kg (21)

1
Soalan Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat. Ibu anda dimasukkan ke hospital. Tuliskan satu catatan selama ibu anda berada di hospital. 2 Januari Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke Hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah, aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu. 3 Januari Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor, pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Di sekolah, aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat. 4 Januari Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu. 5 Januari Selepas waktu sekolah, aku, Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku. 6 Januari Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

Upload: hidayah-yah

Post on 24-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: KG (21)

Soalan

Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat. Ibu anda dimasukkan ke hospital. Tuliskan satu

catatan selama ibu anda berada di hospital.

2 Januari

Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke Hospital Besar Kuala Terengganu.

Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit

barah. Ibu dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah, aku dan bapa

melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.

3 Januari

Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor, pembedahan hanya

sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Di sekolah, aku

tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim

memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.

4 Januari

Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak

lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat

ibu.

5 Januari

Selepas waktu sekolah, aku, Cikgu Halim dan tiga orang kawanku

menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum

menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah

memakbulkan doaku.

6 Januari

Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang

bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut

kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.