komplians terhadap amalan pencegahan …pubhealthcollo.org/ff2613/kap-universalprecautions.pdf ·...

107
KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL DI KALANGAN KAKITANGAN PERUBATAN JABATAN KEMALANGAN DAN KECEMASAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR AZMI BIN MOHD TAMIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: vuongthuy

Post on 08-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHANUNIVERSAL DI KALANGAN KAKITANGAN

PERUBATAN JABATAN KEMALANGAN DAN KECEMASAN, HOSPITAL

KUALA LUMPUR

AZMI BIN MOHD TAMIL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL DI KALANGAN KAKITANGAN PERUBATAN JABATAN

KEMALANGAN DAN KECEMASAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR

AZMI BIN MOHD TAMIL

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIANDARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH

SARJANA KESIHATAN MASYARAKAT

FAKULTI PERUBATANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

1997

Page 3: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

23 September 1997 AZMI BIN MOHD TAMIL A6437

Page 4: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha mulia lagi maha pengasih dan maha penyayang. Saya

bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas kemampuan saya menyiapkan tesis ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan

tesis ini. Terutama sekali kepada Profesor Dr Hj. Osman Ali yang merupakan pensyarah dan

penyelia, yang banyak memberi panduan dan penelitian dalam usaha saya menyediakan tesis

ini. Tidak dilupakan juga Dr Abu Hassan, Pakar Tromatologi Hospital Kuala Lumpur dan

semua kakitangan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Kuala Lumpur atas segala kerjasama

yang telah diberikan.

Akhir sekali ialah buat keluarga saya, Yasmeen, Amir, Amalina dan Afnan yang

sentiasa memahami dan menyokong usaha saya.

Page 5: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

iv

ABSTRAK

Kajian rentas ini dilakukan untuk menentukan tahap pengetahuan, persepsi risiko, amalanmengenai pencegahan universal dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di JabatanKemalangan dan Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur pada bulan Febuari 1997. Bilanganresponden kajian adalah 150 orang dari 183 orang yang dipilih. Didapati respondenmempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan dengan min skor 75.5 + 10.3 walaupunhanya 64.0% yang telah menerima taklimat atau latihan. Seramai 73.3% dari responden telahmenerima vaksinasi Hepatitis B. Didapati 60.0% dari responden telah terdedah kepada darahatau cecair tubuh dalam tempoh satu tahun yang lepas dan 51.1% dari kumpulan tersebutmengalami pendedahan melalui tercucuk jarum suntikan (needle prick injury). Seramai84.0% dari responden menganggap bahawa mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitandalam menjalankan tugas dan hanya 41.3% menganggap bahawa pihak pentadbiranmengambil berat tentang keselamatan mereka. Dari cerapan pula didapati kakitangan adalahkomplians 86.2% terhadap pencegahan universal setiap kali ia diperlukan. Didapati jugabahawa komplians terhadap pencegahan universal dan skor pengetahuan adalah terbaik dikalangan responden dari dewan bedah. Wujud juga hubungan yang signifikan antarakomplians dan cukup peralatan iaitu sarung tangan getah, bekas pelupusan alat tajam, sinki,gaun dan pelindung mata. Wujud korelasi yang signifikan (r=0.233, p<0.05) di antara tahappengetahuan dan komplians. Bagi komplians, didapati faktor peramal adalah tahappengetahuan, jantina, latihan yang pernah diterima dan jawatan.

Page 6: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

v

COMPLIANCE TOWARDS PRACTISE OF UNIVERSAL PRECAUTIONSAMONG MEDICAL STAFF IN DEPARTMENT

OF ACCIDENT AND EMERGENCY, HOSPITAL KUALA LUMPUR.

ABSTRACT

This is a cross-sectional study done to identify the knowledge, perception of risk, practiseof Universal Precautions and its influencing factors at the Department of Accident andEmergency, Kuala Lumpur Hospital in February 1997. Out of 183 medical staff selected, 150responded. The overall knowledge was satisfactory with a mean score of 75.5 + 10.3 eventhough only 64.0% of the respondents received training or briefing regarding UniversalPrecaution. A total of 73.3% of the respondents had Hepatitis B vaccination. With regardsto occupational exposure, 60.0% of the respondents had previous exposure to blood or bodyfluids within the past one year. A total of 51.1% of the exposed respondents, sufferedexposure through needle-prick injuries. 84.0% of the respondents regard themselves as beingof high risk of getting infected through workplace exposure and only 41.3% of therespondents consider that the administration cares for their safety in the workplace. Fromobservation, the staff complies 86.2% out of the number of time Universal Precautions wasrequired. The best level of knowledge and compliance came from respondents working inthe A & E Operating Theatre. There was a significant association between compliance andadequate supply of equipments such as gloves, sharps containers, handwashing sink, gownsand eye protection. There was a significant correlation (r=0.233, p<0.05) between level ofknowledge and practise of Universal Precaution. For compliance, the predictive factors werelevel of knowledge, gender, previous training and occupation.

Page 7: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

vi

KANDUNGAN

Mukasurat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Gelintaran kesusasteraan 7

1.2.1 Tujuan amalan pencegahan universal 7

1.2.2 Risiko jangkitan 7

1.2.3 Program pencegahan universal di Malaysia 10

1.2.4 Komplians 11

1.3 Rangkaian masalah 14

1.4 Matlamat 17

1.5 Matlamat Khas 17

1.6 Hipotesa Kajian 18

Page 8: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

vii

BAB 2 METODOLOGI

2.1 Latarbelakang tempat kajian 20

2.2 Rekabentuk kajian 23

2.3 Pensampelan 24

2.4 Pengumpulan Data 25

2.4.1 Kaedah cerapan 25

2.4.2 Kaedah soal selidik jawab sendiri 25

2.5 Definisi 26

2.6 Analisa Data 28

2.7 Penkodan 30

BAB 3 HASIL KAJIAN

3.1 Latarbelakang sampel 32

3.1.1 Ciri sosio demografi 32

3.1.2 Taraf pendidikan responden 34

3.1.3 Jawatan dan tempat bekerja 34

3.2 Vaksinasi dan pendedahan 34

3.2.1 Vaksinasi Hepatitis B 35

3.2.2 Pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh 35

3.3 Pengetahuan mengenai pencegahan universal 37

Page 9: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

viii

3.3.1 Latihan 37

3.3.2 Jangkitan melalui darah infektif 37

3.3.3 Cara jangkitan HIV/AIDS 38

3.3.4 Cara jangkitan Hepatitis B 38

3.3.5 Cara pencegahan jangkitan AIDS/HIV dan Hepatitis B 39

3.3.6 Vaksin dan pembawa 'sihat' 39

3.3.7 Garispanduan pencegahan universal 40

3.3.8 Min skor pengetahuan pencegahan universal 43

3.4 Persepsi 46

3.4.1 Beban kerja dan amalan pencegahan universal 46

3.4.2 Kecukupan peralatan pencegahan universal 46

3.4.3 Risiko jangkitan dan budaya kerja 46

3.5 Amalan pencegahan universal (borang soalselidik) 48

3.5.1 Amalan pencegahan universal 48

3.5.2 Min skor amalan dan faktor sosiodemografi 50

3.5.3 Amalan pencegahan universal dan tempat kerja 53

3.5.4 Amalan pencegahan universal dan latihan 54

3.5.5 Amalan pencegahan universal dan cukup peralatan 55

3.5.6 Amalan pencegahan universal dan persepsi beban kerja 59

3.6 Amalan pencegahan universal (cerapan) 60

3.6.1 Ketidakpatuhan amalan pencegahan universal 60

Page 10: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

ix

3.6.2 Komplians amalan pencegahan universal 62

3.7 Faktor-faktor risiko dan peramal untuk tahap pengetahuan, komplians terhadap amalan Pencegahan Universal dan pendedahan kepada darah 63

3.7.1 Analisa korelasi antara faktor-faktor risiko 63

3.7.2 Faktor peramal untuk tahap pengetahuan menurut jantina, jawatan dan tahap pendidikan 65

3.7.3 Faktor peramal untuk komplians terhadap pencegahan universal menurut jantina, tahap pendidikan, jawatan, tahap pendidikan dan latihan 66

3.7.4 Faktor peramal bagi pendedahan terhadap darah menurut persepsi beban kerja yang tinggi, persepsi wujudnya budaya

kerja yang sihat, skor komplians, jantina, etnik, umur, tahap pendidikan, jawatan, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan, latihan yang diterima, tahap pengetahuan,

jumlah masakerja dalam seminggu dan persepsi risiko jangkitan 67

BAB 4 PERBINCANGAN69

BAB 5 KESIMPULAN 78

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

Page 11: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

x

SENARAI JADUAL

No Jadual Mukasurat

3.1 Data sosiodemografi responden 34

3.2 Tempat kerja responden sepanjang satu minggu terdahulu 35

3.3 Taburan pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dalam tempohsatu tahun yang lepas 36

3.4 Taburan cara pendedahan terhadap darah atau cecair tubuhdan laporan yang dibuat 36

3.5 Taburan responden berdasarkan pernah mendengar dan menerimataklimat mengenai pencegahan universal 37

3.6 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahanuniversal (soalan 1 hingga 3) 41

3.7 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahanuniversal (soalan 4 hingga 6) 42

3.8 Min skor pengetahuan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,jawatan dan lama bekerja 45

3.9 Persepsi kakitangan terhadap perkara-perkara yang mempengaruhiamalan pencegahan universal 47

3.10 Proporsi amalan pencegahan universal ketika bertugas 48

3.11 Min skor amalan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,jawatan dan lama bekerja 52

3.12 Min skor amalan mengikut tempat kerja 54

3.13 Min skor amalan mengikut taklimat atau latihan 55

3.14 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sarung tangan getah 56

3.15 Komplians menurut persepsi cukup bekalan bekas pelupusan 57

Page 12: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

xi

3.16 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sinki dan sabun 58

3.17 Komplians menggunakan gaun dan pelindung mata menurut persepsi cukup bekalan 59

3.18 Min skor amalan mengikut persepsi beban kerja 59

3.19 Taburan ketidakpatuhan menurut jawatan 61

3.20 Taburan ketidakpatuhan menurut tempat kerja 61

3.21 Proporsi komplians terhadap pencegahan universal 62

3.22 Nilai r dan nilai p bagi korelasi antara faktor-faktor risiko 64

3.23 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan tahap pengetahuan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko 65

3.24 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungan komplians terhadap amalan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko 66

3.25 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi logistik mengenai hubungan pendedahan terhadap darah dan faktor-faktor risiko 68

Page 13: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

xii

SENARAI RAJAH

No Rajah Mukasurat

1.1 Rangkaian masalah komplians terhadap pencegahan universal dan jangkitan di tempat kerja serta faktor-faktor yang mempengaruhinya 16

3.1 Rajah serakan antara skor pengetahuan dan skor amalan pencegahan universal 64

Page 14: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

xiii

SENARAI SINGKATAN

A & E - Accident and Emergency

ANOVA - Analysis of Variance

AIDS - Acquired Immunodeficiency Syndrome

CDC - Centers for Disease Control and Prevention Atlanta

HIV - Human Immunodeficiency Virus

HKL - Hospital Kuala Lumpur

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

LSD - Least Significant Difference

PU - Pencegahan Universal

S.E. - Standard Error

Page 15: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pencegahan Universal (PU) merupakan satu cara untuk mengurangkan risiko pesakit dan

kakitangan kesihatan dari jangkitan penyakit berjangkit melalui cecair tubuh. Kesemua

pesakit dan kakitangan kesihatan dianggap berpotensi mempunyai jangkitan berbahaya

yang boleh menjangkiti orang lain (sipesakit atau perawat) melalui cecair tubuh atau tisu

yang infektif. Oleh itu segala langkah hendaklah diambil untuk mencegah jangkitan ini.

PU merupakan satu konsep yang telah lama wujud, tetapi hanya menjadi popular

setelah wujudnya wabak HIV/AIDS. Sebelum ini ia menjadi konsep pencegahan bagi

mengelakkan jangkitan sifilis, Hepatitis B, Hepatitis C dan lain-lain penyakit bawaan

darah atau cecair tubuh. Jangkitan berlaku dari pesakit kepada perawat, dari perawat

kepada pesakit dan dari pesakit kepada pesakit.

Dahulunya pada abad ke 18 dan 19, doktor dan kakitangan perubatan yang

memberi rawatan kepada mereka yang sakit terdedah kepada pelbagai kemungkinan

jangkitan. Pada masa itu, penyakit yang mempunyai kesan yang sama seperti HIV/AIDS

adalah penyakit sifilis. Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor

Page 16: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

2

yang mendapat infeksi akibat dari memberi rawatan kepada pesakit sedemikian (Meyer

1993). Contohnya telah dilaporkan pada 1881 bahawa 30 orang bidan telah dijangkiti

sifilis. Malah "digital chancre" menjadi suatu perkara yang sinonimus dengan hazad

profesion perubatan (Meyer 1993). Juga telah dilapurkan pada tahun 1718, wujud

jangkitan sifilis di kalangan bidan dan doktor. Kakitangan perubatan yang telah dijangkiti

pula telah menjangkiti pesakit yang lain. Kesan dari jangkitan ini (serupa seperti kesan

jangkitan HIV/AIDS di masa kini), iaitu mereka yang dijangkiti tidak lagi berpeluang

untuk meneruskan profesion mereka. Masalah ini selesai apabila profesion perubatan

mula sedar tentang masalah ini dan telah mengintegrasi pendidikan venereologi dan

pencegahan jangkitan ke dalam pendidikan perubatan. Antara teknik pencegahan

jangkitan yang ditekankan adalah inovasi teknologi, profilaksis individu, pendidikan

kesihatan dan peraturan. Sejak dari tahun 1906 lagi, jurnal kejururawatan di Amerika

Syarikat menekankan bahawa jururawat hendaklah menganggap bahawa kesemua pesakit

yang datang untuk mendapatkan rawatan, berpotensi mempunyai jangkitan sifilis.

Penggunaan sarung tangan getah bermula pada tahun 1890 apabila Dr William Halstead

memohon sebuah syarikat untuk membuatnya. Ini adalah satu inovasi teknologi yang

dapat mencegah jangkitan kepada perawat. Bagi profilaksis individu pula, prosedur

pencucian tangan yang teliti dan penggunaan cecair antiseptik turut membantu dalam

pencegahan jangkitan (Meyer 1993).

Konsep yang sama telah digunakan oleh Centers for Disease Control and

Prevention (CDC) Atlanta, Amerika Syarikat, dalam garispanduan yang diedarkan untuk

mencegah penyakit kerja yang disebabkan oleh jangkitan penyakit bawaan darah.

Page 17: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

3

Garispanduan ini yang diterbitkan pada tahun 1982, mengambilkira jangkitan seperti

Hepatitis B dan Human Immunodeficiency Virus (HIV) (CDC 1982).

Apabila pengetahuan mengenai prevalens dan cara jangkitan HIV diketahui,

garispanduan tersebut diperkembangkan dan dikemaskinikan. Memandangkan bahawa

adalah sukar untuk mengenali pesakit HIV dan Hepatitis B, garispanduan baru tersebut

mencadangkan agar kakitangan perubatan mengganggap bahawa semua pesakit dan

sampel darah berpotensi mempunyai jangkitan. Oleh itu garispanduan untuk

mengelakkan jangkitan perlu diamalkan secara universal terhadap semua pesakit dan

semua sampel darah. Garispanduan baru ini dikenali sebagai "Universal Precautions" atau

sebagai Pencegahan Universal, disebabkan oleh pendekatan baru ini yang lebih universal

(CDC 1987 dan CDC 1988).

Antara pendekatan pencegahan jangkitan yang terdapat dalam garipanduan

tersebut adalah;

- immunisasi terhadap Hepatitis B

- jagaan rapi semasa penggunaan dan pembuangan jarum suntikan, tanpa

menutup semula serta lain-lain instrumentasi tajam (turut juga mencadangkan

pembuangan jarum suntikan yang telah digunakan ke dalam bekas pelupusan

alat tajam).

- penggunaan sarung tangan getah dan lain-lain alat perlindungan seperti topeng

muka (mask), gaun dan alat pelindung mata bagi mana-mana keadaan di mana

kakitangan perubatan boleh terdedah kepada darah atau lain-lain cecair tubuh

yang berbahaya.

Page 18: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

4

- menukar sarung tangan antara setiap kes yang dirawat dan mencuci tangan

setiap kali menukar sarung tangan (CDC 1987 dan CDC 1988).

Garispanduan ini telah menjadi sebahagian daripada tahap piawai bagi jangkitan

bawaan darah di bawah "The Occupational Health & Safety Administration (OSHA)"

yang diterbitkan pada tahun 1992. Di Malaysia, pendekatan pencegahan jangkitan yang

diambil termaktub di dalam buku "Plan of Action for the Prevention & Control of

AIDS/HIV" yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1987.

Namun begitu penekanan untuk mengambil langkah pencegahan secara universal hanya

dinyatakan dalam rawatan dental dan autopsi. Bagi yang lain seperti rawatan pesakit

luar, rawatan wad dan makmal, penekanan pencegahan jangkitan hanya diambil bagi

kes-kes HIV/AIDS yang disyaki, bukan untuk semua pesakit. Namun begitu dari segi

pelupusan alat tajam, garispanduan yang diberi adalah bersesuaian dengan

garispanduan yang dikeluarkan oleh CDC. Hanya pada 17 Ogos 1995, suatu surat

pekeliling bertajuk "Garispanduan Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti

oleh Kuman HIV", terdapat satu muka arahan ringkas yang mengarahkan agar semua

kakitangan perubatan dan kesihatan mengamalkan pencegahan universal dan prinsip

am pencegahan jangkitan.

Masalah kemungkinan berlaku jangkitan seperti dinyatakan di atas memang

wujud. Kes pertama jangkitan HIV akibat pendedahan semasa pekerjaan

berdokumentasi telah dilapurkan pada tahun 1987. Sehingga 30 Jun 1996, 159 kes

jangkitan HIV akibat pendedahan pekerjaan telah dilaporkan oleh CDC (CDC 1996)a

di mana 51 adalah sah berdokumentasi manakala 108 berkemungkinan besar. Menurut

Page 19: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

5

Centers for Disease Control and Prevention (CDC), pada tahun 1992-93, 2% dari kes

Hepatitis B di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh pendedahan semasa jagaan

kesihatan. Pada 1989, CDC menjangka bahawa 12,000 kakitangan kesihatan yang

terdedah kepada darah pesakit dijangkiti oleh hepatitis setiap tahun. Seramai 500

hingga 600 orang akan memerlukan rawatan hospital manakala 250 orang lagi akan

mati akibat sirosis hepar, kanser hepar atau hepatitis fulminan. Manakala 700-1,200

orang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B (CDC 1989).

Tentang masalah jangkitan dari perawat kepada pesakit, terdapat satu kes iaitu

seorang doktor gigi yang telah menjangkiti 6 orang dari pesakitnya dengan virus HIV

di Amerika Syarikat pada 1987 hingga 1989. Kes ini hanya dikesan dan diketahui

umum pada 1990 (CDC 1993). Salah seorang yang dijangkiti adalah Kimberley

Bergalis, yang telah berkempen agar semua kakitangan kesihatan diuji status HIV

sebelum dibenarkan merawat pesakit. Adalah dijangkakan risiko jangkitan dari seorang

pakar bedah yang dijangkiti HIV kepada pesakitnya jika terjadi luka perkutan semasa

prosedur invasif antara 1 dalam 42,000 hingga 1 dalam 420,000. Bagi Hepatitis B pula,

risiko jangkitan adalah antara 1 dalam 420 hingga 1 dalam 4,200 (Robert & Bell 1994).

Begitu juga Arthur Ashe, pemain tenis dunia yang terkenal yang telah dijangkiti

HIV melalui transfusi darah. Di Malaysia, sehingga 31 Mac 1996, sejumlah 32 kes

jangkitan akibat transfusi darah telah dilaporkan (KKM 1996).

Bagi jangkitan dari pesakit kepada pesakit pula, pada tahun 1994 telah

dilaporkan bahawa 13 kes yang menerima dialisis di sebuah pusat dialisis di Colombia

Page 20: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

6

antara 1991 hingga 1993, telah dijangkiti oleh virus HIV. Seramai 10 dari 13 pesakit

tersebut didapati tiada faktor risiko lain selain daripada menerima dialisis. Selepas

siasatan didapati punca jangkitan adalah kerana kakitangan tidak mengamalkan kaedah

pencegahan jangkitan sepenuhnya semasa memberikan rawatan dialisis (CDC 1995).b

Oleh itu wujud keperluan dari segi komplians terhadap pencegahan universal oleh

semua pihak.

Kajian ini dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana HKL merupakan

pusat rujukan tertiari terutama bagi kes-kes HIV dan AIDS. Disamping itu HKL

mempunyai bilangan kakitangan dan pesakit teramai dalam sesebuah fasiliti

Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu kontak antara perawat dan pesakit adalah

lebih dan kemungkinan pendedahan adalah tinggi. Jabatan Kemalangan dan

Kecemasannya pula mengamalkan sistem triage dan mempunyai organisasi yang agak

besar dan lebih teratur berbanding dengan lain-lain hospital kerajaan.

1.2 GELINTARAN SUSASTERA

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah sukar untuk mengenali pesakit HIV,

Hepatitis B dan Hepatitis C. Oleh itu konsep pencegahan universal menganggap

bahawa semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dan sampel darah yang

diambil berpotensi mempunyai jangkitan berbahaya. Oleh itu prinsip am pencegahan

jangkitan perlu diamalkan secara universal terhadap semua pesakit dan semua sampel

darah (CDC 1987 dan CDC 1988).

Page 21: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

7

1.2.1 Tujuan amalan pencegahan universal

Tujuan mengamalkan pencegahan universal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya

jangkitan penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C, tidak kira

sama ada dari pesakit kepada pesakit, pesakit kepada perawat atau sebaliknya.

1.2.2 Risiko jangkitan

Risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C dari

pesakit kepada perawat dan sebaliknya bergantung kepada 3 perkara utama iaitu;-

- prevalens penyakit tersebut di antara golongan pesakit yang datang untuk

mendapatkan rawatan dan di antara golongan perawat.

- kekerapan pendedahan kakitangan kesihatan atau pesakit kepada darah atau

cecair tubuh yang infektif.

- cara pendedahan sama ada parenteral, mukosal atau luka terbuka.

Bagi prevalens penyakit, menurut jangkaan WHO, kini terdapat sejumlah 19.5

juta penduduk dunia yang telah dijangkiti dengan virus HIV. Bilangan ini bertambah

6000 kes baru setiap hari (WHO 1996). WHO juga menjangka 0.305% dari populasi

dewasa Malaysia, dijangkiti oleh HIV (WHO WPR 1996). Bagi Hepatitis B, di kawasan

Asia Tenggara, antara 70-90% dari populasi mempunyai bukti serologi terdedah kepada

jangkitan dan antara 8-20% merupakan "carriers" atau pembawa virus Hepatitis

(Grosheide & Damme 1996). Bagi prevalens jangkitan di kalangan perawat, di Amerika

Syarikat sahaja sejumlah 18,014 kakitangan perubatan diketahui mengidapi AIDS

Page 22: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

8

(CDC 1996). Pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysiaa

(KKM) pada tahun 1996 mendapati 9% dari kakitangan perubatan dan kesihatan KKM

mempunyai jangkitan Hepatitis B yang aktif (Hepatitis B Antigen Positif).

Bagi kekerapan pendedahan pula, sepatutnya setiap kes pendedahan yang

berisiko di fasiliti kesihatan di Malaysia hendaklah dilaporkan. Namun begitu didapati

jumlah kes yang dilaporkan sehingga April 95 adalah kecil iaitu sekitar 54 kes. Bilangan

kes yang "seroconverted" tidak diketahui kerana ia adalah rahsia. Kebanyakannya

adalah kecederaan akibat tercucuk jarum suntikan dan selainnya pendedahan mukosal

(Sulaiman 1995). Jika dibandingkan dengan satu kajian yang telah dilakukan oleh CDC

pada tahun 1995 terhadap kakitangan perubatan yang telah dijangkiti virus HIV,

didapati 94% adalah akibat kecederaan jarum suntikan dan 7% adalah disebabkan oleh

kecederaan dengan benda tajam yang lain. Di Hospital Universiti Sains Malaysia

Kubang Kerian, didapati 53% dari pelajar perubatan tahun 4 dan tahun 5 pernah

mengalami kecederaan jarum suntikan (Naing, Zulkifli dan Ismail 1995).

Satu kajian kebangsaan di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1995)

mendapati bahawa 52% dari kakitangan yang menjaga pesakit pernah mengalami

pendedahan perkutan akibat jarum suntikan dan 24% dari mereka mengalaminya dalam

jangkamasa satu tahun yang lepas. Kajian ini juga menunjukkan hanya 68% yang

melaporkan pendedahan mereka. Perkara yang sama juga dilaporkan di kalangan para

doktor iaitu 51% mengalami pendedahan perkutan dalam jangkamasa satu tahun yang

lepas. Bagi kakitangan "housekeeping", 39% mengalami pendedahan perkutan dalam

jangkamasa satu tahun yang lepas. Bagi pendedahan darah pada kulit dalam satu tahun

Page 23: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

9

yang lepas, ianya adalah positif bagi 64% kakitangan menjaga pesakit, 59% bagi doktor

dan 6% bagi kakitangan "housekeeping". Bagi pendedahan pada mukosa, ianya adalah

positif bagi 10% kakitangan yang menjaga pesakit dan 19% bagi para doktor.

Risiko pendedahan adalah berbeza menurut jenis pendedahan. Bagi pendedahan

perkutan terhadap darah yang dijangkiti virus HIV, risikonya adalah 0.3% (CDC 1995).a

Faktor yang meningkatkan risiko jangkitan bagi pendedahan perkutan adalah jika

pendedahan itu menyebabkan luka yang dalam, jarum atau alat itu telah dicemari

dengan darah pesakit, prosedur yang dilakukan memerlukan jarum diletakkan di dalam

vena atau arteri pesakit dan jika pesakit itu telah nazak dengan penyakit AIDS. Risiko

bagi jenis pendedahan yang lain seperti pendedahan mukosa adalah lebih rendah iaitu

0.09%. Berbanding dengan virus Hepatitis B yang lebih stabil dan lebih mudah

menjangkiti, risiko jangkitan selepas pendedahan perkutan ialah 30% (Robert & Bell

1994).

1.2.3 Program Pencegahan Universal di Malaysia

Program dan prosedur pencegahan jangkitan di Malaysia telah lama berjalan.

Garispanduan mengenai pencegahan jangkitan yang terdapat dalam "Plan of Action for

the Prevention & Control of AIDS" telah diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) sejak tahun 1987. Banyak latihan dan peruntukan disediakan oleh

KKM (KKM 1995). Pada 17 Ogos 1995, suatu surat pekeliling bertajuk "Garispanduana

Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti oleh Kuman HIV", terdapat arahan

ringkas yang mengarahkan agar semua kakitangan perubatan dan kesihatan

Page 24: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

10

mengamalkan pencegahan universal dan prinsip am pencegahan jangkitan (KKMb

1995). Namun begitu prosedur seperti vaksinasi terhadap Hepatitis B tidak terdapat di

dalam pekeliling tersebut. Ini berbeza dengan pendekatan CDC yang menggalakkan

vaksinasi Hepatitis B sebagai profilaksis individu.

1.2.4 Komplians

Komplians kakitangan terhadap Pencegahan Universal pula dipengaruhi oleh faktor-

faktor seperti:

-"Predisposer" - pengetahuan mengenai Pencegahan Universal dan praktisnya.

-"Enablers" - terlatih, cukup peralatannya, mampu, komitmen majikan, sokongan

rakan sekerja.

-"Reinforcers" - sentiasa diingatkan dalam pekerjaan seharian.

(Hawe, Degeling & Hall 1990)

Sebagai contohnya, suatu kajian kebangsaan (Hersey & Martin 1995)

menunjukkan bahawa mereka yang terlatih, lebih berkemungkinan untuk mencuci

tangan selepas menanggalkan sarung tangan. Juga didapati bahawa mereka yang pernah

menerima latihan dalam pencegahan jangkitan, lebih sanggup untuk merawat pesakit

HIV/AIDS. Komplians pekerja kesihatan terhadap Pencegahan Universal juga berbeza

mengikut tempat dan jenis aktiviti. Ia juga berbeza mengikut faktor demografi dan

tahap pengetahuan.

Page 25: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

11

Kajian yang dilakukan oleh Gershon et al pada 1995 di tiga buah hospital

wilayah di Amerika Syarikat, didapati komplians adalah tinggi bagi penggunaan sarung

tangan getah (97%), pelupusan alat tajam dan pembuangan sisa terkontaminasi (95%),

tetapi rendah bagi perlindungan mata (63%) dan perlindungan pakaian luar (62%).

Didapati juga bahawa komplians terhadap pencegahan universal bergantung kepada

komitmen organisasi terhadap pencegahan universal, konflik dalaman antara keperluan

memberikan rawatan dan keperluan untuk melindungi diri, personaliti perawat yang

suka mengambil risiko, persepsi risiko, pengetahuan cara transmisi jangkitan serta

latihan dalam pencegahan universal. Faktor demografi yang mempengaruhi komplians

adalah jantina (wanita 25%, lelaki 19%), pekerjaan (tahap komplians jururawat

tertinggi, diikuti oleh juruteknologis makmal dan terendah bagi doktor).

Satu kajian kebangsaan di Amerika Syarikat pada tahun 1991 yang dilakukan

oleh Hersey dan Martin, bagi hospital-hospital yang ada jabatan kecemasan dan rawatan

pesakit dalam wad mendapati hanya 42% kakitangan yang menjaga pesakit dan 45%

doktor telah menerima vaksinasi Hepatitis B. Bagi pelupusan alat tajam, 96%

kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa membuang jarum suntikan atau lain-lain alat

tajam dengan betul. Pada masa yang sama didapati 38% mengatakan bahawa bekas itu

sentiasa penuh. Didapati juga 55% dari kakitangan yang menjaga pesakit menutup

semula jarum suntikan selepas memberi suntikan dan 45% menutup semula jarum

suntikan selepas mengambil darah. Para doktor paling kerap menutup semula jarum

suntikan iaitu 75% selepas suntikan dan 65% selepas mengambil darah. Dari

penggunaan sarung tangan getah, 43% kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa

menggunakannya untuk mengambil darah dan 32% sentiasa menggunakannya untuk

Page 26: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

12

memasang atau menanggalkan saluran intravena. Hanya 60% kakitangan

"housekeeping" sentiasa menggunakan sarung tangan untuk mengemas bilik pesakit.

Didapati juga 88% kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa menukar sarung tangan

antara pesakit. Bagi mencuci tangan selepas menanggalkan sarung tangan getah, hanya

62% kakitangan yang menjaga pesakit dan 54% doktor yang berbuat demikian.

Berbanding dengan 82% kakitangan "housekeeping" yang berbuat demikian.

Manakala dalam penggunaan topeng muka, gaun dan perlindungan mata, peratus

penggunaannya jauh lebih rendah. Didapati hanya 24% kakitangan yang menjaga

pesakit sentiasa menggunakan gaun, 19% sentiasa menggunakan topeng muka dan

hanya 10% sentiasa menggunakan perlindungan mata (Hersey & Martin 1995).

Di Chiang Mai, kajian yang dilakukan terhadap jururawat di wad kecemasan

(Picheansathian 1995) menunjukkan komplians terhadap pencegahan universal adalah

rendah iaitu 49% secara keseluruhan. Amalan pencegahan berhalangan (barrier

precautions) adalah sekitar 18-25%. Didapati sebab-sebab tidak mengamalkan

pencegahan universal adalah tidak ada bekalan alat pencegahan universal seperti

pelindung mata, topeng muka dan gaun, tidak cukup masa, tidak selesa, leceh, tabiat

lama, merasakan pencegahan universal tidak penting dan mahu menjaga hati pesakit.

Bagi sarung tangan getah, ianya digunakan 54% dalam intervensi yang memerlukan

pencegahan universal. Sebab tidak mengamalkannya adalah tidak cukup bekalan, yakin

dengan kebolehan mereka melakukan venepunktur, tidak selesa dan persepsi risiko yang

rendah. Membasuh tangan selepas kontak dengan pesakit atau menanggalkan sarung

Page 27: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

13

tangan adalah 23- 32%. Sebab yang diberikan untuk tidak komplians adalah tidak biasa,

tiada masa dan tiada kemudahan disediakan.

Satu lagi kajian terhadap doktor dan jururawat di semua hospital di Thailand

pada tahun 1993 (Danchaivijitr et al 1995) menunjukkan bahawa hanya 47.1% doktor

dan 27.9% jururawat yang mengamalkan pencegahan universal untuk semua pesakit.

Secara amnya, doktor lebih tahu tentang pencegahan berhalangan (barrier precautions)

berbanding dengan jururawat. Walau bagaimanapun, amalan mencuci tangan selepas

menanggalkan sarung tangan dan kontak dengan pesakit, rendah di kalangan doktor

berbanding jururawat. Secara keseluruhannya jururawat dan doktor berpuas hati dengan

tahap pengetahuan mereka mengenai pencegahan universal dan polisi hospital terhadap

pencegahan universal.

Satu kajian yang dilakukan di Hospital Tapah oleh Hasnah Bibon (1995)

menunjukkan 65.4% kakitangan komplians terhadap pencegahan universal. Seramai

81.3% sentiasa membasuh tangan selepas merawat pesakit, 84.5% sentiasa memakai

sarung tangan getah dan 71% sentiasa memakai apron atau gaun jika akan terdedah

kepada percikan darah. Dari segi perlanggaran, seramai 63.3% menutup semula jarum

suntikan selepas digunakan dan 23.6% membuang jarum dan alat tajam ke dalam tong

sampah biasa.

1.3 RANGKAIAN MASALAH

Page 28: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

14

Komplians seseorang untuk mengamalkan pencegahan universal di pengaruhi oleh

banyak faktor. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada faktor individu dan

demografi, faktor psikososial dan faktor organisasi.

1.3.1 Faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan mempengaruhi keinginan seseorang

untuk mengamalkan pencegahan universal. Namun begitu, antara keinginan dan

amalan, ianya dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti beban kerja yang tinggi

atau kurangnya galakan untuk mengamalkan pencegahan universal (seperti

poster peringatan, kecukupan alat) .

1.3.2 Sekiranya seseorang itu tidak komplians terhadap pencegahan universal,

kemungkinan beliau mendapat jangkitan di tempat kerja dipengaruhi pula oleh

kekerapan pendedahan kepada hazad, jenis pendedahan dan prevalens penyakit

tersebut di kalangan pesakit yang dirawat.

1.3.3 Namun begitu, jika seseorang itu komplians terhadap pencegahan universal,

tidak bermakna beliau selamat seratus peratus dari jangkitan di tempat kerja. Ini

adalah kerana jika jenis pendedahan yang dialami mengatasi langkah-langkah

pencegahan universal yang telah diambil, contohnya tercucuk jarum suntikan

yang menembusi sarung tangan getah yang dipakai, risiko jangkitan masih ada.

Page 29: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Faktor Organisasi1. Budaya Keselamatan Kerja2. Sokongan kakitangan lain3. Latihan yang diberi

Faktor Individu & Demografi1. Kategori pekerjaan2. Jangkamasa perkhidmatan3. Jumlah masa bekerja4. Tahap pengetahuan

Faktor Psikososial1. Sikap2. Tekanan Kerja3. Perasaan Takut4. Persepsi Risiko

Keinginan Untuk Komplians Terhadap Pencegahan Universal

Komplians atau TidakTerhadap Pencegahan Universal

Beban kerjayang tinggi

Galakan untuk mengamalkan Pencegahan Universal

Jangkitan Tempat Kerja(Workplace Infection)

Prevalens penyakitdi kalangan pesakit

Kekerapan pendedahan

Jenis Pendedahan

15

Rajah 1.1 Rangkaian masalah komplians terhadap pencegahan universal danjangkitan di tempat kerja serta faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Page 30: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

16

1.4 MATLAMAT UMUM

Mengkaji kesedaran dan komplians terhadap pencegahan universal di kalangan

kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur,

Februari 1997.

1.5 MATLAMAT KHAS

1.5.1 Mengkaji demografi sampel yang dipilih dari segi umur, bangsa, jantina, taraf

pendidikan, taraf perkahwinan, kategori jawatan, tempoh berkhidmat dengan

Kementerian Kesihatan Malaysia, tempat kerja dan purata jumlah masa kerja

dalam seminggu.

1.5.2 Menentukan tahap pengetahuan kakitangan mengenai Pencegahan Universal,

cara transmisi jangkitan HIV dan Hepatitis B dan kaitan terhadap komplians

mereka.

1.5.3 Menentukan hubungan antara komplians terhadap pencegahan universal

dengan kategori jawatan, tempat kerja, purata masa kerja dalam seminggu,

latihan yang pernah diterima dan kecukupan peralatan.

Page 31: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

17

1.5.4 Menentukan hubungan antara komplians terhadap pencegahan universal dan

persepsi kakitangan terhadap komitmen majikan dalam mewujudkan budaya

amalan pencegahan universal .

1.5.5 Menentukan hubungan antara komplians terhadap pencegahan universal dan

persepsi beban kerja kakitangan.

1.5.6 Menentukan proporsi kakitangan yang mengambil immunisasi Hepatitis B.

1.5.7 Menentukan sejarah dan cara pendedahan kakitangan terhadap cecair tubuh

sepanjang satu tahun yang lepas.

1.6 HIPOTESA KAJIAN

1.6.1 Komplians terhadap pencegahan universal lebih tinggi di kalangan jururawat

terlatih berbanding dengan kategori lain.

1.6.2 Kakitangan yang pernah dilatih, lebih komplians terhadap pencegahan

universal.

1.6.3 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika mudah mendapatkan

peralatan yang berkaitan.

Page 32: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

18

1.6.4 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika majikan mewujudkan

budaya amalan pencegahan universal .

1.6.5 Komplians terhadap pencegahan universal lebih baik jika beban kerja

kakitangan tidak terlalu tinggi.

Page 33: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BAB 2

METODOLOGI

2.1 LATARBELAKANG TEMPAT KAJIAN

Hospital Kuala Lumpur ialah hospital yang terbesar di Malaysia. Dahulunya ia

dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur. Ia terletak di tengah Bandaraya Kuala

Lumpur, dikelilingi oleh 3 jalan utama iaitu Jalan Pahang, Jalan Raja Muda dan Jalan Tun

Razak. Keluasan tapaknya adalah 60.4 hektar (Perangkaan Tahunan Hospital Kuala Lumpur

1994).

Hospital Kuala Lumpur beroperasi sebagai pusat rawatan primer, sekunder dan

tertiari. Ia juga merupakan pusat latihan bagi pelajar perubatan, pegawai perubatan latihan

siswazah, pegawai perubatan siswazah lanjutan, pegawai perubatan penjurusan khusus (sub-

specialisation), serta sebagai pusat latihan dalam bidang radiografi, kejururawatan,

fisioterapi, terapi cara kerja, kebidanan serta perawatan pos basik bagi paramedik.

Pentadbiran Hospital Kuala Lumpur diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu

oleh dua orang Timbalan Pengarah. Pengarah bertanggungjawab ke atas perjalanan hospital

Page 34: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

21

secara keseluruhan sementara Timbalan Pengarah (Perubatan) mengendalikan hal-hal bidang

perubatan dan Timbalan Pengarah (Tadbiran) mengendalikan perkara-perkara dalam bidang

pentadbiran dan kewangan.

Sebagai sebuah institusi yang terbesar di bawah Kementerian Kesihatan, ia

mempunyai jumlah jawatan sebanyak 6,574 sehingga hujung 1994. Kumpulan Sokongan D

mempunyai bilangan jawatan yang terbanyak iaitu 3,154 , yang mana sebahagian besar

daripadanya ialah Atendan dan Pekerja Am. Ini diikuti oleh Kumpulan Sokongan B iaitu

sebanyak 2,290 , yang mana Jururawat dan Pembantu Perubatan adalah komponen terbesar.

Kumpulan A terdiri daripada 115 Pegawai Pakar Perubatan, 12 Pegawai Pentadbir Perubatan

dan 493 Pegawai Perubatan.Walaupun jumlah kakitangannya adalah ramai berbanding

dengan lain-lain hospital di Malaysia, tenaga kerja yang ada adalah tidak mencukupi untuk

menanggung beban kerja yang ada. Keadaan ini adalah sangat ketara bagi jawatan Pegawai

Perubatan, Jururawat Terlatih, Juru X-Ray, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknik,

Atendan dan Pekerja Am.

Menurut Perangkaan Tahunan Hospital Kuala Lumpur 1994, jumlah kemasukan

pesakit pada tahun 1994 ialah seramai 151,452 orang, manakala pada tahun 1993 jumlahnya

ialah 147,736 orang, iaitu pertambahan sebanyak 2.52%. Bangsa Melayu merupakan bangsa

yang teramai, manakala kaum wanita lebih ramai dimasukkan daripada kaum lelaki.

Jumlah katil di hospital ini adalah sebanyak 2,528 (Laporan Tahunan 1994). Peratus

Page 35: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

22

penggunaan katil adalah 82.83% dalam tahun 1993 dan 86.19% pada tahun 1994. Lima

disiplin menunjukkan peratus penggunaan katil melebihi 100% iaitu Psikiatri (161.01%),

Kemalangan & Kecemasan (109.91%), Urologi (109.29%), Plastik Surgeri (105.70%) dan

Pediatrik (termasuk Rawatan Rapi) (101.22%)

Jabatan Kemalangan dan Kecemasan terletak di tingkat bawah blok utama Hospital

Kuala Lumpur. Ianya diketuai oleh seorang pakar tromatologi. Beliau disokong oleh 224

kakitangan yang lain yang terdiri daripada 29 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Ketua

Jururawat, 70 orang Jururawat terlatih, 27 orang Pembantu Perubatan, 24 orang Penolong

Jururawat, 8 orang Pemandu, 46 orang Atendan Hospital dan 9 orang Amah. Dari segi

organisasi, Jabatan Kecemasan dan Kemalangan terbahagi kepada Bahagian Kemalangan dan

Kecemasan dan Bahagian Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan. Dari segi operasi,

Bahagian Kemalangan dan Kecemasan terbahagi kepada Unit Kecemasan Resusitasi

(kawasan merah), Unit Kecemasan Intermediat (kawasan kuning) dan Unit Rawatan Pesakit

(kawasan hijau). Pembantu Perubatan yang bertugas di bahagian pendaftaran menapis kes-

kes yang datang mendapatkan rawatan (triage). Kes-kes yang tidak memerlukan rawatan

kecemasan akan dirujuk ke Jabatan Pesakit Luar. Kes-kes yang memerlukan rawatan

kecemasan tetapi tidak membahayakan nyawa dan boleh berjalan atau menggunakan kerusi

roda, akan menunggu giliran di bilik menunggu bagi mendapatkan rawatan di kawasan hijau

("walk in cases"). Bagi kes yang perlu berada atas troli tetapi tidak berada dalam keadaan

yang segera membahayakan nyawa, mereka akan dirujuk ke kawasan kuning. Bagi kes yang

kritikal yang memerlukan resusitasi segera, mereka akan dirujuk ke kawasan merah.

Page 36: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

23

Bagi Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan, mereka memberikan khidmat bagi

kes-kes dari Jabatan Kemalangan dan Kecemasan dan kes-kes bedah ringan dari Jabatan

Pesakit Luar dan Klinik Pakar.

Jabatan ini bertugas 24 jam sehari dan mempunyai giliran tugas 3 kali sehari iaitu 7

pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 7 pagi. Namun begitu

giliran bagi Pegawai Perubatan adalah berbeza sedikit iaitu 8 pagi hingga 3 petang, 3 petang

hingga 10 malam dan 10 malam hingga 8 pagi. Ada juga kakitangan yang bertugas mengikut

waktu pejabat.

2.1 REKABENTUK KAJIAN

Jenis kajian yang dijalankan adalah jenis keratan rentas untuk mengkaji tahap pengetahuan

dan komplians mengenai amalan pencegahan universal dan faktor-faktor yang

mempengaruhinya di kalangan kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada bulan Februari 1997.

Page 37: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

24

2.2. PENSAMPELAN

Populasi sasaran ialah kesemua kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur yang ada pada tempoh kajian di bulan Februari 1997.

Populasi sampel ialah kesemua kakitangan perubatan di Jabatan Kemalangan dan

Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur yang bertugas semasa tempoh kajian. Kerangka sampel

ialah senarai kakitangan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur

semasa tempoh tersebut.

Kaedah persampelan adalah pensampelan universal. Unit sampel adalah kakitangan

Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur. Saiz sampel yang sesuai

menurut perisian EpiInfo 6.04b ialah seramai 147 orang. Ini dikira dengan anggapan:

C Nilai " diambil sebagai 95%.

C Nilai 1-$ diambil sebagai 80%.

C Nilai insidens tidak komplians di kalangan tidak terdedah sebagai 34.6%,

berdasarkan kajian Hasnah B. di Hospital Tapah pada tahun 1996.

C Ratio ods diambil sebagai 2.0.

Page 38: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

25

2.4 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah cerapan dan juga

menggunakan borang soalselidik.

2.4.1 Kaedah cerapan

Pada minggu pertama, penyelidik akan berada di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.

Beliau akan memerhatikan kakitangan yang bertugas di unit kecemasan resusitasi, unit

kecemasan intermediat dan wad kecemasan dalam menjalankan tugas harian mereka.

Cerapan ini akan dijalankan selama 7 hari. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap

komplians terhadap pencegahan universal di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan . Ia akan

menekankan komplians terhadap pencegahan universal semasa melakukan prosidur invasif

seperti pengambilan darah dan pelupusan alat tajam.

2.4.2 Kaedah soal selidik jawab sendiri

Di minggu kedua pula, sampel yang dipilih akan diberikan soal selidik jawab sendiri yang

akan diedarkan kepada setiap kakitangan perubatan yang bertugas di Jabatan Kemalangan

dan Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

Page 39: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

26

Ia mengandungi soalan mengenai data asas demografi, vaksinasi Hepatitis B,

pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh semasa bertugas, pengetahuan mengenai

pencegahan universal dan penyakit berkaitan, persepsi responden mengenai beban kerja,

risiko jangkitan, budaya kerja dan komplians mereka terhadap pencegahan universal. Bagi

soalan mengukur tahap pengetahuan, setiap jawapan betul diberikan dua markah, setiap

jawapan salah ditolak satu markah dan soalan yang tidak dijawab atau dijawab "Tidak Tahu"

tidak diberikan apa-apa markah.

2.5 Definisi

2.5.1 Pencegahan Universal

Pencegahan Universal bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh para perawat untuk

mengelakkan jangkitan dari darah atau cecair tubuh semasa merawat pesakit.

2.5.2 Responden

Responden adalah kakitangan perubatan yang telah dipilih dan bertugas semasa tempoh

kajian.

Page 40: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

27

2.5.3 Tahap pendidikan

Tahap pendidikan responden dikelaskan kepada 1- tidak bersekolah, 2- pendidikan sekolah

rendah dari darjah satu hingga darjah enam, 3- sehingga peringkat PMR/SRP/LCE, 4-

sehingga peringkat SPM/MCE, 5- sehingga peringkat STP/HSC dan 6- sehingga peringkat

tertiari seperti universiti.

2.5.4 Jawatan

Kategori jawatan dikumpulkan untuk memudahkan analisa data iaitu;

a) Pegawai Perubatan - termasuk pakar perunding, pakar dan pegawai perubatan.

b) Pembantu Perubatan

c) Jururawat Terlatih

d) Penolong Jururawat

e) Atendan Hospital

f) Pemandu Ambulans

Jenis pekerjaan yang tidak termasuk di dalam kategori di atas dan tugasan mereka

tidak melibatkan kontak dengan pesakit atau cecair tubuh dianggap sebagai bukan kakitangan

perubatan dan tidak termasuk sebagai sampel kajian.

2.5.5 Tempat kerja

Page 41: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

28

Tempat kerja dikategorikan seperti di bawah;

a) Wad Kecemasan

b) Rawatan Pesakit Luar (kawasan hijau)

c) Unit Kecemasan Resusitasi (kawasan merah)

d) Unit Kecemasan Intermediat (kawasan kuning)

iv) Pemandu Ambulans

v) Bilik Bedah Kemalangan dan Kecemasan

2.5.6 Komplians

Komplians adalah sentiasa dan kerapkali patuh kepada arahan-arahan yang ditetapkan di

dalam garispanduan pencegahan universal.

2.6 ANALISA DATA

Data yang dikumpulkan diubah ke jadual penkodan dan dipindah ke program komputer

menggunakan Excel 95. Data seterusnya diubah ke bentuk dBaseIV dan dianalisa seterusnya

menggunakan program SPSS 7.0. Ujian statistik yang akan digunakan adalah ujian t,

ANOVA, ujian khi kuasa dua, regresi, korelasi mengikut kesesuaian data yang diterima.

Page 42: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

29

Ujian t dilakukan untuk membandingkan min skor pengetahuan di antara jantina dan

lama berkhidmat. Ia juga dilakukan untuk membandingkan min skor amalan di antara jantina,

lama berkhidmat, tempat kerja, latihan dan persepsi beban kerja.

ANOVA dilakukan untuk membandingkan min skor pengetahuan di antara etnik,

tahap pendidikan dan jawatan. ANOVA juga dilakukan untuk membandingkan min skor

amalan di antara etnik, tahap pendidikan dan jawatan.

Ujian khi kuasa dua dilakukan apabila menguji hubungan di antara komplians dan

kecukupan peralatan.

Korelasi dilakukan untuk mengukur hubungan di antara skor amalan dan skor

pengetahuan, di antara skor amalan dan jumlah masa bekerja dalam seminggu serta di antara

umur dan skor pengetahuan.

Regresi dilakukan terhadap skor pengetahuan, skor amalan dan pendedahan terhadap

darah bagi menentukan faktor-faktor peramal.

Page 43: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

30

2.7 PENKODAN

Bagi data sosiodemografi, penkodan adalah seperti berikut;

C Jantina

1 - Lelaki

2 - Perempuan

C Etnik

1 - Melayu

2 - Cina

3 - India

4 - Lain-lain

C Tahap pendidikan

1 - Tidak Bersekolah

2 - Sekolah Rendah

3 - LCE/SRP/PMR

4 - MCE/SPM

5 - HSE/STPM

6 - Universiti

C Marital

1 - Bujang

2 - Berkahwin

3 - Berpisah/Balu/Janda/Duda

Page 44: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

31

C Jawatan

1 - Pegawai Perubatan

2 - Jururawat Terlatih

3 - Pembantu Perubatan

4 - Penolong Jururawat

5 - Pemandu

6 - Atendan Hospital

Bagi soalan pengetahuan, persepsi, vaksinasi dan pendedahan, penkodan adalah

seperti berikut;

1 - Ya

2 - Tidak

3 - Tidak Tahu

Bagi soalan mengenai amalan, penkodan adalah seperti berikut;

1 - Sentiasa

2 - Kerapkali

3 - Kadang-kadang

4 - Tidak Pernah

5 - Tidak Berkaitan

Page 45: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BAB 3

HASIL KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG SAMPEL

Di dalam kajian ini 183 borang soal selidik jawab sendiri telah diedarkan kepada

kakitangan yang bertugas di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala

Lumpur dan sebanyak 150 (82.0%) borang telah pun dikembalikan.

3.1.1 Ciri sosio demografi

Didapati bahawa etnik responden terdiri daripada 74.0% Melayu, 19.3% India, 5.3% Cina

dan 1.3% lain-lain (Jadual 3.1). Dari segi jantina pula, didapati 68.7% adalah perempuan

dan 31.3% adalah lelaki.

Julat umur responden adalah 19 hingga 54 tahun dengan min umur 33.3 + 8.6

tahun. Julat tempoh lama berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah 1

hingga 31 tahun dengan min 9.8 + 9.1 tahun.

Page 46: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

33

Jadual 3.1 Data sosiodemografi responden

Pembolehubah n = 150 Bil % Min

1. Etnik Melayu 111 74.00Cina 8 5.33

India 29 19.33

Lain-lain 2 1.33

2. Jantina Lelaki 47 31.33

Perempuan 103 68.67

3. Tahap pendidikan Sekolah rendah 22 14.67

LCE/SRP/PMR 14 9.33

MCE/SPM 70 46.67

HSE/STPM 27 18.00

Universiti 17 11.33

4. Jawatan sekarang Pegawai Perubatan 17 11.33

Jururawat Terlatih 49 32.67

Pembantu Perubatan 22 14.67

Penolong Jururawat 22 14.67

Pemandu 3 2.00

Atendan Hospital 37 24.67

5. Tempoh berkhidmat dengan KKM (tahun) 9.81 + 9.14

6. Umur responden (tahun) 33.28 + 8.65

Page 47: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

34

3.1.2 Taraf pendidikan responden

Responden yang berkelulusan peringkat sekolah menengah (PMR, SPM dan STP) adalah

74.0% dan 11.3% yang berkelulusan dari peringkat tertiari (Jadual 3.1).

3.1.3 Jawatan dan tempat bekerja

Terdapat 8 kumpulan jawatan bagi golongan kakitangan perubatan di Jabatan Kecemasan

Hospital Kuala Lumpur. Kumpulan teramai adalah jururawat terlatih, termasuk ketua

jururawat iaitu 32.7%, diikuti oleh atendan hospital iaitu 24.7%. Kumpulan pembantu

perubatan dan penolong jururawat adalah sama ramainya iaitu 14.7%. Kumpulan pegawai

perubatan adalah seramai 11.3% dan kumpulan terkecil adalah kumpulan pemandu iaitu

2%.

Semua kakitangan bertugas di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Tempat

mereka bertugas sepanjang satu minggu sebelumnya mungkin lebih dari satu tempat,

melainkan bagi mereka yang bertugas di dewan bedah dan sebagai pemandu ambulans.

Oleh itu jumlah bagi Jadual 3.2 adalah lebih dari 100%. Paling ramai bertugas di Unit

Kecemasan Intermediat iaitu 46.0%, diikuti dengan Unit Kecemasan Resusitasi seramai

41.3% dan wad kecemasan seramai 40.0%.

Page 48: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

35

Jadual 3.2 Tempat kerja responden sepanjang satu minggu terdahulu.

Bil. %Wad kecemasan 60 40.00Rawatan pesakit uar 56 37.33Kecemasan intermediat 69 46.00Kecemasan resusitasi 62 41.33Bilik bedah 45 30.00Pemandu ambulan 3 2.00

3.2 VAKSINASI DAN PENDEDAHAN

3.2.1 Vaksinasi Hepatitis B

Didapati bahawa 73.3% dari responden telah pun menerima vaksinasi Hepatitis B.

Taburan immunisasi menurut etnik adalah 73% bagi Melayu, 75% bagi Cina, 79% bagi

India dan 0% bagi lain-lain. Menurut jantina pula ianya adalah 68% bagi lelaki dan 76%

bagi perempuan.Taburan immunisasi menurut jawatan pula adalah 94% bagi pegawai

perubatan, 69% bagi jururawat, 82% bagi pembantu perubatan, 86% bagi jururawat, 0%

bagi pemandu dan 62% bagi atendan hospital.

3.2.2 Pendedahan Terhadap Darah atau Cecair Tubuh

Didapati bahawa 60.0% dari responden pernah terdedah kepada darah atau cecair tubuh

dalam tempoh satu tahun yang lepas (Jadual 3.3).

Page 49: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

36

Jadual 3.3 Taburan pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dalam tempohsatu tahun yang lepas.

Ya Tidak Tidak IngatBil. % Bil. % Bil. %

Terdedah kepada darah atau

cecair tubuh dlm tempoh satu

tahun yang lepas.

90 60.00 42 28.00 18 12.00

Dari 60.0% (90 orang) responden yang pernah terdedah kepada darah atau cecair

tubuh dalam tempoh satu tahun yang lepas, 46.0% (46 orang) terdedah apabila tercucuk

jarum suntikan. Seramai 73.3% (66 orang) terdedah apabila terpercik darah atau cecair

tubuh pada kulit tubuh dan 21.1% (19 orang) terdedah apabila darah atau cecair tubuh

terpercik ke mata atau ke dalam mulut. Namun begitu hanya 7.8% (7 orang) yang

melapurkan insidens tersebut (Jadual 3.4).

Jadual 3.5 Taburan cara pendedahan terhadap darah atau cecair tubuh dan laporanyang dibuat.

Ya Tidak Tidak Ingat

Bil. % Bil. % Bil. %

Tercucuk jarum suntikan 46 51.11 44 48.89 0 0.00

Pendedahan mukokutan 19 21.11 71 78.89 0 0.00

Pendedahan pada kulit 66 73.33 24 26.67 0 0.00

Laporkan pendedahan 7 7.78 78 86.67 5 5.56

Page 50: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

37

3.3 PENGETAHUAN MENGENAI PENCEGAHAN UNIVERSAL

3.3.1 Latihan

Dari kajian ini didapati bahawa 80.0% dari responden pernah mendengar mengenai

pencegahan universal sebelum ini. Seramai 64.0% dari responden pernah menerima

taklimat mengenai Pencegahan Universal (Jadual 3.5). Taklimat itu diterima dari Pegawai

Perubatan (52%), Ketua Jururawat (30%), semasa latihan kemahiran (11%), Pembantu

Perubatan (4%), Pembantu Makmal (2%) dan Jururawat (1%).

Jadual 3.5: Taburan responden berdasarkan pernah mendengar dan menerima taklimatmengenai Pencegahan Universal.

Ya Tidak Tidak IngatBil. % Bil. % Bil. %

Pernah mendengar mengenai

Pencegahan Universal

120 80 30 20.00 0 0.00

Pernah menerima taklimat

mengenai Pencegahan

Universal

96 64 53 35.33 1 0.67

3.3.2 Jangkitan Melalui Darah Infektif

Hampir kesemua responden (98.7%) bersetuju bahawa HIV/AIDS boleh dijangkiti

melalui pendedahan kepada darah yang infektif. Peratus yang tinggi juga didapati bagi

Page 51: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

38

Hepatitis B iaitu 94.7%. Untuk jangkitan lain, Sifilis (66.0%), Hepatitis C (35.3%) dan

Malaria (16.6%). Namun begitu 21.3% dari responden menganggap Hepatitis A boleh

dijangkiti melalui pendedahan kepada darah (Jadual 3.6).

3.3.3 Cara Jangkitan HIV/AIDS

Secara amnya dari segi jangkitan, peratus responden yang menjawab soalan dengan betul

adalah membanggakan, kecuali bagi soalan mengenai mereka yang menderma darah.

Majoriti responden tahu bahawa HIV/AIDS tidak boleh merebak melalui cara-cara

seperti nyamuk (89.3%), bersalaman (92.7%), mandi di kolam renang (90.7%) dan makan

bersama pesakit AIDS (88.0%). Majoriti responden tahu bahawa cara jangkitannya

adalah melalui berkongsi jarum suntikan (100.0%), seks rambang (98.7%), penerimaan

transfusi darah infektif (95.3%), penyusuan susu ibu HIV positif (82.7%) dan secara

natal iaitu dari ibu HIV positif kepada kandungannya (96.0%) (Jadual 3.6).

Tetapi bagi soalan adakah mereka yang menderma darah berisiko untuk mendapat

jangkitan HIV, 61.3% mengatakan "Ya", walhal sebenarnya tidak. Hanya 36.0%

menjawab soalan ini dengan betul (Jadual 3.6).

3.3.4 Cara Jangkitan Hepatitis B

Majoriti responden tahu bahawa Hepatitis B tidak boleh merebak melalui cara-cara

seperti nyamuk (88.0%), bersalaman (90.7%), mandi di kolam renang (86.0%) dan makan

bersama pesakit Hepatitis B (72.7%). Majoriti responden tahu bahawa cara jangkitannya

Page 52: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

39

adalah melalui berkongsi jarum suntikan (97.3%), seks rambang (79.3%), menerima

transfusi darah infektif (92.7%), penyusuan susu ibu Hepatitis B antigen positif (88.7%)

dan secara natal iaitu dari ibu Hepatitis B antigen positif kepada kandungannya (88.7%)

(Jadual 3.6).

Seperti sebelumnya, bagi persoalan adakah mereka yang menderma darah berisiko

untuk mendapat jangkitan Hepatitis B, 62.0% mengatakan "Ya", walhal sebenarnya tidak.

Hanya 34.7% menjawab soalan ini dengan betul (Jadual 3.6).

3.3.5 Cara Pencegahan Jangkitan AIDS/HIV dan Hepatitis B

Bagi soalan ini, majoriti responden menjawab kesemuanya dengan betul, kecuali

mengenai menutup semula jarum suntikan selepas digunakan. Para responden tahu bagi

mencegah jangkitan HIV/AIDS dan Hepatitis B, mereka hendaklah menggunakan sarung

tangan getah (96.7%), menjauhi pelacur (98.7%), mengelakkan penagihan dadah (98.0%)

dan membasuh tangan selepas merawat pesakit. Mengenai soalan menutup semula jarum

suntikan selepas digunakan, hanya 56.7% menjawab 'Tidak' (Jadual 3.6).

3.3.6 Vaksin dan Pembawa 'Sihat'

Seramai 92.7% dari responden tahu bahawa adanya vaksin bagi mencegah jangkitan

Hepatitis B. Seramai 86.7% dari responden juga tahu bahawa setakat ini tiada vaksin

yang efektif bagi mencegah jangkitan HIV. Seramai 90.7% dari responden mengakui

Page 53: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

40

setakat ini pesakit HIV tidak boleh sembuh dan 70.0% tahu bahawa seorang pesakit HIV

mungkin kelihatan sihat (Pembawa 'Sihat') (Jadual 3.7).

3.3.7 Garispanduan Pencegahan Universal

Secara keseluruhannya majoriti dari responden menjawab soalan ini dengan betul.

Mereka tahu perkara berikut wujud dalam garispanduan pencegahan universal iaitu

immunisasi terhadap Hepatitis B (86.0%), berhati-hati semasa mengguna dan membuang

jarum suntikan (97.3%), menggunakan sarung tangan getah terutama jika akan terdedah

kepada cecair tubuh atau darah (98.7%), menukar sarung tangan getah setiap kali

merawat pesakit yang berlainan (98.0%) dan mencuci tangan setiap kali menukar sarung

tangan getah (88.0%) (Jadual 3.7).

Secara keseluruhannya didapati bahawa responden mempunyai tahap

pengetahuan yang memuaskan mengenai Pencegahan Universal dengan peratus min

skornya 75.5 + 10.3 dan julat skor di antara 36.3 hingga 92.5.

Page 54: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

41

Jadual 3.6 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahanuniversal (soalan 1 hingga 3).

Soalan (B) = Betul (S) = Salah

Ya Tidak Tidak TahuBil. % Bil. % Bil. %

1. Boleh dijangkiti jika terdedah kepadadarah infektif

a. AIDS/HIV (B) 148 98.7 2 1.3b. Sifilis (B) 66 44 84 56c. Malaria (B) 24 16.6 126 83.4d. Hepatitis A (S) 32 21.3 118 78.7e. Hepatitis B (B) 142 94.7 8 5.3f. Hepatitis C (B) 53 35.3 97 64.72. HIV/AIDS boleh berjangkit a. Gigitan serangga seperti nyamuk (S) 5 3.3 134 89.3 11 7.3b. Bersalaman (S) 3 2 139 92.7 8 5.3c. Berkongsi jarum suntikan yg. sama (B) 150 100 0 0 0 0d. Kepada orang yg. menderma darah (S) 92 61.3 54 36 4 2.7e. Hubungan seks rambang (B) 148 98.7 1 0.7 1 0.7f. Menerima transfusi darah infektif (B) 143 95.3 5 3.3 2 1.3g. Mandi di kolam renang (S) 3 2 136 90.7 11 7.3h. Makan bersama pesakit AIDS/HIV (S) 4 2.7 132 88 14 9.3i. Penyusuan susu ibu dari ibu HIV + (B) 124 82.7 16 10.7 10 6.7j. Ibu HIV + kepada kandungannya (B) 144 96 2 1.3 4 2.73. Penyakit Hepatitis B boleh berjangkita. Gigitan serangga seperti nyamuk (S) 4 2.7 132 88 14 9.3b. Bersalaman (S) 2 1.3 136 90.7 12 8c. Berkongsi jarum suntikan yg. sama (B) 146 97.3 2 1.3 2 1.3d. Kepada orang menderma darah (S) 93 62 52 34.7 5 3.3e. Hubungan seks rambang (B) 119 79.3 19 12.7 12 8f. Menerima transfusi darah infektif (B) 139 92.7 7 4.7 4 2.7g. Mandi di kolam renang (S) 10 6.7 129 86 11 7.3h. Makan bersama pesakit Hepatitis B (S) 32 21.3 109 72.7 9 6i. Penyusuan susu ibu dari pesakit Hep.B

(B)111 74 24 16 15 10

j. Ibu Hep. B Ag. positif kepadakandungannya (B)

133 88.7 5 3.3 12 8

Page 55: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

42

Jadual 3.7 Taburan jawapan responden untuk soalan pengetahuan pencegahanuniversal (soalan 4 hingga 6).

Soalan (B) = Betul (S) = Salah

Ya Tidak Tidak TahuBil. % Bil. % Bil. %

4. AIDS/HIV & Hep.B boleh dicegahmelalui

a. Menggunakan sarung tangan (B) 145 96.7 4 2.7 1 0.7b. Menjauhi pelacur (B) 148 98.7 1 0.7 1 0.7c. Mengelak penagihan dadah (B) 147 98.0 1 0.7 2 1.3d. Membasuh tangan selepas merawat

pesakit (B)141 94.0 9 6.0 0 0.0

e. Selalu 'recap' jarum suntikan lepasdigunakan (S)

59 39.3 85 56.7 6 4.0

5. Kenyataan berikut adalah benara. Ada vaksin untuk mencegah jangkitan

HepB (B)139 92.7 7 4.7 4 2.7

b.Ada vaksin untuk mencegah jangkitanHIV (S)

4 2.7 130 86.7 16 10.7

c Seorang pesakit HIV boleh sembuh (S) 3 2.0 136 90.7 11 7.3d. Seorang yang dijangkiti virus HIV

boleh kelihatan sihat (B)105 70.0 36 24.0 9 6.0

6. Perkara berikut wujud dalamgarispanduan pencegahan universal

a. Immunisasi terhadap Hepatitis B (B) 129 86.0 9 6.0 12 8.0b. Berhati-hati semasa guna & buang

jarum suntikan (B)146 97.3 1 0.7 3 2.0

c. Guna sarung tangan getah semasarawat pesakit terutama jika terdedahkepada cecair tubuh atau darah (B)

148 98.7 0 0.0 2 1.3

d. Menukar sarung tangan setiap kalimerawat pesakit yang berlainan (B)

147 98.0 1 0.7 2 1.3

e. Mencuci tangan setiap kali tukarsarung tangan getah. (B)

132 88.0 9 6.0 9 6.0

Page 56: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

43

3.3.8 Min skor pengetahuan pencegahan universal

Min skor pengetahuan kesemua responden adalah 75.5 + 10.1. Min skor pengetahuan

bagi responden perempuan ialah 75.9 + 10.0, iaitu lebih tinggi dari responden lelaki

yang mempunyai min skor pengetahuan 74.5 + 10.6. Ujian t menunjukkan nilai p < 0.05

iaitu wujud perbezaan min yang signifikan, maka responden wanita mempunyai tahap

pengetahuan yang lebih tinggi berbanding dengan responden lelaki (Jadual 3.8).

Dari segi kumpulan ethik pula, min skor responden Melayu adalah 74.6 + 10.6,

responden Cina ialah 81.4 + 12.5, responden India ialah 76.6 + 7.9 dan lain-lain adalah

8.5 + 5.3. Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang

signifikan antara kumpulan etnik dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.8).

Jika dilihat dari segi kumpulan umur pula, didapati min skor pengetahuan ketiga-

tiga kumpulan umur adalah hampir serupa (Jadual 3.8). Ini terbukti dengan ujian

ANOVA yang menunjukkan tiada perbezaan min skor pengetahuan yang signifikan di

antara kumpulan dengan nilai p > 0.05.

Dari segi tahap pendidikan para responden, didapati mereka yang berpendidikan

sekolah menengah mempunyai min skor tertinggi iaitu 76.6 + 9.5. Responden yang

berpendidikan universiti merupakan kumpulan dengan min skor pengetahuan yang

kedua tertinggi iaitu 75.5 +10.3 diikuti dengan pendidikan sekolah rendah dengan min

skor pengetahuan 69.8 + 13.4. Ujian ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang

signifikan antara kumpulan dengan nilai p < 0.05 (Jadual 3.8). Analisa seterusnya

Page 57: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

44

dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least Significant Difference) menunjukkan

perbezaan itu adalah di antara kumpulan responden berpendidikan sekolah menengah

dengan kumpulan responden yang berpendidikan sekolah rendah dengan nilai p = 0.016.

Jika dilihat min skor pengetahuan mengikut jawatan pula, kelihatan bahawa

jururawat mempunyai min skor tertinggi, diikuti oleh pembantu perubatan dan pegawai

perubatan. Dari analisis didapati bahawa wujud perbezaan min skor pengetahuan yang

bermakna secara statistik di antara kumpulan jawatan (p<0.05) (Jadual 3.8). Oleh itu

wujud hubungan yang bermakna antara skor pengetahuan dan kumpulan jawatan.

Analisa seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least Significant

Difference) menunjukkan perbezaan itu adalah di antara pegawai perubatan dengan

pemandu (p=0.036), di antara jururawat terlatih dengan penolong jururawat (p=0.018),

pemandu (p=0.05) dan atendan hospital (0.03) serta di antara pembantu perubatan

dengan pemandu (p=0.023).

Dari segi lama berkhidmat pula, didapati min skor pengetahuan adalah hampir

serupa antara 2 kumpulan yang ada iaitu 76.4 + 9.2 bagi perkhidmatan 5 tahun atau

kurang dan 74.5 + 11.4 bagi perkhidmatan lebih dari 5 tahun. Ujian t menunjukkan

bahawa tiada perbezaan yang signifikan dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.8).

Page 58: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

45

Jadual 3.8 Min skor pengetahuan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,jawatan dan lama bekerja.

n Markah Ujian Nilai p1. Jantina Lelaki 47 74.49 + 10.82 Ujian T 0.0435 Perempuan 103 75.91 + 10.03 t = -0.782

2.Etnik Melayu 111 74.56 + 10.55 ANOVA 0.13 Cina 8 81.41 + 12.51 F=1.916 India 29 76.63 + 7.91 Lain-lain 2 85.00 + 5.30

3.Umur <=25 29 75.34 + 9.52 ANOVA 26-40 81 75.06 + 9.44 F=0.376 0.688 >=41 40 74.34 + 12.36

4.Tahap Pendidikan Sek. Rendah 22 69.77 + 13.39 ANOVA 0.016 Sek. Menengah 111 76.61 + 9.49* F=4.251 Universiti 17 75.47 + 10.27

5. Jawatan Pegawai Perubatan 17 75.59 + 8.55+ ANOVA 0.007 Jururawat Terlatih 49 79.08 + 9.38+ F=3.309 Pembantu Perubatan 22 76.48 + 9.76+

Penolong Jururawat 22 73.01 + 8.55#

Pemandu 3 62.50 +16.39 Atendan Hospital 37 72.53 +11.32#

6. Lama Bekerja <=5 tahun 79 76.38 + 9.15 Ujian T 0.254 >5 tahun 71 74.45 + 11.36 t=1.146

* signifikan berbanding dengan tahap pendidikan sekolah rendah+ signifikan berbanding dengan jawatan pemandu# signifikan berbanding dengan jawatan jururawat terlatih

Page 59: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

46

3.4 PERSEPSI

3.4.1 Beban Kerja dan Amalan Pencegahan Universal

Seramai 44.7% dari responden menganggap beban kerja mereka terlalu tinggi. Namun

begitu hanya 32.0% menganggap beban kerja menjejas kemampuan mereka untuk

mengamalkan pencegahan universal setiap masa (Jadual 3.9).

3.4.2 Kecukupan Peralatan Pencegahan Universal.

Seramai 79.3% responden menganggap bahawa sarung tangan getah mencukupi. Peratus

yang tinggi iaitu 84.0% menganggap bekas pelupusan alat tajam mencukupi. Hanya

66.7% bersetuju gaun mencukupi. Bagi sinki dan sabun, seramai 58.7% menyatakan

ianya mencukupi dan hanya 26.0% menyatakan bahawa pelindung mata mencukupi

(Jadual 3.9).

3.4.3 Risiko Jangkitan dan Budaya Kerja

Seramai 84% bersetuju bahawa mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dalam

menjalankan tugas seharian. Jika dilihat dari segi taburan menurut tempat kerja,

kecemasan resusitasi 81%, kecemasan intermediat 81%, bilik bedah 87%, wad

kecemasan 73% dan rawatan pesakit luar 77%. Dari segi jawatan pula, pegawai

perubatan 94%, jururawat 94%, pembantu perubatan 96%, penolong jururawat 96%,

pemandu 33% dan atendan hospital 57%.

Page 60: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

47

Namun begitu hanya 41.3% merasakan bahawa pihak pentadbiran mengambil

berat tentang keselamatan di tempat kerja mereka. Hanya 57.3% bersetuju bahawa pihak

pentadbiran berusaha ke arah mewujudkan satu budaya kerja yang selamat bagi para

kakitangan (Jadual 3.9).

Jadual 3.9: Persepsi kakitangan terhadap perkara-perkara yang mempengaruhi amalan

pencegahan universal.

Ya Tidak Tidak TahuBil. % Bil. % Bil. %

1. Merasa beban kerja terlalu tinggi 67 44.67 80 53.33 3 2.002. Beban kerja jejas amalan

pencegahan universal48 32.00 95 63.33 7 4.67

3. Adakah alat berikut mencukupi?a. Sarung tangan getah 119 79.33 29 19.33 2 1.33b. Sinki & sabun 88 58.67 55 36.67 7 4.67c. 'goggle' (pelindung mata) 39 26.00 93 62.00 18 12.00d. Gaun 100 66.67 42 28.00 8 5.33e. Bekas pelupusan alat tajam 126 84.00 19 12.67 5 3.334. Merasa berisiko tinggi mendapat

jangkitan dalam menjalankantugas.

126 84.00 20 13.33 4 2.67

5. Merasa pentadbiran ambil berattentang keselamatan.

62 41.33 81 54.00 7 4.67

6. Merasa pentadbiran mewujudkanbudaya kerja yang selamat.

86 57.33 51 34.00 13 8.67

Page 61: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

48

3.5 AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL (BORANG SOALSELIDIK)

3.5.1 Amalan pencegahan universal

Seramai 59.3% responden mengaku sentiasa mencuci tangan selepas memeriksa pesakit.

Seramai 79.3% pula sentiasa menggunakan sarung tangan getah jika akan terdedah

kepada darah atau cairan tubuh pesakit. Masih lagi terdapat kakitangan yang menutup

jarum suntikan selepas digunakan iaitu 22.0% sentiasa, 14.7% kerapkali dan 24.0%

kadang-kadang. Sejumlah 49.3% responden akan sentiasa memakai gaun atau apron,

topeng muka dan pelindung mata apabila wujud kemungkinan percikan darah semasa

mengendalikan kes. Sejumlah 66.0% responden tidak akan memasukkan jarum suntikan

atau picagari ke dalam bakul sampah biasa yang berwarna hitam (tong sampah barang

domestik). Jumlahnya berkurang sedikit bagi kapas dan gauze yang telah digunakan dan

ada kesan darah iaitu 42.7%. Sejumlah 61.3% dari responden akan sentiasa mencuci

tangan setiap kali menukar sarung tangan getah. Manakala 68.0% responden akan

sentiasa menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain. Peratus yang

tinggi sentiasa menggunakan bekas pelupusan alat tajam bagi jarum suntikan dan

picagari yang digunakan iaitu 78.7% (Jadual 3.10).

Page 62: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

49

Jadual 3.10 Proporsi amalan pencegahan universal ketika bertugas

Sentiasa Kerapkali Kadang-kadang

TidakPernah

TidakBerkaitan

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %a. Membasuh kedua belah tangan selepas memeriksa pesakit. 89 59.3 44 29.3 16 10.7 0 0.0 1 0.7b. Menggunakan sarung tangan getah jika terdedah kepada darah atau

cairan tubuh pesakit.119 79.3 28 18.7 2 1.3 1 0.7 0 0.0

c. Menutup kembali jarum suntikan dengan penutupnya danmembengkoknya selepas digunakan.

33 22.0 22 14.7 36 24.0 46 30.7 13 8.7

d. Memakai gaun/apron, mask & pelindung mata apabila wujudkemungkinan percikan darah/ cairan tubuh semasa mengendalikankes-kes.

74 49.3 39 26.0 29 19.3 3 2.0 5 3.3

e. Menempatkan jarum suntikan dan picagari yang telah digunakan kedalam bakul sampah hitam (biasa).

22 14.7 2 1.3 15 10.0 99 66.0 12 8.0

f. Menempatkan kapas & gauze yang telah digunakan dan ada kesandarah ke dalam bakul sampah hitam (biasa)

26 17.3 15 10.0 37 24.7 64 42.7 8 5.3

g. Mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah. 92 61.3 29 19.3 28 18.7 0 0.0 1 0.7h. Menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain. 102 68.0 30 20.0 15 10.0 0 0.0 3 2.0i. Menggunakan bekas pelupusan alat tajam untuk jarum suntikan &

picagari yang digunakan.118 78.7 16 10.7 6 4.0 0 0.0 10 6.7

Page 63: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

50

3.5.2 Min skor amalan dan faktor sosiodemografi

Min skor amalan pencegahan universal kesemua responden adalah 10.05 + 5.05 . Min

skor amalan pencegahan universal bagi responden perempuan ialah 11.32 + 4.90, iaitu

lebih tinggi dari responden lelaki yang mempunyai min skor amalan pencegahan

universal 8.70 + 4.80. Ujian t menunjukkan nilai p < 0.05 iaitu wujud perbezaan min

yang signifikan, maka responden wanita mempunyai tahap amalan pencegahan universal

yang lebih tinggi berbanding dengan responden lelaki (Jadual 3.11).

Dari segi kumpulan etnik pula, min skor amalan responden Melayu adalah 10.53

+ 4.91, responden Cina 13.63 + 5.26, responden India 9.76 + 5.42 dan lain-lain 7.00 +

2.83. Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang

signifikan antara kumpulan etnik dengan nilai p > 0.05 (Jadual 3.11).

Jika dilihat dari segi kumpulan umur pula, didapati min skor amalan pencegahan

universal ketiga-tiga kumpulan umur adalah hampir serupa (Jadual 3.11). Ini terbukti

dengan ujian ANOVA yang menunjukkan tiada perbezaan min skor amalan pencegahan

universal yang signifikan di antara kumpulan dengan nilai p > 0.05.

Dari segi tahap pendidikan para responden, didapati mereka yang berpendidikan

sekolah menengah mempunyai min skor tertinggi iaitu 11.53 + 4.89. Responden yang

berpendidikan sekolah rendah merupakan kumpulan dengan min skor amalan

pencegahan universal yang kedua tertinggi iaitu 9.63 + 4.53 diikuti dengan pendidikan

universiti dengan min skor amalan pencegahan universal 7.47 + 4.23. Ujian ANOVA

Page 64: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

51

menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan dengan nilai p < 0.05

(Jadual 3.11). Analisa seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least

Significant Difference) menunjukkan perbezaan itu adalah di antara kumpulan

responden berpendidikan sekolah menengah dengan kumpulan responden yang

berpendidikan sekolah rendah dengan nilai p = 0.01 dan di antara kumpulan responden

berpendidikan sekolah menengah dengan kumpulan responden yang berpendidikan

universiti dengan nilai p = 0.01.

Jika dilihat min skor amalan pencegahan universal mengikut jawatan pula,

kelihatan bahawa jururawat mempunyai min skor tertinggi, diikuti oleh penolong

jururawat dan pembantu perubatan. Dari analisis ANOVA didapati bahawa wujud

perbezaan min skor amalan pencegahan universal yang bermakna secara statistik di

antara kumpulan jawatan (p<0.05) (Jadual 3.11). Oleh itu wujud hubungan yang

bermakna antara skor amalan pencegahan universal dan kumpulan jawatan. Analisa

seterusnya dengan menggunakan post-hoc dan LSD (Least Significant Difference)

menunjukkan perbezaan itu adalah di antara jururawat dengan pegawai perubatan,

jururawat dengan pembantu perubatan, jururawat dengan atendan hospital, jururawat

dengan pemandu dan penolong jururawat dengan atendan hospital.

Page 65: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

52

Jadual 3.11 Min skor amalan mengikut jantina, etnik, umur, tahap pendidikan,jawatan dan lama bekerja.

n Markah Ujian Nilai p1. Jantina

Lelaki 47 8.70 + 4.80 Ujian T 0.003Perempuan 103 11.32 + 4.90 t=-3.025

2.EtnikMelayu 111 10.53 + 4.91 ANOVA 0.199Cina 8 13.63 + 5.26 F=1.569India 29 9.76 + 5.42Lain-lain 2 7.00 + 2.83

3.Umur<=25 29 10.79 + 4.92 ANOVA26-40 81 10.16 + 5.16 F=0.406 0.667>=41 40 10.98 + 4.98

4.Tahap PendidikanSek. Rendah 22 9.63 + 4.53* ANOVA 0.000Sek. Menengah 111 11.53 + 4.89 F=9.988Universiti 17 7.47 + 4.23*

5. JawatanPegawai Perubatan 17 8.24 + 4.35# ANOVA 0.000Jururawat Terlatih 49 13.10 + 4.04 F=6.396Pembantu Perubatan 22 10.59 + 4.80#

Penolong Jururawat 22 10.91 + 5.12+

Pemandu 3 5.67 + 3.06#

Atendan Hospital 37 8.19 + 4.46#

6. Lama Bekerja<=5 tahun 79 10.80 + 5.01 Ujian T 0.448>5 tahun 71 10.17 + 5.11 t=7.60

* signifikan berbanding dengan tahap pendidikan sekolah menengah# signifikan berbanding dengan jawatan jururawat terlatih+ signifikan berbanding dengan jawatan atendan hospital

Page 66: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

53

Dari segi lama berkhidmat pula, didapati min skor amalan pencegahan universal

adalah hampir serupa antara 2 kumpulan yang ada iaitu 10.80 + 5.01 bagi perkhidmatan

5 tahun atau kurang dan 10.17 + 5.11 bagi perkhidmatan lebih dari 5 tahun. Ujian t

menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dengan nilai p > 0.05 (Jadual

3.11).

3.5.3 Amalan Pencegahan Universal dan tempat kerja

Apabila dilakukan analisa ujian t, didapati wujud perbezaan skor amalan yang signifikan

(p<0.05) di antara mereka yang bekerja di rawatan pesakit luar (kawasan hijau) dan

mereka yang tidak bekerja di sana. Didapati min skor amalan adalah lebih rendah bagi

yang bekerja di kawasan hijau berbanding dengan mereka yang tidak bekerja di kawasan

hijau (p<0.05)(Jadual 3.12).

Analisis bagi tempat kerja di dewan bedah juga menunjukkan wujud perbezaan

skor amalan yang signifikan (p<0.05) di antara mereka yang bekerja di dewan bedah dan

mereka yang tidak bekerja di sana. Didapati min skor amalan adalah lebih tinggi bagi

yang bekerja di dewan bedah berbanding dengan mereka yang tidak bekerja di dewan

bedah (p<0.05)(Jadual 3.12).

Analisis bagi tempat kerja pemandu, unit kecemasan resusitasi, unit kecemasan

intermediat dan wad kecemasan menunjukkan tiada perbezaan min skor amalan yang

bermakna (p>0.05) (Jadual 3.12).

Page 67: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

54

Jadual 3.12 Min skor amalan mengikut tempat kerja.

n Markah Ujian Nilai p1. Pemandu Ambulans Ya 3 5.67 + 3.06 Ujian t 0.094 Tidak 147 10.60 + 5.04 t=-1.685

2.Rawatan Pesakit Luar Ya 56 8.96 + 4.88 Ujian t 0.04 Tidak 94 11.41 + 4.95 t=-2.948

3.Bilik Bedah Ya 45 13.27 + 4.52 Ujian t 0.000 Tidak 105 9.31 + 4.81 t=4.692

4.Kecemasan Resusitasi Ya 62 9.77 + 4.80 Ujian t 0.14 Tidak 88 11.01 + 5.19 t=-1.48

5.Wad Kecemasan Ya 60 9.45 + 4.80 Ujian t 0.037 Tidak 90 11.20 + 5.11 t=-2.103

6. Kecemasan Intermediat Ya 69 9.68 + 4.85 Ujian t 0.067 Tidak 81 11.20 + 5.14 t=-1.848

3.5.4 Amalan Pencegahan Universal dan latihan

Didapati bahawa mereka yang pernah menerima taklimat atau latihan mengenai

pencegahan universal mempunyai min skor amalan pencegahan universal yang lebih

tinggi berbanding dengan mereka yang tidak pernah menerima taklimat atau latihan.

Ujian t menunjukkan bahawa perbezaan min skor amalan tersebut adalah signifikan

Page 68: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

55

(p<0.05). Oleh itu wujud hubungan yang bermakna di antara amalan pencegahan

universal dengan penerimaan latihan atau taklimat (p<0.05) (Jadual 3.13).

Jadual 3.13 Min skor amalan mengikut taklimat atau latihan

n Markah Ujian Nilai p

Taklimat/Latihan

Ya 96 11.43 + 5.03 Ujian t 0.02

Tidak 53 8.77 + 4.69 t = 3.154n=149 (1 responden menjawab tidak ingat)

3.5.5 Amalan Pencegahan Universal dan cukup peralatan

Melalui ujian tepat Fisher, didapati bagi sarung tangan getah, ada hubungan antara

persepsi cukup bekalan sarung tangan getah dengan komplians menggunakan sarung

tangan getah (p<0.05). Tetapi tidak pula bagi persepsi cukup bekalan sarung tangan

getah dengan komplians menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang

lain di mana nilai p>0.05 (Jadual 3.14).

Page 69: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

56

Jadual 3.14 Komplians menurut persepsi cukup bekalan sarung tangan getah.

Cukup TidakCukup

Ujian Nilai p

1. Guna sarung tangan getah Ujian tepatFisher Komplians 119 (100%) 26 (90%) 0.007

Tidak Komplians 0 (0%) 3 (10%)

2. Tukar sarung tangan getah Ujiantepat

Fisher Komplians 107 (91%) 25 (90%) 0.732

Tidak Komplians 11 (9%) 3 (11%)n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup bekas pelupusan bahan tajam, didapati tiada kaitan antara persepsi

cukup bekas pelupusan bahan tajam dengan komplians menggunakan bekas pelupusan

bahan tajam (p>0.05). Tetapi wujud hubungan yang signifikan antara persepsi cukup

bekalan bekas pelupusan bahan tajam dengan komplians tidak menutup jarum suntikan

selepas digunakan (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa mereka yang merasakan bahawa

cukup bekalan bekas pelupusan adalah lebih komplians agar tidak menutup jarum

suntikan (Jadual 3.15).

Page 70: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

57

Jadual 3.15 Komplians menurut persepsi cukup bekalan bekas pelupusan

Cukup TidakCukup

Ujian Nilai p

1. Guna bekas pelupusan bagi bahan tajam Ujian tepat Fisher Komplians 112 (95%) 19 (100%) 0.596

Tidak Komplians 6 (5%) 0 (0%)

2. Tidak tutup semula jarum suntikan Ujian tepatFisher Komplians 63 (56%) 16 (84%) 0.022

Tidak Komplians 51 (44%) 3 (16%)n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup sinki dan sabun pula, didapati tiada hubungan yang signifikan

(p>0.05) di antara persepsi cukup sinki dan sabun dengan komplians mencuci tangan

selepas merawat pesakit. Tetapi wujud hubungan yang signifikan (p<0.05) di antara

persepsi cukup sinki dan sabun dengan komplians mencuci tangan selepas menukar

sarung tangan getah (Jadual 3.16).

Jadual 3.16 Komplians menurut persepsi cukup sinki dan sabun.

Cukup TidakCukup

Ujian Nilai p

1. Cuci tangan selepas merawat pesakit Ujiani2

i = 2.3322 Komplians 80 (92%) 46 (84%) 0.127

Tidak Komplians 7 (8%) 9 (6%)

2. Cuci tangan selepas membuka sarung tangan getah Ujian i2

i = 8.4422 Komplians 78 (88%) 38 (69%) 0.007

Tidak Komplians 10 (12%) 17 (31%)

Page 71: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

58

n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Bagi cukup gaun atau apron pula, didapati ada hubungan yang signifikan

(p<0.05) di antara persepsi cukup gaun atau apron dengan komplians menggunakan

gaun, apron atau pelindung mata apabila wujud kemungkinan percikan darah (Jadual

3.17).

Bagi cukup bekalan pelindung mata ('goggle') pula, didapati ada hubungan yang

signifikan (p<0.05) di antara persepsi cukup bekalan pelindung mata dengan komplians

menggunakan gaun, apron atau pelindung mata apabila wujud kemungkinan percikan

darah (Jadual 3.17).

Jadual 3.17 Komplians menggunakan gaun dan pelindung mata menurut persepsicukup bekalan.

Komplians TidakKomplians

Ujian Nilai p

1. Cukup bekalan gaun Ujiani2

i = 17.9132 Ya 86 (88%) 12 (12%) 0.000

Tidak 22 (55%) 18 (45%)

2. Cukup bekalan pelindung mata Ujiantepat Fisher Ya 36 (95%) 2 (5%) 0.01

Tidak 63 (69%) 28 (31%)n < 150 kerana ada responden menjawab tidak tahu

3.5.6 Amalan Pencegahan Universal dan persepsi beban kerja

Page 72: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

59

Bagi skor amalan pencegahan universal dan persepsi beban kerja, didapati tiada

perbezaan min skor yang signifikan (p>0.05). Oleh itu tiada hubungan antara persepsi

beban kerja dengan amalan pencegahan universal (Jadual 3.18).

Jadual 3.18 Min skor amalan mengikut persepsi beban kerja

n Markah Ujian Nilai p

Beban kerja tinggi

Ya 67 10.94 + 4.91 Ujian t 0.463

Tidak 80 10.32 + 5.16 t =0.736n = 147 kerana ada responden menjawab tidak tahu

Page 73: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

60

3.6 AMALAN PENCEGAHAN UNIVERSAL (CERAPAN)

3.6.1 Ketidakpatuhan Amalan Pencegahan Universal

Di sepanjang tempoh pemerhatian selama seminggu, semasa memerhatikan kakitangan

melakukan sebarang prosedur kepada pesakit di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan,

sejumlah 20 insidens ketidakpatuhan telah direkodkan. Bilangan pesakit yang dicerap

semasa rawatan atau prosedur dijalankan oleh responden ialah 2 kes di bilik bedah, 29

kes di unit kecemasan resusitasi, 43 kes di unit kecemasan intermediat dan 2 kes di wad

kecemasan (Jadual 3.20).

Ketidakpatuhan yang tertinggi adalah tidak menggunakan sarung tangan getah

apabila perlu (46.7%), diikuti oleh menutup jarum suntikan selepas digunakan (33.3%)

(satu dari kes tersebut berlaku semasa mengambil darah bagi ABG (arterial blood gas)),

dan tidak membasuh tangan selepas merawat pesakit atau membuka sarung tangan getah

(13.3%). Kes tidak memakai pelindung mata apabila wujud kemungkinan berlaku

percikan darah direkodkan di Bilik Bedah semasa prosedur 'reduction & wire insertion'

(Jadual 3.20). Semasa prosedur ini, berlaku percikan darah dan tisu dari luka pesakit dan

memercik ke muka doktor dan jururawat yang sedang melakukan prosedur. Bagi

insidens tidak memakai sarung tangan getah, seorang dari mereka telah mengalami

kecederaan tusukan jarum trokar di jarinya semasa prosedur memasang 'venofix' .

Page 74: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

61

Sejumlah 40.0% dari ketidakpatuhan ini dilakukan oleh Pembantu Perubatan,

33.3% oleh Jururawat dan 23.3% oleh Pegawai Perubatan (Jadual 3.19). Majoriti dari

ketidakpatuhan ini direkodkan di Unit Kecemasan Resusitasi (Jadual 3.20) iaitu 73.3%.

Jadual 3.19 Taburan ketidakpatuhan menurut perjawatan

Perjawatan Frekuensi %

Pegawai Perubatan 7 23.3

Jururawat Terlatih 10 33.3

Pembantu Perubatan 12 40.0

Penolong Jururawat 1 3.3

Jumlah 30 100.0

Jadual 3.20 Taburan ketidakpatuhan menurut tempat kerja.

Tempat Kerja (Bil. pesakit dirawat yang dicerap) Frekuensi %

Bilik Bedah (2) 2 6.7

Kecemasan Resusitasi (29) 22 73.3

Kecemasan Intermediat (43) 5 16.7

Wad Kecemasan (2) 1 3.3

Jumlah (76) 30 100.0

Page 75: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

62

3.6.2 Komplians Amalan Pencegahan Universal

Walaupun berlaku ketidakpatuhan terhadap amalan pencegahan universal, didapati

bahawa komplians terhadapnya adalah baik (Jadual 3.21).

Jadual 3.21 Proporsi komplians terhadap pencegahan universal

Amalan Pencegahan Universal Perlanggaran Komplians Jumlah

Bil. % Bil. %

1.Membasuh tangan selepas merawatpesakit

4 23.5 13 76.5 17

2. Memakai sarung tangan getah apabilaperlu

14 12.5 98 87.5 112

3. Memasukkan jarum dan picagari yangtelah digunakan ke dalam bekaspelupusan bahan tajam

0 0.0 16 100.0 16

4. Tidak menutup jarum suntikan selepasdigunakan

10 25.0 30 75.0 40

5. Memakai topeng muka, gaun atau apronjika wujud kemungkinan berlakupercikan darah

0 0.0 30 100.0 30

6. Memakai pelindung mata apabila wujudkemungkinan percikan ke muka

2 100.0 0 0.0 2

Jumlah 30 13.8 187 86.2 217

Dapat dilihat bahawa komplians adalah terbaik bagi memasukkan jarum dan

picagari yang telah digunakan ke dalam bekas pelupusan bahan tajam dan memakai

topeng muka, gaun atau apron jika wujud kemungkinan berlaku percikan darah iaitu

100.0%. Walaupun pada frekuensi ketidakpatuhan, tidak memakai sarung tangan getah

Page 76: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

63

merupakan yang terkerap, dari segi proporsi ianya merupakan komplians yang ketiga

terbaik terhadap amalan pencegahan universal iaitu 87.5%.

3.7 FAKTOR-FAKTOR RISIKO DAN PERAMAL UNTUK TAHAPPENGETAHUAN, KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHANUNIVERSAL DAN PENDEDAHAN KEPADA DARAH.

Analisa korelasi dan regresi linear digunakan bagi menentukan hubungan linear di

antara faktor-faktor yang dikaji. Manakala analisa regresi berganda digunakan untuk

meramal dan juga menentukan hubungan antara tahap pengetahuan, amalan pencegahan

universal dan pendedahan kepada darah semasa bertugas dengan faktor-faktor risiko

yang dikaji seperti jantina, umur, bangsa, jawatan, taraf pendidikan, tempoh berkhidmat,

tahap pengetahuan dan persepsi risiko.

3.7.1 Analisa korelasi antara faktor-faktor risiko.

Hasil analisa menunjukkan wujud korelasi positif yang baik di antara skor pengetahuan

dan skor amalan pencegahan universal (r=0.233, p<0.05). Ini bermakna lebih tinggi

tahap pengetahuan seseorang, lebih baik amalan pencegahan universal beliau (Jadual

3.2 & Rajah 3.1).

Page 77: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Skor amalan Pencegahan Universal

20100

Sko

r Pen

geta

huan

Pen

cega

han

Uni

vers

al

100

90

80

70

60

50

40

30

20

10

0

64

Rajah 3.1:Rajah serakan antara skor pengetahuan dan skor amalan pencegahan universal

Jadual 3.22 Nilai r dan nilai p bagi korelasi antara faktor-faktor risiko

Nilai rKhidmat Masakerja Skor

Amalan Skor

PengetahuanUmur

Nilai p

Khidmat 0.287* -0.038 -0.028 0.924*Masakerja 0.00* -0.082 -0.022 0.248*Skor Amalan 0.64 0.32 0.233* -0.064Skor Pengetahuan 0.74 0.79 0.00* . -0.109Umur 0.00* 0.00* 0.44 0.19

Dari analisa didapati tidak wujud korelasi yang bermakna di antara skor

pengetahuan dengan umur (r=-0.109, p>0.05), tempoh perkhidmatan (r=-0.28, p>0.05)

dan jumlah masakerja dalam seminggu (r=0.287, p>0.05)(Jadual 3.22).

Bagi skor amalan pula, didapati tidak wujud korelasi yang bermakna di antara

skor amalan dengan jumlah masa kerja (r=0.317, p>0.05), lama berkhidmat (r=-0.038,

p>0.05) dan umur (r=-0.64, p>0.05)(Jadual 3.22).

Page 78: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

65

3.7.2 Faktor peramal tahap pengetahuan menurut jantina, jawatan dan tahappendidikan.

Regresi linear dilakukan terhadap tahap pengetahuan berdasarkan jawatan, tahap

pendidikan dan jantina. Dari analisa regresi linear secara 'stepwise' didapati model

regresi menunjukkan perhubungan yang bererti antara tahap pengetahuan pencegahan

universal dengan faktor jawatan (F =8.793, p=0.004) (Jadual 3.23).

Jadual 3.23 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungantahap pengetahuan pencegahan universal dan faktor-faktor risiko.

Variabel $ S.E. p Exp ($ )

Jawatan -1.379 0.465 0.004 -0.237

Konstan 80.119 1.769 0.000

Jantina 0.56 0.488

Tahappendidikan

-0.02 0.988

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods Tahap pengetahuan = Exp[80.119 - (1.379 x jawatan)]

Ini menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan rendah kurang komplians

terhadap pencegahan universal berbanding dengan mereka yang berada dalam kumpulan

jawatan tinggi.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai faktor

peramal adalah jantina (p=0.488) dan tahap pendidikan (p=0.988).

Page 79: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

66

3.7.3 Faktor peramal bagi komplians terhadap amalan pencegahan universal menurutjantina, tahap pendidikan, jawatan, tahap pengetahuan dan latihan.

Dari analisa regresi linear secara stepwise didapati model regresi menunjukkan

perhubungan yang bererti antara komplians terhadap pencegahan universal dengan

faktor-faktor jantina, kumpulan jawatan, latihan dan tahap pengetahuan mengenai

pencegahan universal ( F=7.343, p=0.000) (Jadual 3.24).

Jadual 3.24 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi linear mengenai hubungankomplians terhadap amalan pencegahan universal dan faktor-faktorrisiko.

Variabel $ S.E. p Exp ($ )

Jawatan -0.464 0.228 0.044 -0.162

Jantina 2.277 0.826 0.007 0.210

Latihan -1.751 0.823 0.035 -0.167

Skor Pengetahuan 0.078 0.039 0.045 0.159

Konstan 4.720 3.650 0.198

Tahap pendidikan -0.2 0.054

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods komplians = Exp[ (0.078 x skor pengetahuan) - (0.464 x jawatan) + (2.277 x

jantina) - (0.751 x latihan) + (0.078 x skor pengetahuan)]

Ini menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan rendah kurang komplians

terhadap pencegahan universal berbanding dengan mereka yang berada dalam kumpulan

jawatan tinggi.

Page 80: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

67

Bagi jantina pula, ia menjadi suatu faktor peramal kerana golongan wanita lebih

komplians terhadap pencegahan universal berbanding dengan kaum lelaki.

Situasi yang sama juga dilihat dari segi tahap pengetahuan di mana skor

pengetahuan menjadi suatu faktor peramal, iaitu lebih tinggi skor pengetahuan, lebih

tinggi komplians beliau.

Juga didapati bahawa mereka yang menghadiri latihan lebih berkemungkinan

untuk komplians terhadap pencegahan universal (koding yang digunakan; 1=menerima

latihan, 2=tidak). Oleh itu latihan yang pernah diterima menjadi suatu faktor peramal

mengenai komplians.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai faktor

peramal adalah tahap pendidikan (p=0.054).

3.7.4 Faktor peramal bagi pendedahan terhadap darah menurut persepsi beban kerjayang tinggi, persepsi wujudnya budaya kerja yang sihat, skor komplians, jantina,etnik, umur, tahap pendidikan, jawatan, status perkahwinan, tempohperkhidmatan, latihan yang diterima, tahap pengetahuan, jumlah masakerjadalam seminggu dan persepsi risiko jangkitan.

Dari analisa regresi logistik secara forward stepwise (LR), didapati model regresi

menunjukkan perhubungan yang bererti antara komplians terhadap pencegahan

universal dengan faktor persepsi risiko jangkitan yang tinggi (i =16.782, dk=1,2

p=0.0000)(Jadual 3.24).

Page 81: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

68

Jadual 3.25 Pekali regresi beta dan nilai p analisa regresi logistik mengenaihubungan pendedahan terhadap darah dan faktor-faktor risiko.

Variabel $ S.E. p Exp ($ )

Persepsi Berisiko Tinggi -1.0069 0.2718 0.0002 0.3653

Konstan 0.274 0.2718 0.3134

Oleh itu keputusan ini boleh dinyatakan menggunakan formula berikut;

Ods pendedahan terhadap darah = Exp [(-1.0069) x persepsi berisiko tinggi]

Ini bermakna mereka yang mempunyai persepsi berisiko tinggi mendapat

jangkitan mempunyai pendedahan terhadap darah yang lebih tinggi, berbanding dengan

mereka yang mempunyai persepsi berisiko rendah.

Lain-lain faktor yang diukur tetapi didapati tidak cukup signifikan sebagai faktor

peramal adalah tempoh perkhidmatan (p=0.245), kumpulan etnik (p=0.3773), kumpulan

jawatan (p=0.0898), jumlah masa kerja dalam seminggu (p=0.7421), tahap pengetahuan

(p=0.2395), jantina (p=0.3053), latihan yang diterima sebelum ini (0.9920), skor

komplians terhadap pencegahan universal (p=0.849), tahap pendidikan (p=0.2349) dan

umur responden (p=0.1719).

Page 82: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BAB 4

PERBINCANGAN

Kajian mengenai pengetahuan, persepsi dan amalan pencegahan universal ini telah

dijalankan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Sejumlah

82.0% kakitangan bertugas telah mengisi dan memulangkan borang soal selidik.

Sejumlah 80.0% dari responden telah mendengar mengenai pencegahan universal dan

hanya 64.0% telah menerima taklimat atau latihan mengenainya. Ini mungkin disebabkan

oleh ramainya kakitangan yang baru atau tidak ada sistem untuk melatih semua

kakitangan secara teratur.

Namun begitu 98.7% dari responden telah menunjukkan skor pengetahuan yang

tinggi mengenai amalan pencegahan universal. Memandangkan antara penyakit yang

disentuh dalam pencegahan universal adalah mengenai penyakit AIDS/HIV yang kerap

dikempen melalui media massa, maka tidak hairanlah wujud skor yang tinggi antara

responden.

Di antara penyakit bawaan darah yang boleh dijangkiti melalui pendedahan

kepada darah yang infektif adalah Hepatitis B, Hepatitis C, HIV/AIDS, sifilis dan

malaria. Namun begitu tidak ramai yang tahu kesemuanya. Hanya AIDS/HIV yang

diketahui ramai (98.7%) sebagai boleh berjangkit melalui cara tersebut. Ini mungkin hasil

dari kempen AIDS/HIV yang berterusan. Hepatitis B juga diketahui ramai (94.7%)

Page 83: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

70

sebagai boleh berjangkit melalui cara tersebut. Malangnya penyakit lain kurang

diketahui ramai. Memandangkan pengetahuan sebegini merupakan asas pencegahan

universal, latihan yang khusus mengenai pencegahan universal perlu diberikan secara

sistematik.

Seramai 61.3% dan 62.0% responden mempunyai anggapan salah bahawa mereka

boleh dijangkiti AIDS/HIV dan Hepatitis B semasa menderma darah. Tanggapan yang

salah ini perlu diperbaiki dengan segera bagi mengelakkannya kekal dalam minda

kakitangan perubatan.

Namun begitu 82.7% dari responden telah menjawab dengan betul bahawa virus

HIV boleh berjangkit melalui penyusuan susu ibu sebagaimana yang telah diketahui sejak

dari tahun 1995 lagi (Kuhn & Stein 1995). Sehingga tahun 1996, sejumlah 24 orang bayi

telah terbukti dijangkiti virus HIV melalui penyusuan susu ibu (Black 1996).

Masih lagi terdapat 39.3% dari responden yang menganggap bahawa bagi

mencegah jangkitan, perlu menutup semula jarum suntikan selepas digunakan. Ini adalah

salah kerana ini akan meningkatkan risiko tusukan jarum. Konsep salah ini timbul akibat

tugas harian masing-masing. Ini adalah kerana apabila kakitangan mengambil darah

pesakit di katil pesakit, mereka perlu berjalan membawa jarum dan picagari ke bekas

pelupusan terdekat. Oleh itu mereka merasakan lebih selamat jika mereka menutup

semula jarum tersebut. Masalah yang sama juga dilihat di Amerika Syarikat di mana

didapati 45% dari kakitangan menutup semula jarum suntikan dan 65% dari para doktor

(Hersey & Martin 1991).

Page 84: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

71

Dari segi perlindungan diri pula, didapati 73.3% dari responden telahpun

menerima vaksinasi hepatitis B. Jika dibandingkan dengan kajian lain, contohnya kajian

yang dijalankan di jabatan kecemasan di dalam hospital-hospital di Amerika Syarikat

(Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan antara 42% hingga 45% yang telah

menerima vaksinasi Hepatitis B. Oleh itu keadaan ini lebih baik di Hospital Kuala

Lumpur. Walaupun peratus ini agak tinggi, usaha patut dilakukan bagi melindungi semua

kakitangan. Mereka patut diberi vaksinasi secara percuma oleh pihak Kementerian

Kesihatan agar dilindungi dari jangkitan Hepatitis B.

Dari segi pendedahan pula, didapati 60.0% dari kakitangan pernah terdedah

kepada darah dalam tempoh satu tahun yang lepas. Seramai 51.1% adalah melalui

tusukan jarum suntikan. Jika dilihat dari peratus keseluruhan responden, 38.3% dari

semua responden pernah menerima pendedahan perkutan melalui tusukan jarum. Jika

dibandingkan dengan kajian lain, contohnya kajian yang dijalankan di jabatan kecemasan

di dalam hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang

menunjukkan hanya 24% dari para kakitangan dan 51% dari para doktor pernah terdedah

secara perkutan melalui tusukan jarum disepanjang satu tahun sebelumnya. Ini adalah

suatu bilangan yang tinggi dan jika tidak diperbaiki akan membawa padah. Namun begitu

ianya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kajian yang dilakukan di kalangan

pelajar perubatan tahun 4 dan 5 di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian

(Naing, Zulkifli & Ismail 1995) di mana 53% dari responden pernah terdedah secara

perkutan melalui tusukan jarum suntikan.

Page 85: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

72

Bagi pendedahan secara mukosa, hanya 12.7% dari kesemua responden pernah

mengalaminya di sepanjang satu tahun yang lepas. Ini agak setara dengan kajian yang

di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin

1991) yang menunjukkan pendedahan pada 10% kakitangan dan pada 19% doktor.

Bagi pendedahan pada kulit terbuka, ianya adalah positif bagi 44.0% responden.

Ini juga adalah setara dengan kajian lain di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital

di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan positif bagi 64%

kakitangan dan 59% bagi para doktor.

Sebagai turutan dari perbincangan di atas, hanya 7.8% dari responden yang

melapurkan pendedahan mereka, jauh lebih rendah dari 68% yang dilaporkan oleh kajian

yang dilakukan di Amerka Syarikat pada tahun 1991 (Hersey & Martin 1991).

Bagi persepsi mengenai sama ada pihak pentadbiran berusaha ke arah

mewujudkan budaya kerja yang sihat, hanya 57.3% bersetuju. Memandangkan di bawah

Akta Keselamatan dan Kesihatan Kerja 1994 bahawa semua majikan bertanggungjawab

ke arah mewujudkan suatu budaya kerja yang sihat dan tempat kerja yang selamat, maka

pihak pentadbiran perlu lebih aktif. Mereka hendaklah menunjukkan bahawa pihak

pentadbiran berusaha ke arah mewujudkan budaya kerja yang sihat. Ini penting kerana

kajian yang dilakukan oleh Gershon et al pada 1995 di tiga buah hospital wilayah di

Amerika Syarikat mendapati bahawa komplians terhadap pencegahan universal

bergantung kepada komitmen organisasi.

Page 86: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

73

Pihak pentadbiran juga hendaklah mengadakan situasi yang memudahkan

kakitangan untuk mengamalkan pencegahan universal. Peralatan seperti sarung tangan

getah, pelindung mata, sinki, sabun, gaun, apron dan sebagainya hendaklah mencukupi.

Analisa telah menunjukkan hubungan bermakna di antara komplians dengan kecukupan

bekalan sarung tangan getah, bekas pelupusan bahan tajam, sinki/sabun, pelindung mata

dan gaun/apron. Oleh itu perlu bekalan peralatan yang sentiasa mencukupi untuk

memudahkan komplians terhadap amalan pencegahan universal. Ini bersesuaian dengan

kajian yang dilakukan di jabatan kecemasan di sebuah hospital di Chiang Mai

(Picheansathian 1995) yang menunjukkan bahawa antara faktor yang mempengaruhi

komplians adalah tidak cukup bekalan alat pencegahan universal.

Dari segi amalan pula didapati masih terdapat beberapa amalan yang tidak betul

seperti menutup semula jarum suntikan selepas digunakan iaitu 36.7%. Walaupun peratus

ini agak kecil, perkara ini perlu diperbetulkan. Masalah yang sama juga dilihat di

Amerika Syarikat di mana didapati 45% dari kakitangan menutup semula jarum suntikan

dan 65% dari para doktor (Hersey & Martin 1991).

Amalan pencegahan universal yang lain adalah agak memuaskan dengan

peratusan komplians yang agak tinggi.

Bagi amalan menggunakan bekas pelupusan bahan tajam bagi jarum suntikan dan

lain-lain alat tajam, 89.4% dari responden adalah komplians. Ini hampir setara dengan

kajian di jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin

1991) yang menunjukkan 96% dari kakitangan komplians dalam menggunakan bekas

pelupusan alat tajam bagi jarum suntikan dan lain-lain alat tajam. Gershon et al pada

Page 87: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

74

tahun 1995 pula menunjukkan komplians pengggunaan bekas pelupusan bahan tajam bagi

jarum suntikan dan lain-lain alat tajam yang tinggi di tiga buah hospital wilayah di

Amerika Syarikat iaitu 95%.

Bagi amalan mencuci tangan selepas merawat pesakit, 88.6% dari responden

adalah komplians. Ini lebih baik dari dengan kajian lain di dalam wad kecemasan di

sebuah hospital di Chiang Mai (Picheansathian 1991) yang menunjukkan 32% dari

kakitangan mencuci tangan selepas merawat pesakit.

Bagi amalan mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah, 80.6% dari

responden adalah komplians. Ini lebih baik dari kajian lain di dalam wad kecemasan di

sebuah hospital di Chiang Mai (Picheansathian 1991) yang menunjukkan 23% dari

kakitangan mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah. Juga lebih tinggi

dari kajian di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey &

Martin 1991) yang menunjukkan hanya 62% dari kakitangan dan 54% dari para doktor

yang mencuci tangan selepas menukar sarung tangan getah.

Bagi amalan menggunakan sarung tangan getah, 98% dari responden adalah

komplians. Berbanding dengan kajian di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di

Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang menunjukkan 43% kakitangan yang

menjaga pesakit sentiasa menggunakannya untuk mengambil darah dan 32% sentiasa

menggunakannya untuk memasang atau menanggalkan saluran intravena. Gershon et al

pada tahun 1995 pula menunjukkan komplians penggunaan sarung tangan getah yang

tinggi di tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat iaitu 95%.

Page 88: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

75

Bagi amalan menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain,

88% dari respondens adalah komplians. Ini setara dengan kajian di dalam jabatan

kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin 1991) yang

menunjukkan 88% dari kakitangan sentiasa menukar sarung tangan getah antara pesakit.

Bagi amalan memakai gaun, mask dan pelindung mata, 75.3% dari respondens

adalah komplians. Malangnya adalah sukar untuk dibandingkan dengan kajian lain

disebabkan oleh soalan penggunaan alat-alat ini dikumpulkan dalam satu soalan. Kajian

di dalam jabatan kecemasan hospital-hospital di Amerika Syarikat (Hersey & Martin

1991) yang menunjukkan hanya 24% kakitangan yang menjaga pesakit sentiasa

menggunakan gaun, 19% sentiasa menggunakan topeng muka dan hanya 10% sentiasa

menggunakan perlindungan mata. Gershon et al pada tahun 1995 pula menunjukkan

komplians yang rendah iaitu 63% bagi perlindungan mata dan 62% bagi perlindungan

pakaian luar (gaun) di tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat.

Ujian korelasi di antara tahap pengetahuan dan amalan telah menunjukkan

korelasi yang signifikan. Ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh Gershon et

al di tiga buah hospital wilayah di Amerika Syarikat pada 1995 yang menunjukkan

bahawa pengetahuan cara transmisi jangkitan mempengaruhi komplians seseorang.

Ujian univariat terhadap skor pengetahuan telah menunjukkan bahawa variabel

yang ada hubungan adalah jantina, tahap pendidikan dan kumpulan jawatan. Ujian regresi

linear pula menunjukkan hanya kumpulan jawatan yang boleh menjadi faktor peramal

Page 89: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

76

dan mempengaruhi skor pengetahuan. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diubah, oleh

itu tiada langkah yang boleh diambil berdasarkan fakta ini.

Ujian univariat terhadap skor komplians pula menunjukkan bahawa variabel yang

ada hubungan adalah skor pengetahuan, jantina, tahap pendidikan, kumpulan jawatan,

tempat kerja dan latihan yang pernah diterima. Ini bersesuaian dengan kajian yang

dilakukan oleh Hersey J.C. dan Martin L.S. pada tahun 1991 yang menunjukkan

komplians seseorang dipengaruhi oleh latihan yang pernah diterima, tahap pengetahuan,

tempat kerja dan jenis aktiviti. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Gershon

et al pada 1995 yang menunjukkan komplians seseorang dipengaruhi oleh komitmen

organisasi, pengetahuan cara transmisi, persepsi risiko, jantina, jawatan dan latihan.

Sebagaimana dalam kajian yang lain, komplians adalah lebih tinggi di kalangan

jururawat dan golongan wanita.

Ujian regresi linear menunjukkan bahawa skor komplians dipengaruhi oleh

kumpulan jawatan, jantina, latihan yang diterima dan skor pengetahuan. Oleh itu bagi

meningkatkan lagi komplians para kakitangan, penekanan harus diberi kearah

meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan latihan pencegahan universal yang khusus.

Ujian regresi logistik terhadap faktor pendedahan di sepanjang satu tahun yang

lepas menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai persepsi berisiko tinggi mendapat

jangkitan merupakan golongan yang paling ramai terdedah. Ini mungkin disebabkan

Page 90: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

77

pengalaman yang lepas terdedah kepada darah atau cecair tubuh, menyebabkan mereka

merasa berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Page 91: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BAB 5

KESIMPULAN

Kejadian transmisi jangkitan penyakit seperti HIV dan Hepatitis B dari pesakit kepada

kakitangan perubatan dan sebaliknya telah banyak didokumentasikan. Kajian seperti ini dan

lain-lain data dari program surveilan dan penyelidikan epidemiologi patut menjadi alat dalam

menilai risiko transmisi penyakit seperti HIV dalam situasi jagaan perubatan dan

kesihatan.Hasil dari itu, strategi harus difikirkan dan diambil tindakan bagi mengurangkan

risiko jangkitan. Antara strategi yang harus difikirkan adalah pencegahan kontak darah antara

kakitangan perubatan dan pesakit melalui amalan pencegahan universal, penggunaan alat

perubatan yang lebih baik, penggunaan teknik carakerja yang lebih selamat dan akhir sekali

penggunaan alat perlindungan diri.

Sebagaimana yang telah diterima dalam mana-mana kajian mengenai kesihatan dan

keselamatan di tempat kerja, langkah pertama adalah mengeluarkan hazad dari tempat kerja.

Ini tidak mungkin kerana hazad di sini ialah darah dan cecair tubuh pesakit, oleh itu ianya

tidak boleh dikeluarkan dari tempat kerja atau ditukarkan dengan bahan lain. Oleh itu

langkah seterusnya yang patut difikirkan adalah perubahan carakerja agar risiko pendedahan

pada kakitangan kesihatan adalah minimal. Kemudian alat perlindungan diri seperti sarung

Page 92: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

79

tangan getah, mask, pelindung mata, gaun bolehlah digunakan bagi mengurangkan lagi risiko

transmisi jangkitan.

Latihan yang khusus mengenai pencegahan universal adalah perlu dan tatacara

prosedur yang sedia ada hendaklah dikaji semula secara menyeluruh dan diubah jika ia

membahayakan kakitangan. Latihan tatacara prosedur yang lebih selamat hendaklah diajar

kepada semua kakitangan. Pelbagai garispanduan yang telah diterbitkan oleh negara Barat

seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom boleh dijadikan sebagai contoh (HMSO 1995,

CDC 1982, CDC 1987, CDC 1988, CDC 1989 & CDC 1996 ).b

Prosedur pengambilan darah harus diubah, contohnya pesakit perlu dibawa ke bilik

rawatan yang ada bekas pelupusan bahan tajam untuk diambil darah, atau membawa suatu

bekas pelupusan bahan tajam yang kecil ke katil pesakit di dalam satu bekas khas. Ini adalah

bagi mengelakkan timbulnya keperluan untuk kakitangan menutup semula jarum suntikan.

Bagi prosedur yang memerlukan jarum ditutup semula seperti pengambilan darah bagi ABG

(arterial blood gas), kakitangan hendaklah dilatih menutup jarum suntikan tanpa

membahayakan diri, seperti meletakkan penutupnya di atas meja dan memasukkan jarum ke

dalam penutup dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

Peralatan seperti sarung tangan getah, bekas pelupusan bahan tajam, mask, gaun,

pelindung mata hendaklah mencukupi. Alat seperti pelindung mata hendaklah disediakan di

Page 93: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

80

tempat berisiko tinggi seperti dewan bedah dan bilik resusitasi agar dapat digunakan. Ianya

juga hendaklah dari bentuk yang sesuai dan selesa untuk digunakan dalam cuaca di Malaysia.

Vaksinasi Hepatitis B hendaklah diberikan secara percuma kepada semua kakitangan

agar mereka dilindungi.

Poster-poster peringatan dan pendidikan mengenai pencegahan universal hendaklah

disediakan dan ditampal di seluruh hospital agar semua dapat menghayatinya. Prosedur

selepas terdedah kepada darah (KKM 1991 dan CDC 1996 ) hendaklah jelas dan diketahuib

umum serta dipastikan bahawa setiap pendedahan mendapat perhatian dan tindakan

sewajarnya tanpa berlakunya kebocoran maklumat. Ini adalah penting jika kita mahu laporan

selepas pendedahan mengambarkan situasi yang sebenarnya.

Page 94: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

RUJUKAN

Black, R.F. 1996. Transmission of HIV-1 in the breast-feeding process. Journal ofAmerican Diet Association 96(30):267-274.

CDC 1996 . Facts about Surveillance of Health Care Workers with HIV/AIDS. CDCa

HIV/AIDS Prevention.

CDC 1996 . Update: Provisional Public Health Service Recommendations Forb

Chemoprophylaxis After Occupational Exposure to HIV. MMWR 45(22):468-472.

CDC 1995 . Case-Control Study of HIV Seroconversion in Health-Care Workers Aftera

Percutaneous Exposure to HIV-Infected Blood- France, United Kingdom and UnitedStates, January 1988 - August 1994. MMWR 44(50):929-933.

CDC 1995 . HIV Transmission in a Dialysis Center - Colombia, 1991-1993. MMWRb

44(21):404-412.

CDC 1993. Update: Investigations of Persons Treated by HIV-Infected Health-CareWorkers - United States. MMWR 42(17):329-331.

CDC 1989. Guidelines for Prevention of Transmission of HIV and Hepatitis B Virus toHealth Care & Public-Safety Workers. MMWR 38(S6):1-37.

CDC 1988. Update: Universal Precautions for Prevention of Transmission of HIV andHepatitis B Virus and other Bloodborne Pathogens in Health-Care Settings. MMWR37(24):387-388.

CDC 1987. Recommendations for Prevention of HIV Transmission in Health-CareSettings. MMWR 36(S2):S1-S18.

CDC 1982. AIDS: Precautions for clinical and laboratory staffs. MMWR 31:577-580.

Danchaivijitr, S., Tantiwatanapaiboon, Y., Chokloikaew, S.,Tangtrakool, T., Suttisanon,L., Chitreechuer, L. 1995. Universal Precautions:knowledge, compliance andattitudes of doctors & nurses in Thailand. Journal Medical Association Thailand78:S112-S117.

Gershon, R.R. 1995. Compliance with Universal Precautions among Health Care Workersat 3 regional hospitals. American Journal of Infection Control, 23(4):225-36.

Grosheide, P., Damme, P.V. 1996.Communicable Diseases Series No.1; Prevention andControl of Hepatitis B in the Community. Denmark: WHO Europe.

Page 95: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Hasnah B. 1996. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pencegahan Terhadap AIDS/HIV dikalangan kakitangan Hospital Tapah, Perak. Tesis Sarjana Kesihatan MasyarakatUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Hawe, P., Degeling, D., Hall, J. 1990. Evaluating Health Promotion; A Health Worker'sGuide. Sydney: Maclennan & Petty.

Hersey, J.C., Martin, L.S. 1994. Use of infection control guidelines by workers inhealthcare facilities to prevent occupational transmission of HBV and HIV:resultsfrom a national survey. Infection Control Hospital Epidemiology15(4):243-52.

HMSO 1995. Protection against blood-borne infections in the workplace: HIV andhepatitis. Advisory Committee on Dangerous Pathogens. London. HMSO.

Hospital Kuala Lumpur 1994. Laporan Tahunan 1994.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1996 . Pemantauan Kes Jangkitan HIV dan AIDS yanga

dilaporkan di Malaysia (1985-31 Mac 1996).

Kementerian Kesihatan Malaysia 1996 . Laporan Tahun 1995. Pemantauan Hepatitis Bb

kakitangan Perubatan dan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1995 . INFOAIDS Disember:12.a

Kementerian Kesihatan Malaysia 1995 . KKM-87 (467) Bhg.19 Bil (51). Surat pekelilingb

bertajuk "Garispanduan Pengurusan Kakitangan Kesihatan Yang Dijangkiti olehKuman HIV" dari Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dato' Dr MegatBurhanuddin b. Megat Abdul Rahman kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri danPengarah Hospital, 17 Ogos 1995.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1991. KKM-87 (467) Bhg.10 Bil (36). Surat pekelilingbertajuk "Guidelines for Health Care Workers Who Have Been Exposed To Blood,Blood Products And Body Fluids of Patients Positive For HIV" dari Timbalan KetuaPengarah Kesihatan (Perubatan) Dato' Dr Che Rus bin Mohd Noor kepada semuaPengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Hospital, 13 November 1991.

Kementerian Kesihatan Malaysia 1987. Guidelines for the Prevention and Control ofA.I.D.S..

Kuhn, L., Stein, Z.A. 1995. Mother-to-infant HIV transmissions: timing, risk factors andprevention. Paediatric Perinatal Epidemiology 9(1):1-29.

Meyer, G.S. 1993. Occupational Infection in Health Care. The Century-old lessons fromsyphilis. Archive Internal Medicine 153(21):2439-2447.

Page 96: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Naing, N.N., Zulkifli, A., Ismail, K.Z. 1995. Puncture Injuries During UndergraduateMedical Training. Proceedings from Malaysia-Singapore Congress of Medicine.

Picheansathian, W. 1995. Compliance with Universal Precautions by Emergency RoomNurses at Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital. Journal Medical AssociationThailand 78(Suppl 2):S118-S122.

Robert, L.M., Bell, D.M. 1994. HIV transmission in the Health-care setting. Risks to healthcare workers and patients. Infective Diseases Clinicians North America 8(2):319-29.

Sulaiman, C.R. 1995. AIDS in the Workplace. Nota Modul 2 Kursus Kesihatan Kerja.Kuala Lumpur: Jabatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia.

WHO 1996. International Projections/Statistics. http://www.cdc.gov/nchstp/hiv_aids/stats/internat.htm (Internet).

WHO WPR 1996. HIV/AIDS Trends in the Western Pacific Region. STD HIV AIDSSurveillance Report. 7:1-3.

Page 97: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

LAMPIRAN A

Observasi Amalan Pencegahan Universal

Senarai semakan semasa observasi amalan pencegahan semasa mengendalikan pesakit

berdasarkan ketidakpatuhan kepada pencegahan universal iaitu;

1. Tidak membasuh kedua-dua belah tangan sebelum dan selepas menyentuh pesakit

atau spesimen (mencuci tangan secara betul dengan mengunakan air dan sabun

biasa adalah memadai kecuali untuk prosedur invasif di mana sabun antiseptik

perlu digunakan).

2. Tidak memakai sarung tangan sekiranya akan terdedah kepada darah atau cairan

badan pesakit ataupun menyentuh mukosa atau luka pada kulit.

3. Tidak memasukkan dengan segera jarum dan picagari yang telah digunakan ke

dalam bekas pelupusan bahan tajam.

4. Menutup jarum selepas digunakan.

5. Tidak memakai mask/goggle, gaun atau apron ketika mengendalikan pesakit di

mana timbul kemungkinan terjadi percikan darah atau cairan badan.

6. Tidak menyiram setiap tumpahan darah atau cairan tubuh dengan 0.5%-1%

sodium hipoklorit (chlorox) sebelum dicuci.

Page 98: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Tempat/Wad :____________________________________________________ (Wad-wad, makmal, jabatan kecemasan, jabatan pesakit luar)Tarikh :_______________________________ Jumlah kakitangan bertugas:________Waktu bekerja : waktu pejabat Q Giliran kerja 7-2 petang Q Giliran kerja 2-9 malam Q Giliran kerja 9-7 pagi Q

Bil.kes

Sila tandakan jenis ketidakpatuhan yang berlaku (rujuklampiran)

Masa

Kategori Jawatan

1.Basuh 2. Glove 3. Sharps 4. Recap 5. M/G/A 6. Lantai PegawaiPerubatan

( ) org.

PembantuPerubatan

( ) org.

JururawatTerlatih

( ) org.

PenolongJururawat

( ) org.

Atendan /Pemandu

( ) org.V K V K V K V K V K V K

Page 99: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi
Page 100: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

LAMPIRAN B

BORANG SOAL-SELIDIK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengalaman kakitangan perubatan di JabatanKeselamatan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur dalam amalan pencegahanpenyakit. Kesemua kakitangan yang bertugas semasa tempoh kajian dipilih sebagairesponden kajian. Memandangkan jumlah kakitangan yang dipilih agak kecil, diharapsemua kakitangan akan memberikan kerjasama. Kerjasama anda semua adalah pentinguntuk menjayakan kajian ini. Sebarang maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanyaakan digunakan bagi tujuan statistik kajian. Oleh itu data yang akan didapati hanya dalambentuk berkumpulan, tidak sebagai data individu.

Setelah selesai, sila masukkannya ke dalam sampul yang dikepilkan dan letakkannya kedalam peti-peti yang disediakan di kaunter jururawat wad kemalangan dan kecemasan(resus & intermediate care) . Ianya boleh juga diserahkan terus kepada saya, Dr Azmi binMohd Tamil. Sebarang persoalan mengenai kajian ini bolehlah ditujukan kepada saya di;

Dr Azmi bin Mohd TamilJabatan Kesihatan Masyarakat,Fakulti Perubatan,Universiti Kebangsaan Malaysia,Jalan Raja Muda Abdul Aziz,50300 Kuala Lumpur.Tel: 010-6670350Fax: 03-4405279

Borang ini dijangka memerlukan antara 10 hingga 15 minit untuk diisi.

Ribuan Terima Kasih diucapkan atas kerjasama anda.

Page 101: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

BORANG SOAL SELIDIK JAWAB SENDIRI 1. Bil:___________

Bahagian I : Data Asas

2. Jantina: Lelaki Perempuan

3. Tarikh lahir:_____________

4. Bangsa: Melayu Cina

India Lain-lain

nyatakan:_____________

5. Tahap pendidikan:

Tidak bersekolah

Sekolah rendah

Sekolah menengah - SRP/PMR/LCE

- SPM/MCE

- STPM/HSE

Maktab/Universiti

6. Taraf Perkahwinan

Bujang Kahwin

Berpisah/Balu/Janda/Duda

7. Jawatan Sekarang

Pegawai Perubatan Atendan Hospital

Jururawat Terlatih Pemandu

Pembantu Perubatan Penolong Jururawat

Lain-lain (nyatakan) _________

Page 102: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

8. Telah berkhidmat dengan Kem. Kesihatan Malaysia selama ______tahun.

9. Tempat kerja di dalam tempoh satu minggu yang lepas.(boleh tanda lebih dari satu jika berkaitan)

- rawatan pesakit di dalam wad kecemasan

- mengendalikan rawatan pesakit luar (green area)

- di unit kecemasan resusitasi (red area)

- di unit kecemasan intermediate (yellow area)

- mengendalikan pesakit di bilih bedah

- membawa kenderaan kecemasan (pemandu)

- lain-lain (sila nyatakan_________________________________)

10. Sebagai puratanya, berapa jamkah anda bekerja dalam seminggu? (Sebagaicontohnya, jika anda bekerja hanya 8 jam sehari & 6 hari seminggu, anda akanbekerja sebanyak 48 jam seminggu) ____________jam/seminggu.

Bahagian Ia - Vaksinasi & Pendedahan

A. Pernahkah anda menerima vaksinasi Hepatitis B? Ya Tidak

B. Jika Ya, berapa kalikah suntikan vaksinasi Hepatitis B yang telah diterima?Satu Dua Tiga

C. Dalam jangkamasa satu tahun yang lepas, pernahkah anda terdedah kepada darahatau cecair tubuh mana-mana pesakit? (Contohnya tercucuk jarum s u n t i k a nsemasa mengambil darah, darah terkena mata atau termasuk mulut semasamelakukan pembedahan, atau darah terkena kulit yang tidak dilindungi)

Ya Tidak Tidak ingat

D. Jika Ya, apakah cara pendedahan tersebut?- Tercucuk jarum suntikan (e.g. ambil darah, set I.V. drip, suntikan ubat)- Pendedahan mukokutaneus (e.g. darah kena mata, darah masuk mulut)- Pendedahan kulit terbuka (e.g. darah atau cecair tubuh terkena kulit)- Lain-lain (nyatakan__________________________________________)

E. Jika Ya, adakah anda melaporkan insiden pendedahan tersebut?

Ya Tidak Tidak ingat

Page 103: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Bahagian II - Pengetahuan

11. Pernahkah anda mendengar perkataan Pencegahan Universal (Universal

Precautions) sebelum ini? Ya Tidak

Pencegahan Universal bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh para perawat untuk

mengelakkan jangkitan dari darah atau cecair tubuh semasa merawat SEMUA pesakit.

12. Pernahkah anda menerima taklimat/latihan mengenai pencegahan universal?

Ya Tidak

13. Taklimat/latihan tersebut diberikan oleh siapa?

Pegawai Perubatan

Ketua Jururawat

Pembantu Perubatan

Lain-lain nyatakan______________

14. Berikut adalah penyakit yang boleh dijangkiti jika terdedah kepada darah yang

infektif; (Boleh tanda lebih dari satu jawapan...)

AIDS/HIV Sifilis

Malaria Hepatitis A

Hepatitis B Hepatitis C

Page 104: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

15. Penyakit AIDS/HIV boleh berjangkit melalui Betul Salah Tidak Tahu

a. Gigitan serangga seperti nyamuk

b. Bersalaman

c. Berkongsi jarum suntikan yang sama

d. Menderma darah

e. Hubungan seks rambang/berbilang pasangan

f. Menerima transfusi darah infektif

g. Mandi di kolam renang

h. Makan bersama pesakit AIDS/HIV

i. Penyusuan susu ibu dari ibu HIV positif

j. Ibu HIV positif kepada anak yang sedangdikandungnya

16. Penyakit Hepatitis B boleh berjangkit melalui Betul Salah Tidak Tahu

a. Gigitan serangga seperti nyamuk

b. Bersalaman

c. Berkongsi jarum suntikan yang sama

d. Menderma darah

e. Hubungan seks rambang/berbilang pasangan

f. Menerima transfusi darah infektif

g. Mandi di kolam renang

h. Makan bersama pesakit Hepatitis B

i. Penyusuan susu ibu dari ibu yang infektif

j. Ibu Hep.B Ag. positif kepada anak yang sedang dikandungnya

Page 105: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

17. Penyakit AIDS/HIV dan Hepatitis B boleh Betul Salah Tidak Tahudicegah secaraa. Menggunakan sarung tangan ketika

mengendalikan pesakit

b. Menjauhkan diri dari pelacur

c. Menjauhi amalan tidak sihat sepertimenagih dadah

d. Membasuh tangan setiap kali selepasmerawat pesakit

e. Selalu 'recap' jarum suntikan selepas digunakan

18. Kenyataan berikut adalah BENAR Betul Salah Tidak Tahu

a. Ada vaksin untuk mencegah jangkitanHepatitis B

b. Ada vaksin untuk mencegah jangkitanHIV/AIDS

c. Seseorang pesakit AIDS/HIV boleh sembuh

d. Seseorang yang dijangkiti oleh virus HIVboleh kelihatan sihat

19. Perkara-perkara berikut wujud dalam Betul Salah Tidak Tahugarispanduan pencegahan universala. immunisasi terhadap Hepatitis B

b. berhati-hati masa guna & buang jarumsuntikan (sharps disposal)

c. guna sarung tangan getah semasa rawat pesakit terutama jika terdedahkepada cecair tubuh atau darah

d. menukar sarung tangan setiap kali merawat pesakit yang berlainan

e. mencuci tangan setiap kali tukar sarung tangan getah

Page 106: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Bahagian III - Persepsi

20. Adakah anda merasakan beban kerja yang anda Ya Tidak Tidak Tahuperlu lakukan terlalu tinggi?

21. Adakah beban kerja anda menjejas kebolehan Ya Tidak Tidak Tahuanda untuk mengamalkan pencegahan universalsetiap masa?

22. Adakah alat-alat untuk amalan pencegahan Cukup Tidak Tidakuniversal berikut mencukupi? Cukup Tahu

a. Sarung tangan getah

b. Tempat cuci tangan (sinki) & sabun

c. Goggle (pelindung mata)

d. Gaun

e. Bekas untuk pelupusan alat tajam

f. _______________________________ (lain-lain alat yg dirasakan patut ada)

23. Adakah anda merasakan diri anda berisiko tinggi Ya Tidak Tidak Tahu untuk mendapat jangkitan dalam menjalankan tugas memberikan rawatan kepada orang ramai?

24. Adakah anda merasakan pentadbiran hospital mengambil berat tentang keselamatan anda?

25. Adakah anda merasakan pentadbiran hospital berusaha untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat?

Page 107: KOMPLIANS TERHADAP AMALAN PENCEGAHAN …pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.pdf · Ramai bidan-bidan, "wet nurse", jururawat wad dan para doktor. 2 yang mendapat infeksi

Bahagian IV - Amalan

26. Soalan berikut adalah mengenai aktiviti yang dilakukan ketika bertugas.

Sentiasa Kerapkali Kadang- Tidak Tidak kadang pernah

berkaitan

a. Basuh kedua-dua belah tangan selepas menyentuh pesakit atau spesimen.

b. Menggunakan sarung tangan getah jika akan terdedah kepada darah atau cairan tubuh pesakit.

c. Menutup kembali jarum suntikan dengan penutupnya (recap) dan membengkoknya selepas digunakan.

d. Memakai gaun/apron, mask & goggle apabila wujud kemungkinan percikan darah/cairan tubuh semasa mengendalikan kes-kes.

e. Menempatkan jarum suntikan dan picagari yang telah digunakan ke dalam bakul sampah biasa (hitam).

f. Menempatkan kapas dan gauze yang telah digunakan dan ada kesan darah ke dalam tong sampah biasa (hitam).

g. Mencuci tangan setiap kali menukar sarung tangan getah.

h. Menukar sarung tangan getah apabila merawat pesakit yang lain.

i. Menggunakan bekas pelupusan alat tajam untuk jarum suntikan & picagari yang digunakan.

27. Apakah cadangan anda untuk menjadikan kajian ini lebih berkesan di masa akandatang?

Ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama anda.