kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

6
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TELINGGAI, SUAI MIRI,SARAWAK KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB MEMANAH SK BATU TELINGGAI, SUAI

Upload: hafizjemain

Post on 08-Jul-2015

1.567 views

Category:

Data & Analytics


135 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU

TELINGGAI, SUAI

MIRI,SARAWAK

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB MEMANAH

SK BATU TELINGGAI,

SUAI

Page 2: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

SK BATU TELLINGAI ,SUAI

PENUBUHAN KELAB MEMANAH

1. PENDAHULUAN

Memanah adalah satu sukan yang telah lama wujud di dunia ini iaitu sejak zaman Nabi lagi. Ia adalah

salah satu sukan berprestasi tinggi di Negara kita. Ia memerlukan disiplin yang tinggi serta kekuatan

fizikal dan mental mahupun emosi.

2. Matlamat

1. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada sukan yang berprestasi tinggi. Ia juga

dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai visi dan misi serta

berdisiplin.

2. Pelajar SKBT akan mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat antara

sekolah dan seterusnya.

3. Objektif

1.1. Untuk mencapai matlamat 1 murid, 1 sukan.

1.2. Memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang sukan yang jarang ada di

sekolah.

1.3. Melahirkan pelajar supaya berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi.

1.4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri serta ketahanan fizikal dan mental

pelajar.

1.5. Mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dalam kelab.

1.6. Melahirkan pemanah yang akan mewakili sekolah, daerah, bahagian, negeri dan

seterusnya mewakili negara pada suatu hari nanti.

1.7. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan social.

Page 3: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

4. Rasional

1.1. SKBT belum mempunyai satu sukan yang mampu menjadi kebitaraan

sekolah,justeru itu,memanah adalah satu sukan yang baik untuk mengangkat nama

SKBT di mata MSSS

1.2. Kita mempunyai guru yang berminat dan telah berkursus Jurulatih Memanah

Peringkat 1

1.3. Kita mempunyai pelajar yang berkebolehan serta berminat dalam sukan ini

disamping

mempunyai fizikal badan yang sesuai.

1.4. Kita memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk pelajar sekolah

rendah

5. Kumpulan Sasaran

1.1. Pelajar Tahun 4 dan 5

1.2. 20 Orang – Lelaki 10 orang

Perempuan 10 orang

Page 4: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

6. Ahli Jawatan Kuasa (AJK)

Pengerusi: Guru Besar

Naib Pengerusi: Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha: Hafizharfani bin Jemain

Jurulatih: Hafizharfani bin Jemain

Bendahari: Pelajar

AJK : Pelajar

Ahli: Pelajar

7. Anggaran Perbelanjaan

1. Target batt RM700 x 2 = RM 1400.00

2. Set Memanah RM1800 x 4 = RM 7200.00

a. Aksessori (finger tab, arm guard, chest guard, dll) = RM 2000.00

Jumlah = RM 10600.00

8. Kutipan dana untuk membiayai peralatan

1. Kutipan Derma

2. Memohon penajaan dari pihak tertentu

3. Penjualan penanda buku dll.

Page 5: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

4. Memohon peruntukan ko-kurikulum dari pejabat pendidikan.

5. Memohon peruntukan ko-kurikulum sekolah.

9. Peringkat sasaran peralatan.

1. Tahun 2015 – Memiliki sekurang kurangnya 2 set memanah dan 1 Target batt.

2. Tahun 2016 – Memiliki sekurang-kurangnya 5 set memanah dan 2 Target batt.

3. Tahun 2017 – Memiliki sekurang-kurangnya 10 set memanah dan 4 Target batt.

10. Harapan

1. Menjadikan sukan memanah sebagai penanda aras sukan ko-kurikulum sekolah.

2. Sukan memanah sebagai mercu tanda SKBT.

3. Melahirkan pemanah yang akan mewakili negeri Sarawak pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

HAFIZHARFANI BIN JEMAIN

Setiausaha ,

Jurulatih Memanah

Page 6: Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2

SK. Encik Buyong,

Kuching