keselamatan di prasekolah

12
ASPEK KESELAMATAN DI PRASEKOLAH KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan mengawal kanak-kanak yang sedang bermain di luar. Alat permainan luar diperbuat daripada bahan plastik yang boleh mengurangkan risiko kecederaan. Semua longkang adalah bertutup. Kawasan longkang lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika bermain Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak. Pintu pagar ditutup mengikut waktu Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak.

Upload: jaridah-othman

Post on 18-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ASPEK KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH

Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan mengawal kanak-kanak yang sedang bermain di luar. Alat permainan luar diperbuat daripada bahan plastik yang boleh mengurangkan risiko kecederaan. Semua longkang adalah bertutup. Kawasan longkang lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika bermain Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak. Pintu pagar ditutup mengikut waktu Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak.

KESELAMATAN DI DALAM BILIK DARJAH

Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada kanak-kanak ketika aktiviti berkumpulan. Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang hujungnya tidak tajam. Larangan menggunakan pensel warna yang tajam .Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak keluar sewenang-wenangnya. Perlatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi. Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat. Membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih selamat. Mewujudkan kawasan larangan.Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanak-kanak. Mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika mengambil makanan. Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi. Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru. Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak..Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat yang tinggi dan tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini. Mempunyai peredaran udara yang baik. Keterangan bilik yang baik kerana kegelapan boleh memberi kesan kepada penglihatan kanak2.

KESELAMATAN DI TANDAS

Lantai di dalam tandas adalah bersih dan kering. Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci bertoksik yang disimpan di dalam tandas. Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuh ketika di tandas. Penggunaan selipar ke tandas .Kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin. Pastikan selipar yang disediakan tidak haus untuk mengelakkan daripada terjatuh. Pastikan lantai tidak licin dan bertakung dengan air. Sinki dalam keadaan baik dan tidak tersumbat. Paip dapat berfungsi dengan baik. Suis lampu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Awasi kanak2 semasa berada di dalam tandas.

KESELAMATAN RUANG DAPUR DAN TEMPAT MAKAN

Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau pembantu. Dapur adalah di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Pastikan semua peralatan seperti sudu, garpu, magkuk, dan lain-lain disimpan dengan kemas dan baik. Pinggan dan cawan plastik digunakan .Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak mengundang risiko kecederaan kepada kanak-kanak berbanding jika menggunakan perkakas kaca. Pastikan ada tong sampah dan sentiasa tertutup.

KESELAMATAN KETIKA BERMAIN

Berhati2 dengan alat2 mainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen kecil, bunyi yang kuat dan boleh bergerak. Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselamatan kanak2. Pastikan saiz alat mainan kecil sekurang2nya 1 untuk menghindar dari tertelan, tersumbat pada hidung, telinga atau saluran penafasan Pastikan tali pada alat mainan jenis pull toy tidak melebihi 12 inchi. Alat mainan perlu dibersihkan sekurang2nya satu kali sehari. Baca maklumat keselamatan pada label. Contohnya non-toxic, Not recommended for children under 3 years of age. Pastikan setiap komponen alat mainan dipasang dengan sempurna. Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik. Mengajar kanak2 kembalikan alat mainan ke tempat asal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Membaca panduan mengguna dan terangkan kepada kanak2. Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan. Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah. Alat mainan tiada lubang antara 4 8 yang boleh memerangkap kepala kanak2. Pastikan alat mainan elektrik dipasang dengan baik.

PETI KECEMASAN

Lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu diperiksa untuk memastikan tidak berlaku kehabisan ubat. Disimpan pada tempat khas supaya mudah dijumpai.

ALATAN ELEKTRIK

Pastikan dawai2 barangan elektrik yang panjang diikat dan digulung. Perlu diperiksa dari semasa ke semasa.

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG MENEPATI PANDUAN

Pagar sentiasa berkunci sepanjang persekolahan Kawasan taman permainan yang berpagar Penggunaan pinggan dan cawan plastik Taman permainan di alas dengan karpet yang diperbuat daripada bahan fiber Pusat permainan air mestilah bersih dan kosong jika tidak digunakan Saiz tandas yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak Susun atur yang kemas dan selesa Susun atur dapur yang kemas dan bersih Tingkap dan pintu dipasang jeriji besi Guru memantau ketika murid sedang bermain Kemudahan ruang rehat jika murid sakit

CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG TIDAK MENEPATI PANDUAN

Alatan permainan yang rosak masih tidak diperbaiki Alatan permainan yang sudah berkarat dan rosak Taman permainan berhampiran dengan kawasan pembakaran sampah Kedudukan bangku yang berhampiran dengan longkang Prasekolah terletak bersebelahan dengan stor sekolah Laluan tangga ke prasekolah yang curam Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan bahan2 buangan seperti kaca, batu, sampah dll.

PANDUAN MENYEDIAKAN PELAN LALUAN KECEMASAN SEMASA KEBAKARAN Sediakan pelan susun atur bangunan sekolah dan tempat lapang yang ada. Tunjuk arah jalan meninggalkan bilik darjah dan laluan ke tempat lapang. Tunjukkan beberapa laluan lain supaya pengosongan bangunan boleh dilakukan serentak. Tunjukkan rajah tempat berkumpul dan susunan kedudukan kanak2 yang telah ditetapkan. Sediakan kata kunci butir2 pelan. Contoh; arah jalan. Guru & Kakitangan Berkebolehan menggunakan alat pemadam api. Mempunyai pengetahuan atau diberi latihan kecemasan (CPR). Sekurang2nya seorang kakitangan yang mempunyai kemahiran ini berada di sepanjang masa di prasekolah. Senarai Nama Senarai nama kanak2 lengkap dengan no. telefon ibu bapa, jiran, doktor dll. Ditampal pada dinding berhampiran setiap pintu keluar. Nombor panggilan kecemasan seperti hospital, bomba, polis dll ditampal pada dinding di tepi telefon.

KESELAMATAN SEMASA LAWATAN LUAR

Tempat lawatan sesuai untuk kanak2 dan penyeliaan yang rapi untuk mengelakkan kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Kanak2 perlu dipasang tali keledar semasa dalam kenderaan. Berhati2 semasa kanak2 turun dan naik kenderaan. Bawa bersama surat kebenaran ibu bapa, maklumat perhubungan kecemasan, medical authorizations . Kebersihan kanak2 haruslah dijaga

BANGUNAN DAN KEMUDAHAN

KESELAMATAN FIZIKAL BANGUNAN

Mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu yang mudah untuk melarikan diri dengan selamat jika berlaku kebakaran. Jerjak besi mudah dibuka jika berlaku kecemasan. Dapur perlu diasingkan dari kawasan murid melakukan aktiviti. Alat pemadam api sentiasa diperiksa. Pastikan tarikh luput penggunaannya. Prasekolah perlu mempunyai pelan laluan kecemasan apabila berlaku kebakaran. Latihan kebakaran perlu dijalankan 3 kali setahun. Laluan keluar dari semua bilik bebasa daripada sebarang halangan. Tingkap bangunan adalah 1.2 m tinggi dari paras lantai dan besi bersilang dipasang di ruang terbuka.

KESELAMATAN DI LUAR BANGUNAN

Alatan Permainan Luar Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak2. Mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak berkarat. Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik. Lubuk pasir ditutup bagi menggelakkan daripada najis haiwan. Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan yang ringan.

PAGAR Mangga dipasang pagar pada penghujungnya. Selang antara lubang pagar mestilah kecil supaya kepala kanak2 tidak boleh memasukinya. Pasang pagar ditempat yang boleh mendatangkan bahaya

KESELAMATAN DI DALAM BANGUNAN Perabot saiz dan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan ketinggian kanak2. Tiada sudut2 tajam yang merbahaya. Perabot yang mempunyai sudut tajam perlu dialas. Rak2 adalah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat oleh kanak2.