kia2m

8
KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M) LATAR BELAKANG Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan padabulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (TERAS KETIGA : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN). Memperkasa Dalam Mesyuarat Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius. Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program KIA2M ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca. PENGENALAN Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. 1

Upload: lum

Post on 23-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KIA2M

TRANSCRIPT

Page 1: KIA2M

KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

LATAR BELAKANG

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah

dilaksanakan padabulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (TERAS KETIGA :

MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN). Memperkasa Dalam

Mesyuarat Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November

2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius.

Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk

melaksanakan program KIA2M ini. Tujuan utama program ini

dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas

KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut

setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan

memahami perkara yang dibaca.

PENGENALAN

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran

membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau

belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini

bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari

kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan

perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini

menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

MATLAMAT KIA2M

1

Page 2: KIA2M

I. Memastikan 100% murid Tahun Satu menguasai 2Mi. Membantu murid

Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam

Bahasa Melayu

II. Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing.

III. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid

IV. Menyemai semangat berminat untuk belajar.

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

6 LANGKAH UTAMA UJIAN PENCALONAN PENAPISAN PERANCANGAN

PENGAJARAN TINDAKAN PENILAIAN SUSULAN

percalonan

ujian penapisan

perancangan

pengajaran

penilaian

tindakan susulan

1) PENCALONAN & UJIAN PENAPISAN

• Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun Satu.

• Tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut.

• Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih

dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan

kemasukan.

• Pengkelasan murid seterusnya adalah berdasarkan kepada skor

seperti berikut :

0 – 9 : dirujuk kepada pengamal perubatan

10 – 44 :menjalani program KIA2M

45 – 60 : meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa

2) PERANCANGAN

2

Page 3: KIA2M

• Guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program

tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul

pengajaran yang telah dibekalkan.

• Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri

dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan

dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan

Berpusatkan guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secaraindividu dan murid

akan belajar berdasarkan apa yangdisampaikan dan diarahkan oleh

guru sahaja.

Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun

kelas.

Berpusatkan bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai

dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas

tentangkeperluan aktiviti yang akan dijalankan.

3) PENDEKATAN PROGRAM KIA2M

Pendekatan dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan

Menulis (KIA2M) adalah pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga

individu. Digunakan mengikut kesesuaian dari segi:

a) Kebolehan murid

b) Aktiviti yang dirancang.

c) Kemahiran yang hendak diajar.

Pendekatan secara kelas

3

Page 4: KIA2M

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya

a) Murid dapat melibatkan diri

b) Meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang

lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di

akhir waktu belajar.

Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan

kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru

kepada strategi yangberpusatkan murid.

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada muridyang

menghadapi masalah yang sama atau hampirsama dibentuk.

Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul

pengajaran yang disediakan.

Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi

membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya.

Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan

jika perlu.

4) PENGAJARAN

• Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-

bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu

objektif.

• Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik

minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin

tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

• Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan

ialah:teknik bercerita,teknik latih tubi,teknik tunjuk

cara,teknik bersoal jawab,teknik main peranan,teknik

menyanyi,teknik lakonan,teknik kuiz

4

Page 5: KIA2M

5) BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran

asas Bahasa Melayu secara intensif.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum

mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi

penggabung jalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan

Seni digabunggjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa

Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.

2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.

3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.

2. Pergerakan berirama

3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough, plastesin dsb. untuk

membentuk abjad.

2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.

3. Capan - mengecap bentuk.

4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

6) TINDAKAN SUSULAN

Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka

lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2.

5

Page 6: KIA2M

Di samping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh

beberapa pihak termasuk :

Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Jemaah Nazir Sekolah

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

Guru Besar.

KESIMPULAN

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih

berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk

membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk

merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti

agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.

6