kom3362 isu komunikasi dan teknologi

69
KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI HALA TUJU PEMBANGUNAN ICT NEGARA

Upload: nevin

Post on 21-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI. HALA TUJU PEMBANGUNAN ICT NEGARA. Objektif. Di akhir bahagian ini pelajar akan dapat : Mengenal pasti dasar-dasar negara yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ICT di Malaysia . Menghuraikan fungsi Majlis Teknologi Maklumat Negara - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

HALA TUJU PEMBANGUNAN ICT NEGARA

Page 2: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Objektif

Di akhir bahagian ini pelajar akan dapat:

Mengenal pasti dasar-dasar negara yang memberikan

tumpuan kepada pembangunan ICT di Malaysia.

Menghuraikan fungsi Majlis Teknologi Maklumat Negara

(NITC) dalam membangunkan ICT negara

Mengenal pasti inisitif NITC dari 1994-2001.

Page 3: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Hala Tuju Pembangunan ICT Dunia

Raslan Ahmad (1999) mendapati strategi pendekatan dan matlamat pembangunan dan perlaksanaan bergantung kepada tahap ekonomi dan teknologi, sumber dan keupayaan yang ada pada sesebuah negara.

Page 4: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Negara dan Projek Pembangunan ICT

1992 - Singapura Pulau Pintar

- Amerika Syarikat Infrastruktur Maklumat Negara

Page 5: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Negara dan Projek Pembangunan ICT

1994 – Jepun Program Infrastruktur Maklumat Tinggi

- Kanada Lebuhraya Maklumat Kanada

- Finland Finland ke Arah Masyarakat Maklumat

- Sweden Sayap untuk Keupayaan Manusia

- India Polisi Telekomunikasi Baru

Page 6: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Negara dan Projek Pembangunan ICT

1996 – Afrika Selatan Komuniti Maklumat

2000- Filipina Pelan Teknologi Maklumat Negara

Page 7: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Menurut Talero (1997) ICT memainkan peranan penting

dalam :

1. Membasmi kemiskinan .

2. Mengurangkan keterasingan kawasan luar bandar.

3. Mendidik lebih ramai rakyat dan menyokong pendidikan berterusan.

4. Meningkatkan keberkesanan reformasi ekonomi.

5. Memantau dan melindungi alam sekitar.

6. Memajukan perniagaan sederhana dan kecil-kecilan.

7. Menyertai perdagangan antarabangsa.

Page 8: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Menurut Arnold dan Guy (1992) ICT dijadikan dasar pembangunan negara

kerana:

1. Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara

2. Meningkatkan kemajuan dalam sektor-sektor ekonomi yang lain.

3. Mengekalkan keberkesanan, meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan mengekalkan identiti bangsa dan negara.

Page 9: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

OECD (1997) mengenal pasti tiga faktor penting bagi pembangunan

negara :

1. ICT membuka peluang komersial khususnya dalam industri.

2. Kesan limpahan langsung ICT pada tahap antarabangsa.

3. ICT sebagai landasan utama mentransformasi masyarakat dan negara ke arah masyarakat bermaklumat.

Page 10: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Hala Tuju Pembangunan ICT di Malaysia

Negara-negara membangun termasuk Malaysia tidak terkecuali daripada usaha mendifusi inovasi ICT.

Malaysia meletakan wawasan 2020 sebagai negara yang mencapai status negara maju dan menuju ke arah pembentukan ‘masyarakat kaya maklumat.

Page 11: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Negara dan Projek Pembangunan ICT

1985 – Pelan Induk Industri Potensi industri elektronik dan ICT

1990 - Pembangunan Industri Teknologi Mikroelektronik dan ICT

1992 - Wawasan 2020 Negara Maju dan kaya maklumat

1996- Koridor Raya Multimedia Pembangunan ekonomi berdasarkan pengetahuan

Page 12: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3

Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2000-2010).

Kerajaan tumpu dan fokus memperkukuhkan elemen-elemen kritikal yang dapat menyokong pembangunan ekonomi (K-Ekonomi).

Kerajaan melihat ICT sebagai teknologi strategik.

Page 13: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Objektif Kerajaan untuk pembangunan K-Ekonomi

1- Membentuk Malaysia menjadi negara ekonomi berasaskan pengetahuan.

2- Membentuk pembangunan berterusan.

3- Meningkatkan kebolehan lebih dinamik dalam sektor pertanian, perkilangan

dan perkhidmatan.

4- Membasmi kemiskinan/meningkatkan taraf hidup.

5- Mencapai jumlah penglibatan bumiputera secara efektif dan pemilikan ekuiti

sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.

6- Menggalakan kaum bumiputera membabitkan diri dalam sektor-sektor utama

ekonomi.

7- Mengorientasikan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia bagi menyokong masyarakat

berilmu pengetahuan.

Page 14: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Kerajaan telah menumpukan kepada perkara-

perkara berikut untuk merealisasikanpembangunan K-Ekonomi :

a) Pembangunan Tenaga Kerja yang

Berpengetahuan

Program untuk menarik rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang serta berbakat dari luar negeri dan warga asing yang berkemahiran untuk memenuhi permintaan segera dan jangka pendek.

Page 15: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

b) Pembangunan Persekitaran K-Ekonomi

Kerajaan merancang untuk mengekalkan persekitaran ekonomi makro yang stabil, kemudahan infrastruktur asas dan mengadakan rangka kerja kawal selia yang sesuai. Kerajaan juga membangunkan sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembiayaan bagi usaha niaga baru seterusnya menumpukan kepada bidang-bidang yang strategik dalam membangunkan ekonomi.

Page 16: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia ke 7

Melalui Rancangan Malaysia ke 7, ICT mendapat perhatian khusus dan tersusun tentang kemajuan dan prospek pembangunan ICT serta tentang hala tuju ICT Negara.

Kerajaan juga telah menetapkan 7 teras pembangunan ICT negara (1995-2000)

Page 17: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Tujuh Teras Pembangunan ICT :

1. Memastikan penyebaran dan penggunaan ICT negara dengan meluas, berkualiti , mempunyai dayasaing serta meransang produktiviti.

2. Membentuk satu pelan tindakan nasional bagi memastikan pendekatan pengurusan pembangunan ICT yang lebih sistematik.

3. Memperluaskan pendidikan dan latihan ICT.

Page 18: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Tujuh Teras Pembangunan ICT :

4. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan yang menghalang kemajuan ICT.

5. Menggalakkan pembangunan industri ICT tempatan dari segi reka bentukk dan pengeluaran produk, sistem dan perkhidmatan yang inovatif.

6. Memajukan Malaysia sebagai satu hub ICT serantau dengan syarikat ICT antarabangsa.

7. Merancang untuk meningkatkan kesedaran mengenai ICT di kalangan penduduk.

Page 19: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

Malaysia telah mengenal pasti 8 teras strategik bagi meneruskan pembangunan ICT negara:

1- Menjadikan Malaysia sebagai Hub Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia - Kerajaan merancang untuk melaksanakan usaha yang bersepadu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ICT, menggalakkan syarikat

tempatan mengekalkan prestasi dan meningkatkan daya

saing supaya setanding dengan syarikat antarabangsa di peringkat serantau dan global.

Page 20: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

2- Menaikkan Taraf dan Menambahkan Infrastruktur Komunikasi

- Kerajaan telah menetapkan bahawa pelaburan

akan dibuat untuk meningkatkan rangkaian

komunikasi selaras dengan kemajuan teknologi.

Page 21: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

3- Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia dalam bidang ICT - Tumpuan akan diberikan kepada usaha memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT negara. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membekalkan kemudahan

komputer kepada sekolah serta memudahkan capaian

Internet disekolah. Objektifnya adalah untuk

meningkatkan kadar celik komputer di kalangan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.

Page 22: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

4- Menggalakkan E-Dagang dan Meningkatkan

Penggunaannya - Kerajaan akan memberikan tumpuan khas

untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan e-dagang secara maluas sebagai satu cara

baru untuk menjalankan perniagaan melalui rangkaian digital.

Page 23: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

5- Memupuk Keupayaan Tempatan dalam Mencipta Pembangunan Kandungan - Antara langkah-langkah yang diambil bagi mencapai objektif ini termasuklah mengurangkan pengawalan ke atas pengeluaran kandungan bagi televisyen dan filem bagi meningkatkan penyertaan dalam pasaran. Pada masa yang sama, kawal selia yang minimum dijangka akan diperkenalkan ke atas kandungan pengeluaran secara talian supaya tidak menghalang pertumbuhan industri yang baru.

Page 24: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

6- Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana

Koridor Raya Multimedia - Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan perlaksanaan dan pembangunan aplikasi perdana gelombang pertama. Perluasan aplikasi ini akan mengandungi strategi

bagi mengatasi jurang digital.

Page 25: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

7- Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal Perusahan Kecil dan sederhana (PKS) yang berasaskan ICT - Beberapa inisiatif akan dilaksanakan termasuklah menjadikan syarikat Malaysia yang berjaya sebagai model kepada syarikat PKS, membantu syarikat PKS dalam pemasaran dan menembusi pasaran antarabangsa serta

menaikkan taraf pusat inkubator MSC untuk membantu usahawan teknologi.

Page 26: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia Ke 8

8- Menggalakkan Kegiatan Penyelidikan dan Pembangunan - Kerajaan dengan sokongan dasar awam dan kerjasama

institusi pengajian tinggi akan menjalankan penyelidikan ke atas

elemen bukan perkakasan dalam pembangunan pembangunan ICT. Usaha ini termasuklah:1. Memantau serta manilai kesan ICT kepada sektor awam,

swasta dan isi rumah.2. Perubahan budaya kerja hasil pertambahan pekarja

berpengetahuan dan pelaksanaan tele-pekerjaan.3. Penjajaran semula kod klasifikasi industri, produk dan

pekerjaan supaya selaras dengan pengertian sektor maklumat.4. Langganan dan profil penggunaan Internet.

Page 27: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)

a) Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT

- Kerajaan akan memanfaatkan potensinya dengan terus menggalakkan pertumbuhan industri perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar. Kerajaan juga akan membangunkan bidang baru seperti

industri kandungan digital tempatan dan bio-informatik.

Page 28: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)

b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’

- Pendekatan khusus akan diberikan kepada pembangunan

modal insan(human capacity building) yang akan dilaksanakan secara holistik. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas

pertama : 1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu

pengetahuan.2. Memperkukuhkan keupayaan Sains, R&D dan Inovasi.3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan

moral.

Page 29: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

MAJLIS TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGARA

a) Di tubuhkan pada tahun 1994 selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 .

b) Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Pekerjaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC).

c) Matlamat NITC ialah untuk meningkatkan pembangunan dan penggunaan ICT sebagai teknologi strategik ke arah pembangunan negara. NITC bertindak sebagai sebuah badan pemikir di peringkat tertinggi dan untuk menasihati kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ICT di Malaysia.

Page 30: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Kemajuan yang dicapai oleh NITC

1. Program dan dasar ICT semakin jelas dan telus.

2. Penyelarasan dan pengintegrasian di antara pelbagai program dan pelaksana.

3. Lebih ramai penyumbang telah muncul dan beberapa input polisi telah dihasilkan.

4. Jawatankuasa dan kumpulan pakar telah berjaya ditubuhkab bagi menjalankan kajian.

5. NITC telah melaksanakan intervensi dalam beberapa perkara penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat ICT.

Page 31: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor)

Tujuan Pembinaannya adalah untuk menyediakan persekitaran ICT bertaraf dunia yang komprehansif untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Page 32: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor)

a) Sebagai kawasan ujian di peringkat global bagi penyelesaian inovasi, persekitaran serta insentif yang sesuai telah disediakan untuk menarik syarikat utama dan terkemuka dunia untuk menggunakan MSC sebagai hub.

b) MSC bertujuan menjadi pemangkin kepada syarikat ICT Malaysia yang berdaya saing supaya dapat berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia.

c) Bagi menggerakkan pembangunan MSC, tujuh aplikasi perdana telah diperkenalkan untuk menyediakan peluang perniagaan bagi penyertaan sektor swasta. Aplikasi-aplikasi perdana dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu aplikasi perdana pembangunan multimedia dan aplikasi perdana persekitaran multimedia.

Page 33: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Aplikasi Perdana Pembangunan Multimedia

1. Kerajaan Elektronik Untuk memperbaiki operasi agensi

kerajaan dari segi proses dalamannya dan penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai.

2. Sekolah bestari Untuk melahirkan generasi baru Malaysia

yang celik ICT, kreatif dan inovatif.

Page 34: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Aplikasi Perdana Pembangunan Multimedia :

3. Kad Pelbagai Guna Untuk memudahkan orang ramai berurusan

dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta.

4. Telekesihatan Untuk mempercepatkan pencapaian wawasan penjagaan kesihatan di Malaysia.

5. Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan Kelompok P&P telah direka bentuk untuk

mewujudkan kerjasama antara pusat P&P multimedia dan firma bagi menghasilkan produk serta teknologi terkini.

Page 35: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Agenda IT Nasional (National IT Agenda-NITA)

Digubal pada tahun 1996 untuk menyediakan suatu rangka kerja komprehensif ke arah pembangunan di era maklumat. Tujuan NITA :

1. Mengubah negara ke arah sebuah masyarakat bermaklumat yang berasaskan nilai selaras dengan wawasan 2020.

2. Memberi fokus kepada pembangunan manusia secara menyeluruh.

3. Menggerakkan kerjasama dan persepakatan tiga sektor iaitu di antara sektor awam, swasta dan komuniti.

4. Menggunakan pendekatan “top-down” dan “bottom-up” dalam perancangan dan perlaksanaan.

Page 36: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Agenda IT Nasional (NITA)

Tema (NITA) – “Menukar Riak Menjadi Gelombang”

NITA menekankan 3 komponen strategik :

1. Pembangunan Insan2. Pembangunan Infostruktur3. Pembangunan aplikasi dan kandungan

Page 37: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

a) Pembangunan Insan

- Orang ramai perlu diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan, meningkatkan kemahiran dan berkeupayaan menerima budaya baru.

- Di antara program yang dicadangkan mewujudkan suasana pembelajaran secara bestari, perkhidmatan Internet di semua sekolah dan sebagainya.

Page 38: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

b) Pembangunan Infostruktur

- TIGA (3) strategi yang meliputi :

1. Infostruktur yang mempunyai rangkaian luas dan menyeluruh.

2. Peralatan-peralatan yang mampu digunakan oleh orang ramai.

3. Undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.

Page 39: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

c) Pembangunan Aplikasi dan Kandungan

- Strategi Pembangunan aplikasi ICT :

1. Pembangunan kandungan tempatan - Sekolah Bestari, kerajaan elektronik, kad pelbagai

guna dan lain-lain.

2. Interaktiviti - Perpustakaan berelektronik, penerbitan akhbar

elektronik dan teleshopping.

3. Infotainment, edutainment dan infocommunication

- Program yang memerlukan telesidang dan perkhidmatan

pendidikan secara permintaan atas talian(on-line)

Page 40: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Skema Aplikasi Penunjuk Cara (Demonstrator Grant Scheme-

DAGS) Dilancarkan pada 21 April 1998. Objektif Utama DAGS:

1. Membentuk budaya pengguna ICT.2. Membina rangkaian komuniti elektronik

bersepadu.3. Mempromosikan pertumbuhan dinamik “web-

shapers” dan “web-adapters”.4. Membangunkan masyarakat usahawan yang

memanfaatkan rangkaian elektronik.5. Mengeratkan kerjasama antara agensi

kerajaan.6. Menggalakkan rakyat Malaysia berinovatif.

Page 41: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Impak DAGS

- Di antara Impak DAGS :

1. Pembangunan Komuniti.2. Pembangunan Bahan kandungan Tempatan.3. Pembangunan Teknologi.

- Di antara projek dan promoter yang berjaya mendapatkan Pembiayaan

DAGS:

a. E-Learning in Islamic School- Pusat Pendidikan Al-Amin

b. Pendidikan Perdana- Cyber-Village Sdn Bhdc. E-Pharmacy – GS Vision Sdn Bhdd. E-Public Service – MAMPUe. Smart Masyarakat (SMASY)-Worldview Foundationf. TaniNet – Tropbio Research Sdn Bhd

Page 42: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Impak DAGS

1. Pembangunan Komuniti Projek DAGS berupaya meningkatkan tahap penggunaan dan pembudayaan ICT.

2. Pembangunan Teknologi Menggalakan rakyat Malaysia kreatif dan inovatif.

3. Pembangunan Bahan Kandungan Tempatan Menyalurkan maklumat industri dan produk tempatan.

Page 43: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(1) Projek Masyarakat Pintar (SMASY)

1. Worldview mengetuai projek SMASY.

2. Memiliki status konsultatif kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).

3. Terlibat aktiviti-aktiviti media pendidikan di seluruh Asia dan Afrika sejak 1979.

4. KEMAS sebagai agen pembangunan dan perubahan komuniti kampung.

Page 44: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Tujuan SMASY

1. Memberikan pendedahan kepada komuniti Kampung Raja Musa tentang ICT.

2. Mengurus dan menyediakan maklumat kepada komuniti kampung.

3. Menyediakan satu tempat untuk kegiatan promosi perniagaan melalui Internet.

4. Memperbaiki kehidupan komuniti kampung dengan pertambahan ilmu.

Page 45: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Faedah-faedah SMASY

1. Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap ICT.

2. Menjangkakan kanak-kanak sekolah yang menggunakan SMASY mencapai keputusan yang lebih baik.

3. Pengurusan pentadbiran JKKK menjadi lebih efisyen dan terbuka.

4. Mengajar komuniti akan kemahiran ICT yang baru.

5. Menyediakan peluang kepada masyarakat awam untuk memberi pendapat.

6. Menghubungkan komuniti kampung tersebut dengan masyarakat luar.

7. Menambahkan peluang perniagaan kepada pengeluaran dan pedagang tempatan.

Page 46: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(2) TaniNet

1. Projek ini menyediakan khidmat nasihat secara ‘on-line’ dan interaktif melalui Internet.

2. Pengguna boleh mengakses maklumat pertanian secara percuma.

3. TaniNet bertujuan untuk melahirkan satu generasi petani dan individu yang peka kepada teknologi moden.

4. Pengguna khidmat TaniNet merangkumi pekebun-pekebun dan petani kecil-kecilan.

Page 47: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Faedah Projek TaniNet

1. Sektor pertanian – nasihat yang lebih baik.2. Negara- Hasil pengeluaran yang lebih

murah.3. Sektor Bioteknologi tumbuhan-

peningkatan kesedaran awam.4. Petani-Tahap pendapatan yang lebih baik.5. Meningkatkan kesedaran awam terhadap

kepentingan sektor pertanian.6. Meningkatkan produktiviti pertanian

melalui akses kepada teknologi terkini.

Page 48: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(3) CyberCare

1. Misi – membentuk sebuah komuniti elektronik.

2. Program Pilot kebangsaan bagi memperbaiki kualiti kehidupan golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik melalui pembentukan Komuniti elektronik untuk Rumah-rumah kebajikan

3. Sistem yang dibangunkan membolehkan pelbagai sektor menyertai aktiviti-aktiviti serta inisiatif yang dirancangkan.

Page 49: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Faedah Projek CyberCare

1. Orientasi Individu2. Perkembangan akademik kanak-kanak

sekolah.3. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan

kanak-kanak.4. Interaksi dengan masyarakat luar.5. Profil perkembangan individu.6. Individu lain sebagai ‘role-model’.

Page 50: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(4) FamilyPlace

Mula pada 1998 dengan tujuan untuk menyatukan golongan ibu bapa ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu keluarga yang bahagia, sihat dan pintar.

FamilyPlace ditujukan kepada golongan pertengahan dan berpendapatan sederhana.

FamilyPlace memberi fokus kepada :

1. Pendidikan kekeluargaan yang berpusat kepada ibu bapa.

2. Pendidikan dan Perkembangan keluarga.3. Pembangunan perniagaan di rumah.

Page 51: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(5) My-Biz

Untuk menggabungkan syarikat-syarikat dari sektor industri kecil dan sederhana(IKS) bagi menjalankan perdagangan antara satu sama lain di rantau ini dan peringkat global.

Objektifnya untuk membangunkan sistem transaksi secara terus bagi aktiviti perdagangan melalui Internet.

Page 52: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(6) Masjid sebagai Pusat Kejiranan

Objektifnya untuk menggunakan ICT bagi membolehkan masjid dijadikan pusat kejiranan berangkaian kepada komuniti di sekelilingnya.

Beberapa perkhidmatan dan pengaplikasian yang digunakan komuniti tersebut :

1. Pangkalan Data Komuniti.2. Perpustakaan Mini ‘On-line’.3. Sistem pengiklanan berasaskan web.

Page 53: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

(7) Pendidikan Perdana

Tujuannya untuk membangunkan satu aplikasi berasaskan Internet dan menggunakan web.

Faedah-faedah yang diperolehi :

1. Mewujudkan program mengulangkaji tambahan kepada pelajar dari sekolah dan rumah melalui Internet.

2. Membantu guru mengenal pasti kelemahan pelajar di dalam subjek tertentu.

3. Menggalakan guru dan pelajar berinteraksi melalui Internet di dalam pelbagai aktiviti pendidikan.

Page 54: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Faktor-faktor Kejayaan Projek DAGS

1. Komuniti Sasaran yang jelas dan dikenal pasti

2. Nilai Proposisi yang jelas ke atas Komuniti Sasaran.

3. Peranan Teknologi yang jelas ke arah memanfaatkan komuniti.

4. Peranan Promoter bersama yang jelas di dalam Pelaksanaan Projek.

5. Justifikasi Keperluan Pembiayaan DAGS yang jelas.

6. Kaedah Pengurusan Projek yang jelas.

Page 55: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Tugas dan aktiviti

1. Struktur Kumpulan Projek2. Jadual Projek dan Pelan Pelaksanaan3. Pemantauan Projek dan laporan4. Pelan Pengurusan Risiko5. Pelan Pengurusan Kualiti6. Model Perniagaan dan Pelan Jaminan

Page 56: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

NITC menggariskan tiga fasa pelan migrasi pada tahun 1998:

Fasa Pertama-Masyrakat Bermaklumat

1. Sosial – menyediakan keperluan mengakses maklumat setiap orang.

2. Ekonomi – ICT dijadikan sektor ekonomi utama dengan mencungkil peluang setiap bidang ICT.

“ Menurut Azizah Hamzah(2001); masyarakat bermaklumat merupakan sebuah masyarakat yang kegiatan ekonomi dan sosial utamanya ialah mengeluar, memproses dan mengedarkan maklumat.”

Page 57: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Fasa Kedua-Masyarakat Berpengetahuan

1. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

2. Dari segi ekonomi pula tumpuan adalah terhadap penciptaan nilai yang meransangkan pengeluaran, penggunaan dan pengagihan perkhidmatan dan produk.

“ Menurut Awang Had Salleh (1995), masyarakat berilmu pengetahuan adalah masyarakat yang rata-rata anggotanya berpengetahuan untuk menyertai dengan berkessan alam penghidupan dan pada waktu yang sama mereka-kalau tidak semuanya, sebahagian besar daripadanya –juga berilmu dalam bidang-bidang tertentu dan juga memiliki sikap keilmuan.”

Page 58: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Fasa Ketiga – Masyarakat Berpengetahuan Berasaskan Nilai

Tumpuan dan matlamat adalah untuk menjadi masyarakat berpengetahuan berasaskan nilai sepenuhnya menjelang 2020.

Asas ekonomi bagi masyarakat ini adalah ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi yang kompetetitif, manakala masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai tradisi iaitu bersatu padu, bermoral, beretika, bertoleransi selaras dengan pembangunan mampan.

Page 59: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Matlamat Utama Agenda Strategik NITC

Matlamat utama Agenda Strategik NITC dilancarkan pada tahun 1998.

Program di dalam 5 bidang teras bertujuan mengukuhkan lagi asas kedaulatan dan keselamatan negara dalam dunia –e.

NITC juga untuk memudahkan penghijrahan rakyat Malaysia dan struktur keinstitusian ke Dunia E secara efektif.

Page 60: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Lima Bidang Teras

E Ekonomi Tujuannya menggalakkan aktiviti perdagangan dan

perniagaan elektronik bagi menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Fokus utama ialah ekonomi pacuan pengetahuan.

E Pembelajaran Tujuannya untuk membentuk budaya pembelajaran

sepanjang hayat. Fokusnya kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat.

E Perkhidmatan Tujuannya untuk menyediakan perkhidmatan awam

menggunakan kaedah elektronik kepada orang ramai dan ahli perniagaan secara cepat dan cekap. Fokusnya kepada kaedah penghantaran barangan dan perkhidmatan awam.

Page 61: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Lima Bidang Teras

E Komuniti Tujuannya untuk membolehkan masyarakat

memanfaatkan ICT untuk berinteraksi dengan masyarakat global dan mengenengahkan nilai-nilai murni kita. Fokusnya lebih penyertaan tadbir urus untuk kualiti hidup.

E Kedaulatan Tujuannya untuk memastikan identiti dan

keselamatan negara dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan. Fokusnya kepada identiti negara yang teguh.

Page 62: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

K-Ekonomi

Di perkenalkan oleh NITC semasa Pameran Antarabangsa MSC dan Multimedia Asia pada tahun 1999.

Fokusnya adalah mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu anjakan daripada ekonomi berasaskan pengeluaran.

Pendekatannya lebih kepada pengetahuan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi seperti pengeluaran barangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Page 63: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

K-Ekonomi

Elemen utama dalam K-Ekonomi ialah modal manusia (human capital) atau modal intelek.

Modal intelek diperlukan untuk membangunkan ekonomi. Dalam K-Ekonomi, mereka yang berpengetahuan, berkemahiran adalah aset paling berharga dan penting.

Page 64: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

K-Ekonomi

K-Ekonomi juga bercirikan pelaburan tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan, kadar literasi yang tinggi, penglibatan pekerja berpendidikan tinggi yang ramai, keupayaan teknologi dan kemahiran yang baik, kekuatan dalam inovasi dan penggunaan ICT serta Internet yang tinggi.

Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS) telah mengenal pasti beberapa faktor iaitu globalisasi dan keperluan negara meningkatkan daya saing.

Page 65: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

K-Ekonomi

Bagi meningkatkan ketahanan dan desakan dari masyarakat antarabangsa untuk membuka ekonomi negara dengan lebih luas dan menghadapi persaingan yang lebih mencabar, terdapat 3 sebab mengapa Malaysia perlu mengambil langkah ke arah K-Ekonomi:

1. Produk Malaysia menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara asing.

2. Globalisasi dan liberalisasi akan mengakibatkan pintu perlindungan dan dinding halangan yang selama ini mempertahankan industri tempatan akan dikikis dan dihapuskan.

3. Faktor lain yang dikenal pasti termasuklah keperluan mengenal pasti nilai tambah yang tinggi, terutamanya kos buruh.

Page 66: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

ISIS telah menerbitkan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)

Tujuh Teras dalam Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan:

1- Memupuk dan menjamin pembangunan sumber manusia.2- Menubuhkan institusi yang menggalakkan peralihan kepada K-Ekonomi.3- Memastikan insentif, prasarana dan infostruktur maklumat penting dalam meningkatkan

aplikasi pengetahuan dalam semua sektor ekonomi.

Page 67: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)

4- Meningkatkan keupayaan dalam pemilikan dan aplikasi bidang sains dan teknologi.

5- Memastikan sektor swasta terbabit dalam pembangunan K-Ekonomi.

6- Membangunkan sektor awam dalam perkhidmatan awam berasaskan K-Ekonomi.

7- Mengurangkan jurang digital dan pengetahuan.

Page 68: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Enam alasan yang perlu diambil kira dalam

membangunkan K-Ekonomi1. Melahirkan Sumber Tenaga.2. Menubuhkan Institusi bagi mendorong K-

Ekonomi.3. Menyarankan agar Penggunaan Internet

diperluaskan.4. Mengembangkan K-Ekonomi dalam sektor

Swasta.5. Membabitkan sektor Awam.6. Mengurangkan Jurang Pengetahuan dan

Digital.

Page 69: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

TERIMA KASIH