khilaf

3
KHILAF: “Sesuatu yang tidak disepakati para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang diperkatakan itu.” (Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah, Dr. Abd al-Karim Zaidan, 1982, ms. 275) Masalah khilafiah ialah masalah furu’ atau cabang dalam agama di mana para mujtahid berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad kerana dilalahnya bersifat zhan, bukan qath’i. Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan para mujtahid ini juga disebut ijtihadiyyah, khilafiyyah, furu’iyyah. Masalah-masalah yang ada kesepakatan para mujtahid pula disebut ittifaqiyyah atau ijmak. (Taudhih al-Adillah (Seratus Masalah Agama), 1/37) SYARAT-SYARAT PENERIMAAN KHILAF: 1) Khilaf itu berlaku di kalangan ulamak fiqah dan orang yang berkelayakan dalam agama. 2) Khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah (cabang) yang tiada dalil- dalil qath’i berhubung dengan hukumnya. 3) Tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul. 4) Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran. FAKTOR BERLAKU KHILAFIAH: 1) Kemampuan menguasai ilmu tidak sama dari segi fikiran dan kefahaman. (Perbezaan kemampuan hafazan dan kefahaman.) 2) Perbezaan dalam pencapaian ilmu. (Tahap pengetahuan tentang Al-Quran dan sunnah.) 3) Perbezaan dalam penguasaan ilmu-ilmu bahasa Arab. (Kefahaman lisan al-Arab serta penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab.) 4) Perbezaan tentang kehujahan beberapa sumber hukum. (Khilaf tentang kehujahan hadis mursal, qiyas, ijmak, uruf, masalih mursalah dan syar’u man qablana, contohnya.) 5) Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah. 6) Perbezaan tentang beberapa qawa’id usuliyyah. (Perbezaan kaedah-kaedah bahasa arab dan akal yang digubal para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum syarak. 7) Khilaf tentang qiraat dalam Al-Quran. 8) Khilaf disebabkan percanggahan dalil-dalil. KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIAH: Ada hukum-hukum fiqah yang disepakati para imam mujtahid, ada yang hanya disepakati di kalangan ulamak-ulamak mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin, dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulamak-ulamak dalam mazhab yang sama.

Upload: zaliadi-mohamad

Post on 21-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

khilaf

TRANSCRIPT

Page 1: KHILAF

KHILAF:

“Sesuatu yang tidak disepakati para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang diperkatakan itu.” (Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah, Dr. Abd al-Karim Zaidan, 1982, ms. 275)

Masalah khilafiah ialah masalah furu’ atau cabang dalam agama di mana para mujtahid berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad kerana dilalahnya bersifat zhan, bukan qath’i. Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan para mujtahid ini juga disebut ijtihadiyyah, khilafiyyah, furu’iyyah. Masalah-masalah yang ada kesepakatan para mujtahid pula disebut ittifaqiyyah atau ijmak. (Taudhih al-Adillah (Seratus Masalah Agama), 1/37)

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN KHILAF:

1) Khilaf itu berlaku di kalangan ulamak fiqah dan orang yang berkelayakan dalam agama.2) Khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah (cabang) yang tiada dalil-dalil qath’i berhubung dengan hukumnya.3) Tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul.4) Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran.

FAKTOR BERLAKU KHILAFIAH:

1) Kemampuan menguasai ilmu tidak sama dari segi fikiran dan kefahaman.(Perbezaan kemampuan hafazan dan kefahaman.)2) Perbezaan dalam pencapaian ilmu.(Tahap pengetahuan tentang Al-Quran dan sunnah.)3) Perbezaan dalam penguasaan ilmu-ilmu bahasa Arab.(Kefahaman lisan al-Arab serta penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab.)4) Perbezaan tentang kehujahan beberapa sumber hukum.(Khilaf tentang kehujahan hadis mursal, qiyas, ijmak, uruf, masalih mursalah dan syar’u man qablana, contohnya.)5) Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah.6) Perbezaan tentang beberapa qawa’id usuliyyah.(Perbezaan kaedah-kaedah bahasa arab dan akal yang digubal para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum syarak.7) Khilaf tentang qiraat dalam Al-Quran.8) Khilaf disebabkan percanggahan dalil-dalil.

KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIAH:

Ada hukum-hukum fiqah yang disepakati para imam mujtahid, ada yang hanya disepakati di kalangan ulamak-ulamak mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin, dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulamak-ulamak dalam mazhab yang sama.

Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulamak mujtahidin yang menjadi pilihannya. (Masa’il fi al-Fiqh al-Muqarin, Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir, al-Urdun: Dar an-Nafa’is, 1966, ms. 33-40)

ADAB IKHTILAF:

Page 2: KHILAF

Mazhab merupakan aliran pentafsiran dan pemahaman syariah. Ia juga merupakan metode dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah.

Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabii bagi akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Kita wajib menghormati dan beradab dengan ulamak-ulamak mujtahidin dalam berbagai-bagai mazhab ini dan percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah.

Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiah. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum-hukum yang disepakati para ulamak. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:

“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Dan sesungguhnya yang perlu diingkari ialah yang disepakati ulamak atas pengharamannya.”

Imam Malik, dalam mana beliau sendiri menolak permintaan Khalifah Jaafar al-Mansur ketika khalifah bercita-cita mewajibkan Muslimin di seluruh wilayah di bawahnya untuk hanya berpegang kepada kitab al-Muwatta, karangan Imam Malik, ada berkata:

“...Wahai Amirul Mukminin, jangan kamu berbuat perkara ini. Sesungguhnya orang ramai telah dahulu datang kepada mereka pendapat-pendapat, mereka mendengar hadis-hadis, meriwayatkan riwayat-riwayat, dan setiap kaum telah mengambil (berpegang) dengan apa yang telah dahulu datang kepada mereka dan mereka telah beramal dengannya. Dan sesungguhnya mengubah apa-apa yang telah mereka yakini (amalkannya) adalah sesuatu yang keras (menyusahkan mereka), maka biarkanlah orang ramai beramal dengan apa yang telah mereka amal di atasnya...”

Akhlak mulia seperti ini yang kita harap diteladani oleh para ulamak, pemikir-pemikir, golongan intelektual Islam pada zaman sekarang seterusnya menghindari sikap taksub dengan pendapat mereka masing-masing tanpa melihat kepada pendapat ulamak lain yang mungkin berbeza pendapat dalam sesuatu perkara.

InsyaAllah.