kesultanan melayu melaka

19
1.0 PENGENALAN Asas kepada pemerintahan Kerajaan Malaysia masa kini telah mengambil model pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu yang menjadikan Sultan1 kepada ketua Negara sekaligus meletakkan baginda di kedudukan tertinggi dalam hierarki politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan kepada konsep daulat dan derhaka, Sultan (Raja) mempunyai kuasa dalam segala hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan Negara. “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” yang dipetik dari kata-kata Hang Jebat telah dijadikan sebahagian daripada koleksi peribahasa Melayu. Menurut Ainon Mohd. Abdullah Hassan dalam bukunya memberi maksud peribahasa tersebut iaitu raja yang adil wajib dipatuhi manakala raja yang zalim wajib ditentang atau digulingkan. 1 Peribahasa ini sekaligus telah memberi kesan mendalam dalam aspek moral dan peradaban masyarakat Melayu pada hari ini. Moral didefinisikan sebagai suatu konsep tingkah laku masyarakat sama ada betul atau salah dan digunapakai sebagai kod tingkah laku yang diterima dalam suatu masyarakat atau sub masyarakat tersebut (Bull, N.J., 1969). 2 Bagi maksud peradaban pula, Muhammad Abdul Jabar memberi maksud peradaban iaitu perbuatan yang memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan, serta menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Moral dan peradaban masyarakat dalam konteks Raja berperlembagaan masa kini pula merujuk kepada etika dan tindakan masyarakat Melayu terhadap institusi raja yang berpaksikan kepada Perlembagaan Negara itu sendiri. 1 Ainon Mohd. Abdullah Hassan, Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd., 2002, hlm. 150. 2 Vishalache Balakrishnan, Pendidikan Moral untuk Universiti & Kolej, Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd., 2009, hlm. 2. 1

Upload: dannymaxwell

Post on 07-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Soalan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Kesultanan Melayu Melaka

1.0 PENGENALAN

Asas kepada pemerintahan Kerajaan Malaysia masa kini telah mengambil model

pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu yang menjadikan

Sultan1 kepada ketua Negara sekaligus meletakkan baginda di kedudukan tertinggi dalam

hierarki politik, ekonomi dan sosial.

Berdasarkan kepada konsep daulat dan derhaka, Sultan (Raja) mempunyai kuasa dalam

segala hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan Negara. “Raja Adil Raja Disembah, Raja

Zalim Raja Disanggah” yang dipetik dari kata-kata Hang Jebat telah dijadikan sebahagian

daripada koleksi peribahasa Melayu. Menurut Ainon Mohd. Abdullah Hassan dalam

bukunya memberi maksud peribahasa tersebut iaitu raja yang adil wajib dipatuhi manakala

raja yang zalim wajib ditentang atau digulingkan.1 Peribahasa ini sekaligus telah memberi

kesan mendalam dalam aspek moral dan peradaban masyarakat Melayu pada hari ini. Moral

didefinisikan sebagai suatu konsep tingkah laku masyarakat sama ada betul atau salah dan

digunapakai sebagai kod tingkah laku yang diterima dalam suatu masyarakat atau sub

masyarakat tersebut (Bull, N.J., 1969).2 Bagi maksud peradaban pula, Muhammad Abdul

Jabar memberi maksud peradaban iaitu perbuatan yang memperbaiki tingkah laku yang

kasar atau kurang sopan, serta menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Moral dan

peradaban masyarakat dalam konteks Raja berperlembagaan masa kini pula merujuk

kepada etika dan tindakan masyarakat Melayu terhadap institusi raja yang berpaksikan

kepada Perlembagaan Negara itu sendiri.

2.0 LATAR BELAKANG PERIBAHASA.

2.1 Perjanjian Wa’adat

Sejarah Melayu dalam karya Sulalatus Salatin telah mencatatkan peristiwa amuk oleh Hang

Jebat yang berpunca daripada hukuman mati yang dijatuhkan Sultan Mahmud ke atas Hang

Tuah, sahabat karibnya tanpa menyiasat hal tersebut terlebih dahulu. Kemarahan Hang

Jebat pada ketika itu boleh dikatakan bukan sahaja diakibatkan oleh kematian Hang Tuah,

namun tindakan melulu oleh Sultan Mahmud yang tidak menyelidiki fitnah yang ditabur

oleh Sri Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah sehingga Hang Jebat berani bertindak

menderhaka kepada rajanya sendiri. Bagi melihat konsep daulat dan derhaka dengan lebih

jelas, Perjanjian Wa’adat dirujuk kerana perjanjian ini merupakan asal usul kepada

1 Ainon Mohd. Abdullah Hassan, Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd., 2002, hlm. 150.2 Vishalache Balakrishnan, Pendidikan Moral untuk Universiti & Kolej, Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd., 2009, hlm. 2.

1

Page 2: Kesultanan Melayu Melaka

kelahiran konsep daulat dan derhaka sekaligus menjadi dasar kepada peribahasa yang lahir

daripada tindakan Hang Jebat yang derhaka kepada Sultan Mahmud.3

Perjanjian Wa’adat merupakan kontrak sosial yang dimeteraikan di antara pemerintah

dan yang diperintah. Perjanjian ini telah berlaku antara Sang Sapurba Taram Seri Teri

Buana selaku pemerintah dan Demang Lebar Daun selaku diperintah. Perjanjian ini berlaku

disebabkan oleh permintaan Seri Teri Buana yang ingin mengahwini anak perempuan

Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari.4 Perjanjian Wa’adat yang dimeteraikan ini telah

membawa kepada dua kesepakatan di antara mereka. Terdapat dua bahagian yang penting

dalam perjanjian tersebut. Bahagian pertama telah menyatakan kehendak golongan rakyat,

semasa pemerintahan raja, rakyat hendaklah tidak diberi malu atau diaibkan oleh rajanya.

Rakyat juga tidak harus dikeji jika mereka telah melanggar peraturan atau melakukan

kesalahan. Sebaik-baiknya, diadili menggunakan hukum syarak.5 Bagi bahagian kedua pula,

perjanjian ini telah merekodkan permintaan sultan atau golongan pemerintah yang mana ia

antara isi kandungan perjanjiannya meminta rakyat untuk tidak membunuh rajanya

walaupun raja tersebut bersalah, kejam dan zalim. Golongan hamba juga tidak boleh

memberontak atau menderhaka kepada sultannya pada masa itu. Jika perjanjian ini

dimungkiri oleh keturunan Sultan sendiri, maka rakyat juga akan turut sama bertindak.6

Jika dilihat kedua-dua bahagian dalam perjanjian ini, secara ringkasnya golongan raja atau

pemerintah seharusnya memerintah dengan adil dan tidak menzalimi rakyatnya manakala

rakyat pula tidak boleh menderhaka kepada rajanya walau apapun kesalahan yang

dilakukan oleh raja. Jika perjanjian ini tidak ditepati oleh keturunan raja, negeri tersebut

akan dibinasakan.7

2.2 Pelanggaran Perjanjian antara Pemerintah dan Diperintah.

Berdasarkan kepada kata-kata Hang Jebat dalam karya Sulalatus Salatin iaitu “Raja Adil,

Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah” yang mengambil kira konsep daulat dan

derhaka bersandarkan kepada perjanjian wa’adat.

Jelas dalam perjanjian tersebut bahawa seorang raja haruslah memerintah dengan adil

dan saksama serta tidak menganiaya rakyatnya dengan balasan rakyat akan taat setia

kepada pemerintah. Peristiwa pembunuhan Hang Tuah yang dijatuhkan hukuman mati oleh

3 Samad Ahmad, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2003 hlm 25-26.4 R.O. Winstedt et al., Sejarah Melayu: The Malay Annals. Selangor: MBRAS, 2003, hlm. 86.5 Ibid.6 Ibid, hlm. 86-877 Ibid, hlm. 87

2

Page 3: Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Mahmud kerana fitnah Sri Kerma Wijaya yang menyebabkan Hang Jebat mengamuk.

Hang Jebat melihat hukuman yang dijatuhkan (pemerintah) tersebut sebagai suatu

tindakan yang tidak adil terhadap Hang Tuah (rakyat). Hal ini telah membawa kepada

tindakan agresif Hang Jebat yang mengamuk bagi menggulingkan raja berikutan

pelanggaran Perjanjian Wa’adat oleh Sultan Mahmud dalam menuntt bela kematian Hang

Tuah. Maka lahirlah ayat keramat “Raja Alim, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah”

yang dijadikan peribahasa masyarakat Melayu pada masa kini. Perbuatan Hang Jebat pada

ketika itu dikatakan sebagai melanggar adat Melayu yang berpegang teguh kepada

perjajnjian Waadat iaitu tidak boleh melakukan penderhakaan kepada Sultan.8 Walau

bagaimanapun, Hang Tuah yang masih selamat kembali menyelamatkan Sultan Mahmud

yang menyaksikan Hang Jebat maut ditikam oleh Hang Jebat. Kematian Hang Jebat tersebut

telah ditafsirkan sebagai gugurnya seorang penderhaka walaupun dia hanya ingin

menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah.

3.0 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN.

3.1 Maksud Perlembagaan.

Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi

Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara. Ia mengandungi

peruntukan yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah Negara dan system

politiknya.9 Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia

yang memberi jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan,

kedudukan, hak dan sebagainya.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Perlembagaan

Persekutuan Malaysia menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan,

pentadbiran dan aspek sosial seperti kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa,

kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan kuasa bersama.10 Oleh kerana Perlembagaan

dijadikan sebagai garis panduan dalam menggubal undang-undang Negara, maka semua

pihak perlu akur kepada undang-undang Perlembagaan memandangkan kandungan

Perlembagaan adalah dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan

persetujuan semua pihak. Perlembagaan yang diterima pakai sebagai undang-undang

8 Shellabear, W.G., Sejarah Melayu, Singapura: Malay Publishing House Limited, hlm. 42.9 Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua, Malaysia: Institut Kajian Etnik UKM, 2012, hlm. 92.10 Ibid, hlm 92-93.

3

Page 4: Kesultanan Melayu Melaka

tertinggi Negara akan diutamakan dan jika terdapat undang-undang yang bertentangan

dengan perlembagaan, maka perlembagaan dengan itu dapat membatalkan mana-mana

undang-undang yang terlibat dalam percanggahan tersebut (Mohd Salleh 1984).11

Pengalaman pemerintahan persekutuan yang digunapakai di Negeri Sembilan telah

dijadikan asas kepada pembinaan Negara moden iaitu Malaysia. Kepentingan setiap rakyat,

negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan

dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah perlembagaan bertulis. Yang Di-Pertuan

Agong yang telah dilantik daripada sembilan raja negeri Melayu akan menjalankan

pemerintahan baginda secara bergilir-gilir selama 5 tahun. Baginda akan mengetuai badan

perundangan, kehakiman dan eksekutif.12 Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15

Bahagian yang merangkumi 183 bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan

agama Islam, kewarganegaraan, Bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu,

bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini

adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti agama Islam, Bahasa Melayu,

kedudukan istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja.13 Menyentuh mengenai

pemerintahan beraja, Perlembagaan Persekutuan juga mengguna pakai konsep

ketertinggian perlembagaan. Ketertinggian perlembagaan ini membawa maksud tiada

sebarang kuasa sama ada badan kerajaan iaitu badan perundangan, badan kehakiman

mahupun badan eksekutif dapat mengatasi kuasa perlembagaan. Hal ini juga turut

melibatkan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang tertakluk kepada Perlembagaan

Persekutuan (Mohammed Suffian 1987).14

3.2 Raja Berperlembagaan.

Menurut Sistem Beraja yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan

Melayu yang lain sebelum era penjajahan British, Sultan memegang kuasa mutlak ke atas

sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan, aspek ekonomi dan sosial masyarakat.

Pentadbiran Sultan pula dibantu oleh para pembesar yang menggunakan Sistem Pembesar

Empat Lipatan yang dilantik khusus dengan bidang kuasa masing-masing. Sultan

merupakan pemerintah yang berdaulat dan berada dalam hierarki tertinggi dalam susun

lapis sosial masyarakat Melayu pada masa itu.

11 Ibid, hlm. 92.12 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm. 77.13 Shamsul Amri Baharuddin, Op. cit., hlm.93.14 Ibid.

4

Page 5: Kesultanan Melayu Melaka

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957,

institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya dapat

disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Menurut

konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima nasihat daripada menteri

daan bertindak menurut nasihat tersebut. Misalnya, di peringkat pusat, Yang Di-Pertuan

Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet. Manakala di peringkat negeri pula,

raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan. Di peringkat Persekutuan,

selaku ketua Negara, perlantikan Yang Di-Pertuan Agong harus dilakukan oleh Raja-raja

Melayu.15 Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong diberi kuasa

memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet. Bidang

kuasa Yang Di-Pertuan Agong juga turut melantik Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara,

Hakim-hakim, duta-duta dan pesuruh-pesuruh jaya tinggi Malaysia ke luar negara.16

Baginda juga turut mempunyai kuasa dalam mengampunkan kesalahan yang telah

dibicarakan mahkamah di Wilayah Persekutuan dan juga Mahkamah Tentera selain

memegang kuasa tertinggi dalam angkatan tentera Malaysia.17 Baginda juga bertindak

sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja seperti Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.18

Selain itu, Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan secara formal pada tahun 1948 hasil daripada

perancangan British bagi menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang

dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar).19 Institusi Beraja yang wujud di Malaysia

hari ini dilindungi oleh Perlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan yang boleh

dilakukan terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan

dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan

Majlis Raja-Raja. Selain itu juga, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa

persetujuan Majlis Raja-Raja. Dalam erti kata lain, Majlis Raja-Raja menurut perlembagaan

bertanggungjawab dalam memelihara hak-hak istimewa yang Raja di Malaysia masa kini.

Majlis Raja-Raja ini bukan sahaja agung bahkan unik kerana ia satu-satunya institusi yang

sedemikian rupa wujud di dunia. Kedaulatan Raja-raja masih lagi diperlihatkan dalam

penggubalan Perlembagaan. Walau bagaimanapun, bidang kuasa raja masih lagi tertakluk

15 Ibid, hlm. 102.16 Ibid, hlm. 78.17 Ibid.18 Ibid.19 Halim Ibrahim, Raja & Rakyat Berpisah Tiada, Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn Bhd, 2010, hlm. 197-198.

5

Page 6: Kesultanan Melayu Melaka

kepada peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Walaupun

konsep raja berdaulat masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini, namun konsep raja

berkuasa mutlak tidak lagi relevan dalam pentadbiran Malaysia masa kini. Sebagaimana

yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas

untuk YDPA dan Raja/ Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini walaupun baginda mempunyai

bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada

Perlembagaan seperti yang terkandung dalam Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40. Oleh yang

demikian, hal ini sekaligus dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

4.0 PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN.

4.1 Perbandingan Sistem Pemerintahan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

Malaysia.

Wujud beberapa perbezaan antara sistem beraja zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan

sistem Raja Berperlembagaan kini. Misalnya, dalam aspek politik, Sultan pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka merupakan ketua utama kerajaan dan bertanggungjawab

menjaga kedaulatan bangsa Melayu. Raja juga berkuasa mutlak dalam membuat sebarang

keputusan dan dibantu oleh para pembesar yang dilantik baginda sendiri. Manakala raja-

raja Melayu pada hari ini hanya simbolik kedaulatan Negara Malaysia. Pentadbiran Negara

pula diterajui oleh kerajaan negeri melainkan hal ehwal agama Islam yang kekal di bawah

kawalan raja.

Melalui aspek sosial pula, raja semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berkuasa

mutlak ke atas hal ehwal agama Islam disamping melaksanakan ajaran Islam yang dibantu

oleh para ulama. Misalnya Kesultanan Melaka yang mencontohi Pasai apabila raja telah

meletakkan ulamak ahlul-bait Rasulullah SAW pada hierarki yang paling tinggi dan penting

dalam jawatan istana.20 Bagi menjaga keturunan “darah gahara” sebagai pemerintah,

perkahwinan atau pemilihan pasangan raja-raja Melayu hanya boleh diadakan dalam

kalangan puteri dan anak bendahara. Berbeza pula dengan Raja Berperlembagaan pada hari

ini, raja hanyalah ketua agama Islam dalam beberapa bahagian di negeri masing-masing

serta boleh mengahwini rakyat biasa.

Selain itu dalam aspek ekonomi, raja-raja Melayu tradisional merupakan pembuat

keputusan sama ada dalam menjalankan hubungan perdagangan ataupun hubungan

diplomatik dengan negeri-negeri lain. Berbeza dengan konsep Raja Berperlembagaan, raja

20 Tun Suzana Tun Hj. Othman, Ketuanan Islam: Pertuanan Raja-Raja Melayu, Kuala Lumpur: Media Satria Sdn. Bhd., 2008, hlm. 242.

6

Page 7: Kesultanan Melayu Melaka

pada hari ini pula tidak mempunyai kuasa ke atas ekonomi secara penuh bahkan juga

terhad dalam pemerolehan pendapatan yang berasaskan kepada keluaran hasil dalam

negeri. Pendapatan raja adalah tertakluk kepada hasil KDNK yang ditetapkan oleh Kerajaan

Negeri masing-masing.

Raja semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kuasa mutlak dan

perintah raja dianggap sebagai mustahil untuk disanggah melainkan sanggup ditimpa tulah

dan menderhaka. Hal ini juga jelas dinyatakan dalam institusi raja yang telah menerapkan

konsep Islam setelah kepercayaan Hindu-Buddha tidak lagi diamalkan berikutan ketaatan

rakyat yang tiada timbal balas.21 Namun kini, dalam konsep Raja Berperlembagaan, fungsi

raja kini sekadar dianggap sebagai lambang kedaulatan Negara dan bangsa Melayu. Justeru,

perlunya pemahaman ke atas prinsip Hang Jebat kerana prinsip ini memberi pengaruh yang

besar ke atas sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang.

5.0 KESAN BIDALAN HANG JEBAT TERHADAP PERADABAN DAN MORAL

MASYARAKAT MELAYU DALAM KONTEKS RAJA BERPERLEMBAGAAN.

Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat telah mengganas di istana kerana tidak berpuas

hati dengan tindakan Sultan Mahmud yang mengenakan hukuman bunuh ke atas Hang

Tuah. Hal ini menyebabkan Raja Melaka dan permaisuri baginda Raden Mas Ayu, dua orang

puterinya, Hang Lekir dan Hang Lekiu meninggalkan istana menuju ke rumah Bendahara.

Hang Jebat mengungkapkan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” semasa

membuat huru-hara di istana. Sebaik saja raja meninggalkan istananya Hang Jebat semakin

marah dan bermaharajalela sehingga memperkosa gundik kesayangan Sultan Mahmud

Syah. Berita ini sampai ke telinga sultan dan baginda sangat menyesal telah membuat

kepusan yang membuta tuli sehingga Hang Jebat bertindak begitu.

“Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”, bidalan Hang Jebat yang telah

memberi kesan kepada peradaban dan moral masyarakat Melayu dalam konteks Raja

Berperlembagaan Malaysia pada hari ini. Timbul persoalan sana ada wajar atau tidak titah

Sultan Mahmud supaya Hang Tuah membunuh Hang Jebat sedangkan titah tersebut

mempunyai kebaikannya apabila Hang Jebat bertindak sesuka hati di istana. Namun,

kezaliman Sultan Mahmud yang telah diakui menyebabkan rakyat amat terkesan dengan

ungkapan Jebat tersebut. Beberapa kesan bidalan tersebut terhadap moral dan peradaban

masyarakat Melayu dalam konteks Raja Berperlembagaan Malaysia dapat ditelitikan seperti

berikut.

21. Ibid, hlm. 74.

7

Page 8: Kesultanan Melayu Melaka

5.1 Institusi Agama.

Walaupun banyak kontroversi yang mendedahkan ketidak adilan raja dalam konteks Raja

Berperlembagaan, namun raja yang adil perlu disembah. Moral dan peradaban masyarakat

Malaysia kuat dipengaruhi oleh bidalan Hang Jebat melalui peristiwa Gomez dan tuntutan

rakyat bagi menyekat kuasa sultan selepas banyal penyelewengan kuasa yang dilakukan.

Namun ini tidak menunjukkan bahawa moral dan peradaban masyarakat Malaysia

merundum kerana itu hak rakyat untuk membela kebajikan sesama sendiri. Misalnya,

dalam institusi keagamaan masyarakat Melayu masih mengangkat raja sebagai ketua

kepada agama Islam.22 Hal ini terbukti apabila Yang di-Pertuan Agong mahupun sultan

merupakan ketua agama sehingga segala hal yang melibatkan agama Islam perlu merujuk

kepada baginda. Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak

mempunyai raja.23

5.2 Adat Istiadat Beraja.

Selain itu, rakyat Malaysia masih mengamalkan adat menyembha sultan atau Yang di-

Pertua Agong sekiranya datang menghadap sultan. Sebagai contoh, semasa menyembah

sultan rakyat perlu mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga kedua-dua jari jejak di

dahi. Kemudiannya, selesai menyembah sultan seseorang perlulah bangun dan berundur

tiga langkah ke belakang dan berteleku untuk menyembah sekali lagi. Perkataan yang

digunakan untuk menyebut tentang sultan juga dibezakan dengan rakyat biasa. Ini

menunjukkan masyarakat Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya masih

mengamalkan adab dan memelihara nilai moral dalam menyembah raja dan menjunjung

kedaulatan raja yang adil.24

5.3 Adat Tradisi Melayu.

Walaupun bidalan Hang Jebat telah mempengaruhi masyarakat Malaysia untuk menjadi

masyarakat yang lebih terbuka dalam mengkritik kerabat diraja namun adat tradisi melayu

yang menjunjung semangat “pantang Melayu derhaka” masih kuat dalam membentuk jati

diri masyarakat Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui rakyat Malaysia yang masih setia

kepada pemerintahan dari keturunan raja mahupun menteri-menteri yang diberi

tanggungjawab untuk mentadbir.25

22 Afifah Abu Yazid, op. cit., hlm. 77.23 Ibid.24 Syed Almi Alhady, Adat Resam Melayu dan Istiadat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1965, hlm. 66.25 Wan Hahim Wan Tea, Hubungan Etnik di Malaysia, Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia, 2011, hlm. 31.

8

Page 9: Kesultanan Melayu Melaka

5.4 Kenegaraan

Kesan seterusnya adalah dapat dilihat dari aspek kenegaraan. Konsep kenegaraan

merangkumi pemahaman terhadap latar sejarah Negara serta penghayatan dalam

pembinaan Negara bangsa. Contohnya, dalam konteks Raja Berperlembagaan hari ini rakyat

masih mengamalkan kesetiaan kepada raja dan Negara seperti tertakluk dalam prinsip

Rukun Negara Malaysia. Buktinya dalam perlembagaan Malaysia, melalui perkara 159(5)

menjelaskan bahawa sebarang pindaan perlembagaan perlu mendapat sokongan dua

pertiga siding dewan dan Majlis Raja-Raja, terutama bagi perkara yang melibatkan

kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan

Sarawak, bahasa kebangsaan , dan agama.26 Hal ini kerana peristiwa yang berlaku semasa

Kesultanan Melayu Melaka, di mana wujudnya waadat yang seakan-akan perlembagaan

Malaysia anatara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba seperti yang diceritakan dalam

Sejarah Melayu. Selain itu, nilai oleh peristiwa bagaimana orang Melayu bangkit menentang

Malayan Union yang cuba melenyapkan kuasa raja-raja di Malaysia suatu ketika dahulu.27

5.5 Keadilan Sosial

Selain itu, kesan bidalan Hang Jebat tersebut dalam konteks perlembagaan Malaysia hari ini

dapat dilihat dalam konteks keadilan sosial. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh sultan semasa

Kesultanan Melayu Melaka menyebabkan arahan sultan tidak boleh disanggah sehingga

membawa kepada penyelewengan kuasa. Sebagai contoh, Sultan Mahmud Syah telah

mengarahkan Hang Tuah melakukan dengan apa cara sekali pun suapaya baginda boleh

mengahwini Tun Teja setelah pinangan baginda ditolak oleh Bendahara Seri Buana.

Disebabkan Hang Tuah telah melihat arahan sultan sebagai kedaulatan tertinggi yang harus

dijunjung, maka Hang Tuah telah menggunakan ubat guna-guna untuk membuatkan Tun

Teja jatuh cinta sehingga sanggup mengikutinya ke Melaka yang kemudiannya dikahwinkan

dengan Sultan Melaka. Perkara ini telah memberi kesan kepada peradaban dan moral

masyarakat apabila Raja Berperlembagaan Malaysia masa kini mengambil kira undang-

undang sebagai kuasa tertinggi dan bukannya sultan yang berkuasa mutlak. Kuasa raja telah

dihadkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan jenayah yang

dibuktikan. Rakyat telah dibenarkan untuk mengkritik sultan dan menyuarakan hak mereka

sekiranya ditindas sebagai menunjukkan keadilan sosial kepada semua mmasyarakat.

Dalam konteks Raja Berperlembagaan kini juga sudah melihat sifat keterbukaan apabila 26 Shamsul Amri Baharuddin, op. cit., hlm. 93.27 Nazri Muslim, Peranan Institusi Raja-Raja Melayu Menurut Perlembagaan dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Perspektif Pendidikan Sejarah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013, hlm. 79.

9

Page 10: Kesultanan Melayu Melaka

kerabat diraja jua boleh memilih pasangan daripada orang kebanyakan tidak seperti

semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mana pasangan yang dipilih perlu daripda

kalangan bangsawan.28

5.6 Perundangan.

Menurut catatan sejarah, perundangan politi-politi Melayu awal telah mempunyai kanun

perundangan sendiri yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam atau lebih

dikenali sebagai hukum syarak. Batu Bersurat Terengganu 1899 yang ditemui di Kuala

Berang merupakan antara bukti awal berhubung dengan undang-undang Islam di Tanah

Melayu.29 Ia mengandungi beberapa catatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan

khususnya berkenaan dengan tanggungjawab pemerintah (raja) dalam melaksanakan dan

menguatkuasakan ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum

sebat ke atas penzina, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan antara semua orang

tanpa mengira status sosial rakyat tersebut. Undang-undang Islam dilaksanakan semasa era

Kesultanan Melayu Melaka lagi.30 Hal ini dapat dilihat dalam Perjanjian Wa’adat.31 Demang

Lebar Daun yang menginginkan Seri Teri Buana menjalankan hukuman ke atas rakyat

berdasarkan hukum syarak sekiranya didapati bersalah.32 Tradisi pemerintahan

berdasarkan perundangan Islam masih lagi dapat dilihat dalam institusi Raja

Berperlembagaan yang diamalkan Malaysia hingga ke hari ini. Perlembagaan Malaysia

menjadikan segala hal ehwal berkenaan Islam dijadikan sebagai urusan negeri seperti yang

termaktub dalam Jadual 9, Senarai 2.33

6.0 ANALISIS

Sistem Raja Kesultanan Melayu Melaka (berkuasa mutlak) dengan Sistem Raja

Berpelembagaan Malaysia amat berbeza terutamanya dalam aspek bidang kuasa raja yang

dibatasi oleh Perlembagaan itu sendiri. Kesultanan Melayu Melaka telah menyaksikan

tampuk pemerintahan raja-raja yang memegang kuasa mutlak dalam semua aspek

pentadbiran kerajaannya yang bertunjangkan kepada konsep daulat dan derhaka.

Sungguhpun raja itu sendiri mempunyai kuasa mutlak ke atas kerajaan dan rakyatnya,

namun raja tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak mengikut budi bicara baginda

28 Abdul Rahman Napiah, Tuah-Jebat dalam Drama Melayu: Satu kajian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, halaman 5.29 Afifah Abu Yazid, op. cit., hlm. 78-7930 Ibid.31 R.O. Winstedt et al., op. cit. hlm. 86-87.32 Ibid.33 Afifah Abu Yazid, op. cit., hlm. 79-80.

10

Page 11: Kesultanan Melayu Melaka

kerana Perjanjian Wa’adat itu sendiri telah menjadi kayu ukur dalam pemerintahannya. Jika

dilihat dalam buku tulisan Adnan Haji Nawang, Za’ba jelas mengkritik golongan raja dan

pembesar Melayu (pemerintah) suatu ketika dahulu kerana kekejaman yang dilakukan dan

mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin ke atas rakyat (diperintah).34

Pemerintahan raja-raja Melayu sebelum kedatangan British dikatakan sangat ‘kejam dan

buas’ dan golongan rakyat ditindas.35 Hal ini jelas dinyatakan dalam suatu kenyataan iaitu :

… kena perabadian dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah-

pemerintahnya.

(Al-Ikhwan, 16.4.1927)36

Menurut Za’ba, kejadian penindasan ke atas rakyat yang dilakukan oleh golongan

pemerintah ini telah berlansung selama beberapa kurun.37 Dapat kita lihat bahawa

Perjanjian Wa’adat memainkan peranan penting dalam konteks hubungan raja – rakyat

(pemerintah dan diperintah). Kepentingan kedua-dua pihak dalam mematuhi wa’adat ini

dapat kita lihat dalam Sulalatus Salatin melalui kisah Sang Rajuna Tapa dengan Raja

Iskandar Syah Singapura yang diterjemahkan kuasa memakan diri sendiri. Hukuman yang

dijatuhkan oleh Raja Iskandar Syah ke atas anak Sang Rajuna Tapa tanpa usul periksa telah

menyebabkan Sang Rajuna Tapa akhirnya membelot kepada Raja Iskandar Syah dengan

menghubungi angkatan Majapahit. Menurut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna Tapa dan

isteri beliau bersiap-siap untuk melarikan diri, mereka telah bertukar menjadi batu. Di sini

dapat kita lihat bahawa kekejaman Raja Iskandar Syah telah membawa kepada

pengkhianatan oleh Sang Rajuna Tapa. Hikayat Hang Tuah yang menyaksikan kebangkitan

Hang Jebat menentang kekuasaan Sultan Mahmud juga memperlihatkan kekejaman seorang

raja telah menyebabkan rakyatnya bangkit menentang kuasa raja itu sendiri. Perbuatan

Sultan Mahmud ini secara tidak sedar sebenarnya telah melanggar wadat yang menurut

sumber Sejarah Melayu telah dipersetujui oleh Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba, hal

ini kerana menurut perjanjian tersebut menekankan bahawa rakyat tidak akan menderhaka

dan akan sentiasa memberikan taat setia mereka kepada golongan pemerintah, namun

sebagai balasan, raja akan membela dan tidak akan berlaku zalim.38 39

34 Adnan Haji Nawang, Za’ba Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, hlm. 129.35 Ibid.36 Ibid. 37 Ibid.38 Samad Ahmad, op. cit., hlm. 25-26.39 R.O. Winstedt et al., op. cit., hlm. 86-87.

11

Page 12: Kesultanan Melayu Melaka

Namun begitu, sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia telah

menjadikan kuasa raja tidak boleh sewenang-wenang dilaksanakan mengikut budi bicara

raja masa kini. Perlembagaan bertindak sebagai garis panduan Raja dalam menjalankan

pemerintahan dan pentadbirannya selain menjadi agen semak dan imbang yang

berperanan dalam mengkritik dasar-dasar kerajaan agar pentadbiran menjadi telus.

Walaupun Perlembagaan merupakan undang-undang utama dan kuasa raja berpegang

kepada perlembagaan, namun Perjanjian Wa’adat masih lagi dipegang oleh rakyat. Melihat

kembali kepada peristiwa penyingkiran Raja Muhammad, anakanda kepada Sultan Mansur

Syah oleh ayahandanya sendiri kerana berlaku kejam ke atas Tun Besar melalui peristiwa

terkena bola sepak raga Tun Besar di Kampung Bendahara Paduka Raja, menyaksikan

penyingkiran Raja Muhammad ke Pahang bagi menghindarkan pemberontakkan daripada

berlaku. Sejajar dengan peribahasa “Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah”,

Sultan Mansur Syah telah membayar harga bagi kezaliman anaknya, Raja Muhammad

dengan penyingkirannya ke Pahang.40

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, peribahasa “Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah” telah

berakar umbi dalam aspek moral dan peradaban masyarakat tempatan masa kini.

Walaupun Institusi Raja tidak lagi memegang kuasa mutlak, namun konsep daulat dan

derhaka masih lagi menjadi pegangan rakyat pada masa kini. Kekejaman yang dilakukan

oleh golongan pemerintah akan dibayar dengan penderhakaan rakyat berikutan

temeterainya perjanjian Wa’adat oleh Sang Sapurba (pemerintah) dan Demang Lebar Daun

(diperintah). Sistem Raja Berperlembagaan masih lagi mengekalkan hierarki sosial di

Malaysia dengan meletakkan Raja di kedudukan teratas, namun bidang kuasa raja masih

lagi perlu merujuk kepada Perlembagaan Malaysia.

RUJUKAN

BUKU

Abdul Rahman Napiah. 1994. Tuah-Jebat dalam Drama Melayu: Satu Kajian, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

40 Hashim Ismail, 2006, Jati Diri: Antara Kuasa dan Maruah dalam Teks Melayu, dalam laman web http://eprints.um.edu.my/8627/1/All.pdf. Diakses pada 10 November 2014 jam 12:14 p.m.

12

Page 13: Kesultanan Melayu Melaka

Adnan Haji Nawang. 1994. Za’ba Patriot dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan

Penataran Ilmu.

Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. Abdullah Hassan. 2002. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur:

PTS Milenia Sdn. Bhd.

Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya. 1982. A History of Malaysia. London:

MacMillan Press Ltd.

Halim Ibrahim. 2010. Raja & Rakyat Berpisah Tiada. Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M)

Sdn Bhd.

Muhammad Abdul Jabar. 1982. Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur:

University of Malaya Press.

Nazri Muslim. 2013. Peranan Institusi Raja-Raja Melayu Menurut Perlembagaan dalam

Memelihara Kedudukan Islam dari Perspektif Pendidikan Sejarah, Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Samad Ahmad. 2003. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Malaysia: Institut

Kajian Etnik UKM.

Shellabear, W.G., Sejarah Melayu, Singapura: Malay Publishing House Limited.

Syed Almi Alhady. 1965. Adat Resam Melayu dan Istiadat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Tun Suzana Tun Hj. Othman. 2008. Ketuanan Islam: Pertuanan Raja-Raja Melayu. Kuala

Lumpur: Media Satria Sdn. Bhd.

Vishalache Balakrishnan. 2009. Pendidikan Moral untuk Universiti & Kolej. Selangor: Arah

Pendidikan Sdn. Bhd.

Wan Hahim Wan Tea. 2011. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Institusi

Terjemahan Negara Malaysia.

13

Page 14: Kesultanan Melayu Melaka

IKSEP. 2001. Adat Istiadat Melaka: Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Tatacara

Pemakaian. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

LAMAN SESAWANG

Hashim Ismail. 2006. Jati Diri: Antara Kuasa dan Maruah dalam Teks Melayu. dalam laman

sesawang http://eprints.um.edu.my/8627/1/All.pdf. Diakses pada 10 November 2014 jam

12:14 p.m.

14