kertas konsep cadangan pelesenan pemilik vaksin dan pemvaksin veterinar-2

8
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA KERTAS KONSEP CADANGAN PELESENAN PEMILIK VAKSIN DAN PEMVAKSIN VETERINAR DI BAWAH SEKSYEN 30, AKTA BINATANG 1953 (PINDAAN 2006)

Upload: rosni-salleh

Post on 25-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kertas konsep

TRANSCRIPT

  • JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

    KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

    KERTAS KONSEP

    CADANGAN PELESENAN PEMILIK VAKSIN DAN PEMVAKSIN

    VETERINAR

    DI BAWAH SEKSYEN 30, AKTA BINATANG 1953 (PINDAAN 2006)

  • BAHAGIAN A: KERTAS KONSEP DAN PENGENALAN

    1. Objektif

    2. Latar belakang

    3. Skop

    4. Definisi

    BAHAGIAN B: BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN PANDANGAN

  • Kertas konsep ini menggariskan butiran mengenai cadangan keperluan

    untuk melesenkan pemilik vaksin dan pemvaksin veterinar seperti yang

    tertakluk di bawah Seksyen 30 dan subseksyen 86(1) Akta Binatang 1953

    (pindaan 2006) [Akta 647].

    DVS mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas secara bertulis ke

    atas kertas konsep ini, termasuk cadangan-cadangan lain yang boleh

    dipertimbangkan oleh pihak Jabatan. Bagi memudahkan penilaian,

    cadangan/komen yang dikemukakan perlu disokong dengan alasan-alasan

    yang rasional dan jelas atau melalui maklumat-maklumat sokongan lain

    yang relevan.

    Sebarang pertanyaan mengenai kertas konsep ini boleh dikemukakan

    kepada pihak DVS melalui pegawai-pegawai berikut:

    Pn. Razlina bt. Raghazli

    No. Tel: 03-8870 2102

    Emel: [email protected]

    Dr. Ani bt. Yardi

    No. Tel: 03-8870 2102

    Emel: [email protected]

    En. Noor Izwan b. Mohd. Napi

    No. Tel: 03-8870 2105

    Emel: [email protected]

    Tarikh tutup maklumbalas adalah pada 14hb Mac 2014.

  • BAHAGIAN A: KERTAS KONSEP DAN PENGENALAN

    1.0 PENGENALAN

    Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan pandangan dan

    maklumbalas bagi cadangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk

    melesenkan;

    i) Pemilik Vaksin Veterinar dan

    ii) Pemvaksin Veterinar

    seperti yang tertakluk di bawah seksyen 30 Akta Binatang 1953 (pindaan 2006)

    [Akta 647].

    2.0 LATAR BELAKANG

    2.1 Salah satu daripada idea utama Dasar Agromakanan Negara ialah untuk

    menjamin kecukupan, kebolehdapatan, keselamatan dan mampu beli

    bekalan makanan. Penternakan adalah merupakan satu daripada

    cabang utama yang menghasilkan bekalan makanan kepada negara.

    Kekurangan makanan hasilan ternakan yang disebabkan oleh beberapa

    faktor antaranya produktiviti yang menurun dan jangkitan penyakit akan

    memberi impak yang besar kepada masyarakat. Orang ramai akan

    menghadapi kekurangan bekalan makanan berasaskan ternakan,

    makanan yang tidak berkualiti dan selamat serta harga yang tinggi.

    2.2 Di dalam Seksyen 23, Akta Doktor Veterinar 1974 (pindaan 2006)

    menyebut bahawa hanya doktor veterinar berdaftar dan memegang

    perakuan pengamalan tahunan yang sah yang boleh menjalankan

    amalan perubatan veterinar. Sehubungan dengan itu, mana-mana

    orang yang tidak berdaftar sebagai doktor veterinar dan tidak

  • mempunyai pengamalan tahunan yang berkuat kuasa tidak dibenarkan

    menjalankan amalan perubatan veterinar.

    2.3 Walaubagaimanapun, di dalam Seksyen 30, Akta Binatang 1953

    (pindaan 2006) telah memberi kuasa kepada Ketua Pengarah

    Perkhidmatan Veterinar untuk mengeluarkan lesen kepada individu yang

    bukan pihak berkuasa veterinar untuk memiliki kultur hidup atau vaksin

    dan menginokulasi haiwan atau unggas dengan vaksin atau kultur

    tersebut.

    2.4 Pada masa ini, pengilang dan pengimport vaksin veterinar di Malaysia

    dikawal sepenuhnya oleh DVS. Penilaian yang teliti dibuat sebelum

    syarikat pengilang dan pengimport boleh berdaftar dengan DVS.

    2.5 Walaubagaimanapun, tiada kawalan dibuat ke atas pemilikan vaksin

    dan pemvaksinan vaksin veterinar. Pengedar vaksin yang kebiasaannya

    menjadi perantara di antara pengilang/ pengimport dengan penternak

    tidak dikawal. Begitu juga dengan kerja-kerja pemvaksinan yang

    dijalankan oleh individu tidak terlatih di ladang-ladang ternakan. Ini

    menyebabkan masalah yang antaranya ialah penyalahgunaan vaksin

    veterinar, pengendalian dan pengurusan vaksin yang salah dan

    pemvaksinan yang tidak betul dijalankan. Hal ini menyebabkan kerugian

    dari segi masa, tenaga dan ekonomi serta boleh menyebabkan penyakit

    tidak terkawal dan seterusnya merebak.

    2.6 Selaras dengan itu, DVS bercadang untuk mengambil langkah proaktif

    dengan melesenkan pemilik dan pemvaksin veterinar di Malaysia.

    Langkah ini akan memastikan pengawalan penyakit haiwan dapat

    dijalankan dengan lebih berkesan, tiada penyalahgunaan vaksin dan

  • tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas individu yang tidak

    bertanggungjawab.

    3.0 SKOP

    3.1 Untuk melesenkan pemilik vaksin veterinar yang terdiri daripada:

    3.1.1 Pengilang

    3.1.2 Pengimport

    3.1.3 Pengedar

    Syarikat pengilang, pengimport dan pengedar yang ingin memohon

    lesen tersebut perlu menggaji secara tetap seorang doktor veterinar

    berdaftar dan mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang terkini.

    Bagi pihak lain yang memiliki vaksin bagi tujuan kegunaan sendiri dan

    bukan untuk diedarkan (cth ladang) tidak perlu untuk memohon lesen

    pemilikan vaksin veterinar tersebut. Walaubagaimanapun, pihak tersebut

    perlu mempunyai dan mengemukakan preskripsi kepada pihak berkuasa

    veterinar untuk vaksin daripada doktor veterinar yang berdaftar.

    3.2 Untuk melesenkan pemvaksin veterinar yang terdiri daripada:

    3.2.1 Individu yang bukan pihak berkuasa veterinar atau doktor

    veterinar berdaftar tetapi menjalankan kerja-kerja

    pemvaksinan di ladang-ladang ternakan.

    4.0 DEFINISI

    4.1 Pemilik vaksin

    Termasuk pengilang, pengimport dan pengedar yang menyimpan

    vaksin di bawah pengawasan seorang Veterinawan Bertauliah.

  • 4.2 Pemvaksin Veterinar

    Termasuk mana-mana individu yang bukan pihak berkuasa veterinar atau

    doktor veterinar berdaftar tetapi menjalankan kerja-kerja pemvaksinan di

    ladang-ladang ternakan.

    4.3 Pengamalan Perubatan Veterinar

    Ertinya mendiagnosis, merawat, membetulkan, menukar, melegakan

    atau mencegah penyakit kecenanggahan, kecacatan, kecederaan

    haiwan atau keadaan jasmani atau mental lain; termasuklah

    menentukan, memberikan atau menggunakan sesuatu dadah, ubat,

    biologik, alat, perkakas ubat bius atau benda atau teknik terapentik atau

    diagnosa, dan penggunaan apa-apa tatacara manual atau mekanikal

    untuk pemanian beradas, untuk menguji sama ada bunting atau tidak,

    atau untuk mengubati kemandulan atau ketidaksuburan, atau untuk

    memberikan nasihat atau syor berkenaan dengan apa-apa yang disebut

    di atas, atau melakukan apa-apa perbuatan yang diiktiraf sebagai suatu

    tugas seorang doktor veterinar.

    4.4 Pengedar

    Termasuk mana-mana orang atau syarikat yang dilantik sebagai

    pengedar tempatan yang bertindak menjual dan mengedar vaksin

    veterinar.

    4.5 Pengilang

    Mana-mana individu atau organisasi yang memformulasi,

    menyedia, mencampur, membuat, membungkus atau melabel

    mana-mana vaksin veterinar bagi tujuan kegunaan sendiri atau

    komersil tetapi tidak termasuk bagi tujuan penyelidikan.

  • 4.6 Pengimport

    Mana-mana pihak yang telah dilantik dan diberikan kuasa oleh

    pihak pengeluar vaksin veterinar untuk mengimport dan

    mengedarkan produk.

    4.7 Veterinawan Bertauliah

    Veterinawan yang berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia serta

    memiliki Sijil Amalan Tahunan yang sah dan ditauliahkan secara bertulis

    oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar serta didaftarkan dengan

    DVS bagi menjalankan tugas tertentu.