kertas kerja sayur

Upload: cikputih

Post on 07-Apr-2018

314 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    1/17

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    KAEDAH MENGAJAR (KPD5046)

    Projek Amali Ladang

    SEMESTER 2

    AMBILAN JULAI 2009

    KUMPULAN: P

    Nama Ahli Kumpulan No. Matrik

    1) Nur Ahmad Rizal bin ............. L20092003273

    2) Siti Kholijah binti Kassim L20092003258

    3) Wan Muna Leza binti Wan Mohd Isa L20092003251

    NAMA PENSYARAH: En. Abu Bakar bin.........

    ISI KANDUNGAN

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    2/17

    Tajuk Muka Surat

    Pengenalan 1- 3

    Laporan Minggu Pertama 4

    Laporan Minggu Ke -2 5

    Laporan Minggu Ke-3 6 - 7

    Laporan Minggu Ke-4 8 - 9

    Laporan Minggu Ke 5 & 6 10

    Laporan Minggu Ke-7 11 - 12

    Laporan Minggu Ke-8 13 -14

    Refleksi:

    Siti Kholijah binti Kassim 15

    Nur Ahmad Rizal bin 16

    Wan Muna Leza binti Wan Mohd Isa 17

    PENGENALAN

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    3/17

    Kursus ini mendedahkan pelajar kepada penanaman sayuran daripada peringkat permulaan

    sehingga peeringakt penuaian. Pengetahuan secara teori disampaikan menerusi kerja amali

    ladang merangkumi aspek-aspek termasuk penyediaan tanah, penyediaan tapak, teknik

    pengubahan anak-anak pokok, pembajaan, perlindungan tanaman dan merumput.

    Di sini pelajar akan mengendalikan penanaman sayuran di dalam kumpulan. Pelajar akan

    didedahkan kepada situasi yang sebenarnya daripada proses penanaman sehingga penuaian.

    Kursus ini akan memberi keyakinan kepada para pelajar tentang penanaman sayuran yang

    betul dan selepas latihan ini mereka sudah pasti boleh mengusahakan di tapak-tapak tanah

    sendiri.

    Pokok Bayam Merah

    Keluarga:Amaranthacea.

    Nama saintifik: Amaranthus gangeticus.

    Nama Inggeris: Red Spinach.

    Ciri-ciri: tinggi batang 0.4 1 mtr dan bercabang,batang lemah dan berair, daun bertangkai,

    berbentuk bulat telur, lemas, panjang 5-8 cm, pangkal runcing serta berwarna merah.

    Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh

    setinggi 2-3 kaki tinggi.

    Tanaman bayam berasal dari Amerika tropik dan mudah tubuh dan tersebar di daerah tropis

    dan subtropics di seluruh dunia. Di Indonesia sendiri bayam dapat tubuh sepanjang tahun dan

    ditemukan pada ketinggian 5 2.000 m dpl, tumbuh di daerah panas dan dingin, tetapi

    tumbuh lebih tumbuh subur di dataran rendah pada tanah terbuka yang udaranya agak panas.

    Ada tiga varieti bayam iaitu bayam hijau biasa, bayam merah (Blitum rubrum), yang batang

    dan daunnya berwarna merah dan bayam putih (Blitum album), yang daun dan batangnya

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    4/17

    berwarna hijau keputih-putihan. Ada pula jenis bayam lainnya misalnya bayam duri, bayam

    kakap, bayam kotok atau tahah.

    Bayam selain digunakan sebagai sayuran pelengkap hidangan juga mempunyai banyak

    manfaat dan khasiat,termasuk bayam merah (Blitum rubrum). Bayam jenis ini mempunyai

    Bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin

    C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk

    serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan

    sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

    Sekurang-kurangnya terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan

    dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam

    yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa

    ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut,

    mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

    Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam

    mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200

    peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain

    seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

    Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat

    ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam

    badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus

    mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan

    magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan

    melindungi daripada penyakit jantung.

    Bayam Penambah darah

    Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat

    penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk

    mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

    Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang

    kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat

    besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang

    menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan

    mereka yar menghadapi masalah ginjal.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    5/17

    Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan

    sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi

    disebabkan kekurangafolat.

    Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung

    kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu

    semasa menyusui bayi.

    Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu tetap perlu

    mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.

    Kandungan Kimia dari Bayam Merah :

    Bayam merah banyak mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin,

    rutin, purin dan vitamin (A, B, C).

    Khasiat Bayam Merah :

    Khasiat dari bayam secara umum adalah dapat meningkatkan kerja ginjal dan melancarkan

    pencernaan. Akar bayam merah berkhasiat sebagai obat disentri. Bayam termasuk sayuran

    berserat yang dapat digunakan untuk melancarkan proses buang air besar. Makanan berserat

    sangat dianjurkan untuk dikonsumsi oleh penderita kanker usus besar, penderita kencing

    manis (diabetes mellitus), kolesterol, darah tinggi dan menurunnya berat badan. Infus daun

    bayam merah 30% per oral dapat meningkatkan kadar besi serum, hemoglobin dan

    hematokrit kelinci yang dibuat anemia secara nyata.

    Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan

    boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia.

    Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga

    hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang

    disebabkan peningkatan usia. Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan

    dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan

    usia. Semuanya kerana kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayam bertindak sebagai

    antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada

    masalah mata tersebut.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    6/17

    LAPORAN MINGGU PERTAMA

    Tarikh: 12/11/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Khamis

    Tempat: Dewan kuliah

    Aktiviti:

    1. Perjumpaan kali-1 dengan En. Abu Bakar mengenai amali pertanian di dawah subjek

    Kaedah Mengajar. Kesemua ahli kumpulan O berkumpul dan diberi penerangan mengenai

    tugasan amali berkumpulan yang akan dijalankan bermula pada 19/11/2009 di tapak

    pertanian yang disediakan. Pada permulaannya En. Abu Bakar menceritakan serba ringkas

    mengenai kelebaran dan ketinggian batas yang betul iaitu 1 kaki lebar dan 1 kaki tinggi.

    2. Selepas itu kelas bersurai dan pelajar diberi peluang untuk meninjau kawasan tapak.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    7/17

    LAPORAN MINGGU KE-2

    Tarikh: 19/11/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Khamis

    Tempat: Tapak pertanian, UPSI

    Aktiviti:

    Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang ahli dan diberi batas untuk penanaman sayuran.

    Terdapat beberapa aktiviti ataupun langkah yang dilakukan antaranya adalah:

    1) 2)

    Membersihkan kawasan dengan Membentuk batas dan meratakan pasir

    membuang rumput dan batu-batu besar. bagi memastikan tiada rumput dan batuanpada batas yang sudah dibersihkan.

    3) 4)Batas yang sudah terbentuk dipastikan Apabila sudah selesai aktiviti

    mempunyai kelebaran dan ketinggian pembersihan dan penyediaan

    yang dikehendaki. Sekali lagi pembersihan batas, kapur diletakkan bagi

    batas dilakukan. mengurangkan keasidan tanah.

    Alatan/bahan yang digunakan: cangkul, serampang tiga mata, pencakar dan kapur.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    8/17

    LAPORAN MINGGU KE-3

    Tarikh: 24/11/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Selasa

    Tempat: Tapak pertanian, UPSI

    Aktiviti:

    1) 2)

    Selepas seminggu, batas yang telah Batas yang telah digemburkan

    diletakkan kapur digembur semula kemudiannya dicangkul dibahagian

    untuk proses yang berikutnya. tengah membentuk lurah.

    3) 4)

    Baja kompos kemudiannya diletakkan Selepas itu, sedikit tahi arnab di letakkan

    ke bahagian tersebut dengan kuantiti yang bersama-sama campuran baja kompos

    bersesuaian dengan saiz dan panjang batas. tadi.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    9/17

    5)

    Setelah selesai, bahagian yang diletakkanbaja tadi ditimbus atau ditutup supaya

    kandungan baja dapat diserap rata olehsemua bahagian batas.

    Alatan/bahan yang digunakan: cangkul, serampang tiga mata, baja kompos, tahi arnab.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    10/17

    LAPORAN MINGGU KE-4

    Tarikh: 03/12/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Khamis

    Tempat: Tapak pertanian, UPSI

    Aktiviti:

    1) 2)

    Selepas seminggu baja diletakkan, Tanah yang sudah diratakan

    tanah digemburkan semula bagi tujuan kemudiannya digariskan menggunakan

    meratakan permukaan batas mengikut tali bagi proses meletakkan biji benih.

    ukuran yang sesuai dan ditetapkan. Pengunaan tali adalah bagi memastikan

    anak benih yang tumbuh adalahmengikut baris yang dibuat supaya lebihteratur. Ini juga bagi memudahkan

    proses meletakkan baja setelah anakpokok mula membesar.

    3) 4)

    Biji benih bayam merah merupakan Biji benih yang sudah dicampur dengan

    biji benih yang halus. Bji benih halus pasir, ditabur pada baris yang telah

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    11/17

    perlu di gaul dengan pasir sungai ataupun dibuat tadi tanpa perlu ditimbus semula.pasir halus sebelum di tabur pada batas.

    5) 6)

    Setelah selesai meletakkan biji benih, Setelah disiram, sungkupan diletakkanair perlu disiramkan supaya biji benih di atas batas bagi mengurangkan kadar

    tidak terlalu kering dan mudah bercambah. sinaran matahari terus mengenai batas

    dan juga mengelakkan air hujan

    membawa lari biji benih. Selain itu,

    sungkupan juga dapat mengekalkan

    kelembapan pada tanah apabila cuaca

    panas. Sungkupan yang digunakan

    adalah daripada daun pokok pisang yangtelah dikoyak halus.

    Alatan/ bahan yang digunakan: serampang tiga mata, tali, biji benih, sungkupan daun pisang,

    air yang mencukupi.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    12/17

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    13/17

    LAPORAN MINGGU KE-7

    Tarikh: 22/12/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Selasa

    Tempat: Tapak pertanian, UPSI

    Aktiviti:

    1) 2)

    Apabila anak benih sudah membesar Kawasan sekitar batas dijaga dengan

    sekitar 15cm tinggi, penjarangan membuang rumput-rumput liar.

    boleh dilakukan. Namun bagi tanaman

    bayam penjarangan tidak perlu dilakukan.

    Penjagaan rumpai dan penjiraman airsahaja perlu dijaga.

    3) 4)

    Penggunaan baja urea adalah bagi Baja urea yang sudah hancur disiram

    mempercepatkan kadar tumbesaran pada keseluruhan batas dan dibiarkan

    anak pokok. Anak pokok yang sudah selama 5 minit dan kemudiannya dibilas

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    14/17

    membesar sekitar 15cm tinggi boleh dengan air dalam kuantiti yang banyak.disiramkan dengan baja urea. Baja urea ini adalah bagi memastikan pokok

    disukat sebanyak 2 genggam dan bayam tidak melecur dan mati.dihancurkan di dalam tempat penyiram

    untuk batas panjang.

    Alatan/ bahan yang digunakan: tempat penyiram, baja urea, air.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    15/17

    LAPORAN MINGGU KE-8

    Tarikh: 30/12/2009

    Masa: 8.00 11.00 pagi

    Hari: Rabu

    Tempat: Tapak pertanian, UPSI

    Aktiviti:

    1) 2)

    Setelah mencapai tahap matang iaitu selama Kesemua pokok bayam dituai hasilnya.

    4 minggu, bayam merah sudah mula boleh

    dituai. Sebelum menuai hasil, batas perlu

    dibasahkan dahulu bagi memudahkan prosesmenuai.

    3) 4)Bayam yang sudah dituai, kemudiannya Hasil bayam yang sudah di bersihkan

    dibersihkan sebelum ditimbang dan bungkus akan ditimbang.untuk dijual.

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    16/17

    Bayam ditimbang sebanyak 500gram seikat dengan harga Rm1.00 bagi setiap ikat.

    Keseluruhan hasil adalah sebanyak 12kg.

    Alatan/bahan yang digunakan: alat penimbang, surat khabar, air

  • 8/6/2019 kertas kerja sayur

    17/17