konsep menutup aurat dalam fizik

4
INFORMA TION of ELAKSAMANA KONSEP FIZIK DALAM MENUTUP AURAT Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan: J = mc x tetha J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu. c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa. tetha ialah perubahan suhu. Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3) Abstrak/Pengenalan Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan. Tujuan Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian. Hipotesis Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya. PaRaDoX / [email protected] © All Right Reserved Presented 2006

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

8/14/2019 Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-menutup-aurat-dalam-fizik 1/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

KONSEP FIZIK DALAM MENUTUP AURAT

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam

bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji

tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek

yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim

tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita

bertudung labuh dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita

memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang

lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding,menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan

bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan

yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkandalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas

tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 2: Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

8/14/2019 Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-menutup-aurat-dalam-fizik 2/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap

ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang

lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu

kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan

ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang

konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat

atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang

pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah

baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung"

wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih

suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar 

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan,

bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh

Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti

haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause(berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja,

pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim

tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap

ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya

tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis

wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap

cara pemakaian.

PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 3: Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

8/14/2019 Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-menutup-aurat-dalam-fizik 3/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang

sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang

menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat

sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atauberjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam,

bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan

mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau

dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga

kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa

ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate

wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur 

model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam

keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin

menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang

dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan

kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga

perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong,materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang

terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan

orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang

tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut

syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 4: Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

8/14/2019 Konsep Menutup Aurat Dalam Fizik

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-menutup-aurat-dalam-fizik 4/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam,

individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang

Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirikadalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan

menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia

di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan

belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang

mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika

perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu

yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam,

menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke

serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations,

Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan

mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar 

UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada

mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk

Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba

dipertahankan? Fikirkan...

PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006