kertas kerja ppda 2013

11
1.0 PENGENALAN Tanggal 22hb Februari 2013, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah telah melancarkan bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah. Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan akan disambut di peringkat sekolah bermula 24hb Februari 2013 hingga 25hb Mac 2013. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati bahawa dadah merupakan musuh utama kepada Negara di samping memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat. Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kependidikan yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam setiap diri murid. Semua murid perlu diberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari semasa ke semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga setelah tamat persekolahan. 2.0 RASIONAL Visi Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013 adalah ke arah Negara Bebas Dadah Tahun 2015. KPM telah merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah di seluruh Negara. 3.0 MATLAMAT Melalui aktiviti yang berfokus, akan membina disiplin diri yang kental dan utuh serta budi pekerti yang mulia dan terpuji dalam diri setiap murid.

Upload: ruhaizam-ahmad

Post on 27-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sktht

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja PPDa 2013

1.0 PENGENALAN

Tanggal 22hb Februari 2013, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

telah melancarkan bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat

Negeri Kedah. Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan akan disambut di

peringkat sekolah bermula 24hb Februari 2013 hingga 25hb Mac 2013.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memperingati bahawa dadah

merupakan musuh utama kepada Negara di samping memberi pengetahuan

dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat.

Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan

murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kependidikan yang berfokus

kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan

akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia

dan terpuji dalam setiap diri murid. Semua murid perlu diberikan

pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari semasa ke

semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal dalam

diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga

setelah tamat persekolahan.

2.0 RASIONAL

Visi Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013 adalah ke arah Negara

Bebas Dadah Tahun 2015. KPM telah merancang dan melaksanakan Program

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah di seluruh

Negara.

3.0 MATLAMAT

Melalui aktiviti yang berfokus, akan membina disiplin diri yang kental dan

utuh serta budi pekerti yang mulia dan terpuji dalam diri setiap murid.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendisiplinkan diri murid dengan aktiviti yang berfokus dan berfaedah.

4.2 Mengingatkan murid tentang bahaya penggunaan dadah.

4.3 Mengenalpasti kriteria-kriteria ketagihan dadah.

4.4 Mendedahkan murid dengan kesan penggunaan dadah.

4.5 Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid.

Page 2: Kertas Kerja PPDa 2013

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

TARIKH : 10hb Mac 2013 hingga 14hb Mac 2013

HARI : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis

MASA : 07.40 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT : Persekitaran SK Taman Hi-Tech

6.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

10hb Mac 2013 - Membaca Perutusan Daripada:-

Y.BHG. TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN

Menteri Pelajaran Malaysia

Sempena Hari Antidadah Kebangsaan

11hb Mac 2013 - Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah: Tahun 5

Pegawai AADK Daerah Kulim

- Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah

12hb Mac 2013 - Pertandingan Mewarna Murid Prasekolah, Tahun 1, 2 dan

3

- Pertandingan Melukis Poster : Tahun 5

13hb Mac 2013 - Pertandingan Kuiz : Tahun 4

- Pertandingan Menghasilkan Penanda Buku Tahun 6

14hb Mac 2013 - Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid Prasekolah, Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

8.0 AHLI JAWATANKUASA

(Lihat Lampiran I)

9.0 TENTATIF PROGRAM

(Lihat Lampiran II)

Page 3: Kertas Kerja PPDa 2013

10.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Taman Hi-Tech - RM 400.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perbelanjaan Kuantiti

RM/ Unit Jumlah (RM)

1. Sumbangan Penceramah Jemputan 1 100.00 100.002. Hadiah:-

Pertandingan Mewarna: PrasekolahTahun 1Tahun 2Tahun 3

Pertandingan Kuiz : Tahun 4

Pertandingan Melukis Poster : Tahun 5

Pertandingan Melukis Poster : Tahun 6

Pertandingan Membuat Penanda Buku : Tahun 6

Hadiah Saguhati

3333

3

3

3

3

80

5.005.005.005.00

5.00

5.00

5.00

5.00

1.00

15.0015.0015.0015.00

15.00

15.00

15.00

15.00

80.00

3. Banner 1 100.00 100.00JUMLAH 400.00

Page 4: Kertas Kerja PPDa 2013

11.0 LAPORAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

Pada tarikh 18hb March hingga 22hb March 2012, Jawatankuasa PPDa

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah mengadakan Bulan Pendidikan

Pencegahan Dadah (PPDa). Program ini dilaksanakan bagi memberi

pendedahan kepada murid tentang bahaya pengambilan dadah kepada

masyarakat. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti membaca

perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pertandingan Buku

Skrap, Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah, Pameran Pendidikan

Pencegahan Dadah, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kuiz dan

Pertandingan Melukis.

Murid-murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang

perlaksanaan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah. Di antara objektif

perlaksanaan program ini ialah mendisiplinkan diri murid dengan aktiviti

yang berfokus dan berfaedah, mengingatkan murid tentang bahaya

penggunaan dadah, mengenalpasti kriteria-kriteria ketagihan dadah,

mendedahkan murid dengan kesan penggunaan dadah, memberi

pengetahuan dan kesedaran kepada murid.

Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga.

Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan

Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah. Panduan

yang jelas dan mesra pengguna diharap dapat membantu guru-guru sekolah

rendah melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna dan mencapai

matlamat. Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan

pengambilan rokok, inhalan, arak, dan dadah . Kesedaran dan

tanggungjawab terhadap anak bangsa serta sifat ikhlas dalam melaksanakan

program ini amatlah penting. Kejayaan program ini adalah menjadi tanggung

jawab semua pihak yang terlibat.

Laporan disediakan oleh,

……………………………………………...

(PUAN NOOR LATIFAH BINTI HUSSIN)SetiausahaGuru Bimbingan Dan KaunselingSekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim

Page 5: Kertas Kerja PPDa 2013

LAMPIRAN

Page 6: Kertas Kerja PPDa 2013

Lampiran I

AHLI JAWATANKUASABULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2013

PENGERUSIENCIK RAMLY BIN OTHMAN

GURU BESAR SK TAMAN HI TECH

TIMBALAN PENGERUSIPUAN NORIDAH BINTI AHMAD

PK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI IPUAN NOR AZIAN BINTI MOHAMED SAAD

PK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI IIPUAN CHE SOM BINTI SAID

PK KOKURIKULUM

SETIAUSAHAPUAN NOOR LATIFAH BINTI HUSSIN

PENOLONG SETIAUSAHAPUAN SALIZA BINTI SHAMSUDDIN

JAWATANKUASA PPDa 2013

ENCIK ZABRI BIN ZAINOL ABIDINPUAN SITI NOOR SURIANI BINTI SUIB

PUAN MARIYAH BINTI ABDUL RAHMANPUAN AEIZATUL FADZILAH BINTI MAAZPUAN NORMAWATI BINTI ABD. HAMID

DR. AFIAN BIN OMAR (WAKIL PIBG)

Page 7: Kertas Kerja PPDa 2013

Lampiran II

TENTATIF PROGRAM

16hb Mac 2013 - Membaca Perutusan Daripada:-

Y.BHG. TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN

Menteri Pelajaran Malaysia

Sempena Hari Antidadah Kebangsaan

17hb Mac 2013 - Ceramah Pendidikan Pencegahan

Dadah: Tahun 5

Pegawai AADK Daerah Kulim

- Pameran Pendidikan Pencegahan

Dadah

18hb Mac 2013 - Pertandingan Mewarna Murid

Prasekolah, Tahun 1, 2 dan 3

19hb Mac 2013 - Pertandingan Kuiz : Tahun 4

20hb Mac 2013 - Pertandingan Melukis Poster : Tahun 5

- Pertandingan Melukis Poster : Tahun 6

21hb Mac 2013 - Majlis Penutup Dan Penyampaian

Hadiah

Page 8: Kertas Kerja PPDa 2013

11.0 PENUTUP

Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah yang dilaksanakan ini

diharapkan akan memberi kesedaran dan pengetahuan

yang tinggi kepada murid-murid SK Taman Hi-Tech. Selaras

dengan hasrat kerajaan untuk sifar dadah menjelang Tahun

2013 akan direalisasikan dengan jayanya.

Semoga segala perancangan ini mendapat rahmat dari Yang

Esa, Insyaallah.

Disediakan oleh:

-----------------------------------------------

NOOR LATIFAH BINTI HUSSIN

Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech

Kulim, Kedah Darul Aman.

Ulasan Guru Besar:

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------

Page 9: Kertas Kerja PPDa 2013

Yang Benar,

---------------------------------------------------