditentukan oleh para ulama empat mazhab iaitu

mestilah baligh dan berakal, merdeka, dan Islam (al-Zuhaili: 1984). Selain daripada

Page 6: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

179

itu, keadilan, mujtahid dan sempurna pancaindera juga turut ditekankan dalam syarat

untuk menjadi hakim.Namun begitu, syarat-syarat pelantikan menjadi Hakim Syarie

tidak disebut di dalam mana-mana enakmen di Malaysia sepertimana para fuqaha‟

memperincikannya dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya mereka menambah syarat-

syarat lain yang berbentuk Syakliyyah (teknikal) dan Mawdu‟iyyah (objektif) iaitu:

1. Warganegara Malaysia. Disyaratkan kepada hakim syarie memiliki kerakyatan

Malaysia. Seseorang yang bukan warganegara tidak layak untuk menyandang

jawatan ini.

2. Berusia sekurang-kurangnya lapan belas tahun. Syariah Islamiyyah tidak

mensyaratkan umur tertentu untuk penjawat jawatan Hakim, sebaliknya

mensyaratkan al-ahliyyah (kelayakan) yang sempurna. Namun begitu,

pensyaratan usia lapan belas dari segi undang-undang kini tidak pula

menyalahi undang-undang kini dan tidak pula menyalahi syara‟. Hal ini adalah

kerana matlamat pensyaratan untuk memastikan keadilan tercapai (secara

teorinya). Dengan syarat ini juga dapat dipastikan seorang pemohon ini telah

mencapai umur matang (sinn al-rushd) dan kesempurnaan pemikiran dalam

sesuatu waktu.

3. Kelayakan Syariah yang diiktiraf. Seorang pemohon juga disyaratkan

memperolehi Ijazah Syariah kelas pertama atau kedua dari universiti atau

institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan syarat ini dapat

difahami bahawa mereka yang memiliki kelulusan Pengajian Islam dan Arab

selain dari Syariah tidak layak memohon jawatan ini sementara pemilik

Syariah dengan pengkhususan Kehakiman diberi keutamaan .

4. Memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Syarie dari Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia atau sijil yang setaraf dengannya dari mana-mana

universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Syarat ini bertujuan untuk menjamin

kemampuan seorang hakim Syarie dalam undang-undang semasa dan etika

pentadbiran kehakiman negara.

5. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan

Malaysia. Syarat ini bertujuan untuk menjamin kemahiran Hakim Syarie

dalam bahasa kebangsaan dari segi penulisan dan pertuturan kerana ia

merupakan bahasa undang-undang dan penghakiman di Malaysia.

Syarat-syarat yang telah dikemukan ini menjadi benteng utama kepada para hakim

dalam menjalankan tanggungjawabnya. Syarat ini juga selari dengan kehendak Islam

dan terdapat penambahan berdasarkan situasi dan suasana sesebuah negara itu. Bukan

semua orang boleh dilantik menjadi hakim. Disinilah proses semak dan imbang

dilakukan dengan meletakkan syarat-syarat tertentu untuk menjadi seorang hakim.

Kod Etika Hakim

Dalam Islam, ia dikenali sebagai adab qadi. Adab qadimembawa maksud perkara-

perkara yang dilazimkan oleh syarak kepada seseorang qadi dalam melaksanakan

tugasnya berlandaskan keadilan, menolak kezaliman, meninggalkan kecenderungan

nafsu, memelihara hukum syarak dan mengamalkan segala yang ditetapkannya. Oleh

Page 7: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

180

itu, adab qadi merupakan satu etika yang perlu dipatuhi oleh setiap qadi supaya segala

keputusan atau tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan kezaliman pada mana-

mana pihak yang bertikai.

Di Malaysia, satu kod etika hakim telah diwartakan bagi mengawal para hakim

supaya tindakan atau keputusan yang dilakukan tidak mendatangkan kezaliman pada

mana-mana pihak yang bertikai. Kod etika tersebut ialah: (Arahan Amalan No 1:

2001)

Kod Etika di luar mahkamah

Seseorang Hakim Syarie tidak boleh –

a) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan syak

munasabah bahawa –

i. dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan

tugas kehakimannya hingga menjejaskan kedudukannya sebagai

seorang Hakim Syarie; atau

ii. dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya

sendiri;

b) berkelakuan dengan cara tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga

memburukkan atau boleh memburukkan atau mencemarkan nama Mahkamah

Syariah;

c) membelakangkan tugas kehakimannya demi kepentingan persendiriannya;

d) bergaul bebas dengan orang ramai dengan cara yang boleh menimbulkan syak

tentang keupayaannya untuk berlaku adil dalam tugas kehakiman;

e) menerima apa-apa hadiah, apabila hadiah tersebut dengan apa-apa cara

berkaitan dengan pelaksanaan tugas kehakimannya:

f) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana

institusi, syarikat, firma atau individu tanpa di beri keizinan atau kebenaran

yang nyata oleh Ketua Hakim Syarie;

g) memberi pendapat mengenai sesuatu perkara atau keadaan yang ianya sedang

dibicarakan atau berkemungkinan akan menjadi suatu isu dalam mana-mana

perbicaraan di hadapannya, kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya

digunakan oleh sesuatu pihak untuk menyokong hujahnya;

h) meminjam wang daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada

mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah

suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang –

i. yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa

kehakimannya; atau

Page 8: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

181

ii. yang dengannya dia ada atau mungkin ada urusan rasmi;

i) mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik.

Kod Etika dalam Mahkamah

Apabila seseorang Hakim Syarie berada dalam Mahkamah dan mendengar sesuatu

kes, dia hendaklah -

a) melaksanakan keadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak;

b) menjalankan tugas mengikut Hukum Syarak dan memberi penghakimannya

berdasarkan undang-undang berkaitan;

c) tidak mendengar sesuatu kes apabila dia berkeadaan tidak tenang seumpama

dia berkeadaan marah, lapar, haus, mengantuk, letih dan tidak sihat;.

d) tidak boleh meninggalkan Mahkamahnya pada waktu pejabat tanpa alasan

yang munasabah atau tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Ketua

Hakim Syarie;

e) memberi penghakimannya apabila dia berkeadaan tenang;

f) tidak membicarakan apa-apa kes di mana pihak yang terlibat itu ialah

musuhnya atau orang lain yang berkemungkinan akan mempengaruhi tugas

kehakimannya sebagai seorang Hakim Syarie;

g) bertindak tegas dan adil dan tidak dipengaruhi oleh keadaan atau orang yang

hadir di hadapannya;

h) bersifat terbuka dan sabar semasa mendengar keterangan dan hujah-hujah dari

pihak-pihak.;

i) memastikan prosiding di Mahkamah dijalankan dengan teratur menurut

peraturan Mahkamah dan mengawal keadaan supaya perbicaraan itu dapat

berjalan dengan lancar;

j) menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan pertelingkahan mereka dan

mencapai persetujuan secara sulh dalam kes-kes mal di mana-mana peringkat

sebelum dia memberi penghakiman;

k) memuliakan saksi-saksi;

l) memberi layanan sama rata kepada pihak-pihak dan peguam-peguam;

m) mengadakan perbicaraan dalam Mahkamah terbuka kecuali di dalam keadaan

khas yang dibenarkan oleh undang-undang;

Page 9: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

182

Penyegeraan penyelesaian kes

Hakim hendaklah bersungguh-sungguh dan tidak melengah-lengah tanpa alasan yang

munasabah menyelesaikan kes-kes, memberi keputusan, menulis alasan penghakiman

dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie dari masa ke

semasa;

Waktu pejabat

Bagi maksud subperenggan 4(d) “waktu pejabat” ertinya waktu pejabat yang

ditetapkan oleh negeri-negeri berkenaan.

Pengisytiharaan harta

Seseorang hakim syarie hendaklah pada masa pelantikannya atau pada bila-bila masa

selepas itu mengisytiharkan harta kepada Ketua Hakim Syarie mengikut peraturan-

peraturan yang terpakai.

Kod etika hakim ini jika dilihat secara teliti sebagai seorang Islam ia memainkan dua

peranan yang penting iaitu semak dan imbang dari segi dalaman dan luaran. Dari segi

semakan dalaman, sebagai seorang Islam tiga asas utama iaitu Iman, Islam dan Ihsan

hendaklah difahami dan dihayati dengan sebaiknya. Kefahaman yang jelas mengenai

asas ini menjadi tunjang utama para hakim dalam mengadili sesuatu kes yang

dibicarakannya. Manakala dari segi semakan luaran pula seperti yang telah tertakluk

di dalam kod etika.

Rayuan dan Semakan Kehakiman

Kedua-dua prosedur di atas merupakan satu peluang sama ada kepada para hakim

mahupun pihak-pihak yang bertikai. Dalam hal ini, apabila mana-mana pihak tidak

berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat, maka rayuan boleh dilakukan ke

atas mahkamah yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan proses rayuan. Manakala

bagi semakan kehakiman pula, ia berlaku apabila terdapat bantahan ketika prosiding

dijalankan dan sebelum keputusan dikeluarkan.

Berdasarkan kepada kedua-dua proses ini, dapat dilihat secara jelas bahawa semak

dan imbang memainkan peranan yang penting. Pihak-pihak yang tidak berpuas hati

terhadap sesuatu keputusan boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi. Begitu

juga para hakim boleh mengubah, meminda atau mengekalkan sesuatu keputusan

yang telah dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah. Sebagai contoh di Selangor,

terdapat beberapa perkara yang menyentuh isu berkaitan pengawasan dan

penyemakan di dalam Enakmen Pentadbiran undang-undang. Enakmen ini selari

dengan prinsin Islam yang membenarkan proses rayuan dan semakan kehakiman

dilakukan.

KESIMPULAN

Semak dan imbang merupakan satu amalan yang telah digunapakai sejak lama dahulu.

Namun, di dalam Islam istilah ini sedikit berbeza tetapi membawa maksud dan tujuan

yang sama iaitu menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman. Kewujudan semak

dan imbang ini dapat mengimbangi dan mengawalselia setiap perbuatan manusia

supaya tidak tersasar daripada landasan kebenaran.

Page 10: KONSEP SEMAK DAN IMBANG MENURUT ISLAM DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/14-Rohida-Binti... · 177 garis-garis sempadan lingkungan hidup dan andainya hidup

183

Dari segi amalannya di Malaysia, ia telah dikuatkuasakan melalui enakmen-enakmen

negeri-negeri. Amalannya ini tidak bertentangan dengan prinsip asas semak dan

imbang Islam cuma terdapat perbezaan berdasarkan kepada keadaan sesebuah negeri.

Hasilnya, kedudukan Mahkamah Syariah lebih diiktiraf dan kes-kes yang dibicarakan

berjalan dengan lancar tanpa perlu menunggu untuk suau tempoh yang lama.

RUJUKAN

Abi Fida Ismail bin Kathir al-Dimasyqi. 1988. Tafsir Ibn Kathir. Kaherah:Dar al-

Sobuni.

Sayyid Qutb. 1997. Fi Zilalil Quran. Kaherah:Dar al-Syuruk.

Ahmad Mustafa al-Maraghiy. 1974. Tafsir al-Maraghiy. T.tp

Daniel E. Branmen Jr dan Lawrence W. Baker. 1968.Checks and balances: the three

branches of the Amerika goverment

Zuliza Mohd Kusrin dan Mohd Zamro Muda. 2008. Mekanisme Semak dan Imbang

Terhadap Badan Kehakiman Dalam Amalan Doktrin Pengasingan Di Malaysia:

Suatu Tinjauan.

Haron Din. t. th.Kehakiman Islam. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.

Wahbah al-Zuhaili. 1984. Fiqh al-IslamiwaAdilatuhu. Jilid 8.Damsyik: Dar al-Fikr.

Al-Mawardi, Abi Hassan cAli Muhammad Habib. 1996. Al-Ahkam as-Sultaniah fi

Wilayah Addiniah. Kuwait: Dar Ibn Qutaibah.