kg (2)

3
Pantun Buat Ibu Tarian gamelan lagu senandung, Warisan bangsa penuh keramat; Sembilan bulan sarat mengandung, Tetap ceria sedia berkhidmat. Anak ikan di dalam balang, Tidak banyak berenang sendiri; Sakit melahirkan bukan kepalang, Melihat anak wajah berseri. Anak rubah dipanggang api, Dimakan oleh orang Iban; Penat lelah tolak ke tepi, Demi anak rela berkorban. Pergi ke pekan membeli laici, Singgah berehat bersama teman; Marahnya bukan marah membenci,

Upload: hidayah-yah

Post on 24-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: KG (2)

Pantun Buat Ibu

Tarian gamelan lagu senandung,

Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,

Tetap ceria sedia berkhidmat.

 Anak ikan di dalam balang,

Tidak banyak berenang sendiri;

Sakit melahirkan bukan kepalang,

Melihat anak wajah berseri.

Anak rubah dipanggang api,

Dimakan oleh orang Iban;

Penat lelah tolak ke tepi,

Demi anak rela berkorban.

Pergi ke pekan membeli laici,

Singgah berehat bersama teman;

Page 2: KG (2)

Marahnya bukan marah membenci,

Sebagai nasihat jadikan pedoman.

Ulam pegaga tumbuh melata,

Tumbuh banyak di laman depan;

Emas permata tiada dipinta,

Kejayaan anak menjadi harapan.

Buat rumah dari kayu-kayan,

Masak bersama ikan keli;

Harta melimpah bukan impian,

Selaut kasih lebih bererti.

Pedas rasanya cabai Melaka,

Masak bersama ikan keli;

Sekali hatinya terguris luka,

Nikmat syurga jauh sekali.

Air dicedok dari perigi,

Page 3: KG (2)

Membasuh tangan selepas makan;

Andai dia telah pergi,

Sepotong doa anak sedekahkan.

Serai serumpun sirih sejunjung,

Diletak orang di tengah laman;

Kasih ibu tiada penghujung,

Menjadi sanjungan ke akhir zaman.