khamis 8 mac 2018 | sinar harian keriangan · ada kelainan dan keunikannya tersendiri. selepas puas...

2
Khamis 8 mac 2018 | sinar harian B agi yang pernah ke Avilion Resort Hotel Port Dickson, pastinya anda akan mengakui bahawa, persekitaran di resort bertaraf lima bintang ini sesungguhnya suatu yang amat mendamaikan. Dengan keindahan alam semula jadi dan chalet-chalet air yang bercirikan tradisional, anda tidak perlu bimbang jika merancang percutian bersama anak-anak yang masih kecil atau sedang bersekolah. Sempena cuti persekolahan Mac ini, apa kata hadiahkan anak anda suatu pengalaman percutian yang sungguh bermakna. Ia adalah suatu keriangan yang akan diingat sampai mereka besar kelak. Jika sebelum ini kita telah bercerita mengenai kemudahan- kemudahan dan ketenangan yang bakal anda alami, kali ini kami bawakan erti keriangan bagi anak- anak yang dapat menghabiskan masa mereka di sini. Mari kita mulakan dengan kolam renang kanak-kanak. Ia sungguh besar, ada dua bahagian yang boleh anda dan anak-anak gunakan. Bersebelahan Village Restauran Kisah arnab, ayam dan si Merak di Avilion Ke r iangan BUAT SI KECIL dan ada kerusi-kerusi untuk ibu bapa memerhatikan anak mereka semasa bermain. BERMESRA DENGAN MERAK & AYAM? Bunyinya macam biasakan? Tetapi tetap ada kelainan dan keunikannya tersendiri. Selepas puas bermandi-manda di kolam renang, apa kata anda bawa mereka ke Pet Farm. Ia lebih adventure dan anak-anak anda boleh memberanikan diri dengan memberi makan arnab, burung dan ayam-ayam yang jinak. Makanan untuk haiwan juga disediakan. Anda boleh bermain dengan merpati, dan lebih mendebarkan apabila anak-anak anda teruja melihat banyak burung merak. Mereka bebas ke sana dan ke sini. Kata pengendali Pet Farm, merak di sini adalah dari jenis merak Afrika. Yang pasti memang cantik dan berwarna-warni. Ia percuma untuk anda yang bermalam di resort ini. Setiap hari ada sesi bersama haiwan. Dan jadualnya juga ada dipamerkan di kawasan Pet Farm ini. Anda boleh sahaja ajar anak anda memberi makan kepada haiwan ini. Penjaga 4 DESTINASI: HOTEL

Upload: duonghuong

Post on 03-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Khamis 8 mac 2018 | sinar harian

Bagi yang pernah ke Avilion Resort Hotel Port Dickson, pastinya anda akan mengakui bahawa, persekitaran di resort bertaraf lima

bintang ini sesungguhnya suatu yang amat mendamaikan.

Dengan keindahan alam semula jadi dan chalet-chalet air yang bercirikan tradisional, anda tidak perlu bimbang jika merancang percutian bersama anak-anak yang masih

kecil atau sedang bersekolah.Sempena cuti persekolahan Mac

ini, apa kata hadiahkan anak anda suatu pengalaman percutian yang sungguh bermakna. Ia adalah suatu keriangan yang akan diingat sampai mereka besar kelak.

Jika sebelum ini kita telah bercerita mengenai kemudahan-kemudahan dan ketenangan yang bakal anda alami, kali ini kami bawakan erti keriangan bagi anak-

anak yang dapat menghabiskan masa mereka di sini.

Mari kita mulakan dengan kolam renang kanak-kanak. Ia sungguh besar, ada dua bahagian yang boleh anda dan anak-anak gunakan. Bersebelahan Village Restauran

Kisah arnab, ayam dan

si Merak di Avilion

Kerianganbuat si kecil

dan ada kerusi-kerusi untuk ibu bapa memerhatikan anak mereka semasa bermain.

Bermesra dengan merak & ayam?Bunyinya macam biasakan? Tetapi tetap

ada kelainan dan keunikannya tersendiri. Selepas puas bermandi-manda di kolam renang, apa kata anda bawa mereka ke Pet Farm.

Ia lebih adventure dan anak-anak anda boleh memberanikan diri dengan memberi makan arnab, burung dan ayam-ayam yang jinak. Makanan untuk haiwan juga disediakan.

Anda boleh bermain dengan merpati, dan lebih mendebarkan apabila anak-anak anda teruja melihat banyak burung merak. Mereka bebas ke sana dan ke sini. Kata pengendali Pet Farm, merak di sini adalah dari jenis merak Afrika. Yang pasti memang cantik dan berwarna-warni.

Ia percuma untuk anda yang bermalam di resort ini. Setiap hari ada sesi bersama haiwan. Dan jadualnya juga ada dipamerkan di kawasan Pet Farm ini.

Anda boleh sahaja ajar anak anda memberi makan kepada haiwan ini. Penjaga

4D E S T I N A S I : H O T E L

Pembaca Sinar Harian berpeluang memenangi pakej penginapan di Avillion Port Dickson dengan menjawab

soalan di bawah yang bermula pada 22 Februari, 1 & 8 Mac 2018.

Terma dan syarat penyertaan:

3 X 3H2M Avillion Port Dickson Water Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

2 X 3H2M Avillion Port Dickson Garden Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

5 X 2H1M Avillion Port Dickson Water Chalet dengan sarapan pada hari bekerja

HADIAH UNTUK

DIMENANGI!

Kumpul 3 soalan dan lengkapkan jawapan bermula 22 Feb, 1 dan 8 Mac 2018Sila guna borang peraduan asal dari akhbar Sinar Harian sahajaLengkapkan butiran berikut:

Nama : ..................................................................

No. KP : ...................................................................

No telefon : ...........................................................

Email : ....................................................................

Tarikh tutup peraduan ialah pada 15 Mac 2018.Hantarkan borang peraduan kepada :

Peraduan Kumpul dan Menang Avillion Port Dickson & Sinar Harian

Marketing Sinar HarianNo 1, Jalan Renggam 15/5, off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam

Selangor.

Untuk maklumat lanjut hubungi: 03-51017541/42

Pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh Sinar Harian

KuMPul & MENANG

sinar harian | Khamis 8 mac 2018

55

di sini akan membekalkan kobis dan lobak merah. Hanya beranikan diri sahaja untuk menghulurkan makanan ke mulut arnab-arnab yang comel ini, pasti mereka akan mengerumuni anak anda.

Jangan risau kalau ramai yang ingin masuk ke Pet Farm ini kerana penjaga akan membenarkan kita masuk secara berperingkat.

Kalau mahu cuba memberi makan pada merpati, ayam dan merak pula, ada banyak bijirin yang disediakan. Letak sahaja di tapak tangan. Maka datanglah burung merpati yang cantik ini mematuk-matuk manja makanan di telapak tangan anda.

Ayam pula, walaupun ayam-ayam di sini aktif yang sukar untuk dibelai, namun anda akan rasa seronok apabila berjaya menangkapnya, walaupun seekor!

Aktiviti pAntAi jugA menArik!Jika anda ingin melakukan aktiviti untuk

anak-anak yang sudah sedikit dewasa, pastinya aktiviti pantai seperti bola tampar dan berkayak menjanjikan pengalaman berharga.

Bola tampar boleh dilakukan di Pantai Riau yang selamat dan bersih. Anda boleh hubungi jabatan rekreasi resort ini untuk memilih permainan yang anda inginkan.

Bagi orang dewasa pula, jangan risau. Anda disediakan tempat tinjau burung. Anda boleh menggunakan teropong yang perlu anda sendiri bawa, untuk melihat lebih 30 spesies burung seperti Kingfishers to Black-Naped Orioles dan banyak lagi. Ada juga disediakan plantar untuk memudahkan anda memberi makan burung-burung yang bebas berterbangan di persekitaran selat yang terbentang luas di sini.

Selain ini, anda juga boleh menggunakan kemudahan gim yang disediakan. Pelbagai peralatan ada dan anda boleh pilih peralatan yang menjadi kesukaan dan keperluan anda. Ia dilengkapi dengan peralatan kelas pertama termasuk, cardiovascular machines, treadmills, recumbent bikes, weight machines and free

Berdekatan dengan Kid Cabin ini ada Kids Spa.

Wah... bunyinya menarik bukan. Bagilah peluang

anak anda didandan, diwarnakan kuku, dan

ada juga perkhidmatan menginai.

weights.

AdA kids cAbin Sayang kalau anda tidak masuk dan

menggunakan perkhidmatan yang ada di sini. Aktiviti kanak-kanak pasti menyeronokkan. Mereka boleh melukis, bermain blok, puzzle, lego, sand art, congkak, dan domino. Buku, DVD dan play ground yang selamat turut disediakan. Bilik kids kabin tidaklah terlalu besar tetapi ia boleh membuatkan anak-anak anda leka bermain.

Berdekatan dengan Kid Cabin ini ada Kids Spa. Wah... bunyinya menarik bukan. Bagilah peluang anak anda didandan, diwarnakan kuku, dan ada juga perkhidmatan menginai. Pasti mereka suka dan teruja terutamanya apabila melihat hasil kerja yang dilakukan oleh kakitangan di spa kanak-kanak ini.

Kalau dapat peluang mekap dan membuat manicure dan pedicure, pasti anak-anak ini akan bercerita kepada rakan-rakan sekelasnya apabila mereka kembali bersekolah nanti.

Selamat bercuti di Avilion Port Dickson!

SoAlAn AkHir: Sebutkan dua haiwan yang

terdapat di Pet Farm?

Saya suka melancong kerana ...(tidak lebih dari 20 patah perkataan)SLoGAN