kertas kerja pibg

6
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK PIBG SK INTAN BAIDURI 1

Upload: mommyaqil

Post on 24-Dec-2015

327 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PIBG

Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN BILIK PIBG

SK INTAN BAIDURI

1

Page 2: KERTAS KERJA PIBG

Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

1.0 Pendahuluan

Bilik Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Intan Baiduri adalah sebuah tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada semua AJK PIBG untuk mengakses segala maklumat berkaitan PIBG SK Intan Baiduri dari bermulanya pertubuhan ini pada tahun 2003. Segala maklumat seperti minit mesyuarat, laporan aktiviti, laporan kewangan serta kertas kerja aktiviti dibawah kelolaan PIBG disimpan di dalam bilik tersebut bagi tujuan rujukan pada masa hadapan.

Selain itu, Bilik PIBG juga ditubuhkan bagi memudahkan segala urusan kerja antara para ibu bapa dan para guru dalam memastikan kecemerlangan murid-murid SK Intan Baiduri. Bagi membantu dan memastikan kecemerlangan murid, Bilik PIBG dijadikan medium perantara bagi ibu bapa dan guru untuk mengadakan perbincangan serta mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi murid. Oleh itu, projek keceriaan Bilik PIBG ini adalah salah satu langkah serta usaha dalam mewujudkan sebuah organisasi yang lebih tersusun dan cemerlang di masa hadapan.

2.0 Matlamat

Mewujudkan suasana yang lebih ceria dan berinformasi dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi PIBG yang lebih tersusun dan cemerlang di masa hadapan.

3.0 Objektif

3.1 Menceriakan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

3.2 Meningkatkan peratus keceriaan sekolah

3.3 Mewujudkan suasana ceria, cantik dan berinformasi pada AJK PIBG, para guru serta para ibu bapa murid SK Intan Baiduri yang menggunakan Bilik PIBG, SK Intan Baiduri.

4.0 Tarikh

November 2014 sehingga Disember 2014

2

Page 3: KERTAS KERJA PIBG

Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

5.0 Tempat

Bilik PIBG SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

6.0 Cadangan Aktiviti yang akan Dijalankan

Bil Aktiviti1 Menyusun dan melabel fail-fail berkaitan di dalam almari2 Memasang railing untuk langsir dan kain langsir3 Menghias bunga, memasang alas meja serta menampal kata-kata hikmah yang

bersesuaian 4 Menyediakan komputer serta printer bagi kegunaan AJK PIBG5 Memastikan alatan pejabat dan alatan tulis lengkap6 Menyediakan cop rasmi PIBG SK Intan Baiduri

7.0 Jawatankuasa Projek

Penasihat : Pn. Hajah Mahani bt Ibrahim

Penolong Penasihat : Pn. Norizan bt Mahmud

Pn. Sakinah bt Awang

Pn. Fazilah bt Megat Kashim

Yang Dipertua PIBG : En. Zaifulsham b. Ahmad Zakaria

Naib Yang Dipertua : En. Malik Karyono

Setiausaha : Pn. Norliyana bt Azman

Naib Setiausaha : Cik Nurain bt Mustafa Kamal

Bendahari : En. Mohd Abdul Hamid b. Mohd Abdul Wahab

Naib Bendahari : Pn. Aerisuli

AJK : Semua AJK Ibu Bapa dan AJK Guru PIBG SK Intan Baiduri

3

Page 4: KERTAS KERJA PIBG

Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

8.0 Sumber Kewangan

8.1 Peruntukan dari pihak PIBG SK Intan Baiduri

8.2 Sumbangan dari AJK PIBG SK Intan Baiduri

9.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Perkara Anggaran Kos1. Railing untuk langsir RM20.002. Komputer dan printer RM2000.003. Box File (untuk susun fail dalam almari) RM80.004. Meja RM200.00 5. Almari besi RM300.006. Alatan tulis dan kelengkapan pejabat

Bekas tempat letak Cop Bekas letak pen dan pensil Tempat letak surat masuk dan

keluar Tong sampah Penyapu Feather duster

RM200.00

7. Barang hiasan Alas meja Kertas berwarna (Kata-kata

hikamah dan label) Pouch laminate A4

RM100.00

8. Pewangi bilik automatik (1 Unit) RM30.009. Papan kenyataan dan papan putih **10. Jumlah RM2930.00

10.0 Penutup

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Jawatankuasa agar Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri dapat diterima dan diberi sumbangan mengikut anggaran kos yang dinyatakan supaya dapat berjalan dengan lancar serta seperti yang dirancangkan. Semoga projek ini memberi manfaat kepada semua pihak.

4

Page 5: KERTAS KERJA PIBG

Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik PIBG SK Intan Baiduri

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________ ______________________________

(PN. NORLIYANA BINTI AZMAN) (PN. HAJAH MAHANI BT IBRAHIM)

Setiausaha PIBG sesi 2014/2015 Guru Besar

SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

Disahkan oleh,

________________________________

(EN.ZAIFULSHAM BIN AHMAD ZAKARIA)

Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015

SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

5