kertas kerja pa sistem

2
KERTAS CADANGAN MEMBELI ALAT PEMBESAR SUARA 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada sekolah. 2.0 MATLAMAT Sistem pembesar suara merupakan sebuah alat yang sangat penting dalam membantu guru mengendalikan beberapa majlis yang menggunakan alat pembesar suara. Ini kerana suara guru tidak akan didengari dengan jelas apabila sesuatu majlis dijalankan. Gangguan bising menambahkan lagi masalah untuk audien mendengar apa yang disampaikan. Alat pembesar suara ini juga dapat membantu guru-guru di sini dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Matlamat utama pembelian ini adalah untuk membantu guru-guru dalam menjayakan beberapa program yang akan dilaksanakan. Dengan adanya alat pembesar suara ini, tugas guru akan menjadi lebih mudah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membantu tugas guru dalam menjayakan beberapa program yang dirancang. 3.2 Memudahkan guru-guru dan orang lain dalam member ucapan di dalam majlis yang dirancang. 3.3 Meringankan masalah guru yang tidak mempunyai suara yang lantang. 4.0 LATAR BELAKANG

Upload: hasanul-isyraf

Post on 27-Nov-2015

1.315 views

Category:

Documents


124 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pa Sistem

KERTAS CADANGAN MEMBELI ALAT PEMBESAR SUARA

1.0 TUJUANKertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada sekolah.

2.0 MATLAMATSistem pembesar suara merupakan sebuah alat yang sangat penting dalam membantu guru mengendalikan beberapa majlis yang menggunakan alat pembesar suara. Ini kerana suara guru tidak akan didengari dengan jelas apabila sesuatu majlis dijalankan. Gangguan bising menambahkan lagi masalah untuk audien mendengar apa yang disampaikan. Alat pembesar suara ini juga dapat membantu guru-guru di sini dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Matlamat utama pembelian ini adalah untuk membantu guru-guru dalam menjayakan beberapa program yang akan dilaksanakan. Dengan adanya alat pembesar suara ini, tugas guru akan menjadi lebih mudah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu tugas guru dalam menjayakan beberapa program yang dirancang.

3.2 Memudahkan guru-guru dan orang lain dalam member ucapan di dalam majlis yang dirancang.

3.3 Meringankan masalah guru yang tidak mempunyai suara yang lantang.

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Alat Pembesar SuaraAlat Pembesar Suara amat penting bagi Program Pendidikan Khas Integrasi SEMEKAR kerana alat ini dapat membantu guru-guru di sini menjalankan majlis-majlis yang dirancang supaya menjadi lebih mudah dengan adanya alat pembesar suara ini. Sebelum ini PPKI masih lagi belum mempunyai alat pembesar suara. Pihak PPKI masih lagi meminjam alat pembesar suara dengan pihak sekolah. Jadi

Page 2: Kertas Kerja Pa Sistem

apabila berlaku pertindihan penggunaan alat pembesar suara, PPKI terpaksa member laluan kepada pihak sekolah menggunakannya.

5.0 CADANGAN KOS PEMBELIAN

HARGA

1. SPEAKER DAN SISTEM - RM 1800.00 X 1 = RM1800.002. MIKROFON - RM 60.00 X 2 = RM 120.00

JUMLAH RM1920.00

6.0 PENUTUP

Kelulusan peruntukan ini akan memudahkan guru-guru menjalankan tugas dengan baik. Murid-murid juga akan memperolehi pembelajaran yang lebih baik dengan adanya bahan bantu mengajar yang banyak. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien lagi.

Disediakan, Disahkan,

………………………………….……. ………………………………………(PN.MARHAINI BT DASIRON) (PN. HJH. MAZLAH BT. HUSEEIN)Penyelaras PPKI SEMEKAR Pengetua SEMEKAR