kg (8)

2
SOALAN : Pada cuti sekolah yang lalu, anda sekeluarga telah bercuti di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman anda bercuti di kampung. Pendahuluan : semoga kawan sihat Isi-isi : menanyakan khabar kawan dan nyatakan khabar diri ceritakan kehidupan di rumah datuk ceritakan suasana musim durian di dusun Penutup : jemput kawan bercuti di kampung 28, Jalan SK12, 96000 Sungai Ruan, Pahang. 18 Disember 2012 Menemui sahabatku, Shamrin yang kini berada di Selangor, semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar? Saya sekeluarga di kampung sihat sahaja. Bagaimanakah saudara menghabiskan cuti saudara di sana? Sudah hampir dua minggu saya berada di kampung datuk. Kami sekeluarga tinggal di rumah datuk. Udara di kampung amat nyaman dan pemandangannya indah sekali. Datuk saya telah mengajar saya membuat

Upload: hidayah-yah

Post on 24-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: KG (8)

SOALAN :

Pada cuti sekolah yang lalu, anda sekeluarga telah bercuti di kampung.

Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan

pengalaman anda bercuti di kampung.

Pendahuluan :

semoga kawan sihat

Isi-isi :

menanyakan khabar kawan dan nyatakan khabar diri – ceritakan

kehidupan di rumah datuk

ceritakan suasana musim durian di dusun

Penutup :

jemput kawan bercuti di kampung

28, Jalan SK12,

96000 Sungai Ruan,

Pahang.

18 Disember 2012

Menemui sahabatku, Shamrin yang kini berada di Selangor, semoga

dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar? Saya sekeluarga di kampung sihat sahaja.

Bagaimanakah saudara menghabiskan cuti saudara di sana?

Page 2: KG (8)

Sudah hampir dua minggu saya berada di kampung datuk. Kami

sekeluarga tinggal di rumah datuk. Udara di kampung amat nyaman dan

pemandangannya indah sekali. Datuk saya telah mengajar saya membuat

wau tradisional dan cara menangkap ikan di sungai. Suasana di kampung

sangat berbeza dengan di kota yag sentiada dalam kebisingan dan

kesibukan.

Sekarang ini musim buah durian. Datuk, ayah dan saya sibuk di dusun

datuk. Paling seronok apabila mengutip buah durian yang gugur. Pernahkah

saudara menikmati durian? Walaupun kerja mengutip tidak selesa, namum

kami tetap berasa puas hati apabila hasil kutipan kami yang tinggi seperti

bukit.

Kalau saudara tidak keberatan, saya ingin menjemput saudara bercuti

di kampung datuk saya minggu depan. Datuk saya telah berjanji mahu

mengajar kita bermain wau dan gasing. Walaubagaimanapun, saya

berharap saudara membalas surat saya secepat mungkin.

Setakat inilah sahaja yang dapat saya tuliskan. Sampaikan salam saya

kepada ibu bapa saudara.

Sahabatmu,

Khairi