knkk

Upload: muhamad-arham-benjamin

Post on 09-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n bmb

TRANSCRIPT

RefleksiBerdasarkan tugasan projek yang dijalankan, saya bersyukur memperolehi pensyarah yang sentiasa membantu dan membimbing saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Setiap kali saya mempunyai masalah dalam melakukan tugasan ini, tidak lain tidak bukan Dr. Sailajah Nair Sukumaran iaitu tenaga pengajar saya dalam subjek Pra 3093- Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas adalah tempat rujukan yang akan membantu saya dalam menyelesaikan masalah tersebut. Berdasarkan tugasan projek yang telah dijalankan oleh saya ini, banyak input yang telah saya perolehi yang boleh diguna pakai dalam hidup saya. Di antaranya ialah apabila hendak melakukan kerja kursus saya perlu banyak membuat rujukan dan mencari sumber maklumat yang tepat. Sebagai contoh di dalam tugasan projek ini, saya perlu merancang aktiviti dan bahan pengajaran saya perlu merujuk pelbagai sumber. justeru itu, ia mengajar saya untuk sentiasa membuat rujukan tidak kira dalam apa bidang dan tugasan yang dilakukan atau dijalankan oleh saya. Selain itu, sebelum mengajar saya juga telah menyiapkan bahan bantu mengajar saya bagi menarik minat kanak-kanak berkeperluan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Semasa melakukan sesi pengajaran banyak yang saya pelajari untuk menarik minat dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya perkembangan motor halus yang saya jalankan mengunakan bahan bantu mengajar yang saya bina. Tambahan lagi, saya mendapati kanak-kanak ini suka dipuji semasa sesi pengajaran. Oleh itu saya akan aplikasikan pengalaman yang saya pelajari dari tugasan projek ini pada masa akan datang.Disamping itu, semasa melakukan tugasan projek ini banyak pengalaman yang saya dapat semasa berada di Sekolah Kebangsaan Dusun Nyior terutamanya di PPKI yang banyak membantu saya dalam menjalani tugasan projek ini. Kerjasam guru yang saya dapat dari sekolah ini sangat baik sehingga selesai tugasan projek ini. Pengalaman bersamakan kanak-kanak ini juga saya akan ingat dan aplikasikan semasa menjadi guru kelak. Sikap penyayang dan mesra mereka sangat membantu saya dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tugasan projek ini.Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang saya perlu hadapi semasa menjalani tugasan projek ini, contohnya saya perlu menghadapi kesesakan lalu lintas setiap kali inggin ke sekolah ini. Hal ini kerana sekolah ini berdekatan dengan jalan utama. Syukur sehingga selesai tugasan ini semuanya berjalan dengan baik tanpan sebarang musibah. Cabaran lain yang saya hadapi ialah semasa ingin menjalankan sesi pengajaran saya juga perlu pandai memilih waktu agar tidak menggangu guru Prasekolah PPKI ini menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya tidak kira secara sengaja mahupun tidak sengaja. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang menjadi tempat untuk berbincang, bertanya ataupun sebagai tempat rujukan saya dalam menjalankan tugasan ini. Oleh itu, kebaikan yang saya dapat ialah ia mengeratkan hubungan silaturahim antara kami semua disamping mengajar saya erti kerjasama antara satu sama lain. Tambahan lagi, tugasan ini juga mengajar saya untuk menggunakan masa dengan sebaiknya kerana setiap masa amat berguna. Saya tidak menyedari masa berlalu dengan cepat dan masa saya untuk menghantar tugasan telah hampir. Oleh itu, apa yang saya dapat ialah apabila saya menerima tugasan saya akan melaksanakannya pada awal waktu.Tugasan ini juga memberikan saya pengajaran supaya membuat kerja secara lebih bersistematik agar menjadikan hasil tugasan saya lebih kemas dan sempurna kerana tiada siapa yang inginkan hasil kerjanya tidak membuahkan hasil yang lumayan terhadap dirinya.Kesimpulannya, saya berharap tugasan yang telah siap dijalankan oleh saya ini dapat diterima oleh pihak pensyarah justeru dapat memberi markah yang setimpal dengan hasil kerja yang telah dibuat oleh saya ini.Sekian, terima kasih.

21