kisah hidup stephenie meyer

Upload: khalid-yazit

Post on 16-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kisah Hidup Stephenie Meyer - Penulis Novel TwilightJumaat, November 13, 2009

Pada malam 2 Jun 2003, seorang suri rumah dari Phoenix, Amerika Syarikat (AS), bermimpi seorang remaja wanita berdiri sambil berbual dengan seorang lelaki kacak di sebuah padang rumput di bawah terik matahari.

Kulit lelaki itu berkilat dan memancar seperti permata di bawah sinaran mentari. Lelaki itu sebenarnya puntianak dan yang pasti, mereka hangat dilamun cinta. Sang lelaki berulang kali memberitahu si kekasih hati sukar untuknya menge lakkan godaan membunuh dan menghisap darah wanita itu.

Mimpi aneh itu akhirnya mengubah hidup Stephenie Meyer, suri rumah yang hidupnya hanya berlingkar di sekitar rumah bersama suami, Christian dan tiga anak lelaki yang masih kecil - Gabe, Seth dan Eli.

Siangnya dipenuhi aktiviti bersama keluarga sementara di sebelah malam, selepas suami dan anaknya tidur, Stephenie menghabiskan masa berjam-jam menulis serta mengolah kisah cinta antara manusia dan puntianak.

Dia tidak pernah menulis puisi atau cerpen sebelum ini. Baginya, perkara paling kreatif pernah dilakukan sebelum itu ialah mengumpul foto keluarga untuk koleksi peribadi dan sesekali menjahit pakaian beragam Halloween untuk anak-anaknya.

Bidang kesusasteraan bukanlah minatnya dan Stephenie pernah menimbang untuk melanjutkan pelajaran ke uni versiti dalam jurusan undang-undang. Fikirannya berubah selepas melahirkan anak pertama, Gabe.

Sejak melahirkan Gabe, saya hanya mahu menjadi ibunya dan tiada perkara lain yang saya percaya dapat lakukan dengan baik kecuali menjadi ibunya, katanya.

Namun, mimpi itu terlalu nyata dan tidak mampu dilupakan hingga dia berasakan perlu menulisnya. Selama beberapa malam tidurnya diganggu dengan susulan mimpi itu lalu segera diterjemahkannya ke atas kertas.

Walaupun banyak urusan lain yang perlu saya lakukan, saya tidak berganjak dari katil dan asyik memikirkan mimpi itu. Saya paksa diri untuk bangun dan selesaikan urusan di rumah. Selepas semuanya selesai, pada sebelah malam, saya terus ke komputer dan menulis beberapa nota kecil di kertas. Saya hairan mengapa saya terlalu memikirkannya, katanya.

Dalam tempoh tiga bulan, mimpinya itu menyaksikan transformasi dramatik hingga lengkap menjadi sebuah novel cinta yang kini diraikan seluruh dunia - Twilight.

Stephenie bagaimanapun berdepan kritikan dan penolakan daripada beberapa syarikat penerbitan yang meragui hasil kerjanya. Daripada 15 surat dan manuskrip yang dihantarnya, lima tidak dibalas, sembilan menolak dan akhirnya dia menerima khabar positif daripada Jodi Reamer daripada syarikat Writers House.

Lapan penerbit kemudian berebut mendapatkan hak untuk mencetak Twilight hingga terpaksa diadakan acara lelong pada 2003. Syarikat penerbitan mula memberi perhatian kepadanya dan pada hujung November tahun yang sama, Stephenie menandatangani kontrak bernilai AS$750,000 (RM2.5 juta) untuk tiga novel bersama Little, Brown and Company.

Asalnya saya cuma harapkan AS$10,000 (RM33,870) untuk langsaikan hutang kereta dan membantu suami, katanya.

Twilight sudah menjangkaui usia lebih enam tahun dan suri rumah berusia 35 tahun itu kini antara penulis yang meraih jualan buku tertinggi dalam senarai New York Times. No velnya dipasarkan ke 37 negara dan Stephenie mula dilabel sebagai pengganti JK Rowling, penulis siri kanak-kanak popular dunia, Harry Potter.

Kala novel ketiga dalam saga Twilight, Eclipse, muncul di pasaran pada musim panas 2007, ia berjaya mengetepikan siri Harry Potter and the Deathly Hallows, yang turut dipasarkan pada masa sama dengan kedudukan pertama dari segi jualan keseluruhan.

Dengan empat novel nukilannya dalam saga puntianak itu - Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn - Stephenie kini meraih pendapatan melebihi AS$50 juta (RM169.3 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu dengan jualan melebihi 70 juta naskhah.

Saya tidak menganggap diri sebagai penulis. Saya lebih berasakan seperti seseorang yang suka bercerita.

Ayat saya tidak selalunya sempurna. Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak yang perlu dipelajari, katanya.

Berbanding pencapaian luar biasanya, Stephenie sebenarnya menjalani kehidupan normal. Dia dilahirkan di Connecticut kepada pasangan Stephen dan Candy Morgan. Dia dibesarkan di Phoenix bersama lima beradik iaitu Seth, Emily, Jacob, Paul dan Heidi.

Ketika menuntut di Universiti Brigham Young, Stephenie bertemu suaminya dan mereka berkahwin ketika usianya 21 tahun. Sejak itu, mereka menetap di Cave Creek, di luar Phoenix sebelum berpindah ke Arizona. Suaminya kini berhenti kerja sebagai akauntan dan lebih selesa membantu isterinya menguruskan anak.

Lewat Ogos lalu, akhbar USA Today melaporkan bekas penyambut tetamu di sebuah syarikat hartanah itu berjaya mengatasi rekod jualan terbaik yang sebelum itu dikuasai JK Rowling.

Semua novelnya dalam saga Twilight itu berada di ke dudukan teratas di AS selama 52 minggu dan 102 minggu dalam senarai jualan terbaik New York Times.

Sambutan luar biasa itu nyata menarik minat beberapa syarikat produksi filem hingga Summit Entertainment ak hirnya berjaya mendapatkan hak cipta Twilight yang se terusnya filem berdasarkan novel itu ditayangkan di seluruh dunia, 21 November tahun lalu.

Pengarah filem indie, Catherine Hardwicke diberi ke percayaan mengemudi filem itu yang menampilkan bintang muda, Kristen Stewart sebagai Bella Swan dan watak pun tianak kacak, Edward Cullen, itu dibawa pelakon indie Britain, Robert Pattinson.

Stephenie diberi peluang mencorakkan jalan cerita filem itu bersama penulis lakon layar, Melissa Rosenberg. Malah dia diberi peluang tampil selaku cameo dalam satu babak di restoran.

Sama seperti novel, filem itu mencipta fenomena baru di AS hingga merebak ke seluruh dunia. Pattinson mula meraih populariti luar biasa hinggakan syarikat produksi Revolver Entertainment menerbitkan dokumentari bertajuk Rob sessed, menceritakan kehidupan pelakon berusia 23 tahun itu yang dipasarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) pada 10 November lalu.

Novel kedua Stephenie, New Moon, turut diolah ke layar perak. Diarahkan Chris Weitz, New Moon dijadualkan ke panggung pada 20 November ini.

Sumber:http://zonfiniti.blogspot.com/2009/11/kisah-hidup-stephenie-meyer-penulis.html#ixzz2ClDdZ4tuSila baca lagi dihttp://zonfiniti.blogspot.com10 Nasihat Berguna Untuk Bakal Penulis

Salam,

Anda minat menulis? Bercita-cita untuk menjadi penulis terkenal dan kaya seperti J.K. Rowling, Stephen King atau John Grisham? (Stephenie Meyer tidak gua mensi di sini kerna perbuatan menghentak kepala ke papan kekunci tidak diketegorikan sebagai menulis)

Siapa dia ni? Anda cari sendiri.Realitinya, dunia penulisan negara ini masih di takuk lama. Kebanyakan genre yang diteroka dan dikupas penulis-penulis tempatan masih lagi berkenaan tajuk-tajuk yang objektif seperti cinta dan komedi. Dan jarang sekali penerbit-penerbit arus perdana di luar sana yang berani menerbitkan hasil penulisan di luar tajuk-tajuk tersebut.

Maka wujudlah beberapa penerbit-penerbit bebas atau "indie" yang berani mengorak langkah untuk keluar dari takuk lama. Penerbit sepertiBuku Fixi,SeLUT Press,Sang Freud Pressdan jugaLejen Pressmengambil langkah berani dengan merekrut segerombolan penulis-penulis baru yang gaya penulisannya berbeza dari karya-karya arus perdana. Sama ada dalam bentuk novel, cerpen ataupun puisi dalam berbagai genre yang sebelum ini dilihat "janggal" atau "tabu" seperti thriller, sai-fi, pulp fiction dan sebagainya.

Dengan kehadiran penerbit-penerbit indie seperti mereka, maka semakin ramailah penulis atau bakal penulis yang bakal muncul dalam dunia penulisan tanah air.

OK, entri hari ini adalah himpunan nasihat dan tips yang berguna untuk bakal-bakal penulis berbakat di luar sana yang masih lagi tercari-cari arah tujuan mereka. Nasihat yang gua bakal outline di sini adalah petikan dari penulis-penulis terkenal tanah air dan juga antarabangsa.

Menulis tak sesukar yang anda jangka. Namun tak senang juga!Gua mulakan dengan yang pertama:

1. Tetapkan niat anda sebelum menceburi bidang penulisan.Terus terang gua nyatakan, kalau tujuan anda menulis adalah kerna duit, maka anda lebih berpeluang jadi kaya dengan bekerja sebagai seorang doktor. Menulis memerlukan tahap keikhlasan terhadap seni yang tinggi, dan setiap seni yang dilahirkan dengan rasa ikhlas dan minat akan lebih halus hasilnya. Dan kajian juga menyatakan, kebanyakan penulis akan mati miskin tapi terkenal. Pilih antara dua; duit ataupun nama. Kalau duit yang anda pilih, menulis bukan jalannya. Menulis kerna minat, itulah yang lebih afdal.

Jika bakat yang anda risaukan, di sini gua nyatakan kebanyakan penulis terkenal masa kini bukan dari latar belakang dunia penulisan Gua pegang dengan pepatah meleis, belakang parang kalau di asah akan tajam juga.

2. Banyakkan membaca karya orang lain.Seperti arkitek dan jurutera, proses pembelajaran mereka adalah daripada hasil kerjatangan individu yang lain. Makanya dalam penulisan, anda harus rajin membaca karya dan gaya penulisan penulis lain sebelum anda ketemu gaya penulisan anda yang tersendiri. Plagiat bukanlah satu opsyen, namun dalam dunia tanpa sempadan ini takkan ada lagi yang asli. Termasuklah payudara.

3. Menulis, dan jangan berhenti menulis.Ini gua petik dari salah satu Dewa Penulis, iaitu Neil Gaiman. Jika anda minat menulis, jangan sesekali berhenti menulis. Habiskan apa yang anda sedang menulis, dan simpan hasil tulisan anda itu sebagai rujukan. Dan selepas itu mulakan penulisan yang baru. Kebanyakan trend penulis masa kini adalah menggunakan blog sebagai arkib penulisan mereka, dan ia merupakan satu platform yang bagus.

4. EksperimentasiCari genre yang anda selesa, dan mula bereksperimen dengannya. Jika anda selesa dengan genre seram, mulakan penulisan dengan sebuah cerita seram. Genre yang sesuai membolehkan seorang penulis mengolah jalan ceritanya dengan teratur, tanpa perlu membuat rujukan secara menyeluruh tentang genre tersebut. Tak salah untuk bereksperimen dengan beberapa jenis genre sebelum memilih satu daripadanya. Penulis yang baik mempunyai kebolehan untuk menulis beberapa jenis genre cerita. Tapi sebagai permulaan, pilih satu sahaja daripadanya.

Penulis Ridhwan Saidi pernah menyebut bahawa cerita yang bagus adalah yang berdasarkan pengalaman penulis itu sendiri. Jadi mulakan dengannya. Idea untuk menulis juga akan datang dengan cara yang takkan anda duga, jadi sentiasa bersedia dengan buku nota ataupun telefon bimbit sebagai bank idea anda.

Harus diingat, tak semestinya anda harus terus menulis sebuah novel, mulakan dengan sebuah cerita pendek, dan teruskan menulis beberapa buah cerita selepas itu.

5. Kepelbagaian.Menulis dalam erti kata yang sebenar tak tertakluk kepada penulisan novel atau cerpen sahaja. Cabang penulisan yang lain seperti skrip drama atau filem, lirik lagu, terjemahan, sarikata dan banyak lagi merupakan pemangkin kepada seorang penulis. Jika anda benar-benar minat dengan penulisan, jangan hadkan diri anda dengan menulis satu cabang penulisan sahaja. Menceburi cabang penulisan yang lain membolehkan seorang penulis memantapkan lagi gaya penulisannya.

6. Internet sebagai teman baik seorang penulis.Seperti yang gua nyatakan di atas, kebanyakan penulis-penulis baru menggunakan blog sebagai medium penyampaian mereka. Ini adalah salah satu cara untuk bagi seorang penulis untuk mendapat liputan tentang hasil karya mereka. Internet juga membolehkan seorang penulis membuat kajian yang terperinci tentang tajuk yang sedang ditulisnya. Jikalau boleh, jangan jadi seorang penulis tanpanya.

7. Terima kritikan sebagai salah satu proses menulis.Neil Gaiman pernah berkata, hasil karya seorang penulis, terutama sekali karya yang pertama akan dikritik habis-habisan. Jangan jadikan ia sebagai satu halangan bagi anda menulis, tapi jadikan ia sebagai perangsang penulisan anda yang seterusnya. Lihat setiap kritikan dari sudut pandangan yang positif, dan jika kritikan itu kritikan yang membina, aplikasikan ia dalam penulisan anda yang akan datang. Sepertimana seorang pelakon yang sering dikritik kerna lakonannya, begitu juga seorang penulis. Jika Tom Hanks tak dapat menerima kritikan tentang lakonan dalam filem pertamanya, maka beliau takkan terkenal hingga ke hari ini.

8. Ulangkaji hasil karya anda.Di sini gua petik terus dari kata-kata Neil Gaiman tentang proses menilai sendiri karya yang baru saja anda hasilkan:

"The best advice I can give on this is, once it's done, to put it away until you can read it with new eyes. Finish the short story, print it out, then put it in a drawer and write other things. When you're ready, pick it up and read it, as if you've never read it before. If there are things you aren't satisfied with as a reader, go in and fix them as a writer: that's revision."

- Neil GaimanPendek kata, jika anda takut untuk orang lain menilai karya anda, anda nilaikannya sendiri menggunakan cara di atas. Menurut penulis Adib Zaini, akan sampai juga satu tahap di mana anda akan membenci karya anda sendiri. Itu juga merupakan salah satu proses kreatif di mana seorang penulis akan merasa ragu-ragu dengan penghasilan sesebuah jalan cerita. Jangan gusar, ini adalah normal bagi seorang penulis.

Sudah menjadi norma bahawa 10,000 patah perkataan pertama yang anda tulis adalah yang paling lemah. Seorang penulis yang berjaya adalah seorang yang boleh melepasi tahap perkataan ke-10,001 dan meneruskannya hingga tamat.

9. Cari penerbit yang sesuai untuk menerbitkan karya anda.Bergantung kepada karya yang dihasilkan, jangan segan dan silu untuk menghantarnya kepada beberapa penerbit yang berlainan untuk diterbitkan. Jika anda beniat untuk menerbitkan sebuah novel, hantarkan dua bab pertama kepada penerbit untuk dinilai. Kebanyakan penerbit buku mempunyai para panel yang akan menilai karya anda, dan jika (harap tidak) karya anda ditolak, usah anda berputus asa. Feedback yang diberi oleh penerbit adalah salah satu kritikan membina yang boleh anda guna-pakai sebagai pembakar semangat untuk terus menulis.

10. Teruskan menulis.Dan yang terakhir, sekali lagi gua ulang. Jika anda benar-benar minat menulis, JANGAN BERHENTI MENULIS. Bergantung kepada mutu karya (dan kadang-kala pada tuah), seorang penulis boleh mengambil masa dari satu hingga 10 tahun sebelum karyanya diterbitkan. Jangan putus asa, teruskan usaha anda dalam dunia penulisan. Kerna esok atau lusa, tiada siapa yang mampu mengagaknya.

Nasihat dan tip-tip yang gua nyatakan di atas hanyalah sebagai nasihat kepada bakal-bakal penulis di luar sana. Seperti anda semua, gua merupakan seorang amatur yang baru lagi menceburkan diri dalam arus perdana dunia penulisan. Di harap entri gua kali ini dapat memberi sedikit-sebanyak dorongan dan panduan kepada semua bakal-bakal penulis hebat di luar sana.

Banyak yang berkata bahawa menulis ini merupakan satu perkara yang sukar, tapi jika anda belum mencubanya, manakan anda tahu hasilnya. Tak gitu?

Sekian,

Sekadar coretan hati.TAHUN lalu, Meyer berjaya memperoleh RM120 juta walaupun dia tidak menghasilkan apa-apa buku kerana sejak 2005 apabila kisah cinta pontianaknya Twilight difilemkan, novel asalnya terjual lebih 100 juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke 37 bahasa.

Sebelum Siri Twilight, Meyer banyak menulis cerpen dan kemasyhuran pengarang ini disumbangkan oleh filem dalam Siri Twilight yang menjadi kegilaan di seluruh dunia sehingga penulis ternama, Stephen King pernah berkata, dia tidak boleh menulis, tetapi dia berada di tangga kedua,

Mau tahu rekor penolakan terhadap penulis-penulis ini ? Stephenie Meyer penulis trilogiTwilightditolak 15 penerbit sebelum novelnya diterbitkan oleh Writers House. Bahkan setelah novelnya meledak di pasaran, dia masih mendapat komentar yang menjatuhkan mental dari Stephen King yang berujar :Perbedaan nyata antara JK Rowling dan Stephenie Meyer adalah Jo Rowling adalah penulis yang hebat, sedangkan Stephenie Meyer sedikitpun bukan penulis yang bermutu. Dia tidak bagus.

Stephanie Meyer penulis 'Twilight' hadirkan kisah romantisme baru dalam The Host. Film ini diyakini bakal menyusul sukses 'Twilight'.

Sehari setelah premiere 'The Twilight Saga's Breaking Dawn Part II, trailer film 'The Host' yang bergenre science-fiction dirilis. Trailer tersebut mengisahkan. Kisah cinta segitiga karya penulis Stephanie Meyer yang unik berlatar-belakang invasi alien ke Bumi.

Dikisahkan Melanie Stryder (Saoire Ronan) merupakan salah satu dari sedikit manusia yang berhasil lolos dari serangan alien. Ketika manusia-manusia di Bumi telah dijadikan inang dan dimasuki alien ke dalam jiwanya, Melanie bersembunyi. Ia lalu bertemu dengan Jared (MaX Irons) yang juga lolos, dan jatuh cinta padanya.

Namun, sesuatu terjadi sehingga menyebabkan Melanie tertangkap dan dimasuki jiwa alien bernama Wanderer. Wanderer dikisahkan menjalin cinta dengan Ian (Jake Abel), namun memori Melanie tentang Jared di dalam pikirannya kerap datang menghantui. Kisah cinta mereka menjadi semakin rumit saat ketiganya bertemu dan Jared berusaha mengembalikan Melanie ke dalam tubuhnya.

"Konsep film ini sangat hebat dan berbeda dari 'Twilight'. Tapi film ini adalah sesuatu yang masih bisa dinikmati para fans 'Twilight', ujar Saoirse. "Dan tentu saja sama seksinya (dengan 'Twilight')," timpal Jake.

Film bergenre science-fiction yang juga diproduseri Stephenie Meyer dan dibesut sutradara Andrew Niccol dan bakal rilis Maret 2013. (And/photo: ist)