ketua pengarah bahagian pengurusan sekolah harian

3
Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W. Persekutuan Putrajaya 15 Januari 2014 ______________________________________________________________ _____________ Muhammad Hadi Bin Mahamood, Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, WDT 296, 91009 Tawau, Sabah Tuan, RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH KERANA MASALAH KESIHATAN Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 27 Disember 2013 dan keputusan rayuan berhubung keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri sesi Januari 2014 adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, saya mengemukakan rayuan permohonan atas sebab-sebab berikut ; 2.1 Masalah kesihatan diri sendiri. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah disahkan menghidap penyakit TB untuk kali kedua. Kali pertama saya disahkan menghidap penyakit ini pada bulan November 2012 juga ketika saya sedang betugas di Tawau. Penyakit ini membuatkan saya berasa sangat lemah dan tidak bermaya kerana kerap demam dan batuk berterusan. 2.2 Kesukaran berulang alik ke hospital kerana masalah lokasi. Sekolah saya terletak di Pulau Sebatik dan dalam

Upload: muhammad-hadi

Post on 23-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pertukaran guru

TRANSCRIPT

Page 1: Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pelajaran MalaysiaAras 3 & 4, Blok E2, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 W. Persekutuan Putrajaya 15 Januari 2014___________________________________________________________________________

Muhammad Hadi Bin Mahamood, Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, WDT 296, 91009 Tawau,Sabah

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH KERANA MASALAH KESIHATAN

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 27 Disember 2013 dan keputusan rayuan

berhubung keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri sesi Januari 2014 adalah

dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya mengemukakan rayuan permohonan atas sebab-sebab berikut ;

2.1 Masalah kesihatan diri sendiri. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah disahkan

menghidap penyakit TB untuk kali kedua. Kali pertama saya disahkan menghidap

penyakit ini pada bulan November 2012 juga ketika saya sedang betugas di

Tawau. Penyakit ini membuatkan saya berasa sangat lemah dan tidak bermaya

kerana kerap demam dan batuk berterusan.

2.2 Kesukaran berulang alik ke hospital kerana masalah lokasi. Sekolah saya terletak

di Pulau Sebatik dan dalam kategori pedalaman 1. Agak sukar untuk saya berulang

alik ke hospital kerana masalah ini untuk mendapatkan rawatan.

2.3 Tinggal berseorangan di kuarters guru. Dalam keadaan tidak sihat ini, saya perlu

untuk tinggal bersama seseorang untuk membantu sekiranya apa-apa berlaku. Oleh

itu, sekiranya saya dapat bertukar ke kampung halaman ada ahli keluarga yang dapat

membantu.

2.4 Masalah kesihatan ibu dan ayah yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan.

Page 2: Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

3. Sebagai makluman pihak tuan, sebelum ini saya memohon untuk perpindahan ke Kedah.

Namun sekiranya tidak ada kekosongan, saya bersedia untuk perpindahan ke Kuala Lumpur.

4. Bersama-sama surat ini saya sertakan borang permohonan dan dokumen sokongan untuk

rujukan pihak tuan. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya

ini sewajarnya. Keprihatinan pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..................................................MUHAMMAD HADI BIN MAHAMOODGuru Pendidikan Islam,SK. Sg. Tongkang

Sk : Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Pejabat Pelajaran Daerah Tawau

Fail sekolah

Fail peribadi