keselamatan industri bagi kilang elektrik

24
KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK PENGENALAN Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa serta perubahan alam sekitar. Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna. Panduan keselamatan dalam sistem pepasangan elektrik ini bertujuan memastikan tahap keselamatan pepasangan elektrik dalam bangunan adalah tinggi bagi mengelakkan sebarang bahaya dan kemalangan elektrik dan juga memenuhi peraturan-peraturan pendawaian dalam bangunan dan kehendak Akta 447, Akta Bekalan Elektrik 1990.Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:- Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten. Mengganggu pergerakan jangka. Membuat penyambungan dari rumah ke rumah. . Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran. Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung. Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa. Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar). 1

Upload: balamurali

Post on 02-Jul-2015

2.003 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK

PENGENALAN

Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk

menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa

serta perubahan alam sekitar. Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya

dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna.

Panduan keselamatan dalam sistem pepasangan elektrik ini bertujuan memastikan

tahap keselamatan pepasangan elektrik dalam bangunan adalah tinggi bagi mengelakkan

sebarang bahaya dan kemalangan elektrik dan juga memenuhi peraturan-peraturan

pendawaian dalam bangunan dan kehendak Akta 447, Akta Bekalan Elektrik 1990.Berikut

adalah antara contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-

Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.

Mengganggu pergerakan jangka.

Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.

. Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.

Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.

Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.

Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).

Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun

tidak berkualiti.

Bidang-bidang yang diliputi oleh panduan ini adalah rekabentuk, perlaksanaan

kerja, ujian penerimaan, kendalian, senggaraan, ubahsuai dan tambah upaya, penyeliaan

bekalan, pendaftaran, rekod pemasangan dan kebersihan.

FAKTOR KESELAMATAN BAGI KILANG ELEKTRIK

1

Page 2: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Faktor keselamatan merupakan ciri-ciri utama dalam kerja-kerja rekabentuk

pepasangan elektrik di samping ciri-ciri lain seperti kos pemasangan dan astetik. Keselamatan

memerlukan kualiti dari segi reka bentuk dan perkakas elektrik (switchgear) yang digunakan.

Oleh itu kualiti perkakasan perlindungan dan pengendalian elektrik yang dipilih mestilah

yang menepati penentuan di samping reka bentuk sistem pembahagian yang cekap.

Selain dari itu faktor kemudahan penyelenggaraan juga perlu dititikberatkan bagi

memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta kemudahan mendapatkan alat

ganti. Kesilapan dalam sesuatu reka bentuk pemasangan boleh menyebabkan seringnya

berlaku gangguan bekalan, kemalangan elektrik dan kebakaran bangunan. Lazimnya

rekabentuk pemasangan elektrik berpandukan peraturan-peraturan berikut:

Peraturan IEE (Institution of Electrical Engineers)

Piawan tempatan

Akta Bekalan Elektrik

Peraturan Pihak Pembekal Tenaga (Tenaga Nasional Berhad)

PERATURAN KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG KERJA-

KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK

Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik di antara peraturan keselamatan

yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

Sebarang kerja baikpulih, tambahan dan pemasangan elektrik hendaklah

hanya dijalankan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja. Jika kerja-kerja tersebut

dilakukan oleh sesiapa sahaja dikhuatiri akan terjadi kelebihan beban dari yang

sepatutnya atau kesalahan dalam menggunakan suis, kabel dan alat-alat yang

berkaitan. Perkara ini tentulah membahayakan pengguna.

Sewaktu memotong penebat kabel, kita mestilah menggunakan alat khas dan

sentiasa berhati-hati supaya tidak mencacatkan pengalir. Pengalir tercacat akan

kurang daya ketahanannya untuk membawa arus dan seterusnya akan menyebabkan

kebakaran.Alat tangan yang digunakan hendaklah daripada jenis yang tangkainya

bertebat serta masih sesuai dan selamat digunakan.

2

Page 3: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Pakaian sewaktu bekerja mestilah sesuai seperti pakaian “overall” atau lain-

lain. Cincin, gelang, jam tangan atau yang seumpamanya janganlah dipakai sewaktu

bekerja. Kasut bertapak nipis bertumit tinggi serta berpaku tidak dibenarkan dipakai,

sebaliknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya lebih digalakkan.

Jika sekiranya menggunakan baju berlengan panjang, lengan baju itu hendaklah

dilipatkan ke atas.

Gambarajah 1. Pakaian Keselamatan

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA

PEMASANGAN ELEKTRIK

3

Page 4: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah

sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah

disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin

mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh

juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga.

Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan

menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia

tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.

Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis

utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar.

Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan

kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi

langkah-langkah berikut:-

Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan

pakaian bertebat.

Bekerja hanya pada satu litar sahaja.

Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan

logam.

Semua alat mestilah kering.

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN

4

Page 5: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-

Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang

berkelayakan dan alat yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan

yang diakui sahaja.

Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan

baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan

Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya

supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.

Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.

Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.

Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali

mendapat kebenaran.

PERATURAN KESELAMATAN INDUSTRI BAGI KILANG ELEKTRIK 

5

Page 6: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah

dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.

Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi

kecederaan ringan.

Jangan bergurau senda semasa bekerja.

Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dankawasan-

kawasan yang dibenarkan.

Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.

Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.

Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.

Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.

Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.

Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan

menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.

Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang

rosak jangan digunakan.

Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas

palet yang dinaikkan dengan forklif.

Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang

sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.

Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan

apabila perlu.

Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan

dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.

Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga

atau perancah.

Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya

dan dilarang sama sekali.

6

Page 7: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga

atau perancah.

Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).

Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh

melebihi had laju yang ditetapkan.

Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil

kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat

perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.

Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak

digunakan lagi.

Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri,

seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat

pernafasan jika perlu.

Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama

sekali.

MENCEGAH BAHAYA KEBAKARAN

Jangan gunakan bahan yang mudah terbakar atau meruap untuk kerja mencuci.

Gasine, cecair mudah terbakar, gas dan dll. Hendaklah disimpan di kawasan khas.

Kertas, kayu, pepejal dan bahan mudah terbakar jangan disimpan di kawasan khas.

Tanda ‘Dilarang Merokok’ hendaklah dipatuhi.

Pastikan laluan ke arah alat pemadam api dan alat pencegah kebakaran yang lain tidak

terhalang.

Alat pemadam api yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dengan segera ke

Jabatan Keselamatan.

Kebakaran kebanyakannya berpunca daripada kelalaian atau cara kerja yang tidak

mengikut peraturan. Semua bahan sisa hendaklah dibuang dengan cara yang selamat.

Sebarang kebakaran biar kecil sekalipun yang berlaku di kawasan syarikat mestilah

dilaporkan oleh pekerja kepada penyelia.

7

Page 8: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

JIKA BERLAKU KEBAKARAN

Teriak API! API! API! Seberapa kuat yang boleh.

Dapatkan bantuan segera untuk memanggil Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL

Water dan Perkhidmatan Kecemasan yang diperlukan.

Bunyikan Penggera (loceng) kebakaran dengan memecahkan Kaca Suis Penggera

yang berhampiran.

Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat.

Padamkan kebakaran dengan menggunakan Alat Pemadam Api yang bersesuaian

jika keadaannya selamat.

Lari untuk menyelamatkan diri jika api terlalu besar atau tidak dapat dipadamkan

GUNAKAN PINTU KELUAR YANG BERHAMPIRAN.

Melaporkan diri di Tempat Perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal. Kekal di

tempat berkenaan sehingga pihak BOMBA atau Pegawai kebakaran memberi

pengumuman selamat bertugas.

ASAP BERACUN ATAU KEBOCORAN GAS

Cuba tutupkan punca pengeluaran asap / gas yang berkenaan.

Bukakan pintu dan tingkap untuk peredaran udara.

Pindahkan mangsa (jika ada) ke tempat yang selamat. Gunakan alat pernafasan jika

diperlukan.

Sentiasa bekerja berpasangan atau berpasukan. Seorang hendaklah berada di luar

kawasan pencemaran dalam lingkungan perhubungan suara.

Dapatkan bantuan segera untuk memanggil perkhidmatan kecemasan seperti tersebut

di atas.

 

8

Page 9: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

PERATURAN MENYELAMATKAN DIRI

Tutupkan semua pintu dan tingkap (ini mencegah api daripada merebak).

Pastikan semua pekerja-pekerja keluar daripada bangunan dengan selamat.

Matikan semua suis bekalan elektrik sebelum meninggalkan bangunan.

Melapurkan diri di tempat perhimpunan di hadapan Rumah Pengawal.

Semua Penyelia dan ketua jabatan hendaklah membuat pemanggilan nama untuk

menentukan yang hadir dan siapa yang tidak.

Beritahu kepada Pegawai Kebakaran atau Pegawai Keselamatan jika ada pekerja

yang hilang semasa kebakaran supaya tindakan menyelamat dapat diuruskan oleh

Kumpulan Mencegah Kebakaran GSL Water atau BOMBA.

Tunggu isyarat selamat daripada BOMBA atau Pegawai Kebakaran sebelum

memasuki semula ke dalam bangunan.

KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK

Semua kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh pekerja-pekerja yang layak

(mempunyai Sijil Kelayakan)

Juruelektrik bertanggungjawab terhadap keselamatan pekerja-pekerja yang

bertugas bersamanya dan sesiapa sahaja yang mungkin berada berhampiran

dengan kawasan kerja, termasuk keselamatan dirinya sendiri.

Semua litar elektrik hendaklah dianggapkan hidup sehinggalah disahkan oleh

pekerja yang layak.

Tanda keselamatan yang sesuai hendaklah dilekatkan pada semua alat elektrik dan

litar elektrik apabila kerja penyenggaraan dilaksanakan.

Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.

Juruelektrik mestilah tahu cara-cara pemulihan pernafasan mangsa kemalangan.

Laporkan segera kepada penyelia / foremen sebarang keadaan litar elektrik yang

kurang selamat, seperti wayar longgar, sambungan litar pintas atau petak elektrik

yang terbuka.

Hanya pekerja-pekerja yang diarahkan atau layak sahaja dibenarkan memasuki

bilik suis bilik transformer / alatubah.

Kebakaran elektrik boleh dipadamkan dengan menggunakan pemadam api ABC

atau CO2. Sekiranya berlaku kebakaran elektrik, pencilkan bekalan kuasa jika

boleh kemudian baru padamkan kebakaran.

9

Page 10: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Untuk menyelamatkan seseorang yang tersentuh litar elektrik:

pencilkan bekalan elektrik jika boleh

jika bekalan tidak dapat dipencilkan, cuba gunakan kayu kering, tali, kain atau

sebarang bahan anti pengaliran untuk dililit pada mangsa, kemudian menariknya

ke tempat selamat, jauh dari litar elektrik itu. Pertolongan cemas dan pemulihan

pernafasan hendaklah dijalankan dengan segera, kemudian minta bantuan

perubatan jika dapat.

 

KESELAMATAN KENDERAAN BERMOTOR DAN FOKLIF

Semua kenderaan yang bergerak di dalam kawasan kilang hendaklah mematuhi

had laju yang ditetapkan 10kmj.

Tidak seorang pun dibenarkan menumpang naik foklif.

Dilarang merokok semasa memandu foklif atau semasa mengisi semula silinder

gas (LPG).

Matikan enjin kenderaan semasa mengisi silinder gas (LPG).

Jangan cuba turun semasa kenderaan mengisi silinder gas (LPG).

Jangan merokok di kawasan mengecas bateri oleh kerana bateri melepaskan

hidrogen semasa proses cas/

Pastikan hon, lampu isyarat, cermin pandang belakang dan lampu kenderaan di

dalam keadaan baik.

Adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memastikan kederanan yang

digunakan didalam keadaan selamat.

PERATURAN KESELAMATAN MENGANGKAT DAN MEMBAWA

Jangan Angkat Barang (muatan) yang terlalu berat.

Pastikan tulang belakang lurus, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut semasa

mengangkat.

Pakailah sarung tangan keselamatan yang sesuai untuk menggangkat barang.

Pakailah kasut keselamatan.

Jangan berdiri sambil memegang barangang berat.

10

Page 11: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Jangan ubah pegangang semasa membawa barang berat.

PERTOLONGAN CEMAS DAN RESUSITASI

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.

Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat

terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu

kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum

tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di

antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki

batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik

ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di

dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan

apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan

kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk

mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat

boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan

perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan

menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

KAEDAH PERTOLONGAN CEMAS

o Jangan panik. Anda perlu bertenang.

o Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang

logik. .

o Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.

o Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan

tindakan mereka dengan pantas.

o Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota

badan.

11

Page 12: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

o Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami

pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu

pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah

untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda.

o Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat

mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.

o Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan

mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk

menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat

seketika untuk membuat panggilan telefon.

12

Page 13: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

RENJATAN ELEKTRIK

Elektrik adalah merbahaya, oleh itu berhati-hati ketika melakukan kerja yang

berkaitan dengan elektrik seperti pemasangan, pembaikan, menguji dan sebagainya. Kejutan

elektrik belaku apabila seseorang tersentuh punca bekalan hidup, iaitu arus elektrik mengalir

melalui badan manusia.

Berikut adalah jadual anggaran arus dan bahayanya :

Kadaran Arus Kesan Bahaya

1mA hingga 3mA Tidak merbahaya

10mA hingga 15mA Boleh menjadi kaku dan rasa kebas

25mA hingga 30mA Kaku yang ketara sehingga boleh lumpuh

50mA ke atasDenyutan jantung behenti dan boleh membawa

maut

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA

RENJATAN ELEKTRIK

o Berlaku kerosakan pada kelengkapan peralatan elektrik.

o Kecuaian pada manusia seperti :

o Tidak mematuhi peaturan penggunaan peralatan elektrik.

o Melakukan ubahsuai ke atas peralatan elektrik.

13

Page 14: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

o Mengabaikan kerosakan kecil pada peralatan elektrik.

o Tidak mengamalkan langkah keselamatan penggunaan elektrik.

o Pemasangan yang tidak diuji sebelum ianya digunakan.

CARA-CARA UNTUK MERAWAT RENJATAN ELEKTRIK

o Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan

dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah

punca kemalangan dialihkan.

o Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk

meningkatkan aliran darah ke otak.

o Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun

kehilangan haba

o Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan

di kawasan leher, dada ataupun pinggang.

o Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah

jika diberi melalui mulut.

o Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin.

14

Page 15: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

RESUSITASI

RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)

adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti

pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen

ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih

mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-

mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

MULUT-KE-MULUT Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa

dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut.

Gambarajah 1. Resusitasi Mulut-Ke-Mulut

15

2. Tilt the head back close the nose, and give 2 full breath. Check the pulse. If there is no pulse, or breathing, start CPR

3. Start chest compressions : If one person is performing CPR, do 15 chest compressions, then two full breaths. Repeat.

If two people are performing CPR, one person does 5 chest compressions, then the other gives one full breath. Repeat.

1. Look, listen and feel for breathing or pulse is absent, open the airway

Page 16: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN DI KILANG ELEKTRIK

Dalam langkah-langkah keselamatan perlu diambil kira tanda-tanda khas untuk menjaga

keselamatan pengguna dan orang awam. Berikut adalah beberapa contoh bagi tanda amaran atau

tanda bejaga-jaga yang mengikut piawaian. Biasanya bewarna kuning dan hitam seperti contoh yang

diberikan.

Gambarajah 2. Tanda Keselamatan

KESIMPULAN

16

Page 17: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

Pekerja di dalam industri pembinaan terdedah kepada pelbagai bahaya dan

menghadapi risiko kematian atau kecederaan semasa berkerja yang lebih tinggi berbanding

dengan mereka yang berkerja di dalam industri yang lain. Jestru itu usaha untuk melindungi

pekerja di tapak pembinaan akan berhadapan dengan cabaran yang besar berbanding dengan

melindingi pekerja di sektor yang lain. Pelbagai usaha boleh boleh dilaksanakan untuk

mengurangkan kemalangan di dalam industri pembinaan.

Penyelidikan ini mencadangkan satu pendekatan yang boleh membantu usaha-

usaha yang sedang berjalan yang bertujuan mengurangkan kadar kematian dan kemalangan di

dalam industri pembinaan. Pengurusan tapak bina memerlukan maklumat keselamatan dan

kesihatan semasa merancang dan segala maklumat ini boleh di perolehi dengan mudah dan

pantas. Keadaan ini akan mendorong pengurusan tapak memastikan aktiviti yang dirancang

menepati keperluan keselamatan.

Jestru, penyelidikan ini mencadangkan penyebaran maklumat dibuat dengan

menyepadukan system berasaskan pengtahuan dengan perisian penjadualan projek. Temubual

dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan perancangan aktiviti pembinaan dan

keselamatan pembinaan membayangkan sistem yang dicadangkan amat berpotensi untuk

digunakan di tapak pembinaan. Ianya boleh menjadi alat yang berharga kepada individu yang

bertanggung jawab kepada perancangan aktiviti pembinaan pembinaan dan mereka yang

membangunkan program keselamatan di tapak pembinaan.

Penyelidikan ini juga mencadangkan bentuk perlaksanaan sistem berasaskan

pengetahuan dan struktur pangkalan data untuk sistem tersebut. Kesemua cadangan ini di

buat berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh responden terhadap bentuk

perkhidmatan dan tahap bantuan yang perlu disediakan oleh sistem. Sistem yang dicadangkan

mesti mudah digunakan, mengandungi maklumat OSH yang komperhensif, boleh

disepadukan dengan perisian penjadualan kerja, dan menyediakan platform untuk pengguna

berkongsi pengetahuan.

17

Page 18: Keselamatan Industri Bagi Kilang Elektrik

18