kg (16)

3
Tajuk : Cincin Ajaib Tema : Cerita Teladan Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut. Mawar dan Melati merupakan adik-beradik tiri. Mawar dibesarkan oleh ibu tirinya, iaitu asturi sejak berusia dua tahun. !ak Mahmud, ialah ayah Mawar dan Melati seorang saudagar batu permata. "ebagai saudagar yang terkenal, !a Mahmud selalu sahaja tidak ada di rumah. Melati dan Mawar memiliki rupa paras yang cantik. Melati, anak kandung asturi terlalu sombong. Mereka hanya akan melayan Mawar dengan baik di hadapan !ak Mahmud. Mawar seorang yang penyabar. #ia tidak pernah mengadu kepada !ak Mahmud walaupun sering dipukul dan dikurung oleh ibu tirinya. !ada su Mahmud pulang daripada berdagang. #ia membawa pulang sebentuk cincin delima dan sebentuk cincin bermata batu. Melati berebut-rebut untuk memdapat permata delima. Mawar yang banyak mengalah, mendapat cincin permata b !ada suatu hari, Mawar dan Melati keluar bersiar-siar. #engan bangganya Melati mempamerkan cincin yang dipakainya. #ia juga menyindir Mawar kerana memakai cincin yang murah. Tiba-tiba, Mawar ternampak ada cahaya berk pada permata cincinnya. "emakin lama semakin bersinar-sinar cahaya it !ermata batu itu bertambah cantik. Melati terkejut melihat kejadian itu lalu Mawar menanggalkan cincin itu.

Upload: hidayah-yah

Post on 05-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Tajuk : Cincin AjaibTema : Cerita Teladan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Mawar dan Melati merupakan adik-beradik tiri. Mawar dibesarkan oleh ibu tirinya, iaitu Kasturi sejak berusia dua tahun. Pak Mahmud, ialah ayah Mawar dan Melati seorang saudagar batu permata. Sebagai saudagar yang terkenal, Pak Mahmud selalu sahaja tidak ada di rumah. Melati dan Mawar memiliki rupa paras yang cantik. Melati, anak kandung Kasturi terlalu sombong. Mereka hanya akan melayan Mawar dengan baik di hadapan Pak Mahmud.Mawar seorang yang penyabar. Dia tidak pernah mengadu kepada Pak Mahmud walaupun sering dipukul dan dikurung oleh ibu tirinya. Pada suatu hari, Pak Mahmud pulang daripada berdagang. Dia membawa pulang sebentuk cincin delima dan sebentuk cincin bermata batu. Melati berebut-rebut untuk memdapatkan cincin permata delima. Mawar yang banyak mengalah, mendapat cincin permata batu.Pada suatu hari, Mawar dan Melati keluar bersiar-siar. Dengan bangganya Melati mempamerkan cincin yang dipakainya. Dia juga menyindir Mawar kerana memakai cincin yang murah. Tiba-tiba, Mawar ternampak ada cahaya berkilau-kilau pada permata cincinnya. Semakin lama semakin bersinar-sinar cahaya itu. Permata batu itu bertambah cantik. Melati terkejut melihat kejadian itu lalu memaksa Mawar menanggalkan cincin itu.Sepantas kilat Melati cuba menanggalkan cincin pada jari Mawar. Melati mencubanya dengan sekuat tenaga. Akibatnya tangan Melati menjadi kaku. Melati meraung dengan sekuat hatinya apabila melihat tangannya itu. Mawar hanya terpaku melihat keadaan Melati.Mawar kasihan melihat keadaan Melati. Mawar menyentuh kedua-dua belah tangan Melati. Tangan Melati boleh bergerak semula. Dia menjerit kegirangan. Sejak kejadian itu, Melati telah insaf dan tidak berbuat jahat kepada Mawar lagi.

1. Apakah keistimewaan yang ada pada Melati dan Mawar?A. Mereka berdua ialah adik-beradikB. Mereka mempunyai ibu yang cantikC. Mereka mempunyai paras rupa yang cantikD. Masing-masing mempunyai sebentuk cincin2. Mengapakah Pak Mahmud selalu sahaja tiada di rumah?A. Kerana Pak Mahmud seorang saudagarB. Kerana Pak Mahmud keluar menuntut ilmuC. Kerana Pak Mahmud bersiar-siar dengan isterinyaD. Kerana Pak Mahmud berjumpa dengan pelangan3. Mawar tidak pernah memberitahu Pak Mahmud tentang layanan ibu tirinya keranaA. Mawar seorang yang prihatin.B. Mawar seorang yang penyabar.C. Mawar seorang yang selamba.D. Mawar seorang yang suka bercakap benar.4. Melati telah menyindir Mawar keranaA. Mawar ialah adik tirinya.B. Mawar menanggalkan cincinnya.C. Mawar memakai cincin yang murah.D. Mawar sering dimarahi oleh ibunya.5. Mengapakah Melati menjerit kegirangan?A. Kerana Mawar menyelamatkannyaB. Kerana melihat tangannya menjadi kakuC. Kerana tangannya boleh bergerak semulaD. Kerana Mawar enggan menanggalkan cincinnya