kertas kerja mpp bulan bahasa

7
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA International Languages Teacher Training Institute KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM BULAN BAHASA (IPG-KBA) PROGRAM TAHUNAN OKTOBER 2010 Disediakan oleh: NAIB EXCO AKADEMIK

Upload: kheru-khek

Post on 09-Jul-2015

5.366 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja MPP IPG KBA Bulan Bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

International Languages Teacher Training Institute

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM BULAN BAHASA

(IPG-KBA)

PROGRAM TAHUNAN

OKTOBER 2010

Disediakan oleh:

NAIB EXCO AKADEMIK

Page 2: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

1. Latar belakang

Program bulan bahasa ini merupakan suatu program tahunan IPBA

dalam menjana kualiti bahasa dalam kalangan pelajar demi untuk memajukan

bahasa untuk negara. Demi untuk memajukan negara, program ini

memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang dapat

memanfaatkan bahasa dari segi cara pemikiran yang kreatif dan kritis, serta

menjadikan bangsa Malaysia suatu bangsa yang berilmu. Program ini

bertepatan dengan peranan pelajar IPG yang akan menjalankan tugas

mereka untuk membangunkan negara dari segi ilmu dari pelbagai aspek.

Program Kemajuan Bahasa Untuk Negara ini adalah suatu cadangan

yang dirancang oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 10/11.Tujuan asas

program ini dijalankan adalah untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan

para bakal guru tentang kepentingan bahasa untuk mereka demi misi untuk

melahirkan generasi akan datang yang akan dilentur mereka kelak.

2. Tujuan

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

pihak penganjur untuk membantu dari segi sokongan dan bantuan dalam

dalam menjayakan program untuk kemajuan akademik para guru dari segi

bahasa.

.

Page 3: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

3. Asas pertimbangan

3.1. Program ini mampu melahirkan para guru yang mementingkan nilai

bahasa.

3.2. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

3.2.1. Mencipta cerpen

3.2.2. Mencipta sajak

3.2.3. Mencipta puisi

3.2.4. Mendeklamasi sajak

3.2.5. Mendeklamasi puisi

3.2.6. Perbahasan isu semasa

3.3. Segala program yang dicadangkan akan dijalankan mengikut lampiran

1.

3.4. Program ini adalah berkonsepkan pertandingan antara para pelajar

dan akan dihakimi oleh wakil-wakil dari Jabatan Bahasa Melayu.

4. Anggaran perbelanjaan

4.1. Anggaran perbelanjaan adalah seperti di dalam lampiran 2.

5. Syor

5.1. Kami mencadangkan agar Jabatan Bahasa Melayu dapat

berkerjasama dengan kami dalam menjayakan program ini dengan

sebaik mungkin.

6. Implikasi

6.1. Melahirkan para guru yang mementingkan kualiti bahasa.

6.2. Menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan bersedia untuk ke alam

pengajaran.

6.3. Melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan kritis.

Page 4: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

Disediakan oleh ,

………………………..

(Muhammad Hafidz Bin Abd. Halim)

Naib Exco Akademik MPP,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Disemak oleh,

……………………………

(Sir Mohamad Azhar bin Abdul Wahab)

Penasihat majlis perwakilan pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Disahkan oleh,

……………………………

(En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Diluluskan oleh,

……………………………

(Dr.Mohd Sofi Bin Ali)

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Page 5: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

Lampiran 1

AKTIVITI PESERTA

Mencipta cerpen

Pelajar IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya 2 orang.

Mencipta sajak

Pelajar IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya 2 orang.

Mencipta puisi

Pelajar IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya 2 orang.

Mendeklamasi sajak

Pelajar dan pensyarah IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya 2 orang dan pensyarah tidak disyaratkan.

Mendeklamasi puisi

Pelajar dan pensyarah IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya 2 orang dan pensyarah tidak disyaratkan.

Forum isu-isu semasa

Pelajar IPBA. Setiap kelas sekurang-kurangnya satu kumpulan ahli panel yang dirangkumi oleh 3 orang ahli panel dan seorang .

Page 6: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa

Lampiran 2

KOS PERBELANJAAN

Bil. PERKARA KOS PERBELANJAAN

1. Hadiah para peserta: Setiap pertandingan 3 orang melainkan forum.

50 X 15=750

2. Hadiah forum terbaik: 1 kumpulan sahaja.

50 X 4=200

3. Cerderamata hakim: 3 orang

50 X 3=150

JUMLAH KESELURUHAN RM 1000

Page 7: Kertas Kerja MPP Bulan Bahasa