kesejahteraan kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. ahli...

9
Kesejahteraan Kaunselor Ng Haw Kuen “Wellness” atau Kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas dari penyakit dan keuzuran, malah menurut definisi Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organization) ia juga melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial (Lawson, Venart , Hazler dan Kottler, 2007 ; Roscoe, 2009). Lawson (2007) menyatakan bahawa kaunselor yang tidak sihat atau sejahtera seperti stress, murung atau tidak stabil (impairment) adalah tidak berkemampuan membekalkan perkhidmatan yang berkualiti kepada klien. KOMPONEN KESEJAHTERAAN Roscoe (2009) telah menyenaraikan sebanyak lapan komponen dalam kajiannya terhadap model-model kesejahteraan. Antara lapan komponen berkenaan ialah (1) Sosial, (2) Emosi, (3) Fizikal, (4) Intelek, (5) Rohani, (6) Psikologikal, (7) Pekerjaan dan (8) Pesekitaran. 1. Kesejahteraan Sosial Kesejahteraan hubungan individu dengan orang lain, komuniti dan masyarakat. 2. Kesejahteraan Emosi Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan. 3. Kesejahteraan Fizikal Mengekalkan kecergasan dan kekuatan badan. 4. Kesejahteraan Intelek Perkembangan pengetahuan dan penggunaanya untuk mencapai kesejahteraan hidup. 5. Kesejahteraan Rohani Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan alam semesta dan kebatinan. 6. Kesejahteraan Psikologikal Sikap optimis atau positif terhadap pengalaman hidup. 7. Kesejahteraan Pekerjaan

Upload: vanmien

Post on 07-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Kesejahteraan Kaunselor Ng Haw Kuen

“Wellness” atau Kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas dari penyakit dan keuzuran,

malah menurut definisi Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organization) ia juga

melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial (Lawson, Venart , Hazler dan Kottler,

2007 ; Roscoe, 2009). Lawson (2007) menyatakan bahawa kaunselor yang tidak sihat atau

sejahtera seperti stress, murung atau tidak stabil (impairment) adalah tidak berkemampuan

membekalkan perkhidmatan yang berkualiti kepada klien.

KOMPONEN KESEJAHTERAAN

Roscoe (2009) telah menyenaraikan sebanyak lapan komponen dalam kajiannya terhadap

model-model kesejahteraan. Antara lapan komponen berkenaan ialah (1) Sosial, (2) Emosi, (3)

Fizikal, (4) Intelek, (5) Rohani, (6) Psikologikal, (7) Pekerjaan dan (8) Pesekitaran.

1. Kesejahteraan Sosial

Kesejahteraan hubungan individu dengan orang lain, komuniti dan masyarakat.

2. Kesejahteraan Emosi

Kesedaran dan penerimaan perasaan diri sendiri dan orang lain serta kemampuan

menguruskan, mengekspresi dan integrasi perasaan.

3. Kesejahteraan Fizikal

Mengekalkan kecergasan dan kekuatan badan.

4. Kesejahteraan Intelek

Perkembangan pengetahuan dan penggunaanya untuk mencapai kesejahteraan hidup.

5. Kesejahteraan Rohani

Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan alam semesta dan kebatinan.

6. Kesejahteraan Psikologikal

Sikap optimis atau positif terhadap pengalaman hidup.

7. Kesejahteraan Pekerjaan

Page 2: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Kepuasan dan kekayaan hasil dari pekerjaan serta peluang eksprerasi nilai.

8. Kesejahteraan Pesekitaran

Stabiliti antara rumah dan pekerjaan serta hubungan individu dengan alam sekitar dan

komuniti.

MASALAH KESEJAHTERAAN KAUNSELOR

Setiap orang tidak dapat elak dari masalah, lebih-lebih lagi mereka yang memilih profesion

kaunselor sebagai kerjaya. Cummins, Massey dan Jones (2007) menyatakan bahawa antara

punca yang menyebabkan masalah kesejahteraan kaunselor adalah seperti selalu berurusan

dengan stress, sejarah trauma, masalah personaliti, tekanan hidup, sifat personaliti, tempat

kerja, jumlah dan jenis kerja, terlebih beban tentang kes kemurungan dan terlalu banyak kerja

lebih masa.

Punca-punca ini akan mengakibatkan kaunselor tidak stabil (impairment) yang

mempunyai masalah kesihatan seperti Kelesuan dan keletihan (burnout), kehilangan sifat belas

kasihan (compassion fatigue), trauma penganti (vacarious traumatization), kerunsingan

(anxiety), tekanan kerja (job stress) , masalah mental, penyalahgunaan bahan kimia, masalah

fizikal dan lain-lain (Lawson, 2007; Roach & Young, 2007, Lawson, Venart, Hazler dan Kottler,

2007). Menurut Rollins (2005) lebih kurang 10% atau 5000 orang kaunselor yang berkhidmat di

Amerika sedang berdepan dengan masalah tidak stabil.

Secara teori, kelesuan dan keletihan (Burnout) boleh didefinisikan sebagai tanda-tanda

khusus kesejahteraan pekerja dengan tekanan pekerjaan, hasil daripada hubugan permintaan

dan perubahan emosi di antara pemberi dan penerima (Maslach dan Schaufeli, 1993). Lebih

spesifik Burnout boleh didefinisikan sebagai syndrom psikologikal dalam kepenatan emosi

(emotinal exhaustion), kehilangan personaliti (depersonalization) dan pengurangan kejayaan

individu (reduced personal accomlishment) (Maslach, 1993). Kepenatan emosi merujuk kepada

pengurangan tenaga batin atau sumber emosi. Kehilangan personaliti merujuk kepada

perkembangan sikap negetif dan sinis terhadap masyarakat. Pengurangan kerjayaan individu

merupakan kecederungan menilai kerja individu secara negetif, penilaian ini selalunya diiringi

perasaan ketidak puas hati (Maslach, 1993).

Individu yang mengalami masalah Kehilangan sifat belas kasihan mempunyai

pengalaman seperti (a) tiada tenaga untuknya lagi, (b) tiada empati yang boleh diberi lagi, (c)

tiada keinginan untuk ke sana lagi, (d) perasaan kekurangan dalam semua dimensi, (e) terlalu

banyak soalan dan tiada jawapan, dan (f) kenapa saya melakukan perkara ini? (Wright, 2004).

Page 3: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Belas kasihan adalah digunakan untuk menanggung kederitaan, kehilangan sifat belas kasihan

akan menggurangkan kemampuan atau minat kita untuk menanggung kederitaan orang lain

(Figley, 2002).

Trauma Penganti akan mengaplikasikan sistem kognatif klien kepada kaunselor dalam

lima aspek seperti keselamatan, kepercayaan, konsep kendiri, keakraban atau intim dan

kawalan (Baird dan Kracen, 2006). Selain ini, kaunselor juga akan (a) mengalami tanda dan

simpton kliennya seperti kerunsingan, kemurungan dan Post Tekanan Trauma (Post-Traumatic

Stress Disorder), (b) Gangguan kepercayaan pertahanan diri kaunselor tentang keselamatan,

kawalan, ramalan dan nilai, (c) kadang-kadang menjadi saksi yang tak berdaya dalam kes

ulangan memudaratkan dan bunuh diri, (d) manipulasi diri dalam sinis, kecewa dan putus asa

(Sexton, 1999).

Satu kajian untuk menilai keberkesanan perkhidmatan psikologi di Amerika telah

dijalankan di kalangan 456 orang ahli psikologi yang berkhidmat di agensi swasta, klinik,

universiti, hospital dan lain-lain menunjukkan bahawa 59.6% daripada mereka terpaksa

meneruskan tugas terapi walaupun dalam keadaan stress dan tidak boleh bekerja secara efektif

(Pope, Tabachnick dan Keith-Spiegel, 1987). Guy, Poelstra dan Stark (1989) juga mendapati

sebanyak 74.3% daripada 318 orang ahli psikologi Amerika pernah mengalami personal distress

dalam masa tiga tahun dan hampir satu pertiga atau 36.7% daripada mereka setuju bahawa ia

akan memberikan kesan negetif terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada klien.

Kaunselor yang selalu terdedah dengan isu-isu seperti trauma, menakutkan, kejahatan

manusia dan malapetaka ekstrim boleh menyebabkan mereka mengalami perasaan takut,

kesakitan dan kederitaan yang sama dengan klien serta symtom trauma seperti gangguan

pemikiran, mimpi ngeri dan menggelakan diri daripda aktiviti sosial (Sexton, 1999). Keadaan ini

berlaku kerana salah satu aspek yang penting semasa menjalankan sesi adalah sifat empati

yang mendorong kita melihat apa yang dilihat oleh klien, merasa apa yang dirasa oleh klien

serta mengalami apa yang dialami oleh klien (Figley, 2002; Lawson, Venart , Hazler dan Kottler,

2007). Apabila kaunselor tidak boleh mencernakan isu dan emosi klien selepas sesi, maka

mereka kebarangkalian mengalami masalah trauma penganti. Sebaliknya jika kaunselor telah

imunisasi dengan keadaan ini, mereka akan terperangkap dengan masalah kehilangan belas

kasihan pula.

INTERVENSI MASALAH KESEJAHTERAAN KAUNSELOR

Mencegah lebih baik dari merawat, tetapi menurut Rollins (2005) terdapat satu pendapat

bahawa orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang lain adalah golongan yang

Page 4: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

enggan menerima bantuan. Kaunselor mungkin mempercayai bahawa kemahiran membantu

yang menjadi amalan mereka setiap hari dapat membantu dirinya sendiri apabila

memerlukannya, namun pada hakikatnya mereka takut untuk membincangkan masalah mereka

dengan rakan sekerja atau penyelia (Figley, 2002; Rollins, 2005). Kaunselor harus

memberanikan diri untuk membincangkan isu kesihatan mereka dengan pengamal profesion

membantu, jika kaunselor sendiri pun tidak mempercayai amalan kaunseling, siapa lagi yang

akan mempercayai perkhidmatan yang kita tawarkan.

Menurut Lawson (2007) kaunselor yang berkerja dengan majikan mempunyai risiko

yang tinggi mengalami keadaan tidak stabil benbanding dengan yang menjalankan amalan

kaunseling secara swasta atau persendirian. Contohnya Kaunselor sekolah yang bekerja dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini mempunyai pelbagai bidang tugas yang harus

dijalankan seperti (a) kecemerlangan akademik dan motivasi, (b) pendidikan dan kerjaya, (c)

psikososial dan kesejahteraan mental, (d) pembangunan diri dan kepimpinan, (e) pendidikan

keibubapaan, (f) pendidikan pencegahan dadah, (g) pengurusan dan pentadbiran dan (h)

perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).

Bebanan kerja yang sebegini akan mencetus masalah kelesuan dan kepenatan kaunselor, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia harus mewujudkan jawatan pembantu kaunselor bagi tujuan

meringankan tugas harian kaunselor sekolah.

Tanggapan (sense of coherence) mempunyai kesan secara langsung terhadap masalah

kelesuan dan kepenatan, kaunselor yang mempunyai persepsi yang negetif sering menghadapi

masalah kelesuan dan kepenatan (Fourie, Rothman dan Van De Vijver, 2007) serta cenderung

untuk berhenti atau menukar profesion (Figley, 2002). Abrams dan Ellis (1994) mempunyai

pandangan yang hampir sama di mana mereka menyatakan kepercayaan yang tidak rasional

merupakan punca masalah stress. Kaunselor perlu selalu prihatin dengan kepercayaan dan

tanggapan mereka, salah satu cara adalah melalui cara penyemakan persepsi daripada rakan

sekerja atau kaunselor. Selain ini, kaunselor juga boleh melakukan aktiviti yang dapat

meningkatkan kepercayaan positif seperti pembacaan, keagamaan dan menghadiri kursus

motivasi.

Untuk mengurangkan masalah kehilangan belas kasihan, cara yang berkesan adalah

mengehadkan dan menguruskan bilangan kes yang harus dikendalikan oleh kaunselor (Figley,

2002; Walsh dan Walsh, 2002). Kaunselor harus mendapat masa rehat yang secukupnya

sebelum mengendalikan kes yang berikutnya. Jika kaunselor bekerja dibawah majikan, mereka

harus memaklumkan perkara ini kepada majikan kerana kita bukan kilang pemprosesan atau

bengkel membaiki manusia. Prestasi kaunselor harus dinilai dari aspek etika dan amalan

kaunseling yang mereka jalankan bukannya dari jumlah bilangan kes banyak.

Page 5: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Stevanovic dan Rupert (2004) mendapati bahawa kaunselor yang memperuntukkan

masa yang lebih dengan keluarga dan pasangan serta mengekalkan keseimbangan antara

pekerjaan dengan gaya hidup boleh membantu meningkatkan kesihatan kaunselor. Ini tidak

bermaksud kaunselor akan melepaskan tekanan kerja atau emosi negetif terhadap ahli keluarga,

malah ia lebih kepada kepentingan hubungan antara keluarga dan kaunselor dalam usaha

mencegah masalah kesihatan kaunselor. Kaunselor yang mempunyai minat atau hobi yang

sihat seperti bersenam, berekreasi, melancong, bersosial dan lain-lain bukan sahaja dapat

menenangkan pemikiran, malah ia juga mempunyai kesan mengecas kaunselor dengan lebih

banyak tenaga positif untuk bertugas nanti.

Ramai pelajar kaunseling dan psikologi menghadapi masalah personaliti atau

penyesuaian yang serius (Witmer dan Young, 1996) pada satu ketika dahulu, namun pada hari

ini keadaan telah bertambah baik (Myers, Mobley dan Booth, 2003; Roach dan Young, 2007).

Ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia menunjukkan latihan yang ditawarkan pada

hari mampu diaplikasikan oleh bakal kaunselor dalam menghadapi cabaran hidup. Pendidikan

kesihatan dalam program latihan kaunselor adalah penting untuk bakal kaunselor kerana

kaunseling merupakan kerja yang tertekan (Witmer dan Young, 1996; Skovholt, 2001) dan

keadaan kesihatan kaunselor akan mempengaruhi keberkesanan sesi kaunseling yang

dijalankan (Lawson, 2007; Young dan Lambie, 2007; Roach dan Young, 2007). Pemilihan pelatih

kaunselor harus dijalankan secara teliti bagi tujuan memilih calon yang sesuai dan mempunyai

ciri stabiliti yang tinggi dalam profesion kaunseling. Selain 8 bidang teori dalam piawai latihan

yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor (2003), pihak institusi latihan kaunselor juga harus

mengambil berat terhadap isu kesejahteraan kaunselor. Kurikulum latihan kaunselor harus

mendidik pelatihnya tentang kepentingan komponen kesejahteraan dalam bidang kaunseling

serta tanggungjawab mengekalkan kesejahteraan diri bagi mencegah masalah tidak stabil.

Lembaga Kaunselor juga boleh mengambil langkah American Counseling Association

(ACA) dalam usaha penubuhan jawatankuasa kerja khas yang berkaitan dengan kesejahteraan

kaunselor. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk menyelia dan mencegah masalah

kesejahteraan kaunselor. Selain mempromosikan kepentingan menjaga kesejahteraan

kaunselor melalui pelbagai cara seperti bengkel, forum, laman web, penerbitan, media dan lain-

lain, jawatankuasa ini juga boleh mengkaji masalah kesejahteraan kaunselor di kalangan ahlinya

serta menghasilkan startegi-startegi yang sesuai dalam usaha pencegahan masalah

kesejahteraan yang selalu dihadapi oleh kaunselor tempatan.

Kaunselor-kaunselor yang berkhidmat di suatu kawasan berhampiran boleh membentuk

panel penyeliaan sesama ahli, mereka boleh menggekalkan hubungan antara ahli melalui

penggunaan telefon, email dan mengadakan perjumpaan sebulan sekali atau pada masa yang

Page 6: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan

adanya sokongan rakan-rakan panel, masalah tidak stabil kaunselor dipercayai boleh

dikurangkan kerana tekanan-tekanan kerja sedemikian mempunyai saluran yang positif untuk

dilepaskan serta diselesaikan bersama rakan panel.

Penulisan journal setiap hari dan ujian psikologi seperti 5F-WEL setiap beberapa bulan

juga sangat membantu dalam aspek penilaian semasa keadaan kesejahteraan kaunselor.

Kaunselor boleh mecatatkan perkara-perkara positif yang pernah berlaku semasa bersama klien

agar menjadi kata-kata semangat dan motivasi apabila mereka menghadapi keadaan tidak

stabil, kelesuan dan keletihan.

LIMITASI DAN CADANGAN KAJIAN

Bidang kesejahteraan kaunselor kurang diberi perhatian oleh penyelidik (Witmer dan Young,

1996 ; Lawson, 2007) dan isu ini juga berlaku di negara kita. Majoriti dapatan kertas ini adalah

dari rujukan luar negara, maka mungkin akan timbul persoalan tidak sesuai dengan budaya

tempatan atau masyarakat Malaysia. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah

penyelidik boleh memberikan fokus terhadap keadaaan kesejahteraan kaunselor di Malaysia

serta mendapatkan data berkaitan jenis dan punca masalah yang selalu menghantui golongan

ini, agar pada akhir kajian dapat menghasilkan satu model intervensi dan pencegahan yang

sesuai bagi kaunselor tempatan.

RUMUSAN

Dalam kajian Gibson dan Pole (1993) sebanyak 92% (N=579) kaunselor setuju penggunaan

teknik pendedahan diri apabila menjalankan sesi kaunseling. Namun keadaan ini adalah sangat

bahaya kerana ramai kaunselor selalu beranggapan bahawa dirinya adalah sihat, tetapi pada

hakikatnya adalah bukan begitu (Lawson, 2007). Secara umum boleh dikatakan bahawa

kaunselor yang tidak sihat akan menghadapi kesulitan apabila menjalankan amalan kaunseling

(Lawson, 2007; Young dan Lambie, 2007; Roach dan Young, 2007).

Page 7: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Rujukan

Abrams, M. dan Ellis, A. 1994. Rational Emotive Behaviour Therapy in the Treatment of Stress.

British Journal of Guidance & Counselling. 22(1), 39-51.

Baird, K. dan Kracen, A.C. 2006. Vicarious Traumatization and Secondary Traumatic Stress: A

Research Synthesis. Counselling Psychology Quarterly. 19(2), 181-188.

Cummins, P.N. , Massey, L. dan Jones, A. 2007. Keeping Ourselves Well: Sstrategies for

Promoting and Maintaing Counselor Wellness. Journal of Humanistic Counseling, Education &

Development. 46 (1), 35-49.

Figley, C.R. 2002. Compassion Fatigue: Psychotherapits Chronic Lack of Self Care. Journal of

Clinical Psychology. 58 (11), 1433-1411.

Fourie, L. , Rothmann, S. dan Van De Vijver, J.R. 2008. A Model of Work Wellness for Non-

Professional Counsellors in South Africa. Stress and Health (formerly Stress Medicine). 24(1),

35-47.

Gibson, W.T. dan Pope, K.S. 1993. The Ethics of Counseling: A National Survey of Certified

Counselors. Journal of Counseling & Development. 71(3), 330-336.

Guy, J.D. , Poelstra, P.L. dan Stark, M.J. 1989. Personal Distress and Therapeutic Effectiveness:

National Survey of Psychologists Practicing Psychotherapy. Professional Psychology: Research

and Practice. 20(1), 48-50.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian

Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lawson, G. , Venart, E. , Hazler, R.J. dan Kottler, J.A. 2007. Toward a Culture of Counselor

Wellness. Journal of Humanistic Counseling, Education & Development. 46 (1), 5-19.

Lawson, G. 2007. Counselor Wellness and Impairment: A National Survey. Journal of

Humanistic Counseling, Education & Development. 46 (1), 20-34.

Lembaga Kaunselor. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga

Kaunselor.

Maslach, C. dan Schaufeli, W.B. 1993.Historical and Conceptual Development of Burnout. In

Bakker, A.B. , Van Der Zee, K.I. , Lewig, K.A. and Dollard, M.F. 2006. The Relationship

Between the Bi Five Personality Factors and Burnout: A Study Among Volunteer Counselors.

Journal of Social Psychology. 146 (1), 31-50.

Page 8: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Maslach, C. 1993. Burnout: A Multidimensional Perspective. In Bakker, A.B. , Van Der Zee,

K.I. , Lewig, K.A. and Dollard, M.F. 2006. The Relationship Between the Bi Five Personality

Factors and Burnout: A Study Among Volunteer Counselors. Journal of Social Psychology. 146

(1), 31-50.

Myers, J.E. , Mobley, A.K. dan Booth, C.S. 2003. Wellness of Counseling Students: Practicing

What We Preach. Counseling Education and Supervision. 42 (4), 264-274.

Pope, K.S. , Tabachnick, B.G. dan Keith-Spiegel, P. 1987. Ethics of Practice: The Beliefs and

Behaviors of Psychologists as as Therapists. American Psychologist. 42, 993-1006.

Perlman, L.A. dan Saakvitne, K.W. 1995. Trauma and The Therapist. In Sexton, L. 1999.

Vicarious Traumatisation of Counsellors and Effects on Their Workplaces. British Journal of

Guidance & Counselling. 27 (3), 393-404.

Perlman, L.A. dan Saakvitne, K.W. 1995. Treating therapists with Vicarious and Secondary

Traumatic Stress Disorders. In Sexton, L. 1999. Vicarious Traumatisation of Counsellors and

Effects on Their Workplaces. British Journal of Guidance & Counselling. 27 (3), 393-404.

Roscoe, L.J. 2009. Wellness: A Review of Theory and Measurement for Counselors. Journal of

Counseling & Development. 87 (2), 216-226.

Rollins, J. 2005. A Campaign for Counselor Wellness. Counseling Today. 48 (4), 22-42, 3p.

Roach, L.F. dan Young, M.E. 2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their

Students? Counselor Education and Supervision. 47 (1), 29-45.

Skovholt, T. M. 2001. The Resilient Practitioner: Burnout Prevention and Self-Care Strategies

for Counselors, Therapists, Teachers, and Health Professionals. In Roach, L.F. dan Young, M.E.

2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their Students? Counselor Education

and Supervision. 47 (1), 29-45.

Stevanovic, P. dan Rupert, P.A. 2004. Career-Sustaining Behaviors, Satisfactions and Stresses

of Professional Psychologists. Psychotherapy: Theory, Research, Practice, Training. 41(3), 301-

309.

Walsh, B. dan Walsh, S. 2002. Caseload Factors and the Psychological Well-Being of

Community Mental Health Staff. Journal of Mental Health. 11(1), 67-78.

Witmer, J.M. dan Young, M.E. 1996. Preventing Counselor Impairment: A Wellness Approach.

Journal of Humanistic Education & Development. 34(3), 141-156.

Wright, Bob BW. 2004. Compassion Fatigue: How to Avoid it. Palliative Medicine. 18 (1), 3-4.

Page 9: Kesejahteraan Kaunselor - faqing.orgfaqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf · sesuai. Ahli boleh berkongsi pengalaman dan membincangkan kes mereka disini. Dengan adanya sokongan

Young, M.E. dan Lambie, G.W. 2007. Wellness in school and mental health settings. In Roach,

L.F. dan Young, M.E. 2007. Do Counselor Education Programs Promote Well in Their Students?

Counselor Education and Supervision. 47 (1), 29-45.