kertas kerja pendidikan dinamik intelek … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik...

10
KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK ANJURAN : MALTIVO MALAYSIA dan PERTUBUHAN KEBAJIKAN MELATI MALAYSIA 1.0 Pengenalan Dasawarsa ini menunjukkan bahawa peperiksaan merupakan elemen penting untuk seseorang pelajar membuktikan kewibawaan dan kepandaian mereka, sehubungan itu menjadikan peperiksaan matlamat utama untuk mendapatkan sesuatu keputusan yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas PT3 seterusnya layak memohon kemasukan Kolej Vokasional serta Institusi Pengajian tertentu mengikut minat dan cita-cita masing-masing. Bagi pelajar SPM, objektif program adalah membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM serta suntikan motivasi. Ibu bapa juga sanggup berbelanja lebih menghantar anak-anak mereka ke Pusat- pusat Tuisyen untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Di dalam mendemokrasikan pendidikan tidak semua bernasib baik mendapat pendedahan pembelajaran selain sekolah dan memasuki institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Situasi yang amat kompetitif untuk pelajar melanjutkan pelajaran. Sehubungan itu, kami daripada Gabungan Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional Malaysia atau ringkasnya MALTIVO ingin membantu para pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendedahkan kepada mereka teknik-teknik peperiksaan disamping menyedarkan mereka peluang-peluang yang wujud untuk melanjutkan pelajaran sekiranya gagal mendapat tempat di IPTA. 2.0 Objektif a) Mendedahkan kepada para pelajar teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan PT3 (untuk pelajar Tingkatan 3) dan SPM (pelajar Tingkatan 5). b) Memberikan suntikan motivasi dan teknik belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan ke arah keterampilan diri. c) Melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran belajar. d) Melatih pelajar supaya memahami tanggungjawab diri sebagai warganegara yang sihat dan cintakan keamanan. e) Memupuk sifat perpaduan antara kaum. f) Mendedahkan peluang pendidikan lanjutan di Institusi Pendidikan terpilih khasnya Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Upload: hakiet

Post on 21-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK

ANJURAN : MALTIVO MALAYSIA dan PERTUBUHAN KEBAJIKAN MELATI MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Dasawarsa ini menunjukkan bahawa peperiksaan merupakan elemen penting untuk

seseorang pelajar membuktikan kewibawaan dan kepandaian mereka, sehubungan

itu menjadikan peperiksaan matlamat utama untuk mendapatkan sesuatu keputusan

yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas

PT3 seterusnya layak memohon kemasukan Kolej Vokasional serta Institusi Pengajian

tertentu mengikut minat dan cita-cita masing-masing. Bagi pelajar SPM, objektif

program adalah membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM serta suntikan

motivasi.

Ibu bapa juga sanggup berbelanja lebih menghantar anak-anak mereka ke Pusat-

pusat Tuisyen untuk memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang

dalam peperiksaan. Di dalam mendemokrasikan pendidikan tidak semua bernasib

baik mendapat pendedahan pembelajaran selain sekolah dan memasuki institusi

Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Situasi yang amat kompetitif untuk pelajar

melanjutkan pelajaran.

Sehubungan itu, kami daripada Gabungan Persatuan Alumni Teknik dan Vokasional

Malaysia atau ringkasnya MALTIVO ingin membantu para pelajar yang tidak

berkemampuan untuk mendedahkan kepada mereka teknik-teknik peperiksaan

disamping menyedarkan mereka peluang-peluang yang wujud untuk melanjutkan

pelajaran sekiranya gagal mendapat tempat di IPTA.

2.0 Objektif

a) Mendedahkan kepada para pelajar teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan

PT3 (untuk pelajar Tingkatan 3) dan SPM (pelajar Tingkatan 5).

b) Memberikan suntikan motivasi dan teknik belajar untuk menjadi pelajar yang

cemerlang dan ke arah keterampilan diri.

c) Melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran belajar.

d) Melatih pelajar supaya memahami tanggungjawab diri sebagai warganegara yang

sihat dan cintakan keamanan.

e) Memupuk sifat perpaduan antara kaum.

f) Mendedahkan peluang pendidikan lanjutan di Institusi Pendidikan terpilih

khasnya Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Page 2: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

3.0 Anjuran

DINAMIK INTELEK dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Melati Malaysia dan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan yang disasarkan iaitu Calon-calon PT3 dan SPM

Antara sekolah yang akan disasarkan ialah Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta dan Sekolah Agama Maahad di seluruh Malaysia mengikut perancangan Melati Malaysia.

5.0 Subjek Ditawarkan

Setiap sekolah diperuntukkan sebanyak 2jam iaitu 1jam 45minit pengajaran, 15 minit promosi Kolej Vokasional.

1. Matematik – Dikendalikan oleh En Suthan (B.A. Hons Education Science & Math,UM) Kaedah disediakan penceramah meliputi latih tubi soalan PT3 KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan ulangkaji pelajaran daripada Tingkatan 1 dan 2.

2. Kimia – Juga dikendalikan oleh En Suthan (B.A. Hons Education Science & Math,UM)

3. Bahasa Inggeris – Di kendalikan oleh Cik Chin Seow Hui Guru Tuisyen berpengalaman selama 12 tahun

Subjek lain juga ditawarkan bergantung kepada permintaan dan persetujuan sekolah

6.0 Pelaksanaan & Metodologi

Kaedah Pelaksanaan seperti dibawah :

i) Pihak Alumni SMT Setapak dan Melati Malaysia akan memberikan ceramah

percuma di Sekolah Menengah terpilih.

ii) Penceramah yang dinamakan seperti di atas sahaja akan ke sekolah untuk

memberikan ceramah kecuali terdapat subjek tertentu diminta oleh pihak

sekolah.

iii) Para pelajar akan diajar tentang teknik belajar dan diaplikasikan dalam

akademik seperti subjek Matematik (PT3) dan Bahasa Inggeris (SPM)

iv) Pihak Alumni SMT Setapak turut mendapat ruang untuk mempromosikan

program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk calun PT3.

v) Pelajar akan ditawarkan menyertai SEMINAR REVISI dengan pengisian subjek

Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Page 3: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

7.0 PERBELANJAAN CERAMAH UNTUK SATU SEKOLAH

Sekolah tidak akan dikenakan bayaran kerana semua kos tersebut ditanggung

Dinamik Intelek.

Kos tersebut juga akan diperolehi Melati Malaysia dan Alumni SMT Setapak melalui

Seminar Susulan berkonsep ulangkaji (REVISI) pada hujung minggu di setiap zon atau

bandar yang dipilih dalam mengadakan ceramah percuma.

8.0 SEMINAR REVISI

Susulan daripada ceramah percuma PT3 dan SPM daripada kebenaran sekolah serta

pengesahan kebenaran ibubapa (melalui Borang Penyertaan) , pihak Dinamik Intelek

akan menganjurkan Seminar Revisi di Dewan Kuliah di Kolej ataupun Institusi

Pengajian Tinggi berhampiran sekolah. Seminar Revisi adalah anjuran Dinamik

Intelek dan Melati Malaysia dan tiada kaitan dengan sekolah pelajar terbabit.

Lokasi ini dipilih bagi memupuk keazaman dikalangan pelajar untuk meneruskan

pengajian sehingga menara gading. Tambahan pula, kemudahan asas seperti dewan

makan, white board, LCD, Surau, PA System dan kerusi seminar yang selesa untuk

pelajar menghayati pengisian penceramah.

Seminar sehari bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang dengan pengisian

subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tambahan subjek

Sejarah jika kehadiran peserta seminar mencapai bilangan 300 orang.

Kemudahan pengangkutan disediakan oleh penganjur daripada perkarangan sekolah

sehingga ke Dewan Seminar yang dipilih.

Selain pengangkutan, peserta akan disediakan :

a. Nota Lengkap dan Latihan secara Latih Tubi untuk setiap subjek bertujuan

meneguhkan pemahaman pelajar.

b. Makan minum 2 kali: Sarapan dan Makan Tengahari.

c. Tenaga Penceramah yang berpengalaman dengan silibus yang ditetapkan

Kementerian Pelajaran Malaysia

d. Sijil Penyertaan

Page 4: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

LAPURAN PROGRAM PENDIDIKAN MALTIVO MELATI

CERAMAH PT3 Subjek Bahasa Melayu di Daerah Ledang & Muar, Johor Tarikh : 050215 - 110215

SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor

SMK Lughatul Quran, Sg Mati, Ledang, Johor

SMK Tun Sulaiman Ninam Shah Sekolah Tinggi Muar

SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor

Page 5: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

CERAMAH PT3 subjek Matematik – Seremban Tarikh : 30 Mac – 3 April 2015

SMK Senawang SMK Warisan Puteri

SMK Seremban 3 SMK Dato Mohd Redza, Sikamat

SMK Puteri, Seremban

SMK Seri Sendayan SMK Bukit Kepayang, Seremban 2

Page 6: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

PERLAKSANAAN SEMINAR Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Johor - 070815

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang - 210615

Page 7: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

Seminar PT3 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban - 140615

Seminar UPSR di UiTM Seremban 090815

Page 8: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

Bentong, Pahang 160815

Perlaksanaan Seminar Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Page 9: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

SIRI CERAMAH PT3 & SPM 2016-2017

SMK KAHANG, Kluang SMK AGAMA ATTARBIAH ISLAMIAH, Bt Pahat

SMK SULAIMAN, Bentong, Pahang (SPM) SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, Pahang

Page 10: KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK … · yang baik dan cemerlang untuk memasuki kelas terbaik seperti aliran Sains selepas ... (untuk pelajar Tingkatan 3) ... Nota Lengkap dan

Perlaksanaan Seminar

UTM Skudai Johor Bahru, Johor

Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

UMS Sabah Auditorium Seri Negeri, Melaka