kertas+kerja+ihya+ramadhan+1431h

17
KERTAS KERJA PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H / 2010M PERINGKAT KUCHING.

Upload: hayati-haris

Post on 29-Jun-2015

3.650 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

KERTAS KERJA

PROGRAM PENGHAYATAN

RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H / 2010M

PERINGKAT KUCHING.

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”

Page 2: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

KERTAS KERJAPROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1431H

PERINGKAT KUCHING.

1.0 MUQADDIMAH

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak seringkali dirindui dan ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba Allah yang beriman. Pelbagai keberkatan dan ganjaran yang hadir bersama kedatangan bulan yang mulia ini seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua insan yang mengaku beriman kepada Allah Taala. Ramadhan sewajarnya di’imarahkan dan diihya’kan secara komited dan konsisten di pelbagai peringkat masyarakat. Justeru, atas kesedaran terhadap perkara ini, kertas kerja ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai salah satu usaha ke arah membangunkan kesedaran di kalangan warga pelajar, warga pendidik dan masyarakat Muslim di Bintulu tentang peri pentingnya menghidupkan bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha yang dijalankan ke arah mendekatkan diri kepada Allah ini akan mendapat sokongan dan dokongan yang jitu daripada semua pihak.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar, para pendidik dan masyarakat muslim di Kuching tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan.

2.2 Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga muslim di sekolah dalam menghayati amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan.

2.3 Memanfaatkan tenaga dan ilmu di kalangan semua Guru Pendidikan Islam dan guru-guru muslim yang lain yang bertugas di Kuching.

2.4 Menyuburkan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat setempat serta mengaktifkan peranan warga pendidik dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah.

2.5 Mewujudkan jalinan ukhuwwah islamiyyah di antara warga pendidik dan masyarakat tempatan serta agensi-agensi Islam di Kuching khususnya dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

3.0 TEMA

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”

4.0 TARIKH

28 Sya’ban 1431H sehingga 25 Ramadhan 1430Hbersamaan 8 Ogos 2009 sehingga 3 September 2009

6.0 ANJURAN

2

Page 3: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

6.1 Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (UNIT KUCHING)

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program Ihya’ Ramadhan 1430H Peringkat Kuching pada tahun ini akan dilaksanakan dalam lima bentuk program yang akan dinyatakan secara ringkas di bawah :-

7.1 PROGRAM 1 PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

1. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

7.2 PROGRAM 2 PROGRAM PENGISIAN ILMU

1. Tazkirah Malam Ramadhan2. Kuliah Subuh Ramadhan3. Kuliah Dhuha Ramadhan - (Program Khas Untuk Wanita)

7.3 PROGRAM 3 PROGRAM KEBAJIKAN

1. Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah

7.4 PROGRAM 4 PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kampung Jepak 2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Assyakirin dan Masjid

Darul Hidayah

7.5 PROGRAM 5 PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN

Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah rendah, sekolah menengah, masjid dan surau di Kuching

8.0 SASARAN

Program ini memfokuskan kepada empat kelompok sasaran :

8.1 Semua murid muslim di sekolah rendah dan menengah di Kuching.8.2 Semua warga muslim di kalangan pendidik dan kakitangan di sekolah rendah

dan menengah di Kuching.8.3 Semua Guru Muslim yang bertugas di Kuching.

3

Page 4: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

8.4 Semua masyarakat muslim di Kuching .

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAMSila rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN KASAR BELANJAWAN KESELURUHAN PROGRAMSila rujuk lampiran 2

11.0 PERINCIAN ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN PROGRAMSila rujuk lampiran 3

12.0 PENERANGAN RINGKAS TENTANG PELAKSANAAN PROGRAMSila rujuk lampiran 4

13.0 MEKANISME DAN BENTUK SUMBANGAN ATAU TAJAAN

Sumbangan atau tajaan boleh disalurkan melalui mekanisme berikut :

13.1.1 Sumbangan wang tunai13.1.2 Sumbangan berbentuk peralatan alat tulis dan percetakan13.1.3 Tajaan penyediaan makanan dan minuman 13.1.4 Tajaan hadiah dan cenderamata program13.1.5 Tajaan percetakan Risalah Sinar Ramadhan 1431H13.1.6 Sumbangan melalui cek atau pindahan di atas talian di atas nama :

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak No. Akaun : 11022010032002 (Bank Islam Malaysia Berhad)

14.0 MEKANISME PERHUBUNGAN

Untuk sebarang urusan perhubungan berkaitan dengan sumbangan, tajaan atau perincian maklumat berkaitan dengan program, pihak jawatankuasa boleh dihubungi melalui :

Nama No. Telefon E-mail

Ustaz Muhammad Ismail

(Pengerusi Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1431H)

019-8277404

Ustaz Afnan Faiz Ridzuan b Ahmad

013-3789411 [email protected]

4

Page 5: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

(Timbalan Pengerusi Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1431H)

15.0 PENUTUP

Pihak jawatankuasa pengelola amat mengharapkan agar usaha yang mulia ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat demi ke arah menjayakan cita-cita murni yang telah digariskan di dalam objektif yang telah dinyatakan di atas. Semoga amal yang kecil dan usaha yang sedikit ini akan dikurniakan keikhlasan oleh Allah Taala kepada pelaksananya dan semua pihak yang terlibat serta mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah Taala.

Disediakan oleh,

USTAZ MUHAMMAD BIN ISMAILPengerusi,Jawatankuasa Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H,

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAJAWATANKUASA PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

PERINGKAT KUCHING

Pengerusi : Ustaz Muhammad bin Ismail Timbalan Pengerusi : Ustaz Afnan Faiz Ridzuan bin AhmadSetiausaha : Ustazah Meiyusnita binti RajabBendahari : Ustaz Hafiz Amri bin Abd Rahim

Ahli Jawatankuasa Kerja :

Penyelaras Program 1 : Ustaz Muhammad bin Ismail

Penyelaras Program 2 : Ustaz Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad

Penyelaras Program 3 : Encik Syamsul Bahri

Penyelaras Program 4 : Encik Abdul Walid bin Sulaiman

5

Page 6: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

Penyelaras Program 5 : Ustazah Norfazlini

LAMPIRAN 2

ANGGARAN KASAR BELANJAWAN KESELURUHAN PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1430H

PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU.

BIL PERKARA JUMLAH

1 Program 1 : Program Di Ambang Ramadhan RM 2 400.00

2 Program 2 : Program Pengisian Ilmu RM 580.00

3 Program 3 : Program Kebajikan RM 8 900.00

4 Program 4 : Program Bersama Masyarakat RM 11 190.00

5 Program 5 : Risalah Sinar Ramadhan RM 1 072.00

6 JUMLAH KESELURUHAN RM 24 142.00

Perincian anggaran perbelanjaan bagi setiap program boleh dirujuk dalam lampiran yang disertakan bersama kertas kerja ini.

6

Page 7: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

LAMPIRAN 3PERINCIAN ANGGARAN BELANJAWAN

PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL- MUBARAK 1430HPERINGKAT BAHAGIAN BINTULU.

PROGRAM 1PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

1. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Kain Rentang RM120.00 sehelai X 2 helai RM 240.00

2 Air Mineral RM10.00 sekotak X 10 kotak RM 100.00

4 Kos Jamuan RM 5.00 X 300 orang RM 1 500.00

5 Saguhati Ahli Panel RM 100 X 4 orang RM 400.00

6 Rencam RM 160.00

JUMLAH RM 2 400.00

PROGRAM 2 PROGRAM PENGISIAN ILMU

1. Tazkirah Malam Ramadhan 4. Kuliah Dhuha Ramadhan (Untuk Muslimat)2. Kuliah Jumaat Ramadhan3. Kuliah Subuh Ramadhan

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH1 Kain Rentang RM120.00 sehelai X 4 Helai RM 480.00

2 Air Mineral Penceramah RM10.00 sekotak X 10 Kotak RM 100.00JUMLAH RM 580.00

7

Page 8: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

PROGRAM 3PROGRAM KEBAJIKAN

1. Sumbangan Anak Yatim dan Fakir Miskin2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah (Pertemuan dengan keluarga miskin)3. Gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk anjuran

AKTIVITI 1 : Sumbangan Anak Yatim Dan Fakir Miskin

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH1 Jamuan berbuka RM 5 X 250 RM 1 250.002 Wang Saguhati RM 50 X 2 RM 100.003 Sumbangan anak yatim dan fakir miskin RM 100 X 50 RM 5 000.00

Jumlah RM 6 300.00

AKTIVITI 2 : Ziarah Dakwah Dan Ukhuwwah

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH1 Sumbangan keperluan dapur RM 50 X 50 RM 2 500.002 Rencam RM 100.00

Jumlah RM 2 600.00

JUMLAH KESELURUHAN

BIL. PERKARA JUMLAH

1 Aktiviti 1 : Sumbangan Anak Yatim & Fakir Miskin RM 6 300.00

2 Aktiviti 2 : Ziarah Dakwah Dan Ukhuwwah RM 2 600.00

JUMLAH RM 8 900.00

8

Page 9: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

PROGRAM 4PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kg Kolong 2

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1. Pengurusan awal Fotostat Surat – menyurat

RM 50.00

2. Makanan dan minuman

kurma +air mineral

Nasi+lauk +sayur+air

Air + kuih

RM 1.50 x 500 orang

RM 5.00 x 500 orang

RM 2.50 x 500 orang

RM 750.00

RM 2 500.00

RM 1 250.00

3. Khemah RM 250.00 x 3 RM 750.00

4. Banner BrosurTag Urusetia

RM 150.00 x 3RM 0.30 x 500 kepingRM 2.00 x 50

RM 450.00RM 150.00RM 100.00

5. Cenderamata Penceramah Cenderamata surau

RM 100.00 x 1RM 50.00 x 1

RM 100.00 RM 50.00

6. Kebersihan Plastik Sampah RM 8.00 x 5 RM 40.00

7. Rencam

RM 200.00

JUMLAH RM 6 390.00

9

Page 10: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Taman Malihah

BIL

PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Jamuan Sahur Jama’ie Masjid Assyakirin

RM7.00 seorang x 300 orang RM 2 100.00

2 Sagu Hati Penceramah RM100.00 seorang x 2 orang RM 300.00

4 Cetakan Bahan Edaran- Panduan Qiyamullail

RM 200.00

5 Rencam RM 100.00

JUMLAH RM 4 800.00

JUMLAH KESELURUHAN UNTUK PROGRAM 3

BIL PERKARA JUMLAH1 Majlis Ifthor Jama’ie RM 6 390.002 Qiyamullail dan Sahur Jama’ie RM 4 800.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 11 190.00

PROGRAM 5PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN

Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah rendah, sekolah menengah, masjid dan surau di Kuching

BIL PERKARA BILANGAN HARGAPER UNIT (RM)

JUMLAH

1 Percetakan Risalah (A3) 1000 kpg x 5 keluaran 0.20 RM 1 000.00

2. Percetakan Poster (A3) 6 jenis x 60 helai 0.20 RM 72.00

JUMLAH RM 1 072.00

10

Page 11: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

LAMPIRAN 4

PENERANGAN RINGKAS TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H / 2010.

Terdapat lima bentuk program yang akan dilaksanakan pada tahun ini dalam Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (unit Kuching). Program–program tersebut ialah seperti berikut :

PROGRAM 1 : PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

2. Forum Di Ambang Ramadhan Dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan

Forum ini akan diadakan di Masjid At-Taqwa,Kg Pinang Jawa, Gita pada 8 Ogos 2009. Objektif program ini adalah untuk memberikan ilmu tentang ibadat puasa sebelum kedatangan Ramadhan dan menanamkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menghayati kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini akan dianjurkan dengan kerjasama pihak AJK Masjid At-Taqwa dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Sasaran program ini adalah untuk semua lapisan masyarakat Islam di Kuching. Bersempena dengan program ini juga, Tabung Infaq Ramadhan akan dilancarkan untuk mengumpul dana pelaksanaan PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK yang telah dirancang untuk dilaksanakan di Kuching.

PROGRAM 2 : PROGRAM PENGISIAN ILMU

1. Tazkirah Malam Ramadhan

Program ini akan dilaksanakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan di beberapa buah masjid dan surau yang telah dipilih. Para pentazkirah yang dilantik akan menyampaikan tazkirah ringkas selama 15 minit sebelum Solat Sunat Tarawih didirikan.

2. Kuliah Subuh Ramadhan

Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad selepas solat subuh di Masjid Taman Sukma dan Masjid Darul Ibadah Kg Kudei.

3. Kuliah Jumaat Ramadhan

Kuliah Jumaat Ramadhan ini akan diadakan pada setiap minggu dalam bulan Ramadhan. Kuliah ini akan diadakan selama dua puluh minit sebelum azan pertama Solat Jumaat dikumandangkan. Pihak penganjur akan menyusun cadangan jadual Kuliah Jumaat di dua buah masjid di Kuching.

4. Kuliah Dhuha Ramadhan

11

Page 12: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

Kuliah Dhuha Ramadhan ini akan diadakan pada setiap hujung minggu dalam bulan Ramadhan pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

PROGRAM 3 : PROGRAM KEBAJIKAN

1. Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin

Pihak pengelola Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1431H akan mengambil tanggungjawab untuk membantu mengumpulkan sumbangan daripada masyarakat yang prihatin di Kuching untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Sumbangan yang dikumpul akan diserahkan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pihak pengelola dengan kerjasama Surau Kg Sejijak dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Kuching).

2. Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah

Program ini adalah berbentuk lawatan ke kampung saudara baru dengan kerjasama pihak Urusetia Saudara Kita. Objektif program ini diadakan adalah untuk mempertautkan hubungan persaudaraan Islam dan memberi bimbingan agama yang diperlukan. Di samping itu, pihak jawatankuasa pengelola akan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui hasil kutipan dana Tabung Infaq Ramadhan yang dilancarkan.

PROGRAM 4 : PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT

1. Majlis Ifthor Jama’ie Bersama Masyarakat Muslim Kg Kolong 2

Di antara program yang dianjurkan oleh jawatankuasa pengelola ialah program berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kampung Kolong 2 yang akan diadakan di Masjid Jepak. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan warga pendidik Muslim di Bintulu untuk beramah mesra bersama-sama masyarakat Islam di Kampung Kolong 2 melalui aktiviti berbuka puasa bersama, ceramah Nuzul Al-Quran dan Solat Sunat Tarawih yang diadakan di masjid tersebut.

2. Qiyamullail Perdana dan Sahur Jama’ie di Masjid Taman Malihah

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam di Kuching untuk bersungguh-sungguh mengejar pahala dan keampunan yang dijanjikan oleh Allah Taala dalam Malam Lailatul Qadar di bulan yang mulia ini. Melalui program Qiyamullail Perdana ini, masyarakat akan dibimbing oleh para ustaz dari kalangan warga pendidik dalam melaksanakan ibadat solat-solat sunat pada malam-malam yang diberkati pada bulan Ramadhan. Selain itu, program ini juga dapat memperkukuhkan hubungan persaudaraan sesama Islam melalui aktiviti solat sunat bersama dan bersahur secara beramai-ramai. Program ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak

12

Page 13: KERTAS+KERJA+ihya+ramadhan+1431H

yang ingin melakukan kebajikan dan mengejar pahala melalui penajaan jamuan bersahur yang disediakan kepada para jemaah yang menyertai program qiyamullail ini.

PROGRAM 5 : PROGRAM EDARAN RISALAH SINAR RAMADHAN 1430H

Program Edaran Risalah Sinar Ramadhan 1430H ke sekolah, masjid dan surau di Kuching adalah bermatlamat ke arah menyediakan ruang kepada masyarakat Islam di Bintulu untuk mendapat pengisian-pengisian ilmu tentang puasa dan Ramadhan yang boleh membantu ke arah pelaksanaan ibadah puasa yang lebih baik. Artikel-artikel yang akan diterbitkan adalah hasil tulisan dan pengumpulan bahan-bahan yang berkaitan dengan ibadat puasa, kelebihan bulan Ramadhan dan sebagainya yang diusahakan oleh warga pendidik di Kuching. Selain itu, risalah ini juga akan menjadi medium penyaluran maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H kepada seluruh masyarakat Islam di Kuching.

“ Bersama Menghayati Ramadhan Al-Mubarak ”

13