kolej universiti islam melaka (kuim) · pdf fileberumur tidak kurang daripada 18 tahun pada...

3
1 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan- jawatan berikut: JAWATAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41) PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11) PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) Taraf Jawatan : Kontrak Terdiri daripada warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F 41) Syarat Lantikan: a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Upload: buikhanh

Post on 07-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) · PDF fileBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh ... (PSV) kelas D atau E yang ... Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan

1

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41) PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11) PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

Taraf Jawatan : Kontrak

Terdiri daripada warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F 41)

Syarat Lantikan:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang komputer yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Page 2: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) · PDF fileBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh ... (PSV) kelas D atau E yang ... Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan

2

Syarat Tambahan:

Calon – calon mestilah mempunyai kemahiran seperti berikut : a) Pengaturcaraan Javascript, HTML5, CSS

b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam mana – mana aplikasi

webserver

c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mana – mana CMS

d) Mempunyai pengetahuan di dalam pembangunan mobile apps adalah diutamakan.

Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan inisiatif pembangunan sistem kolej serta penambahbaikan. Memberi nasihat, pandangan, dan idea untuk penambahbaikan sistem. Mencadangkan rekabentuk sistem, pengaturcaraan, ujian dan dokumentasi sistem. Melaksanakan pengkodan, menguji dan melaksanakan penyelesaian bersesuaian dengan kemampuan perkakasan dan sistem. Terlibat dalam pembangunan aplikasi web, integrasi sistem dengan perkakasan dan perisian.

PENGAWAL KESELAMATAN (KP 11)

Syarat Lantikan:

i. Sijil Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Bekas Konstabel Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

PEMANDU KENDERAAN (H 11)

Syarat Lantikan:

i. Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

ii. Memiliki lesen memandu kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ; dan

iii. Memiliki lesen memandu Vokasional (PSV) kelas D atau E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ; dan

iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan

v. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Page 3: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) · PDF fileBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh ... (PSV) kelas D atau E yang ... Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan

3

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :

i. Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan.

ii. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport.

iii. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Kolej Universiti Islam Melaka www.kuim.edu.my atau mengambil sendiri di Pejabat Pengurusan Sumber Manusia, Kolej Universiti Islam Melaka.

iv. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada:

PENDAFTAR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

BATU 28, KUALA SUNGAI BARU

78200 MELAKA

(U/P: UNIT PERJAWATAN)

b) Permohonan hendaklah sampai tidak lewat pada atau sebelum 18 OGOS 2017. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan.

PERKARA AM

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.