kes koridor pembangunan sabah

14
AGENDA EKONOMI DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 DI SABAH: KES KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC) Ismail Ali Alosli Tarsal PENDAHULUAN Negeri Sabah yang suatu masa dahulu lebih dikenali sebagai North Borneo dan land below the wind merupakan negeri kedua terbesar dalam Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi. Kekayaan hasil bumi dan lautnya menyebabkannya dijajah oleh Kesultanan Sulu (1750 hingga 1881), British North Borneo Chartered Company (1881 hingga 1941), pendudukan Jepun (1942 hingga 1945), Kerajaan British (1946 hingga1963) dan mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar secararasminya menjadi negeri Sabah. Secara tradisinya, sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan proses pilihan raya umum setiapempattahun sekali bagi memilih kerajaan yang memerintah. Lantaran itu, proses ini dijalankan oleh satu badan yang ditetapkan dan dilantik iaitu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). Badan ini bertanggungjawab menjalankan proses pilihan raya di setiap negeri di Malaysia dan melicinkan segala urusan tersebut. Pilihan raya umum ke- 12 tnemperlihatkan satu detik yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh penganalisis politik tanah air tetapi juga maryarakat Malaysia sendiri. Pilihan raya kali ini bertujuan mengukur hegemoni Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan dan kewibawaan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia kelima. Semasa era pemerintahanbeliau, pelbagai pembangunan dan perubahanyang dilaksanakan sejajar dengan kemajuan negara sama ada dari segi ekonomi, sosial, Infrastruktur dan kemudahan-kemudahanasas kepada masyarakat. Darimasa ke semasa pembangunan yang dilaksanakan ini merupakan pemangkin kepada perkembangan ekonomi bukan sahaja di kawasan bandar tetapi turnt di kawasan luar bandar atau kampung-kampung. Dengan perkembangan ini, padatahun 2008 PerdanaMenteri telah melancarkan idea pembentukan wilayah ekonomi koridor semasa melancarkan misi nasional dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Dalam konteks ini, pada 29 Januari 2008 secara rasminya Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan di Sabah oleh Perdana Menteri sendiri. Pelancaran ini mendapat sambutan yang balk daripada pemimpin-pemimpin Sabah dan masyarakat secara keselunihannya.Walau bagaimanapun, terdapatjuga andaian negatif yang mengaitkan

Upload: dinhtram

Post on 30-Jan-2017

289 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: kes koridor pembangunan sabah

AGENDA EKONOMI DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 DI SABAH: KES KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC)

Ismail Ali Alosli Tarsal

PENDAHULUAN

Negeri Sabah yang suatu masa dahulu lebih dikenali sebagai North Borneo dan land below the wind merupakan negeri kedua terbesar dalam Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi. Kekayaan hasil bumi dan lautnya menyebabkannya dijajah

oleh Kesultanan Sulu (1750 hingga 1881), British North Borneo Chartered Company (1881 hingga 1941), pendudukan Jepun (1942 hingga 1945), Kerajaan British (1946 hingga1963) dan mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan

menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar secara rasminya menjadi negeri Sabah.

Secara tradisinya, sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan proses pilihan raya umum setiap empat tahun sekali bagi memilih kerajaan yang memerintah. Lantaran itu, proses ini dijalankan oleh satu badan yang ditetapkan dan dilantik iaitu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). Badan ini bertanggungjawab menjalankan proses pilihan raya di

setiap negeri di Malaysia dan melicinkan segala urusan tersebut. Pilihan raya umum ke- 12 tnemperlihatkan satu detik yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh penganalisis politik tanah air tetapi juga maryarakat Malaysia sendiri. Pilihan raya kali ini bertujuan mengukur hegemoni Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan dan kewibawaan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia kelima. Semasa era pemerintahan beliau, pelbagai pembangunan dan perubahan yang dilaksanakan sejajar dengan kemajuan negara sama ada dari segi ekonomi, sosial, Infrastruktur dan kemudahan-kemudahanasas kepada masyarakat. Darimasa ke semasa pembangunan yang dilaksanakan ini merupakan pemangkin kepada perkembangan ekonomi bukan sahaja di kawasan bandar tetapi turnt di kawasan luar bandar atau kampung-kampung. Dengan perkembangan ini, pada tahun 2008 Perdana Menteri telah melancarkan idea pembentukan wilayah ekonomi koridor semasa melancarkan misi nasional dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Dalam konteks ini, pada 29 Januari 2008 secara rasminya Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan di Sabah oleh Perdana Menteri sendiri. Pelancaran ini mendapat sambutan yang balk daripada pemimpin-pemimpin Sabah dan masyarakat secara keselunihannya. Walau bagaimanapun, terdapat juga andaian negatif yang mengaitkan

Page 2: kes koridor pembangunan sabah

/smwl Ah & Mash Tarsaf

perkara ini dengan unsur-unsur politik. Dalam erti kata yang lain, pelancaran ini

sebenarnya adalah bertujuan untuk satu agenda ekonomi dalam pilihan raya sahaja. Sejauhmanakah benarnya andaian ini? Oleh itu, bagi membicarakan hal ini, SDC itu sendiri dibincangkan dalam melihat pembangunan ekonomi negeri Sabah.

PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH DAN SDC

Bermula dari tahun 1963 hingga kini, pihak kerajaan telah telah merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan ekonomi dan sosial seperti yang terpancar dalam Sabah State Development Plan (I 965-1970), State of Sabah Second itfalaysia Plan (1971-1975), State of Sabah Third Malaysia Plan (1976-1980), State ofSabaih Fourth Malaysia Plan (1981-1985), State of Sabah Fifth Malaysia Plan (1986-1990), Rangka Rancanganlangka Panjang Sabah (1995-2010), Sabah Action Blueprint (SAB), Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada data perangkaan Malaysia tahun 1970 menunjukkan bahawa Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor (termasuk Kuala Lumpur) dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Pada masa kini, pembangunan ekonomi negeri Sabah banyak bergantung kepada sektor pertanian dan perhutanan seperti kelapa sawit, koko, getah, petroleum dan gas, perikanan, kayo balak dan lain- lain lagi yang mewakili 70 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Untuk mempercepatkan agenda pembangunan yang telah direncanakan, Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan pelbagai agensinya seperti Korporasi Pembangunan Desa (1977), Sabah Land Development Board (1969), Sabah Economic Development Corporation (1971), Sabah Forest Industries (1982), Sabah Gas Utilisation (1981) dan sebagainya. Pada 7 September 1987, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan SAB, melambangkan kerjasama sektor swasta dan awam dalam merancang dan melaksanakan proses pembuat keputusan ekonomi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Malaysian Incorporated. Hampir 1! 7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9 peratus telah digunakan untuk pertanian, 42.9 peratus adalah pemeliharaan hutan, 1.2 peratus untuk perikanan, 2.6 peratus hidupan liar, 3.6 peratus taman-taman negara dan 36.8 peratus untuk lain-lain.

Sektor pertanian sebagai key driver of the state k economy dengan menyumbangkan kira-kira RM10 bilion atau 37 peratus jumlah eksport Sabah yang bernilai kira-kira RM27.12 bilion tahun 2006 (untuk penjelasan lanjut sila lihat New Sabah Times bertarikh 27 Julai 2007). Negeri Sabah turut melancarkan kempen "Bumf Hijau" untuk mengurangkan defisit dalam sektor makanan menjelang tahun 2010. Jika diimbas kembali sejarah pembangunan negeri Sabah bermula dari tahun 1963 hingga 2007 ini, pada zahirnya wujud pelbagai pembangunan di negeri Sabah dun sememangnyajauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Realiti ini boleh dilihat

190

Page 3: kes koridor pembangunan sabah

Agenda tAonomi dalan YKU Ae-IL

dengan membuat perbandingan wajah-wajah Sabah sebelum dan selepas tahun 1963. Kini, Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan terus berusaha membangunkan negeri ini agar menjadi antara negeri termaju di Malaysia.

Idea pembentukan wilayah ekonomi koridor ini dilontarkan oleh Perdana Menteri semasa melancarkan misi nasional dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Rancangan pembangunan ekonomi koridor ini adalah rancangan pembangunan komprehensif untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan yang dijangka memberi impak besar dari segi sosioekonomi kepada 4.29 juta penduduk negeri terlibat. Pelan ini

menggariskan denganjelas hala tuju yang ditetapkan bagi memajukan Sabah dalam

tempoh 18 tahun bermula daripada tahun 2008 sehingga 2025. Melalui penyediaan suasana perniagaan yang sesuai, Sabah akan menjadi destinasi pilihan para pelabur asing dan tempatan untuk melabur.

Selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kini giliran Sabah pula untuk menerima anjakan Paradigma pembangunan ekonomi melalui penubuhan SDC yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2008 yang lalu dengan harapan untuk membangunkan semula ekonomi dan mengikis kemiskinan tegar

rakyatnya. Konsep koridor ini adalah berasaskan kesedaran bahawa pembangunan akan berjalan dengan Iebih teratur dan pantasjika potensi setiap negeri digembleng bersama dan merangsang pembangunan sosioekonomi rakyat dan negara. Dari segi falsafahnya

pula adalah untuk menambah nilai sektor di luar bandar, modal insan dan lain-lain dan

tambah nilai ini adalah penentu masa hadapan koridor ialah mentransformasi dan

melonjakkan sektor ekonomi ke hadapan melalui pemodenan dan menutup jurang

pendapatan bandar dengan luar bandar. SDC akan dilaksanakan selama 18 tahun bermula tahun 2008 hingga 2025 dengan melibatkan 76,115 kilometer persegi keluasan projek dan menjadi pelengkap kepada Hala Tuju Sabah (Pelan Induk Kemajuan dan Pembangunan Sabah) yang dilancarkan pada tahun 2004.

Misi program koridor pembangunan Sabah ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti peluang dan potensi dari segi komersial untuk mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan melalui program-program yang menjana keuntungan,

mencapai pembangunan yang seimbang dalam semua sektor daripada pertanian ke

perindustrian, meningkatkan modal insan untuk memenuhi keperluan pasaran dunia

yang berdaya saing dan meningkatkan pelaburan sektor swasta dan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Pelaksanaan program-program di atas akan memberi tumpuan kepada teras ekonomi, sosial dan fizikal. Dari segi visinya pula adalah bertujuan untuk memaksimumkan nilai tambah industri yang sedia ada serta menggalakkan pertumbuhan dari sumber-somber baharu. Berbeza dengan WPI, NCER dan ECER, konsep SDC nampaknya lebih seimbang iaitu memberi penekanan kepada pembangunan keseluruhan Sabah tanpa mengira kawasan bandar dan luar bandar. Dalam

191

Page 4: kes koridor pembangunan sabah

Lvsml Ah d Mash Tvsar

melaksanakan misi dan visi ini, Kerajaan Negeri Sabah telah menggariskan tiga fokus utamanya iaitu membasmi kemiskinan tegar, memulihara alam sekitar clan meningkatkan aktiviti bemilai tinggi dalam industri dengan memberi perhatian kepada

tiga sektor utama iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Perancangan yang teliti telah dilakukan untuk membolehkan SDC dapat

dilaksanakan dengan lancar. Antara pelaksanaan program dalam SDC termasuklah bidang pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan modal insan seperti berikut:

a. Pertanian

Beberapa program khas akan dilaksanakan seperti menggalakkan penggabungan tanah supaya pengurusan dapat dijalankan secara moden dan komersial. Antara

penggerak sektor pertanian dalam program SDC ini ialah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) berkonsepkan agropolitan di Pulau Banggi dengan kerjasama FELCRA yang dilancarkan oleh Perdana menteri Malaysia pada 1I Ogos 2007 yang lalu. Projek ini dijangkakan akan dapat mengubah nasib 1000 buah keluarga yang tergolong dalam Isi Rumah Miskin Tegaryang rata-ratanya berpendapatan RM400 kepada RM1,200 sebulan. Selain tanaman getah, tumpuan SDC juga diberikan kepada Projek Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu, Zon Industri Akuakultur di Tawau dan Semporna clan lain-lain lagi.

b. Pembuatan

Strategi utama bagi sektor pembuatan di SDC akan menggunakan dua pendekatan untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan. Pendekatan pertattla melibatkan penambahan sumbangan KDNK sektor yang sedia ada dengan

meningkatkan nilai tambah, meningkatkan keupayaan untuk mencari dan mendapatkan komponen-komponen dan perkhidmatan sokongan tempatan dart merangsangkan kelahiran industri-industri baharu yang berasaskan biodiesel, herba bioteknologi, bahan-bahan mampan, minyak dan struktur gas luar pesisir pantai serta pemprosesan pengeluaran pertanian.

c. Perkhidmatan

Usaha-usaha pembangunan dalam bidang perkhidmatan khususnya pelancong1ka untuk masa depan akan lebih tertumpu dan berfokus. Pada peringkat awal, penekanan akan diberikan kepada usaha menaik taraf, mengindah dan mempromosikan pulau_ pulau peranginan di Sabah yang menjadi tarikan pelancong dalam clan luar negar, seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Tunku Abdul Rahman Park. Tun Sakaran Marin Park dan lain-lain lagi.

192

Page 5: kes koridor pembangunan sabah

Agenda Ekonomi dalam PRU Ke-12

d. Modallnsan

Dalam usaha melahirkan modal insan di negeri ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan lain-lain IPTA dan IPTS telah menawarkan pelbagai program dan kursus yang menjurus kepada keperluan pasaran kerja. UMS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah jugs dalam proses menjadikan Sandakan sebagai "hub" pendidikan di Sabah. Usaha melahirkan seramai mungkin modal insan yang berkualiti di Sabah tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapijuga diperluaskan ke seluruh kawasan pedalaman dan

pulau melalui konsep "U-Rakyat" (Universiti Rakyat) yang diperkenalkan oleh UMS.

SDC DAN AGENDA MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA

Walaupun Sabah telah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 hingga kini, persoalan pencapaian sosioekonomi masyarakat bumiputera di negeri ini nampaknya masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Sabah 2001 yang bertemakan "Ekonomi Bumiputera Selepas 2000: Cabaran dan Halatuju" yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DBPS), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Sabah (DPMM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI), YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membayangkan bahawa majoriti ekonomi bumiputera di negeri ini termasuk di Semenanjung Malaysia dan Sarawak masih berkonsepkan "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang".

Antara persoalan pokok untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dalam konteks Koridor Pembangunan Sabah ialah kemampuan kaum bumiputera ditingkatkan

ekonominya; bagaimana mahu menjadikan bumiputera sebagai usahawan kelas pertama dan menengah, berwibawa, dinam& dan berpotensi dan; bagaimana meningkatkan taraf sosioekonomi bumiputera iaitu pada masa kini secara relatifnya telahjauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Jelasnya, sejak merdeka hingga kini, pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensinya telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan taraf hidup masyarakat bumiputera dalam pelbagai aspek. Namun demikian, kebanyakan program yang telah dirancang dan dilaksanakan berakhir dengan kegagalan atau dalam erti kata lain "hidup segan mati tidak mahu". Hal ini berbeza dengan taraf hidup kaum-kaum lain yang bukan bertaraf bumiputera di negeri ini seperti Cina dan India yang nampaknya menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Contohnya, Datuk Wong Kok dan lain-lain usahawan terkemuka Sabah yang suatu masa dahulu datang ke Sabah sebagai kuli kini telah menjadi pemaju hartanah yang berstatusjutawan kerana kesungguhan, kesabaran dan usaha gigih yang dilakukannya.

193

Page 6: kes koridor pembangunan sabah

Jswar Ah & Afwh Tvaar

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa Sabah merupakan sebuah

negeri yang dianugerahkan dengan pelbagai kekayaan (darat clan laut) dan pernah

melakar sejarah sebagai negeri kedua terkaya dalam Malaysia pada tahun 1970. Walau

bagaimanapun, pada masa kini negeri Sabah nampaknya pula telah berada dalam

senarai antara negeri paling termiskin di Malaysia. Oleh yang demikian. satu anjakan paradigma perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meletakkan semula bumiputera di negeri ini pada paksinya dan bersaing secara sihat dengan lain-lain kaum di negeri ini. Untuk tujuan tersebut, kemerdekaan ke-50 dan pelancaran SDC ini sepatutnya dijadtkan peluang masyarakat bumiputera untuk keluar dari kepompong kemunduran berasaskan kepada beberapa prasyarat yang berikut:

a. Perubahan Sikap dan Mentaliti Penduduk Bumiputera

Walaupun Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah melaksanal. an pelbagai program pembangunan untuk kesejahteraan penduduknya, semua usaha ini pastinya akan mencapai kegagalan sekiranya penduduk sendiri tidak mahu mengubah sikap, mentaliti serta mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan. Contohnya, sikap dan mentaliti berupa "masyarakat subsidi" dan "masyarakat kelas ketiga" yakni terlalu mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya clan enggan keluar daripada belenggu pemikiran lama hendaklah dikikis dari minda rakyat. Perubahan sikap dan mentaliti ini amat penting sebagai prasyarat ke arah pemodenan kerana tanpa komitmen penduduk akan menyebabkan segala usaha kerajaan untuk membangunkan negeri dan penduduknya tidak akan tercapai sepenuhnya. Sudah tiba masanya sikap dan pemikiran seperti terlalu bersyukur, tekan-menekan, budaya "Ali Baba", mahu cepat kaya dengan menceburkan diri dalam skim cepat kaya atau kaki nombor ekor, mentaliti "kolar putih" dan sebagainya harus dikikis sepenuhnya dan melihat ke hadapan secara positif.

b. Komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Berdasarkan kepada hakikat bahawa pencapaian kaum bumiputera dalam ekonomi yang kurang memberangsangkan, maka komitmen penuh pihak kerajaan dan agensiny-a sangat diperlukan untuk memartabatkan semula ekonomi kaum bumiputera. Walau bagaimanapun, segala komitmen yang diberikan hendaklah dikaji semula agar tidak terus melahirkan "masyarakat subsidi" dan kelas kontraktor berstatus "Ali Baba"- Persaingan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputerajuga hams diberi perhatian yang sewajarnya. Pada masa kini, kebanyakan cabang ekonomi yang dipelopori oleh kaum bumiputera satu masa dahulu secara perlahan-lahan mula "dirampas" oleh kaum bukan bumiputera termasuk PTI.

194

Page 7: kes koridor pembangunan sabah

Agenda Ekonomi dalam PRU Ke-12

C. Mengurangkan Kemiskinan Tegar dan Jurang Pendapatan Kaum Bumiputera

Di bawah RMK-9, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah meletakkan keutamaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar sehingga ke paras 2.8 peratus menjelang tahun 2010. Untuk tujuan ini, peruntukan berjumlah RM70 juta telah disediakan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) bagi

melaksanakan program-program peningkatan taraf sosioekonomi penduduk miskin tegar terutamanya dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Berdasarkan kepada laporan banci yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Sabah menunjukkan para petani, nelayan dan penternak merupakan antara kumpulan

yang tergolong dalarn kategori miskin.

d. Meningkatkan Kemudahan Asas Kaum Bumiputera

Pihak kerajaan hendaklah terus memberi penekanan kepada pembangunan asas penduduk bumiputera. Dalam bidang pendidikan, pihak kerajaan hendaklah menaik taraf pelbagai kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti mendirikan sekolah, menyediakan kemudahan asrama, bantuan persekolahan, menyediakan guru-guru terlatih di sekolah rendah dan sebagainya. Di bawah RMK-9, Sabah telah menerima peruntukan terbesar untuk pembangunan pendidikannya iaitu sejumlah RM3.4 bilion. Dalam bidang kesihatan dan komunikasi

pula, kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi klinik-klinik kesihatan desa di kawasan pedalaman termasuk meneruskan perkhidmatan doktor udara dan menyediakan kemudahan komunikasi dan jalan raya di kawasan terpencil untuk memastikan kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman.

195

Page 8: kes koridor pembangunan sabah

C. Menurunkan Kadar Pengangguran Kaum Bumiputera

Berdasarkan kepada statistik tahun 2000, kadar pengangguran di negeri ini ialah 5.6 peratus yakni yang tertinggi di Malaysia clan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Kadar pengangguran dalam kalangan lepasan

sekolah, IPTA dan IPTS kaum bumiputera semakin meningkat dari tahun ke tahun dan semakin membimbangkan pihak kerajaan. Kebanyakan daripada lepasan pelajar ini gagal mendapatkan pekerjaan kerana terlalu bergantung kepada sektor awam dan tidak berketerampilan dari

segi kemahiran insaniahnya. Selain itu, keterbatasan peluang-peluang pekerjaan yang mampu disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta di negeri Sabah turut menyumbang kepada permasalahan ini lagi. Olehyang demikian, tidak hairanlah ramai anak muda yang produktif dari

segi ekonomi terpaksa berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan walaupun tidak setara dengan kelulusan akademik mereka.

ANALISIS PERBINCANGAN

Pilihan raya umum ke-12 memperlihatkan satu perubahan yang cukup menarik untuk diteliti dalam konteks perkembangan politik di Malaysia. Hal ini demikian kerana berlaku perubahan besar mengenai hala tuju politik yang memberi kesan kepada hegemoni BN secara umumnya. Kegoyangan politik ini sukar dijangka dan dirarnal oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan penganalisis politik tempatan. Umpamanya,

empat negeri yang selama ini dipegang oleh kerajaan jatuh ke tangan pembangkang iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Sementara Kelantan masih kekal di tangan Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang sudah lama kukuh bertapak di jiwa masyarakatnya. Keputusan ini merupakan cabaran politik semasa yang dikenali sebagai gelombang tsunami yang melanda politik negara.

196

Page 9: kes koridor pembangunan sabah

lgc w cwnuml awam rKU lie-/l

Dalam konteks negeri Sabah, pilihan raya umum ke-12 merupakan satu ujian atau eksperimen terhadap kekuatan dan kewibawaan Kerajaan BN di negeri ini. Hal ini kerana Sabah mempunyai sejarah politik yang unik dan berbeza dengan

negeri lain kerana pemah diperintah oleh lima kerajaan berbeza sejak merdeka melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan pertama Sabah ialah Parti Perikatan dari tahun 1963 hingga 1967, diikuti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO 1967 hingga 1976), Berjaya (1976 hingga 1985), Parti Bersatu Sabah (PBS 1985 hingga 1994) dan BN (1994 hingga kini). Melalui lima kerajaan itu yang pemah mengemudi pentadbiran Sabah antara pembangkang dan kerajaan, rakyat sudah cukup matang untuk menilai kerajaan yang terbaik dalam memberi perkhidmatan. Oleh itu, untuk tidak mengulangi kesilapan lalu, rakyat membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya kali ini bagi memastikan masa depan generasi muda dan negeri ini mempunyai hala tuju yang jelas.

Pada pilihan raya ke-12, Sabah mempunyai kawasan Parlimen sebanyak 26 kerusi dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang telah ditetapkan

oleh SPR Kawasan Parlimen tersebut ialah Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan, Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan manakala DUN negeri pula ialah Banggi, Tanjong Kapor, Pitas, Matunggong, Tandek, Tempasuk, Kadamaian, Usukan, Tamparuli, Sulaman, Kiulu, Karambunai, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang, Tanjong Aru, Petagas, Kapayan, Moyog, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Kuala Penyu, Lumadan, Sindumin, Kundasang, Karanaan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Sugut, Labuk, Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Elopura, Tanjong Papat, Kuamut, Sukau, Tungku, Lahad Data, Kunak, Sulabayan, Senallang, Bugaya, Balung, Apas, Sri Tanjong, Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik. Lihat peta kawasan Parlimen negeri Sabah dan DUN seperti yang ditunjukkan di halaman sebelah.

197

Page 10: kes koridor pembangunan sabah

Lsinarl Ah A Mas!! Tar. sat

Pets 1: Kawasan Parlimen negeri Sabah dan Dewan Undangan Negeri

Walau bagaimanapun, penetapan kawasan-kawasan pil ihan raya ini sama ada kawasan Parlimen clan DUN tidak menjadi persoalan atau isu dalam pilihan raya di negeri Sabah. Hal yang menjadi debaran dan dinanti-nantikan ialah keputusan pilihan raya itu sendiri kerana masyarakat mahu mengetahui sejauhmanakah kekuatan dan dominasi BN serta kemunculan parti-parti baharu terutamanya PKR. Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman:

Setiap kali musim pilihan raya rakyat Sabah akan menganggapnya sebagai satu temasya berikutan ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon bertanding. Orang Sabah

sememangnya sukakan politik dan kehidupan mereka seakan tidak ceriajika tidak mengambil tahu hal-hal atau isu-isu yang berkaitan dengan politik. (Utusan Alelayv, 5 Mac 2008)

Setelah selesai melalui proses pengundian dan proses pengiraan undi di tempat yang telah ditetapkan keputusan diumumkan secara rasmi mengikut kawasan

pilihan raya. Parti-parti politik yang bertanding di kawasan Parlimen sebanyak lima

199

Page 11: kes koridor pembangunan sabah

Agenda Ekonomi da(am PRU Ke-12

buah parti iaitu komponen BN (yang terdiri daripada UMNO dan parti politik peribumi yang lain), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bebas

clan Bersekutu, manakala di kawasan DUN pula terdapat enam parti politik yang bertanding termasuklah PAS. Keputusan pilihan raya umum ke-12 dapat dilihat seperti yang ditunjukkan di bawah:

Jadual 1: Keputusan pilihan raya umum ke-12 : Sabah

Parl imen

DUN

24 (25)

l (5)

0 (19)

0 (I8)

0 (2)

I

Alla j; mýl 59 01 0

(60) (2) (10) (54) 0 (52)

0 (15)

Berdasarkan jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa Kerajaan BN

memenangi 24 kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan dan satu kerusi lagi dimenangi oleh DAP di kawasan Parlimen. DUN Kerajaan BN mendapat 59 daripada 60 kerusi dan sekali lagi DAP memperoleh satu kerusi. Keputusan ini bolehlah dikatakan yang Sabah terus membuktikan bahawa ia masih kekal sebagai 'akaun simpanan tetap' Barisan Nasional apabila berjaya mengulangi kejayaan yang sama pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Seperti Pilihan Raya Umum lalu, BN Sabah memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen dan 59 daripada 60 kerusi DUN yang dipertandingkan. Meskipun BN Sabah mampu menebus semula kerusi di Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu, tetapi pada kali ini kerusi di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong pula terlepas ke tangan DAP. Kemenangan kali ini bagaimanapun disifatkan luar biasa kerana ramai penganalisis politik berpendapat, BN akan turut tergugat pada kali ini khususnya dengan isu-isu yang dibawa oleh PKR Sabah. Walaupun sebelum ini BN Sabah berhadapan dengan masalah dalaman beberapa parti komponen menjelang hari

199

Page 12: kes koridor pembangunan sabah

Ismail Ali & Mash Tarsw

penamaan calon tetapi keadaan itu ternyata tidak menjejaskan BN untuk memperoleh

mandat yang besar. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika

mengumumkan kemenangan BN Sabah:

Salah satu punca BN berjaya mengekalkan kerusinya adalah disebabkan oleh faktor jentera BN yang baik dan tersusun. Sebab lain BN Sabah menang ialah kerana rakyat di negeri ini terhutang budi dengan Kerajaan Pusat yang banyak

memberi kemajuan kepada rakyat Sabah. (Utusan Afela}w, 10 Mac 2008)

Sehubungan dengan itu, agenda ekonomi iaitu pelancaran SDC seperti yang telah diterangkan dari segi latar belakang, misi atau matlamat dan pelaksanaan sebenarnya tidak banyak mempengaruhi pilihan raya ke-12, jika dibandingkan dengan masalah- masalah semasa lain seperti soal tanah anak negeri, harga minyak, PTI dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sebahagian masyarakat masih tidak memahami sepenuhnya tentang pembangunan SDC ini dalam RMK-9. Perkara ini jelas melalui kaca mata penulis, sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dijalankan secara keseluruhannya. Sebagai contoh, penelitian dibuat terhadap pilihan raya di kawasan P178 Sipitang dan N. 28 Sindumin. Bagi P. 178 Sipitang, jumlah pengundi sebanyak 24,145 orang yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Brunei, Kedayan, Lundayeh, Murut dan sebagainya. Calon BN disandang oleh Datuk Sapawi Ahmad (yang menggantikan Datuk Yusof Yaacob) ditentang Karim Tassim mewakili PKR. Sementara N. 28 Sindumin yang mempunyai pengundi sebanyak 12,828 orang diwakili oleh Ahmad Bujang dari BN menentang calon PKR iaitu Ramli Dua. Semasa

proses kempen dan ceramah-ceramah politik diadakan hakikatnya tiada perbincangan agenda SDC kepada masyarakat dibuat. Bermaksud, SDC tidak dijadikan alat utama dalam siri-siri kempen untuk tujuan mempengaruhi pemikiran pengundi.

Pada pandangan penulis pelancaran SDC ini terlalu lewat di Sabah seolah_ olah belum ada bentuk perkembangan ekonomi dan pembangunan di bawah SDC

yang nyata atau dirasai oleh masyarakat di Sabah. Bersabit dari hal inilah agenda ekonomi di bawah SDC tidak dikaitkan secara langsung dengan piJihan raya. Mereka lebih menumpukan isu-isu biasa dalam pilihan raya seperti kenaikan harga minyak clan PTI yang menjadi masalah besar kepada masyarakat. Namun begitu, melaluii keputusan pilihan raya di kawasan P. 178 Sipitang telah dimenangi oleh Datuk Sapawi Ahmad dan N. 28 Sindumin disandang oleh Ahmad Bujang juga dari BN. Lihat keputusan kedua-dua kawasan tersebut seperti jadual yang ditunjukkan ladual 2.

200

Page 13: kes koridor pembangunan sabah

Agenda Ekonomi dalam PRU Ke-12

Jadual 2: Keputusan kawasan P. 178 dan N. 28 Sindumin

P. 178 SIPITANG . Jumlah Pengundi: 24,145

Peratusan Kaum: B/1: 80.5ü/o E3/H/1: 14. U'1"/o G: 4. Y9% L: u. 34 ro

1. Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (BN) (11,905) 2. Karim Tassim (PKR) (5,759) Majoriti: 6,146' Jumlah undi: i ä, 195 Peratus mengundi: 75.36%

:.: . 531 Undi rosak.

Penyandang: Datuk YusofCa, Josree Yaacob (BN) (Majoriti: ) Menang Tanpa Bertanding

r'N? R CRJfltIMfN+-.... --'" .Y_. ý... ," "n:, ... ý+ ý. rA -r, ve. rý r.. " niaotl s[" .ý

-ý...., ., ý Lý. ý.. _. .. __. .ý ýt ,. I..

Jumlah Pengundi: 12,82g :.. 1 ' Peratusan Kaum: B/i: 72.16% BB/i: 12.34% C: 5.96% L' 0.54% 6' ._..

1. Ahmad Bujang (BN) 2. Ramli Dua (PKR) (3,730) Majoriti: Jumlah undi: Peratus mengundi: 11ndi -o4. k

. aa

VUYI  V. lolý.

._.. ..... .... ..... t

Penyandang: Datuk Sapawi Ahmad (BN) (Majoriti: 1,668 undi)

(5,634)

,. "1,904. 9,549 . 74.44% - 1R5

.....

Berdasarkan jadual tersebut, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan BN masih kukuh dan diterima oleh masyarakat walaupun berlaku pergolakan dan cabaran dalam

politik semasa. Sejak BN mengambil alih pentadbiran daripada negeri ini selepas pilihan raya umum ke-9 pada tahun 1994, pelbagai bentuk pembangunan telah dibawa

oleh Kerajaan Pusat yang sebelum ini tidak pernah difikirkan oleh rakyatnya. Pembangunan secara berperingkat dan usaha membasmi kemiskinan terus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membawa Sabah seiring dengan kemajuan di negeri lain. Berdasarkan kepada zaman gelap politik Sabah

sebelum ditadbir BN, rakyat merasakan penderitaan selama berada di bawah kerajaan

pembangkang menjadi sebab utama untuk parti pembangkang ditolak pada kali ini. Berbeza dengan senario politik di negeri-negeri sebelah utara Semenanjung yang menyaksikan reformasi kerajaan, rakyat Sabah yang pernah mengalami pengalaman itu memilih untuk terus bersama BN. Oleh itu, dengan faktor kronologi sejarah politik Sabah dan isu-isu utama yang lain telah dapat mengetepikan agenda ekonomi dalam SDC yang dilancarkan oleh kerajaan dalam konteks pilihan raya ke-12 ini.

201

Page 14: kes koridor pembangunan sabah

Lvnm! Ah & Afash Tannt

PENUTUP

Sejarah kemerdekaan Sabah dan kemasukannya ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 nampaknya telah banyak membawa perubahan dan pembangunan kepada

negeri ini berbanding zarrtan sebelum tahun 1963. Bermula dari pentadbiran Kerajaan

Perikatan Sabah hingga kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (BN) pada masa kini, pelbagai agenda pembangunan telah digubal dan diimplementasikan oleh kerajaan

untuk membangunkan ekonomi bumiputera. Vb`alaupun secara relatifnya proses modenisasi dan pembangunan ekonomi kaum bumiputera Sabah masih jauh ketinggalan berbanding dengan lain-lain kaum di negeri ini namun tidak harus dijadikan alasan dan sentiasa menyalahkan pihak kerajaan. Oleh yang demikian, pelancaran SDC yang bersifat pembangunan rakyat perlu diambil peluang oleh kaum bumiputera untuk keluar dari kepompong atau kemelut ekonomi. Menjadi harapan agar SDC akan dapat

merealisasikan misi clan visi kerajaan untuk melihat kaum bumiputera "cemerlang, gemilang clan terbilang" pada masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. 2005. Pembangunan dan Kesejalueraan: Agenda Kemanusiaan Abadke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei. 1988. Isu, Konsep dun Dimensi Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Frank, A. G. 1967. Capitalism and Underdevelopment in Latin America. New York: Monthly Review Press.

Gordon, P. Means. 1976. Afalaysian Politics. London: Hodder & Stoughton. Herman Luping. The Formation of Malaysia Revisited dalam Jeffrey Q Kitingan dan

Maximus J. Ongkili. 1989. (ed. ). Sabah 25 Years Later 1963-1988. Kota Kinabalu; Institute for Development Studies (Sabah).

Institut Kajian Pembangunan (Sabah). 1998. Pencapaian PembangunanSabah Afenjelang Abad ke-21. Kota Kinabalu.

Jeffrey Q Kitingan & Maximus J. Ongkili. 1989. (ed. ). Sabah 25 Years Later 1963-1988, Kota Kinabalu: Institute for Development Studies (Sabah).

Kerajaan Negeri Sabah. 1995. Rangka RancanganJangka Panjang Sabah 1995-2010_ Kota Kinabalu.

. New Sabah Times: 27 Julai 2007. Sullivan, Anwar & Cecilia Leong. 1981. A Commemorative History ofSabah 1881-1981,

Kota Kinabalu: Sabah State Government.

202