kertas kerja program kem membaca
DESCRIPTION
kertas kerjaTRANSCRIPT
SJK (T) LADANG NEW COCONUT36300 SUNGAI SUMUN, PERAK
KERTAS KERJA
PROGRAM :
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 58
2015
“ SEHATISEJIWA ”KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN KE 58, TAHUN 2015
SJK(T)LADANG NEW COCONUT, 36300 SUNGAI SUMUN
NAMA PROGRAM
Program Sambutah Bulan Kemerdekaan ke 58, tahun 2015, SJK(T) Ladang New Coconut.
TEMA
‘’ Sehati Sejiwa’’
ANJURAN
SJK (T) Ladang New Coconut
PENGENALAN
Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting
dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang
bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan
mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Sempena Hari Kebangsaan yang ke 58, pihak sekolah SJK (T) Ladang New Coconut
mengadakan pelbagai program sepanjang bulan kemerdekaan ini. Program ini diyakini
sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana cara
yang betul dan yang benar untuk menyambut seterusnya menghayati Hari Kemerdekaan
negara kita tanpa melakukan banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
MATLAMAT
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang setiap tahun diadakan di sekolah merupakan alah satu
daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di samping itu
juga, sambutan ini bermatlamat untuk;
Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan suasana
muhibbah secara sedar dan terancang
Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada negara
Malaysia
Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga
negara Malaysia
OBJEKTIF
1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
3. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria pada bulan Kemerdekaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
SUMBER
Kewangan -Pusat Sumber Sekolah.
Semua guru SJK(T)Ladang New Coconut
SASARAN
Semua murid tahun 1 hingga 6.
TARIKH
16 Ogos hingga 16 September 2015
TEMPAT
Sekitar kawasan sekolah.
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : En.A.Thamilselvan
Naib Pengerusi : En.C.Athavan
Naib Pengerusi : Pn.V.Thilagam
Naib Pengerusi : Cik.S.Suvarnamuhe
Setiausaha : Cik.P.Vikneswari
Bendahari : Cik.B.Thilagam
Buku program : Cik.M.Vimoshiny
Fotografi : Cik.B.Nanthini
Hadiah : Cik.A.Ranjina
Aktiviti : Semua guru
BIL PROGRAM NAMA GURU
1 Pelancaran Bulan Kemerdekaan Cik.P.Vikneswari
2 Menghasilkan banner Semua guru
3 Mewarna poster ( Tahap 1) Semua guru P.seni
4 Melukis poster (Tahap 2)
5 Menyanyi lagu patriotik Semua guru Muzik
6 Mencipta baju bertema kemerdekaan Cik.Vimoshiny & semua
guru
7 Pertandingan kelas terhias Guru Kelas
8 Bina model bangunan Cik.Vikneswari & semua
guru
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL AKTIVITI ANGGARAN HADIAH
ANGGARAN WANG
JUMLAH
1 Mencipta baju bertema
kemerdekaan
Bina model bangunan
4 RM 2.00 X 32 RM64
2 Pertandingan kelas terhias 3 RM 2.00 X 3 RM 6
JUMLAH: RM 72
TENTATIF PROGRAM
BIL PROGRAM TARIKH MASA GURU YANG
TERLIBAT
1 Pelancaran Bulan Kemerdekaan Minggu 1
2 Menghasilkan banner Minggu 1
3 Mewarna poster ( Tahap 1) Minggu 2 Waktu pdp
P.seni
Semua guru
P.seni4 Melukis poster (Tahap 2) Minggu 2
5 Menyanyi lagu patriotik Sepanjang
bulan
Waktu pdp
Muzik
Semua guru
Muzik
6 Mencipta baju bertema
kemerdekaan
Miggu 3
7 Pertandingan kelas terhias Minggu 3
8 Bina model bangunan Minggu 4
PENUTUP
Adalah diharapkan semua warga SJK(T) Ladang New Coconut dapat memberikan kerjasama
supaya dapat menjalankan program Bulan Kemerdekaan tahun 2015 ini dengan lancar.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................... ...........................
(CIK.P.VIKNESWARI) (EN.A.THAMILSELVAN)
Setiausaha Program Hari Kemerdekaan GURU BESAR