kitab amalan batin

3
KITAB AMALAN BATIN MUKHADIMAH Himpunan kitab-kitab amal Islam Nusantara. Kami hidangkan kitab-kitab amal yang terdapat di nusantara secara online untuk memudahkan umat dewasa ini merujuk dan seterusnya beramal. Sesungguhnya warisan peninggalan generasi terdahulu ini tersangatlah besar nilainya dari segi amalan bathiniah. Kami berharap ianya akan menjadi amalan umat kini, agar rohani umat Islam lebih teguh, meningkatkan lagi keperibadian serta mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun arus kemodenan menghimpit kehidupan umat, ianya tidak seharus dijadikan alasan untuk menjauhkan diri dari amalan-amalan batin, sebaliknya melalui saluran teknolgi maklumat umat nusantara lebih mudah membuat rujukkan. Persediaan untuk pengamal Untuk menjadikan amalan mujarab, pengamal hendaklah mempunyai keimanan yang sejati dan tulen, jauh dari syirik (menduakan Allah)serta tidak fasik (berkekalan melakukan dosa-dosa besar). Pengamal juga hendaklah seorang yang mencintai Rasulallah s.a.w serta gemar mendirikan sunnah-sunnah nya. Disamping amalan-amalan yang fardhu di jalankan sebagai seorang Islam, pengamal jjuga hendaklah sentiasa mengamalkan amalan-amalan sunat yang lain seperti bersedekah, melakukan ibadat-ibadat sunat serta sering menolong makhluk Allah yang berada dalam kesusahan dan juga melakukan kebajikan- kebajikan yang lain.

Upload: iswahyudi-aprilyastono

Post on 27-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cara beribadah

TRANSCRIPT

Page 1: Kitab Amalan Batin

KITAB AMALAN BATINMUKHADIMAH

Himpunan kitab-kitab amal Islam Nusantara.

Kami hidangkan kitab-kitab amal yang terdapat di nusantara secara online untuk memudahkan umat dewasa ini merujuk dan seterusnya beramal. Sesungguhnya warisan peninggalan generasi terdahulu ini tersangatlah besar nilainya dari segi amalan bathiniah.

Kami berharap ianya akan menjadi amalan umat kini, agar rohani umat Islam lebih teguh, meningkatkan lagi keperibadian serta mempunyai jati diri yang tinggi.

Walaupun arus kemodenan menghimpit kehidupan umat, ianya tidak seharus dijadikan alasan untuk menjauhkan diri dari amalan-amalan batin, sebaliknya melalui saluran teknolgi maklumat umat nusantara lebih mudah membuat rujukkan.

Persediaan untuk pengamal

Untuk menjadikan amalan mujarab, pengamal hendaklah mempunyai keimanan yang sejati dan tulen, jauh dari syirik (menduakan Allah)serta tidak fasik (berkekalan melakukan dosa-dosa besar).

Pengamal juga hendaklah seorang yang mencintai Rasulallah s.a.w serta gemar mendirikan sunnah-sunnah nya.

Disamping amalan-amalan yang fardhu di jalankan sebagai seorang Islam, pengamal jjuga hendaklah sentiasa mengamalkan amalan-amalan sunat yang lain seperti bersedekah, melakukan ibadat-ibadat sunat serta sering menolong makhluk Allah yang berada dalam kesusahan dan juga melakukan kebajikan-kebajikan yang lain.

Sifat-sifat mahmudah

Pengamal juga hendaklah menjauhi sifat tercela berikut:

Takabur Riya' Ujub Suma'ah

Sifat takabur adalah sifat membangga diri, menyangka diri lebih baik dan lebih sempurna dari orang lain. Ingatlah, tiada sesuatu yang lebih sempurna dan lebih berkuasa selain dari Allah. Kita sebagai makhluk yang kerdil sangat lah hina jika bersifat takabur.

Page 2: Kitab Amalan Batin

Riya' pula adalah satu lagi sifat terkeji batiniah, yakni sifat suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain akan amalan yang dilakukan. Merasakan tidak puas jika kebaikkan yang dilakukan tidak diketahui oleh orang lain. Orang yang bersifat Riya' ini selalunya akan banyak beribadat dikhalayak tetapi malas jika bersendirian.

Ujub pula adalah sifat atau perasaan hairan kepada diri sendiri. Sifat ini sangat tersembunyi dan sukar dikesan oleh individu itu sendiri. Misalnya timbul rasa hairan atau takjub, merasakan diri lebih baik dari orang lain. Merasakan diri sendiri adalah orang yang paling baik, yang paling banyak membuat amal ibadat.

Suma'ah pula adalah sifat suka dipuji. Akan lebih banyak membuat kebajikan sekiranya dipuji orang dan tidak berminat sekiranya tidak dipuji. Mungkin akan meniggalkan sesuau kebajikan sekiranya di keji.

Di atas itu adalah empat sifat tercela, yakni sering juga di istilahkan sebagai penyakit hati. Untuk menjadi muslim yang sejati hendaklah di jauhkan sifat tercela ini, sebaliknya hati hendaklah di penuhi dengan sifat terpuji seperti ikhlas, merendah diri, tidak mengharapkan pujian masyarakat, tidak menunjuk-nunjuk akam amal kebajikan dan tidak merasa kagum atau hairan dengan diri sendiri.