kolonialisme

16
Pengenalan: Menurut George Nadel dan Perry Curtis, 'imperialisme' adalah kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas pihak lain dan proses ini didukung oleh idea tersendiri. 1 Imperialisme Barat pula dibahagikan kepada dua tahap iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama lebih merujuk kepada penaklukan yang lebih bermotifkan kepada politik, dinasti dan agama. Sebaliknya, imperialisme baru berlaku selepas tahun 1870an. Ia lebih bermotifkan kepada hal ekonomi, keunggulan bangsa atau tamadun. Takrif kolonialisme yang diberikan oleh Nadel dan Curtis adalah: "Bagi sebahagian orang, kolonialisme bermaksud imperialisme tetapi 'kolonialisme' kini secara amnya digunakan sebagai seerti dengan penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi." 2 Kolonialisme juga dapat dikelaskan kepada kolonialisme lama yang merujuk kepada penjajahan secara informal. Kolonialisme baru kemudiannya digunakan juga bagi merujuk dasar penguasaan penjajahan kepada kawasan-kawasan yang diperolehi melalui kegiatan imperialisme. Pada awal kurun ke-19, kuasa imperialis Barat yang mempunyai tanah jajahan di Asia Tenggara ialah Sepanyol, Portugis, Belanda dan British. Antara kuasa tersebut, Sepanyol merupakan kuasa utama dari segi keluasan kawasan kerana menguasai seluruh kepulauan Filipina, kecuali kawasan yang dikuasai orang Islam di sebelah selatan. Dan segi ekonomi, Belanda merupakan kuasa yang berpengaruh. Pulau Jawa serta beberapa kekuasaan Belanda. Hanya Pulau Timur masih di bawah kekuasaan Portugis. Pangkalan British hanya di Bangkahulu, sebuah pelabuhan lada hitam di pantai barat Sumatera. 3 Sumber penggerak kolonialisme dan imperialisme: 1. Kekuatan Ketenteraan Laut 1

Upload: cqot92

Post on 26-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kolonialisme

TRANSCRIPT

I

Pengenalan:

Menurut George Nadel dan Perry Curtis, 'imperialisme' adalah kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dari segi politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas pihak lain dan proses ini didukung oleh idea tersendiri.1 Imperialisme Barat pula dibahagikan kepada dua tahap iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama lebih merujuk kepada penaklukan yang lebih bermotifkan kepada politik, dinasti dan agama. Sebaliknya, imperialisme baru berlaku selepas tahun 1870an. Ia lebih bermotifkan kepada hal ekonomi, keunggulan bangsa atau tamadun.

Takrif kolonialisme yang diberikan oleh Nadel dan Curtis adalah:

"Bagi sebahagian orang, kolonialisme bermaksud imperialisme tetapi

'kolonialisme' kini secara amnya digunakan sebagai seerti dengan

penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi."2

Kolonialisme juga dapat dikelaskan kepada kolonialisme lama yang merujuk kepada penjajahan secara informal. Kolonialisme baru kemudiannya digunakan juga bagi merujuk dasar penguasaan penjajahan kepada kawasan-kawasan yang diperolehi melalui kegiatan imperialisme.

Pada awal kurun ke-19, kuasa imperialis Barat yang mempunyai tanah jajahan di Asia Tenggara ialah Sepanyol, Portugis, Belanda dan British. Antara kuasa tersebut, Sepanyol merupakan kuasa utama dari segi keluasan kawasan kerana menguasai seluruh kepulauan Filipina, kecuali kawasan yang dikuasai orang Islam di sebelah selatan. Dan segi ekonomi, Belanda merupakan kuasa yang berpengaruh. Pulau Jawa serta beberapa kekuasaan Belanda. Hanya Pulau Timur masih di bawah kekuasaan Portugis. Pangkalan British hanya di Bangkahulu, sebuah pelabuhan lada hitam di pantai barat Sumatera.3

Sumber penggerak kolonialisme dan imperialisme:

Kekuatan Ketenteraan Laut

Pada 1756, Peperangan Tujuh Tahun bermula antara Perancis dan Inggeris. Pengisytiharan ini memberi kesempatan kepada Clive bertindak mengambil beberapa kota atau kilang Perancis di India. Kemenangan Clive di Pertempuran Plassey pada 1757 telah memudahkannya menumpaskan kedudukan Perancis di Pandicherry. Dengan itu seluruh kawasan pantai Timur berada di bawah kawalan Inggeris. Pergelutan Inggeris Perancis diselesaikan melalui Perjanj ian Paris (1763) dan dalam soal India. Peijanjian itu memperuntukkan, pihak Inggeris membenarkan orang Perancis berdagang di India (tidak sebagai tentera atau membina kota/markas).

Kemenangan dan kejayaan Inggeris selepas Perang Tujuh Tahun telah mengubah sikap Inggeris terhadap India dari kawasan untuk perdagangan kepada kawasan yang dUadikan tanah jajahan. Dengan kata lain, Inggeris mengubah dasar kepada menguasai daerah-daerah yang penting dari segi perdagangan dan strategik sahaja (tidak menyeluruh) dan melaksanakan pentadbiran kolonialnya.4 ini disebabkan perkembangan sektor perkapalan Inggeris telah menggalakkan imperialismenya. Keadaan ini boleh berlaku terutama Inggeris mempunyai kekuatan tentera laut dan selepas mereka berjaya menewaskan Perancis dalam Perang Tujuh Tahun telah meningkatkan prestij negaranya di mata dunia. Walau bagaimanapun, perluasan penjajahan lnggeris selepas 1763 tidaklah begitu luas. Empayar Inggeris India terhad kepada kawasan Calcutta dan kawasan hulu lembah sungai Ganges atau Bengal, Madras serta kawasan pesisir pantai selatan dan timur India, dan Bombay yang mempunyai kota pertahanan kuat (Inggeris) di sebelah pantai barat India.

2.Peningkatan Semangat Kolonialisme

Semangat kolonialisme telah meningkat selepas Perang Kemerdekaan Amerika 1775-1781. Dalam peperangan ini, Inggeris telah kehilangan 13 buah koloni yang mana telah berjaya membebaskan diri daripada penaungan Inggeris. Inggeris terpaksa mengisytiharkan kemerdekaan United States. Memandangkan Inggeris atau yang juga dikenali sebagai British telah kehilangan tanah jajahan yang banyak dalam sekelip mata saja, maka ini telah menaikkan semangat kolonialisme. ini juga sesuai dengan teori Thomas Malthus , 'An Essay on the Principle of Population' di mana idea Maithus menggalakkan negara-negara Eropah menjalankan emigrasi penduduk mereka ke koloni-koloni dan lain-lain.

Cogan kata Revolusi Perancis menegaskan keperluan pemerintah mendukung idea kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Antara rancangan daripada revolusi, pelbagai persatuan untuk pembaharuan Parlimen telah dihidupkan semula dan banyak pula yang baru ditubuhkan seperti Society of the Friends of the People.5 Revolusi ini telah menjatulikan kuasa monark dan menandakan bermulanya Republikan dan liberalisme. Semangat revolusi pada awalnya adalah lembab, tetapi Revolusi Perancis, telah membangkitkan semangat patriotisme yang sebelumnya belum pernah wujud. Maka ini telah mendorong kepada imperialisme yang lebih giat. Bagaimana pun, Perancis kuat disebabkan ia mempunyai bilangan penduduk yang ramai ketenteraan darat yang kuat.

Selepas Revolusi Perancis 1789, perkembangan fahaman liberal berlaku. Revolusi ini menegaskan keperluan pemerintah mendukung idea kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Kejatuhan Sistem Mercantilism digantikan dengan FreeTrade atau juga dikenali sebagai perdagangan bebas. ini sesuai dengan fahaman Adam Smith. Menurut beliau lagi, The Wealth of Nation, Free Trade manambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran dan membolenkan modal mengalir ke sekior produktif yang akan meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Perdagangan bebas memberi faedah kepada kedua-dua negara yang terlibat dan tidak seperti Sistem Mercantilism. Maka ini menggalakkan imperialisme supaya lebih banyak tanah jajahan dip eroleh lalu menjadikan pasaran mereka untuk perdagangan bebas.

Napoleons Hundred Days tamat dengan Battle of Waterloo yang klimak yang berdekatan Brussels pada 11 Jun1815.Napoleon menyerah kalah kepada British dan dibuang ke pulau Saint Helena dan meninggal dunia selepas 6 tahun.6 British ketika itu terpaksa menanggung lebihan hasil yang perlu dieksport. Dengan itu, pasaran timur, Amerika dan Hindia Barat semakin mendapat perhatian utama British. Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa dasar kebenuaan telah mendorong British untuk mara ke timur.7

Peristiwa-peristiwa ini telah menunjukkan tamatnya empayar pertama British dan bermulanya empayar keduanya. Ia merupakan titik peralihan bagi empayar British. Sebaliknya selepas 1870 pertambahan kawasan jajahan yang diperolehi oleh kuasa-kuasa Barat berlaku dengan besar dan mendadak sekali. Beberapa sebab menjadi punca kepada pertambahan yang demikian.

3.Kemunculan Kuasa-kuasa Baru

Amerika Syarikat merupakan kuasa yang terbam di rantau ini. Ia telah memainkan peranan utama membuka Jepun kepada perdagangan antarabangsa. Pada 1898 Amerika berperang dengan Sepanyol berkaitan dengan soal Cuba, sebuah tanah jajahan di kawasan benua Amerika. Perang ini merebak ke Filipina dan pada tahun yang sama Amerika berjaya menyingkirkan Sepanyol di Filipina.

Kemunculan Jerman khususunya sebagai sebuah kuasa bam selepas bebas dariapada kongkongan Perancis memperhebatkan persaingan antara kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan pengaruh mereka di luar Eropah. Mereka beriumba-lumba meluaskan empayar kerana mahu memperbaiki status negara masing-masing di samping keinginan mendapatkan kawasan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh perindustrian negara mereka.8 Walaupun orang Jerman memperolehi tanah jajahan di Papua New Guinea dan di beberapa pulau di Lautan Pasifik, mereka gagal menguasai sebarang kawasan di Asia Tenggara. Ketiadaan tapak tidak bererti ketiadaan perdagangan. Syarikat perniagaan dan orang perseorangan bergiat cergas di Asia Tenggara terutama selepas 1871. Mereka

bergiat cergas di pusat perdagangan antarabangsa seperti Signapura, Manila dan~ Bangkok. Antara syarikat perkapalan Jerman ialah Norddeautscher Lloyd, yang merupakan syarikat perkapalan yang kedua terbesar di dunia pada akhir kurun ke-19. Memandangkan kuasa Eropah seperti Amerika dan Jerman telah membimbangkan pihak British, ini mendorong British mula meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara.

4.Revolusi Perusahaan

Revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah telah mencetuskan masalah bam seperti keperluan bagi kerajaan-kerajaan Eropah mancari bahan makanan bagi menampung pertambahan penduduk, bahan mentah dengan harga yang murah dari luar Eropah bagi memastikan pengangguran serta kekurangan makanan tidak berlaku. Sebaliknya kepesatan pengeluaran barang-barang dan kilang-kilang melebihi keperluan dalam negara sendiri mendorong mereka mencari pasaran bam yang lebih luas. Seterusnya telah memaksa kuasa-kuasa Eropah mendapatkan lebuh banyak kawasan pengaruhnya.

Revolusi perusahaan telah membawa keuntungan kepada para pengusaha kilang, perkapalan dan perniagaan sehingga mereka mempunyai lebihan modal. Sejak pertengahan abad ke-19, para pengusaha ini semakin yakin untuk melabur ke luar Eropah kerana pengetahuan mereka tentang kawasan luar semakin baik bentuk hubungan yang ditawarkan oleh perkhidmatan kapal wap dan telegraf Maka ini telah memudalikan lagi proses imperialisme Barat. Ciptaan saintifik yang menggunakan bahan-bahan mentah yang dahulunya tidak begitu diketahui faedahnya. Contohnya, penciptaan automobil yang menggunakan petroleum dan tayar getah menyebabkan kedua bahan itu menjadi penting. Jelas bahawa ini turut menjadi salah satu punca bagi kuasa Eropah mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.

5. Beban Orang Putih

Kemajuan tekuologi perkilangan, pengangkutan dan ketenteraan, di samping kemajuan sains, perubatan, pendidikan dan pentadbiran meningkatan lagi rasa bangga orang-orang Eropah terhadap peradaban mereka. Keadaan ini menebalkan lagi keyakinan bahawa peradaban Barat, termasuk budaya dan agamanya adalah baik untuk dunia. Justeru itu, mereka menggunakan alasan ini iaitu 'beban orang putih' yang bermakna tanggungjawab berat yang dipikul oleh mereka untuk membangunkan negara asing melalui imperialisme.

6.Faktor Agama

Tindakan kerajaan Vietnam menindas penganut agama Kristian dan mubaligh Perancis telah menjadi alasan Perancis untuk campur tangan sebanyak dua kali. Pada peringkat pertama antara tahun 1859-1861, mereka menguasai wilayah Vietnam yang lain. Perancis tertarik kepada Vietnam kerana ingin menembusi pasaran negara China melalui wilayah Tonkin ataupun melalui Sungai Mekong. Faktor yang sama juga mendorong mereka menguasai Kampuchea dan Laos yang berhampiran dengan Sungai Mekong.

7.Pembukaan Terusan Suez

Persaingan yang semakin hebat antara kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara, terutama sekali berikutan dengan pembukaan Terusan Suez, menyebabkan Belanda mula bergiat memperkukunkan kedudukan politik mereka di seluruh Kepulauan Indonesia. Aktiviti ini dipergiat lagi dengan adanya pertemuan petroleum di pantai timur Sumatera, dan di pantai timur Kalimantan, serta kemajuan kawasan pertanian di sekeliling bandar Medan. Menjelang tahun 1900 hampir keseluruhan kepulauan Indonesia berada di bawah kekuasaan Belanda.

8. Peranan Syarikat-syarikat Perdagangan

Syarikat perkapalan memainkan peranan besar dalam proses pengukuhan kepentingan kuasa barat di Asia Tenggara. British menguasai jalan perdagangan antara rantau ini dengan dunia luar pada awalnya. Tetapi selepas tahunl8SO, kuasa imperialis yang lain berjaya menubunkan syarikat perkapalan yang serupa untuk menguasai perdagangan di kawasan yang ditakiuki oleh mereka.

Pada tahun 1851, Perancis menubuhkan Syarikat Perkhidmatan Perutusan Laut. Belanda pula menubulikan Syarikat Kapal Dagang Diraja pada tahunl884 untuk menghapuskan persaingan syarikat British yang menguasai hampir semua perdagangan di perairan Indonesia dan antara Indonesia dengan Eropah. Maka Penubuhan syarikat perkapalan telah memudahkan proses imperialisme.

Arus-arus

a) Britain

Jangka masa di antara tahun 1870 dan Perang Dunia Pertama 1914 biasanya dikatakan sebagai puncak usaha-usaha imperialisme. Aktiviti-aktiviti imperialisme dalam jangka masa tersebut bertumpu kepada Asia dan Mrika, di kawasan-kawasan yang mungkin tidak menarik minat ramai orang Eropah untuk menetap tetapi berguna sebagai sumber bahan mentah, pusat perdagangan ataupun berguna kerana kedudukan yang strategik.9

Pada bahagian kedua abad ke-19, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis mewujudkan penguasaan politik ke atas wilayah yang luas di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain. Kedua-dua pemimpin politik British yang terkuat pada bahagian kedua abad ke-19, iaitu Disrael dan Gladstone, menunjukkan minat kecil terhadap tanah jajahan. Pada 1852, Disrael, ketua Parti Konservatif telah menyifatkan tanah jajahan yang melarat itu sebagai beban, tetapi pada awal tahun4ahun 1860an mula mengubah pemikirannya dan menjadi seorang penyokong imperialisme. Pada tahun 1863, beliau menyatakan bahawa,

'sebuah negara , terutamanya negara pelaut mestilah menguasai tempat-tempat yang kuat di dunia jika ia ingin mengembangkan kekuasaannya.'

Tambahan pula, beliau telah mengalihkan tumpuan daripada tanah-tanah jajahan orang putih yang mempunyai pemerintahan sendiri. Menurut beliau lagi,

'kuasa dan pengaruh perlu dipergunakan di Asia, selepas itu di Eropah Timur dan kemudiannya di Eropah Barat; tetapi apakah gunanya tanah-tanah jajahan (seperti

Australia dan Kanada) yang tidak berfaedah yang kita perintah.'

Pada tahun 1870an, apabila beliau menyedari kemunculan rasa kebanggaan terhadap empayar di kalangan rakyat British yang boleh menawarkan manfaat politik, Disrael telah memberi satu ucapan terkenal di bangunan Crystal Palace. Beliau menyatakan:

..... pada pandangan saya, tidak ada seorang menteri di dalam negara ini yang menyempurnakan tanggungjawabnya sekiranya beliau mengetepikan sebarang kesempatan untuk membina semula empayar kolonial kita serta membalas kesetiaan yang ditunjukkan di tanah jajahan yang mungkin boleh dijadikan sumber kekuatan dan kesejahteraan bagi negara ini.10

Melalui pernyataan ini, ia telah menggambarkan minat dan keinginan kuasa British untuk memperluaskan dasar kolonialismenya.

Pada tahun 1886, Parlimen Britain bersikap anti-perluasan. Menurut R.E.Robinson, pada ketika itu perluasan imperial masih menjadi sajian rakyat serta tidak disukai ramai.11 Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah disebabkan oleh saingan yang hebat kepada perdagangan British, dan keunggulan kolonialnya yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah. Di samping itu, parti liberal semakin berpecah kerana dasarnya terhadap Ireland dan ia tidak menentang dasar imperialisme secara berkesan. Oleh itu, jelaslah perubahan dasar telah berlaku dari anti-imperialisme kepada imperialisme

Walau bagaimanapun, tahun 1895-1960 telah menghasilkan gabungan sentimen nasionalis dan imperialis yang begitu kuat sehingga satu istilah yang baru 'jingoisme' dicipta untuk menerangkannya. Jingoisme mengenal pasti hubungan tanah jajahan yang dimiliki dengan keagungan dan kekayaan Britain yang membayangkan kedudukan negara ini sebagai kuasa industri dan kuasa laut sedang diambilalih oleh pesaing-pesaing asing. Das& Britain yang menyokong perdagangan bebas dan empayar yang tidak formal, memberi faedah kepada pesaing-pesaingnya yang merampas tanah-tanah jajahan dan memperkenalkan tarif yang boleh mengurangkan atau menyingkirkan perdagangan British. Menurut A.F.Madden,

"Sumber bagi dorongan imperialime sentiasa banyak; kesetiaan terhadap keadilan dan kemerdekaan, keinginan kepada kuasa, perlunya menjaga undang-undang, kepercayaan terhadap institusi British dan keinginan untuk menunjukkan; tetapi para pemerhati telah menyatakan bahawa demam spekulasi(digalakkan oleh emas dan Rand dan Kalgoorlie)(di Afrika Selatan) merupakan punca imperialisme pada ketika ini.

Oleh itu, kini British telah berubah-ubah idea pemilikan dan ras; teori Darwin bahawa 'kuat akan menang' telah dipertingkatkan 'daripada teori biologikal kepada prinsip politik' dan rakyat nampaknya lebih menyukai 'kuasa dan pengaruh' daripada 'kebebasan dan prinsip ,~12

Perubahan dasar parlimen dari anti-imperialisme kepada penyokong imperialisme sehinggakan sokongan yang diberikan di luar parlimen telah menunjukkan semangat imperialisme yang meluap-luap di kalangan British. Di luar p&limen, beberapa organisasi penyokong imperialisme telah dibentuk. Organisasi yang awal ialah Institut Kolonial Diraja(Royal Colonial Institute) yang ditubulikan pada tahun 1868 ketika setiausaha kolonial, Lord Cranvile yang terkenal dengan kata-katanya bahawa kebanyakan suratnya yang diterima, jika tidak diambil akan terjawab juga.13 Pameran kolonial pada tahun 1886 juga menambalikan kesedaran dan minat rakyat Inggeris terhadap tanah jajahan, dan dua tahun kemudian Institut Imperial ditubulikan sebagai institut tetap yang mendorong kegiatan di luar negeri. Pada tahun 1887, Persidangan Kolonial yang pertama diadakan, dan ini dukuti dengan persidangan selanjutnya sekali setiap sepuluh tahun. Pada tahun 1909, satu kumpulan pengkaji dan propaganda yang dipanggil 'Pergerakan Meja Bulat' telah ditubuhkan sebagai cubaan memulakan satu Persekutuan Imperial sebagai cara memperkuatkan British dalam menentang Jerman.

b) Perancis

Selepas zaman Napoleon, Perancis menunjukkan minat yang begitu kecil terhadap tanah jajahan. Akan tetapi, atas dorongan atau faktor tertentu telah menyebabkan perubahan dasarnya kepada dasar perluasan empay& pada tahun-tahun 1 850an. Ahli-ahli parlimen Perancis yang liberal menentang dari segi prinsip, penyokong kerajaan beraja pula asyik memikirkan untuk menuntut hak mereka, dan sektor agragia yang sangat berpengaruh di Perancis-berserta kelas peniaga yang baru muncul, langsung tidak mengambil peduli tentang penjajahan. Pada tahun 1829, seorang ahli parlimen berkata:

..... hanya satu hujahan yang menyokong perlunya tanah jajahan iaitu jajahan diperlukan untuk menanggung dan memperkembangkan tentera laut."

Hujah ini nampaknya memberi kesan ke atas pandangan umum. Akan tetapi, di sepanjang abad ke- 19, tidak terdapat perluasan ke seberang laut mengikut alasan ini atau alasan lain.

Perancis mula memperluaskan empayarnya pada tahun-tahun 1850an akibat tindakan tentera lautnya menguasai sebahagian daripada Cochin-China. Langkah ini disifatkan wajar dalam Laporan Sesi Penutup Suruhanjaya Cochin-China (28April-l8Mei1857) atas alasan desakan keadaan memaksa negara-negara barat ke arah Timur Jauh. "Adakah kita sahaja yang tidak akan mempunyai sebarang harta di sana, walhal orang~orang Inggeris, Belanda dan Rusia juga telah memulakan penempatan di sana?' Tambahan pula, projek tersebut sesuai dan segi perdagangan kerana Cochin-China menghasilkan kapas, sutera, gula, beras dan kayu-kayan. Suruhanjaya itu membuat kesimpulan bahawa projek tersebut disanjung tinggi dari segi politik, men~untun~kan dari segi agama, dan memberi faedah kepada perdagangan serta kepentingan am negara.15

Secara amnya, sebelum tahun-tahun 1870an, Asia dan Afrika tidaklah begitu menarik minat rakyat Perancis. Selepas tahun l870, beberapa penjelajahan asing yang diberikan publisiti telah menarik minat kepada kawasan asing. Tekanan bagi perkembangan kolonial datang daripada ahli politik dan para cendakiawan.16 Bagi kumpulan-kumpulan ini, perkembangan kolonial dijangka bukan hanya untuk membayar dividen ekonomi tetapi untuk menaikkan kemegahan negara. Pada tahun 1897 seorang ahli politik menulis:

'Tidak pernah terdapat suatu kuasa besar tanpa tanah jajahan yang banyak. Kemegahan empayar sentiasa berada pada puncaknya apabila perluasan tanah jajahan berada pada tahap maksimum dan kemerosotan empayar sentiasa berlaku serentak dengan kehilangan tanahjajahan.'17

Pada tahun 1899, seorang penyokong perluasan kolonial dengan taj am menyatakan bahawa:

'Pentadbiran kolonial terbuka kepada rasukan kemahuan: pertama sekali ialah perasaan gembira kerana berjaya menakiuk; kemudian datang pula bayaran yang perlu dijelaskan.'

Beliau menambah bahawa manfaat ekonomi daripada kolonial telah diperbesarkan. Maka jelaslah bahawa dasar imperialisme yang pada mulanya bermotifkan politik dan sosial, kebudayaan dan agama telah mengubah kepada dasar imperialisme yang lebih mementingkan ekonomi daripada politik.

c) Amerika

Penentangan terhadap imperialisme merupakan soal prinsip di Amerika Syarikat. Imperialisme juga menjadi isu politik:Parti Republikan cenderung menyokong imperialisme dan parti Demokiatik pula sebaliknya.

Semasa perang Sepanyol-Amerika, Amerika lebih mengambil berat untuk menghapuskan kehadiran orang-orang Sepanyol di Hemisfera Barat dan dasar terhadap Filipina masih tetap. Angkatan tentera Amerika dihantar ke Manila menghadapi tentangan Sepanyol yang minimum. Pilihan untuk mengambil alih Filipina terbuka bagi Amerika Syarikat, dan Mc Kinley mengatakan bahawa:

'Perluasan wilayah sepatutnya kurang penting ; yang utama ialah kita

tidak akan menjauhkan diri daripada tanggungjawab moral berikutan

kejayaan ini.'

Amerika Syarikat, katanya mempunyai satu tanggungjawab yang jelas, iaitu menerima kepulauan Filipina. Setahun kemudian, Mc Kinley memberikan suatu penerangan yang disifatkan oleh Foster Rhea Dulles sebagai penerangan kepada faktor-faktor asas yang mungkin tidak disedari di belakang setiap gerakan imperialistik-kemuliaan kebangsaan, kelebihan ekonomi, keutamaan bangsa, dan misi moral.

Di dalam pilihan raya 1900, imperialisme menjadi satu isu penting. Presiden Mc Kinley (dari Parti Republikan) telah dikritik oleh lawannya, William Jenning Bryan, kerana dasar-dasar imperialismenya. Pada tahun 1901, Presiden Mc Kinley telah dibunuh dan diganti oleh Roosevelt pula menjadi Presiden. Juga sebelum tahun 1904, perang Filipina telah pun tamat dan para imperialis lebih menumpukan perhatian untuk mengukuhkan kedudukan mereka daripada perluasan selanjutnya.18

Minat Roosevelt terhadap Filipina berkurangan sekitar 1906 apabila kemenangan Jepun ke atas Rusia serta perubahan suasana politik di kawasan Asia mula melibatkan Filipina sebagai suatu liabiliti dan bukannya satu aset. Roosevelt telah menulis kepada Taft mengenai hal ini pada tahun 1907.19

... Filipina merupakan kelemahan kita. Itulah sahaja yang membuat keadaan sekarang dengan Jepun merbahaya. Saya fikir di dalam apa jua cara dan perkataan yang anda fikirkan sesuai, anda patutlah menyatakan kepada mereka sekiranya mereka menguruskan hal-ehwal mereka dengan bijak di dewan perundangan kita akan menganugerahkan kemerdakaan yang hampir sempurna secepat mungkin.'

Beliau menambah bahawa perubahan dasar seperti itu akan memberi manfast kepada politik di Amerika Syarikat.

Di dalam beberapa hal, Amerika Syarikat memaparkan suatu perbezaan yang nyata jika dibandingkan dengan Britain dan Perancis. Di Eropah suara imperialis diwakili oleh organisasi dan individu-individu yang menentang kecenderungan kerajaan semasa; di Amerika Syarikat parti yang memerintah dan presiden manjadi pro-imperialis, dan pihak pembangkang yang anti-imperialis menubulikan kumpulan-kumpulan penentang. Kumpulan-kumpulan seperti Liga Anti-Imperialis menolak imperialisme Amerika kerana mereka mempercayai ia membahayakan Amerika Syarikat dan bukan kerana mementingkan kemakmuran Filipina. Tetapi apabila penguasaan Amerika menjadi suatu hakikat, soal ini mati. Liga ini berjaya mengekalkan isu Filipina di kalangan rakyat tetapi kurang mempengaruhi Roosevelt.20

Gerakan Mara Orang Barat Di Asia Tenggara

Kita dapat melihat perubahan arus imperialisme Eurosentrik kepada Asiasentrik pada abad ke-19 iaitu lebih tumpu di Asia Tenggara dan lebih bersifat dalam mengeksploitasi ekonomi. Di samping itu, pengalihan sasaran mereka juga disebabkan oleh kelemahankelemahan sistem dan strutur tempatan seperti pergaduhan kongsi-kongsi gelap serta ketidaksepaduan pembesar-pembesar tempatan. Ditambah pula dengan kesayangan kuasa-kuasa Barat yang selalu menganggap mereka bertanggungjawab untuk memajukan kebudayaan dan tamadun tempatan berdasarkan konsep'beban orang putih'. Mereka juga menjadikannya sebagai alasan untuk campur tangan dalam sistem politik Tanah Melayu.

Arus perubahan juga dapat dilihat melalui kronologi waktu iaitu tumpuan permulaan di Eropah dan kemudiannya kepada Asia Tenggara. Jelas, pada awal kurun ke-19, kuasa imoperialis yang mempunyai tanah jajahan di Asia Tenggara ialah Sepanyol, Portugis, Belanda dan British.

British menduduki Pulau Pinang pada 1786 dan ia memiliki sebuah tanah jajahan yang satu lagi dengan menduduki Singapura dalam tahunl8l9 serta memperolehi Melaka lima tahun kemudian.21 Iaitu dengan menukarkan Bangkahulu dengan Melaka yang diduduki oleh Belanda. Ketiga-tiga pelabuhan ini kemudiannya dikenali sebagai Negerinegeri Selat. Penguasaan Singapura merupakan langkah yang penting kepada British kerana Singpura merupakan pelabuhan persinggahan utama perdagangan ke negara China. Pada masa itu, perdagangan dengan negara sangat menguntungkan. Singapura juga dijadikan sebagai pangkalan British untuk menembusi kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia yang dibolot oleh Belanda.22

Pada tahun 1874, apabila kegelisahan di negeri Perak menyebabkan perlantikan seorang Residen British J.W.W.Birch untuk menasihatkan raja-raja Melayu berkenaan dengan hal-ehwal pentadbiran kecuali hal-hal yang menyentuh adat Melayu dan agama. Aturan-aturan yang serupa itu juga dibuat tidak lama kemudiannya dengan raja-raja Selangor, Sungai Ujong, dan kemudiannya Negeri Sembilan serta Pahang.23Seterusnya James Brooke telah menguasai wilayah Sarawak. Sebuah syarikat dagang British, iaitu British North Borneo company, 'membeli' wilayah-wilayah Sabah daripada sultan Brunei dan sultan Sulu.Tidak berapa kemudian, kesultanan Sulu dikuasai oleh Sepanyol dan Kesultanan Brunei diletakkan dibawah naugan British.

Pada masa yang sama, British telah menakluk Burma yang terletak di sempadan empayar British di India. Ini dilakukan melalui tiga peperangan seperti perang dalam tahun 1824 akibat campur tangan Burma dalam hal-ehwal Manipur dan Assam. British mengisytiharkan peperangan ini untuk memperolehi wilayah-wilayah sempadan mereka di India. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga peperangan ini berlaku kerana British mahu melindungi kepentingan perdagangan dan keselamatan mereka. Dan semasa ke semasa, berlaku beberapa pertelingkahan antara kedua-dua pihak. Salah satu punca ialah kedegilan pegawai menghormati adat-istiadat orang Burma ketika menghadap raja. Peristiwa keengganan pegawai British menanggalkan kasut dalam istana dikenali sebagai 'masalah kasut' dan peristiwa itulah yang mencetuskan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Di samping itu, pedagang British di Calcutta sentiasa mendesak supaya peluang berniaga di Burma dibuka kepada mereka. Selepas peperangan pertama pada tahunl824-1826, Arakan dan Tennaserim ditakluki oleh British. Kesemua kawasan Burma Hilir jatuh ke tangan British selepas peperangan yang kedua pada tahunl852. Semua wilayah Burma yang lain dijajah oleh British, setelah tamatnya peperangan yang ketiga pada tahun 1886.

British North Borneo Company dan pemerintah Sarawak telah tidak meninggalkan apa-apa lagi bagi kerajaan Brunei yang juga dianugerahkan perlindunga British dalam tahun 1888 dan diberikan seorang Residen British dalam tahunl906. Selepas tahunl878 pun apabila sultan Sulu akhirnya mengakui kedaulatan Sepanyol, kawalan kapal-kapal bedil perlu untuk memerintahkan supaya pulau-pulau itu tast setia kepada Sepanyol. British mengikuraf hak Sepanyol ke atas gugusan pulau-pulau Sulu dalam tahun 1885 apabila Sepanyol menggugurkan tuntutan-tuntutannya ke atas terhadap wilayah-wilayah British di Borneo Utara 'yang diserahkan" dalam tahun 1878 dan Sepanyol telah kehilangan jajahan takluknya di Sulu.24 Perkembangan pengaruh Britidh di Malaysia dalam abad ke-19 setanding dengan perkembangan kuasa politik dan kuasa ekonomi Britain di Burma.

Sementara pihak Perancis mengembangkan kuasa mereka ke sebelah Barat ke dalam wilayah-wilayah sempadan Indo-China, negeri Thai sedang tertakiuk kepada tekanan yang semakin bertambah di wilayah-wilayah sempadannya daripada pihak British. Penakiukan negeri Burma dalam tahun 1886 menarik perhatian British kepada masalah menetapkan sempadan di sebelah timur dengan negeri Thai di sepanjang Sungai Salween atau jauh di selatan, dan pada masa itu juga mengelakkan satu sempadan terus-menerus dengan Indo-China yang menjadi hak milik Perancis.

British, dalam satu persetiaan dengan Thailand pada tahun 1909, telah mengakui kedaulatan kuasanya ke atas negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Walaupun ia tidak dapat lan daripada pengaruh-pengaruh gerakan mara Barat pada keseluruhannya dalam abad ke-19, Thailand merupakan negara tunggal di Asia Tenggara yang tidak dikuasai oleh Barat dengan rasminya dalam lapangan politik.

Gerakan mara Barat di Asia Tenggara bukanlah satu peristiwa yang ganjil tetapi adalah berkaitan dengan perolehan wilayah-wilayah di lain4ain daerah di dunia oleh kuasa-kuasa Eropah. Pada masa itu juga, ciri-ciri proses penjajahan dikenali bukan saja dengan bertambahnya wilayah-wilayah dan pembahagian sempadan politik yang lebih tentu. Yang sama juga pentingnya ialah kecekapan kuasa-kuasa Barat mengolahgunakan bahan-bahan ekonomi di tanah-tanah jajahan yang mereka peroleh. Dalam lapangan ini pihak Belanda di pulau Jawa sangat termasyhur.

Selepas perang Napoleon Belanda kembali dan berazam hendak mengadakan satu sistem penjajahan yang liberal berdasarkan tenaga buruh bebas dan penanaman bebas. Kerajaan Belanda menghadapi masalah kekurangan modal. Beban hutang tanah jajahan sudah cukup membebankan kerajaan Belanda yang menghadapi pemberontakan 'secessionist' orang-orang Belgium dan hutang kerajaan yang telah bertambah 1/3 dalam tempoh 15 tahun. Masalahnya sudah tiba untuk mengetepikan ajaran-ajaran ekonomi yang liberal dan cuba mengamalkan satu sistem penjajahan baharu yang dirancang untuk menghasilkan keuntungan kewangan yang serta-merta kepada negara Belanda.

Pada penghujung puluhan tahun abad yang ke-19, apabila pihak Perancis dan British juga terlibat dalam memperluaskan tanggungjawab mereka di Indo-China, Burma dan Malaysia, baharulah tindakan-tindakan yang positif dilakukan oleh Belanda untuk memperkukulikan tanah-tanah jajahannya di pulau-pulau tersebut.25

Secara kronologinya, dapat dilihat pada permulaan abad ke- 19, hanya wilayah pinggir Asia Tenggara sahaja yang telah mengalami perhubungan secara langsung dengan Barat, menjelang akhir abad ke-19 hampir seluruh daerah Asia Tenggara kecuali negeri Thai telah berada di bawah kekuasaan politik Barat. Pada tahun 1909 negeri-negeri utara Tanah Melayu telah diletakkkan di bawah perlindungan British, tidak lagi menjadi negeri lindungan Thai dan beberapa tahun kemudiannya barulah syarat-syarat yang ganjil dalam triti4riti itu disahkan, persetujuan dan perjanjian telah ditandatangani oleh Belanda dengan raja-raja di pulau-pulau luar. Indonesia menjadi tanah jajahan Belanda dan segi undang-undang antarabangsa yang sebenarnya.

Di Filipina, hak-hak politik dan hak-hak yang sah diperolehi oleh Sepanyol dalam tempoh tiga abad pendudukannya telah menjadi hak-hak kerajaan Amerika Syarikat di bawah peruntukan Triti Paris tahun 1898 yang menamatkan Peperangan Sepanyol dan Amerika Republik Filipina yang pendek usia yang mengisytiharkan kemerdekaan selepas pengunduran Sepanyol. Di kedua-dua negeri ini, sebagaimana juga di Burma, Indo-China dan Malaysia, pentadbiran Barat telah dilancarkan atas dasar prinsip-prinsip yang berlainan dan dilaksanakan menerusi berjenis-jenis alat politik.

Kesimpulan

Sebenarnya imperialisme Barat telah berlaku sejak awal lagi. Cuma aktiviti penjajahan yang pada awalnya tidaklah sebegitu giat seperti pada abad ke-19. Pada peringkat awalnya, ia lebih berkonsepkan Eurisentrik kemudiannya kepada Asiasentrik selepas 1870an, ini kelihatan terutama selepas berlakunya revolusi perusahaan di mana kuasa barat perlu mencari bahan-bahan mentah serta pasaran untuk keluaran mereka.

Selain itu, juga kelihatan di mana objektif dasar imperialisme telah juga berubah kepada lebih mementingkan ekonomi daripada pilitik, agama dan kebudayaan. Perubahan sasaran kuasa barat ke Asia Tenggara jelas kelihatan menjelang permulaan abad ke-19. Seterusnya ia telah membawa perubahan ke atas corak kehidupan, sosial, ekonomi dan politik di kalangan penduduk tempatan. Antara tahun 1800-1940an, merupakan titik perubahan dari kejatuhan empayar I British kepada pembinaan semula empayar II British. Namun sejak Perang Dunia I, ia telah menandakan mulai keruntuhan empayar British yang kedua kesan daripada perjanjian, kekalahan daripada tangan Jepun, pembebasan, kemalapan dan gerakan revolusi.

PAGE

PAGE 10