kesan terhadap kesihatan manusia

Upload: khairul-zamri

Post on 03-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ghgjj

TRANSCRIPT

Kesan Terhadap Kesihatan ManusiaKesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Manusia boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kemusnahan Hidupan AkuatikAktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladagan menyebabkan pencemaran logam berat, pencemaran organic serta peningkatan keledak dalam air. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Kelang, dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, disebabkan kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan.

Kesan-Kesan Yang LainPencemaran air juga akan membawa kesan-kesan yang lain seperti kesan kepada kualiti air, mengurangkan kandungan oksigen terlarut, sistem air bawah tanah tercemar, dan menjejaskan keindahan alam.Langkah-langkahb) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai