kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 lva1 app6892532

14
KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015 SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE -58 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU ANJURAN : #sehatisejiwa

Upload: anonymous-ntjf3c0in

Post on 08-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

qwerty

TRANSCRIPT

Page 1: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2015

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE -58

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGRAAN / KAJIAN TEMPATAN SERTA

PUSAT SUMBER SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA DUNIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

#sehatisejiwa

Page 2: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / Kajian Tempatan serta Pusat

Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Relau (PSSKSR) dengan kerjasama Panitia Dunia

Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni

Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah

Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014. Justeru, pihak Panitia dan PSS akan

mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti

yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah

dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang

dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai

pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra

dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan

adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-

guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah

tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai

pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam

peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri

Relau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid

yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Relau di peringkat yang lebih tinggi

seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Page 3: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA

ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.

iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam

rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan

yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.

vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas

nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk

mengekalkan kemerdekaan ini.

viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih

atas jasa-jasa mereka.

ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan

menghayati tema sambutan kemerdekaan.

x. Mencungkil bakat pelajar.

xi. Menguji pengetahuan am para pelajar

xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.

xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu

semasa.

xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan

audien.

xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat

tradisional daripada luput ditelan zaman.

Page 4: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegraan /

Kajian Tempatan serta Pihak Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Ketua Panitia

Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia

Pendidikan Moral bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 5 Ogos 2014 hingga Majlis Penutupan Bulan

Kemerdekaan pada 16 September 2014.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau. (Termasuk guru dan murid

Pendidikan Khas dan Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan

murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan

semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama

guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.

Page 5: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh

1. Pertandingan nyanyian lagu

merdeka (solo)

Muzik / Bilik

Muzik

Semua kelas Tahap II

(Tahun 3-6) dan guru-guru

kelas tahap II

27 Ogos 2014

2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni

Visual / Bilik

PSV

Tahap I ( Tahun 1-3), Pra

sekolah dan Pendidikan

Khas dan guru-guru

Pendidikan Seni Visual.

11 Ogos – 22 Ogos

2015

3. Pertandingan Menghias Kelas

(mengikut tema

Kemerdekaan)

Sejarah / Kelas

masing-masing

Semua murid dan semua

guru kelas.

12 Ogos- 28 Ogos

2014

4. - ‘Kami Anak Malaysia’ ---

Nyanyian Lagu Patriotik

oleh semua murid (pada

waktu perhimpunan )

Semua murid dan semua

guru.

Sepanjang Bulan

Kemerdekaan

5. Pertandingan Fesyen

Merdeka

- Persembahan Pakaian

Rakyat Malaysia

Berbilang kaum

Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 28 Ogos 2015

6. Pertandingan Basikal Berhias PSK, KT /

Sejarah

Semua Murid Sekolah 25 Ogos 2015

7. Pelancaran mengibarkan Jalur

Gemilang -

Menghiasi persekitaran

sekolah dengan Jalur

Gemilang , poster

Kemerdekaan dan lain-lain

Pendidikan Moral

/ PSK, KT

Semua murid, guru dan staf

sekolah.

Sepanjang Bulan

Ogos

8. Pameran Merdeka (Sudut

Sejarah)

PSK, KT, Sejarah

dan Pend. Moral

Semua Murid Sepanjang Bulan

Kemerdekaan

Page 6: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

8. i. Kuiz Kemerdekaan

ii. Melukis logo sambutan

kemerdekaan SKSR

Murid Tahun 3-6 (wakil dari

setiap kelas)

Murid Tahun 4-6 ( wakil

dari setiap kelas

18 Ogos 2014

17 Ogos - 21 Ogos 2015

9. Tayangan video sempena

bulan kemerdekaan

Pusat Sumber

Sekolah

Tayangan film selepas

waktu persekolahan untuk

murid-murid dengan

bayaran.

16 Ogos - 21 Ogos

2015

10. Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

i. Perhimpunanan Khasii. Deklamasi Sajak

Patriotikiii. Dikir Barativ. Skesta perjuangan

tokoh-tokoh

Semua murid dan guru

berhimpun di dewan terbuka

sekolah

28 Ogos 2015

11. Perhimpunan Hari Malaysia / Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan

21 September 2015

Page 7: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Kos Bilangan

hadiah

Anggaran

Perbelanj

aan

1. Hadiah

i. Pertandingan Nyanyian lagu patriotik (solo )

ii. Pertandingan Mewarna ( Tahap I)

iii. Pertandingan Menghias Kelas.

Pertandingan Fesyen Merdeka

Pertandingan Basikal Berhias

- Pertama (4 Kelas)- Kedua (4 Kelas)- Ketiga (4 Kelas)

- Prasekolah i. Pertama

ii. Keduaiii. Ketiga

- Pendidikan Khas i. Pertama

ii. Keduaiii. Ketiga

- Tahap 1

i. Pertama (3 tahun)ii. Kedua (3 tahun)

iii. Ketiga (3 tahun)

- Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3 - Tahun 4 - Tahun 5

- Pertama - Kedua- Ketiga- Sagu Hati

- Pertama - Kedua- Ketiga

RM 8 × 4RM 7 × 4 RM 5 × 4

RM 8RM 7RM 5

RM 8RM 7RM 5

RM 8 × 3RM 7 × 3 RM 5 × 3

RM 50RM 50RM 50RM 50RM 50

RM 8RM 7RM 5RM 3 (3×)

RM 10RM 9RM 8

RM 80.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 60.00

RM 250.00

RM 29.00

RM 27.00

Page 8: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

iv. Kuiz Kemerdekaan

v. Pertandingan Melukis logo Hari Kemerdekaan

- Tahap 1 (2 tahun )(Tahun 2 & 3)

- Tahap 2 ( 3 tahun)

i. Pertama (5 tahun)ii. Kedua ( 5 tahun)

iii. Ketiga ( 5tahun)

- Tahap 2 ( 3 Kelas)

i. Pertama (3 Kelas)ii. Kedua ( 3 Kelas)

iii. Ketiga (3 Kelas)

RM 8 × 5RM 7 × 5RM 5 × 5

RM 8 × 3RM 7 × 3RM 5 × 3

RM 100.00

RM 60.00

2. Perhiasan

i. Bendera Kecil (Perhiasan)

ii. Bendera besar-Malaysia-Pulau Pinang

iii. Banner ( Sambutan Hari Kemerdekaan)

iv. Dokumentasi

200 × RM1

10 × RM 12

RM 200.00

RM 120.00

RM 100.00

RM 30.00

3. Sudut Patriotisme dan Pameran Hari Kemerdekaan

i. Banner & Bunting RM 60.00

Jumlah RM 1156.00

Page 9: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis

8.15 pagi - Perhimpunan

- Bacaan doa

- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Pulau

Pinang dan lagu ‘Standing In The Eyes of

The World’

- Lafaz ‘Rukun Negara’

- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

- Persembahan Multimedia

- Penyampaian Hadiah (Pertandingan

mewarna, Kuiz, poster)

- Pertandingan Fesyen Merdeka

- Persembahan Basikal berhias

- Penyampaian hadiah ( Pertandingan basikal

berhias dan kelas terceria dihiasi bertemakan

kemerdekaan)

- Nyanyian lagu-lagu patriotik (solo) –

pemenang-pemenang pertandingan

- Nyanyi bersama-sama

- Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fesyen

Merdeka, Pertandingan nyanyian solo)

- Penutup

Page 10: Kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah 150811075123 Lva1 App6892532

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau ini

memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan

pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang

postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi

budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Seri Relau dapat

memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk

budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________

(MANGALAM A/P ILANGKOVAN)

Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

Disemak oleh,

...............................................

(PN SALMAH BINTI ISMAIL)

Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

Diluluskan oleh,

.................................................

(PN NORSILAWTI BINTI ISHAK)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seri Relau.