kertas ltt bil - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/kertas penentuan...

6
Tarikh Dilantik Dalam : 3 Mei 1994 1 KERTAS LTT BIL.9/2008 KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO.2) Cadangan Penentuan Kes Prima Facie untuk mengenakan Surcaj ke atas Puan XXX, Penolong Pengurus Asrama Gred XXX. 1. TUJUAN Kertas ini dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2), Jabatan ......... bagi menentukan sama ada wujud kes prima facie ke atas Puan XXXX, Penolong Pengurus Asrama Gred NXX No. Kad Pengenalan: XXX kerana pada 22 Mei 2008 pegawai telah didapati cuai dan bertanggungjawab terhadap kehilangan satu unit telefon bimbit jenama Nokia 7250i. Telefon bimbit tersebut dibeli pada 27 Disember 2003 dengan harga RM 2,000.00. Kecuaian pegawai dalam menjaga harta kerajaan tersebut membolehkan pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan peruntukan Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957. 2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI Nama : XXX No. Kad Pengenalan : XXX Tarikh Lahir dan Umur : 20.12.1965, 43 Tahun Jawatan Sekarang : Penolong Pengurus Asrama Gred NXX

Upload: hoangkhanh

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

Tarikh Dilantik Dalam : 3 Mei 1994

1

KERTAS LTT BIL.9/2008

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN

AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)

Cadangan Penentuan Kes Prima Facie untuk mengenakan Surcaj ke atas Puan XXX, Penolong Pengurus Asrama Gred XXX.

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2), Jabatan .........

bagi menentukan sama ada wujud kes prima facie ke atas Puan

XXXX, Penolong Pengurus Asrama Gred NXX No. Kad

Pengenalan: XXX kerana pada 22 Mei 2008 pegawai telah

didapati cuai dan bertanggungjawab terhadap kehilangan satu unit

telefon bimbit jenama Nokia 7250i. Telefon bimbit tersebut dibeli

pada 27 Disember 2003 dengan harga RM 2,000.00. Kecuaian

pegawai dalam menjaga harta kerajaan tersebut membolehkan

pegawai dikenakan tindakan surcaj selaras dengan peruntukan

Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957.

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI

Nama : XXX

No. Kad Pengenalan

:

XXX

Tarikh Lahir dan Umur

:

20.12.1965, 43 Tahun

Jawatan Sekarang

:

Penolong Pengurus

Asrama Gred NXX

Page 2: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

2

Jawatan Sekarang

Taraf Jawatan

:

Tetap

Gaji Sekarang dan Matagaji

:

P1T9

Tarikh Pergerakan Gaji

:

April

Tindakan Tatatertib yang

:

Tiada

Pernah Dikenakan

( Salinan Kenyataan Perkhidmatan Pegawai di Lampiran A )

3. LATAR BELAKANG KES

3.1 Pada 22 Mei 2008, lebih kurang jam 8.30 malam

semasa Puan XXX berada di pusat membeli-belah

Alamanda, Putrajaya, pegawai telah menyedari telefon

bimbit milik Jabatan jenis Nokia 7250i yang diletakkan

di dalam poket seluar beliau telah hilang disyaki

diseluk seseorang tanpa disedari pegawai.

3.2 Laporan polis telah dibuat oleh pegawai pada 22 Mei

2008 di Balai Polis Putrajaya. Salinan laporan polis

tersebut seperti di Lampiran B.

3.3 Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Pentadbiran

Am, JPM telah menghantar surat kepada Kementerian

Kewangan Malaysia berkenaan Permohonan Hapus

Kira Kehilangan Satu Unit Telefon Bimbit Jenama

Nokia 7250i di Pejabat ......... melalui surat ruj.300-

4/1(2) bertarikh 23 Julai 2008.

Page 3: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

3

3.4 Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat

ruj.KK/BKP 01/291/20(sk29)(3) bertarikh 22 September

2008 telah bersetuju telefon bimbit tersebut dihapus

kira dan syor tindakan surcaj dikenakan ke atas

pegawai. Salinan surat tersebut seperti di Lampiran C.

4. ULASAN URUS SETIA

4.1 Urus setia setelah mengkaji fakta-fakta dan

keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini

berpendapat bahawa:

i) Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat

bertarikh 22 September 2008 telah mensyorkan

tindakan surcaj dikenakan terhadap Puan

XXX;

ii) Pegawai telah didapati cuai dan tidak berhati-hati

kerana meletakkan telefon bimbit tersebut di

poket seluar beliau yang telah membuka ruang

untuk telefon bimbit tersebut dicuri;

iii) Merujuk kepada peruntukan Seksyen 18(c) Akta

Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61] iaitu-

″18. Jika kelihatan kepada Suruhanjaya

Perkhidmatan yang tertentu, selepas berunding

dengan pihak penguatkuasa kewangan, bahawa

sesiapa yang sedang bekerja atau pernah

bekerja dengan Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan sesebuah Negeri adalah-

(c) bertanggungjawab atau pernah

bertanggungjawab bagi sebarang

kekurangan, atau penghapusan mana-

mana wang awam, setem, cagaran,

Page 4: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

4

barangan, atau, harta benda, Kerajaan

Pesekutuan atau Kerajaan sesebuah

Negeri;

dan jika satu huraian yang baik tidak

diserahkan kepada pihak Suruhanjaya,

dalam tempoh masa yang ditetapkan

olehnya, berdasarkan kegagalannya untuk

mengutip, pembayaran yang tidak teratur,

pembayaran yang tidak dijamin dengan

sempurna, kekurangan atau pemusnahan

atau gagal menyimpan akaun atau rekod

dengan teratur, atau gagal membuat

pembayaran, atau kelewatan dalam

pembayaran, pihak Suruhanjaya boleh

mengenakan surcaj ke atas orang itu,

sejumlah wang tidak melebihi amaun yang

tidak dikutip, pembayaran, kekurangan

atau kerugian atau nilai harta benda yang

telah musnah, mengikut mana yang

berkenaan, dan berhubung dengan

kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun

atau rekod, dengan teratur atau gagal

membuat pembayaran, atau kelewatan

dalam membuat pembayaran, pihak

Suruhanjaya boleh mengenakan surcaj ke

atas orang tersebut sejumlah wang yang ia

adalah berpatutan”.

Page 5: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

5

5. PERAKUAN

5.1 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan

Sokongan (No.2) Pentadbiran Am, Jabatan Perdana

Menteri dengan ini dipohon untuk menimbang dan

membuat keputusan terhadap kes prima facie ke atas

Puan xxx, Penolong ..... N...., No. Kad Pengenalan:

xxxx).

Page 6: KERTAS LTT BIL - e-tatatertib.jpm.gov.mye-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Kertas Penentuan Pengerusi... · tarikh dilantik dalam : 3 mei 1994 1 kertas ltt bil.9/2008 kertas untuk

6