kesan etnik baba dan nyonya terhadap masyarakat di malaysia
DESCRIPTION
EDU 3106TRANSCRIPT
KESAN PENGARUH BABA DAN NYONYA
Kesan daripada pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan
rempah masakan Melayu. Sebagai contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering
yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.
Generasi perempuan Nyonya hingga kini masih memakai kebaya dan kain sarung
seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai 'kebaya nyonya'. Tetapi kehidupan dan
pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah
lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.
Bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa
Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk
'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas,
berbanding peribahasa Melayu.
Budaya masyarakat Melayu di dalam sosial kehidupan Baba & Nyonya ialah Dondang
Sayang. Lagu rakyat ini dimainkan dalam acara-acara rasmi seperti majlis keraian dan
perkahwinan di mana dinyanyikan dalam rangkap-rangkap pantun secara bersoal jawab
diiring alunan biola, gendang dan gong dengan menggunakan dialek Baba yang sama
sekali dalam bahasa melayu dengan slanga tersendiri.
PENGENALAN BABA & NYONYA
Kemunculan masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka adalah daripada keturunan
pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang bersama armada Cheng Ho pada tahun 1459.
Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan
Melaka telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana khas bagi puteri ini di puncak Bukit
Cina. Manakala pengikut puteri ini pula tinggal di petempatan yang dibina di kaki Bukit Cina dan
kawasan sekitarnya.
Kesan petempatan pengikutnya pula dapat dilihat berdasarkan adanya perigi yang digunakan
mereka yang dikenali sebagai `Perigi Raja' atau `Perigi Puteri Hang Li Poh' di kaki Bukit Cina
tersebut. Keturunan pengikut Puteri Hang Li Poh inilah yang dikata membentuk masyarakat
minoriti Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka telah diasimilasikan ke dalam masyarakat dan
budaya Melayu sehinggakan identiti budaya mereka banyak yang telah hilang dan digantikan
dengan unsur-unsur budaya Melayu.
PENGENALAN
SEJARAH LOKASI PENEMPATAN
Baba dan Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang sangat unik
kedudukannya yang terdapat di Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu,
khususnya di negeri Melaka. Selain Melaka, kedudukan mereka kini
berselerakan terutama sekali di Negeri-negeri Selat bekas Jajahan British
di Pulau Pinang dan Singapura.
Kaum peranakan Baba dan Nyonya telah wujud di Negara ini sejak 600 tahun lalu dan negeri
Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini
bertapak. Baba dan Nyonya di Melaka merupakan Cina Peranakan di mana nenek moyang
mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal
dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka sewaktu Melaka terkenal sebagai pusat
perdagangan.
Kaum Baba dan Nyonya juga dikenali sebagai Cina Peranakan atau "Straits Chinese". Mereka
mengamalkan agama tradisional Cina, dengan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina,
perayaan Pesta Tanglung, di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajahan Barat.
Bahasa mereka juga unik dengan mengamalkan Dialek Baba-Melayu iaitu campuran bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Hokkien.
Kebudayaan dapat diertikan dalam pelbagai makna mengikut kefahaman individu. Menurut Ting
Len Siong (2013), budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah”, yang
merupakan bentuk jamak daripada “buddhi” (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala, Taylor (1871) pula menyatakan kebudayaan
merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain serta kebiasaan yang
diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Setiap bangsa yang terdapat di dunia mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya tersebut
berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, budaya tersebut telah dicipta, diubah suai atau
ditukar berdasarkan pengalaman, peredaran masa dan lokasi. Sebagai contohnya, perbezaan ini
amat ketara di Malaysia kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk serta budaya yang
terpelihara dan dilindungi dengan aman.
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian
berdasarkan lokasi penempatan. Kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada
etnik Melayu, Cina, India, Punjabi, Jawa, Orang Asli dan Baba Nyonya. Manakala di Sabah pula
terdiri daripada etnik Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Kedayan, Lotud, Sulu dan lain-lain. Etnik
yang terdapat di Sarawak pula terdiri daripada Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kayan, Kelabit,
Kenyah, Punan dan lain-lain.