kertaskerjakarnivalsenidan budaya2013
DESCRIPTION
contoh kertas kerjaTRANSCRIPT
PENDAHULUANSeni dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kebudayaan yang merangkumi adat resam dan amalan masyarakat menjadi jati diri setiap bangsa di dunia. Melalui kebudayaan, jati diri murid dipupuk sehingga melahirkan insan yang mampu menjana kemajuan sosioekonomi dan politik di negara kita. Begitulah pentingnya kebudayaaan dan kesenian sebagai khazanah warisan yang tiada ternilai harganya. Sistem pendidikan negara kita tidak melupakan kepentingan seni dan budaya. Hal ini nyata dapat dilihat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedang giat dijalankan pada semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan melangkaui hingga ke peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian, tahun 2013 untuk pertama kalinya Kelab Seni dan Budaya akan menganjurkan program Karnival Seni dan Budaya untuk warga pelajar dan pendidik SMK Sungai Lembing. Tanggungjawab untuk melaksanakan dan merealisasikan amanah yang telah diberikan pasti akan digerakkan oleh pelajar, guru serta semua yang merupakan nadi penggerak utama dalam memantapkan sesebuah organisasi.
RASIONALSejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina dan melonjakkan modal insan murid yang berketerampilan dan bertaraf dunia, maka penyediaan program dan aktiviti serta penglibatan murid pada peringkat antarabangsa amat digalakkan. Justeru, bagi menyahut dan merealisasikan hasrat tersebut maka SMK Sungai Lembing merancang untuk mengelolakan program ini melalui kokurikulum Kelab dan Persatuan.
Sehubungan dengan itu, program ini perlu dijadikan sebagai landasan atau titik tolak dalam pembentukan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Karnival ini perlu dilaksanakan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta membentuk pelajar berktrampilan diri yang positif. Pelajar juga dapat memperkasakan jati diri, berkeyakinan tinggi dan bijak bergaul dalam komunitinya. Secara tidak langsung dapat melahirkan generasi pewaris bangsa yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang. MATLAMAT
1.Mendekatkan pelajar-pelajar dengan seni dan budaya yang telah menjadi tradisi dan kebanggaan masyarakat kita dahulu.
2.Menjadikan Kelab Seni dan Budaya SMK Sungai Lembing sebagai kelab yang mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar lain.
3.Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia.
4.Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik seni semua kaum di
Malaysia.
5.Melatih pelajar mematuhi disiplin sama ada secara fizikal , mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa akan datang.
6. Melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, kreatif, berketrampilan, mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap organisasi, sekolah, masyarakat dan negara.TARIKH
21 OGOS 2013TEMPAT
SMK Sungai LembingSASARAN
Semua Pelajar SMK Sungai LembingCADANGAN AKTIVITI PROGRAMA) Pameran bagi kaum Melayu, Cina, India dan Asli:a) Makanan Tradisionalb) Pakaian Tradisionalc) Alatan Muzikd) Tarian
e) Adat Istiadat
f) Cerita Rakyat
g) Kaligrafi B ) Lain-lain
a) Tayangan Slaidb) Kuiz di setiap Stesen
c) Demontrasid) Pertandingan
C) Persembahan Kesenian dan KebudayaanPENUTUPDengan terlaksananya program Karnival Seni dan Budaya di sekolah ini, diharapkan dapat membentuk pelajar yang menggunakan masa lapang mereka dengan berguna. Selain itu, aktiviti ini dijangka dapat memupuk kekentalan fizilal, emosi dan mental yang tinggi dalam kalangan warga guru dan pelajar bagi menghadapi situasi yang agak mencabar serta memperkasakan lagi seni warisan budaya bangsa agar generasi akan datang menghargai kesenian yang cukup gah ini.TENTATIF PROGRAM1.30 petang
:- Para guru dan pelajar berkumpul di Dataran Ilmu.
Taklimat / Pelancaran Karnival
2.00 petang
:- Karnival Seni Budaya 2013
- Pameran
- Aktiviti di setiap stesen
* Kuiz di setiap Stesen
- Persembahan Kesenian dan Kebudayaan
- Pertandingan Stesen Pilihan
4.00 petang
:- Penyampaian Hadiah 4.30 petang
:- BersuraiAHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
:Tn. Hj. Mohamad Azhar bin Mohamad Ishak
Timbalan Pengerusi
: En. Mohd Azmi bin Nor
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I
: Ustaz Mohammad Nasir bin Abdul Rahman
(GPK Hal Pentadbiran)Naib Pengerusi II
: Cik Norjanah binti Suhadi
(GPK Hal Ehwal Murid)Penyelaras Program
: Cik Hazlinda binti YusofSetiausaha Program
: Puan Rosazelina binti AbdullahAJK Pelaksana
: -1-Teknikal
: Cik Norasikin binti Sabaruddin Cik Azilla binti Junid 2- Hadiah & Cenderahati : Pn Nor Suliha binti Yaakob
Cik Aisyah binti Talib
3- Buku program
: Encik Faizal bin Abdul Halim4- Persiapan Tempat
: En Ros Khairul Irwan bin Abdullah
En Hazizi bin Hazzan
5- Penyelaras Aktiviti
: Encik Fairul Izzat bin Abdullah 6- Siaraya
: En Rozaki bin Abdullah
YM Tengku Abdul Halim bin Tengku Abdul Rahman7- Kebersihan &
: En Abu Bakar bin Draman Keselamatan
En Parizal bin Ahmad Zuhdi
Wakil Pelajar setiap kelab dan persatuan8- Dokumentasi
: En Mohd Azmi bin Buang9- Pameran
: Kelab dan Persatuan
AGIHAN TUGASKESENIAN & KEBUDAYAAN MELAYU Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi KESENIAN & KEBUDAYAAN ASLI Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Suku kaum
KESENIAN & KEBUDAYAAN INDIA Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi
Beras warna
KESENIAN & KEBUDAYAAN CINA
Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi
PENDAPATAN DAN PERBELANJAANPENDAPATAN:
BILSUMBER KEWANGANPENDAPATAN
1
KOKURIKULUMRM 500
JUMLAHRM 500
PERBELANJAAN:BILSENARAI PERBELANJAANKOS PERBELANJAAN
1.
2.Hadiah Pertandingan
Kuiz (setiap stesen)
4 (stesen) x 50 hadiah x RM 2.00
Stesen Pilihan
1 x RM 30.00
Peralatan RM 400.00
RM 30.00
RM70.00
JUMLAHRM 500
Perincian pertandingan seperti di Lampiran 1PERAKUAN PEMOHONDengan ini, saya mengakui bahawa semua keterangan yang diberikan adalah benar.
Nama
:HAZLINDA BINTI YUSOFJawatan
:PENYELARAS KARNIVAL SENI DAN BUDAYATandatangan
:.
Tarikh
:10 JULAI 2013
UNTUK KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKOLAH
Permohonan ini disokong / tidak disokong.Ulasan :-
........................................................................................................................................................................Tandatangan
:..
Nama dan Jawatan:...........................................LAMPIRANBORANG UNDIAN BAGI STESEN PILIHANSTESEN PILIHAN
CONTOH SOALAN-SOALAN KUIZ
BILSOALANJAWAPAN
1Apakah maksud perkataan Islam?Penyerahan @ menyerah diri kepada Allah swt
2Siapakah pemulih keimanan monoteistik?Nabi Muhammad saw
3Apakah yang dibawa semasa menghantar tanda dalam adat perkahwinan?Sebentuk cincin
4Di manakah jemput menantu diadakan?Di rumah pengantik lelaki
5Siapakah yang sanggup berkahwin dengan seekor beruk?Puteri bongsu
6Apakah pengajaran bagi Cerita Bunga Cengkih?-Jangan takut mencuba perkara baru.
-Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.
-Komunikasi amat penting dalam perhubungan.
KARNIVAL SENI DAN BUDAYA
Penyelaras : Cik Hazlinda binti Yusof
Pen. Penyelaras: Puan Rosazelina binti AbdullahKARNIVAL SENI VISUAL
Penyelaras : En Ros Khairul Irwan bin Abdullah
Pen. Penyelaras: Cik Norasyikin binti Sabaruddin
KESENIAN & KEBUDAYAAN MELAYU
Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi
KELAB SENI & BUDAYAKESENIAN & KEBUDAYAAN ASLI
Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Suku kaum
KELAB SEJARAH & GEOGRAFI
KESENIAN & KEBUDAYAAN INDIA
Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi
Beras warna
KELAB RUKUN NEGARA & PERSATUAN BAHASA TAMILKESENIAN & KEBUDAYAAN CINA
Pakaian tradisional
Muzik
Peralatan
Makanan
Kaligrafi
PERSATUAN BAHASA MELAYU & PERSATUAN BAHASA CINA
ANYAMAN KERTAS
Jenis-jenis anyaman
Contoh-contoh anyaman yang telah siap
Peralatan anyaman
Instruktor
PERSATUAN AGAMA ISLAMANYAMAN BAKUL
Contoh-contoh bakul yang telah siap
Peralatan untuk membuat bakul
Instruktor
PERSATUAN SAINS & MATEMATIK
CAT BATU
Contoh-contoh batu yang telah dicat
Peralatan mengecat batu
Instruktor
KELAB SPBTMENCANTING BATIK
Contoh-contoh batik yang telah siap
Peralatan untuk mencanting
Instruktor
KELAB KEPENGGUNAAN & KEUSAHAWANAN
KERTAS KERJA
KARNIVAL SENI & BUDAYA
SENIKAN CARAMU, BUDAYAKAN HIDUPMU
Anjuran
KELAB SENI DAN BUDAYA
SMK SUNGAI LEMBING
Kepada
SEMUA PELAJAR
SMK SUNGAI LEMBING
Tempat
SMK SUNGAI LEMBING
Pada
21OGOS 2013
PAGE - 10 -