kertas kerja solat hajat

4
KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1 PENDAHULUAN Majlis solat Dhuha dan solat Hajat merupakan aktiviti kerohanian yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Ia merupakan salah satu persediaan bagi murid-murid beragama Islam yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Justeru itu, untuk menambah keyakinan dan semangat murid- murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR, maka program tersebut dirangka dan dijadikan aktiviti rutin sekolah. Program ini diharap bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti Pendidikan Islam namun yang lebih penting agar murid-murid tersebut mendapat Rahmat dan keberkatan Ilahi dengan mengurniakan akal yang sihat dan kekuatan rohani supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. OBJEKTIF Antara objektif program tersebut ialah: 1- Memohon pertolongan dari Allah agar murid-murid sentiasa bersedia dan celik hati dalam proses pembelajaran dan peperiksaan serta dianugerahkan keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang.

Upload: tokayohli-bachok

Post on 24-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJATSEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1

PENDAHULUANMajlis solat Dhuha dan solat Hajat merupakan aktiviti kerohanian yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Ia merupakan salah satu persediaan bagi murid-murid beragama Islam yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Justeru itu, untuk menambah keyakinan dan semangat murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR, maka program tersebut dirangka dan dijadikan aktiviti rutin sekolah. Program ini diharap bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti Pendidikan Islam namun yang lebih penting agar murid-murid tersebut mendapat Rahmat dan keberkatan Ilahi dengan mengurniakan akal yang sihat dan kekuatan rohani supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

OBJEKTIFAntara objektif program tersebut ialah:1- Memohon pertolongan dari Allah agar murid-murid sentiasa bersedia dan celik hati dalam proses pembelajaran dan peperiksaan serta dianugerahkan keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang.

2- Merupakan satu galakan kepada murid-murid agar melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan disamping mendidik murid-murid bahawa faktor kejayaan selain usaha yang gigih ,sifat tawakkal dan mengharap kepada Allah juga perkara yang penting yang akan menentukan kejayaan.

3- Melatih murid-murid dengan sentiasa menunaikan solat sunat setiap hari.

TARIKH DAN WAKTUSetiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.35 pagi.

SASARAN Semua murid Tahun Enam dan guru yang mengajar Tahun Enam.

TEMPAT.Musolla Petra Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

ANJURANPanitiaPendidikan Islam.

PENUTUPSemoga program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mencapai objektifnya dalam membantu murid-murid dengan dibekalkan kekuatan mental dan rohani untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Kerjasama semua pihak diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diterima Allah s.w.t sebagai satu ibadah kepada-NYA.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

............................................................................(ROSIZA BT. ZAKARIA)(ROZNAN B. MOHD NOOR)Ketua Panitia Agama IslamGuru BesarSK Sultan Yahya Petra 1SK Sultan Yahya Petra 1Kuala Krai.Kuala Krai.

SEK KEB SULTAN YAHYA PETRA 118000 KUALA KRAIKELANTANPROGRAM SOLAT DHUHA & SOLAT HAJATISNIN _ RABUKHAMISPANITIA PENDIDIKAN ISLAMSOLAT MEMBINA MODAL INSAN GEMILANG