kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

8
A. PENDAHULUAN Program Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB yang bakal diadakan ini, bertujuan memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas meneroka dan merasai pengalaman menaiki salah satu dari pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia iaitu Keretapi. Di samping itu, terapi ini juga membolehkan murid-murid khas ini mendapat peluang yang serupa seperti murid-murid lain. Guru-guru juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, diharap agar terapi sosial ini dapat berjalan seperti yang telah dirancang. B. RASIONAL Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun sosial. Perlaksanaan program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk memantapkan disiplin serta ketahanan diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat secara langsung dalam kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan masyarakat sekitar. Selain itu juga, melalui program Terapi Sosial ini juga dapat melatih diri menjadi seorang yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut 1 KERTAS KERJA TERAPI SOSIAL - KEMBARA BERSAMA KTMB 2012 PROGRAM INTEGRASI KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM, SLIM RIVER, PERAK

Upload: ejat-tarlan

Post on 02-Aug-2015

355 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

A. PENDAHULUAN

Program Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB yang bakal diadakan ini,

bertujuan memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas meneroka

dan merasai pengalaman menaiki salah satu dari pengangkutan awam yang

terdapat di Malaysia iaitu Keretapi. Di samping itu, terapi ini juga membolehkan

murid-murid khas ini mendapat peluang yang serupa seperti murid-murid lain.

Guru-guru juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kerjasama

daripada semua pihak, diharap agar terapi sosial ini dapat berjalan seperti yang

telah dirancang.

B. RASIONAL

Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling

berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun

sosial. Perlaksanaan program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk

memantapkan disiplin serta ketahanan diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan

murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat secara langsung dalam

kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan masyarakat

sekitar. Selain itu juga, melalui program Terapi Sosial ini juga dapat melatih diri

menjadi seorang yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut

arahan. Secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah diri murid untuk

menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

1

KERTAS KERJATERAPI SOSIAL - KEMBARA BERSAMA KTMB 2012

PROGRAM INTEGRASI KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,

SLIM RIVER, PERAK

Page 2: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

C. OBJEKTIF

Objektif utama bagi Terapi Sosial Kembara KTMB adalah untuk

1. Mewujudkan integrasi yang berkesan dikalangan guru-guru dan murid-

murid Pendidikan Khas.

2. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan cabaran dan saingan

berhadapan persekitaran serta masyarakat luar.

3. Memperkenalkan keretapi sebagai salah satu pengangkutan awam yang

terdapat di Malaysia.

4. Memberikan pengalaman baru murid menaiki keretapi melalui pendekatan

pembelajaran secara pengalamian.

5. Meningkatkan disiplin diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan daya tahan

murid pendidikan khas.

6. Meningkatkan hubungan program pendidikan khas dan sekolah dengan

organisasi luar lain melalui jalinan kerjasama yang berkesan.

D. KUMPULAN SASARAN

Terapi sosial Kembara Bersama KTMB ini akan disertai oleh murid

Pendidikan Khas seramai 18 orang, guru seramai 5 orang dan seorang

Pembantu Pengurusan Murid. Berikut adalah butiran lanjut mengenai peserta.

Bil Peserta Bilangan Jumlah

Lelaki Perempuan

1 Guru Pendidikan Khas 2 3 5

2 Murid Pendidikan Khas 10 8 18

3 PPM - 1 1

JUMLAH KESELURUHAN 24 Orang

2

Page 3: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

E. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 14 September 2011

Hari : Rabu

Destinasi : Kuala Lumpur Sentral

Aktiviti : Rujuk Jadual dibawah

MASA AKTIVITI

7.00 pagi * Berkumpul di SMK Slim* Taklimat ringkas dan semakan senarai penumpang

7.15 pagi * Bertolak ke Stesen Keretapi Slim River, Perak Semakan senarai penumpang.

7.50 pagi * Bertolak ke KL menaiki keretapi ETS (Silver)

9.00 pagi * Sampai di stesen keretapi KL Sentral

9.30 pagi * Bertolak ke stesen LRT Pasar Seni

9.45 pagi *Lawatan ke Pasar Seni

12.00 t/hari * Makan Tengahari* Rehat & Solat Zohor

1.30 petang *Berkumpul semula di KL Sentral

2.00 petang * Bertolak ke Stesen Keretapi Slim River menaiki Keretapi ETS (GOLD)

3.30 petang *Dijangka sampai di Stesen Keretapi Slim River

3.45 petang *Sampai ke sekolah dan bersurai

Nota : Jadual acara tertakluk pada perubahan.

3

Page 4: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

F.JAWATANKUASA KERJA

Bagi melancarkan program, satu jawatankuasa telah dibentuk supaya program

ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah senarai jawatankuasa

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: Pn Hajah Siti Mariam Bt Hj JonedPengetua SMK Slim

Naib Pengerusi 1: Pn Hajah Salina Bt ShuibPenolong Kanan Pentadbiran SMK Slim

Naib Pengerusi 2: Tn Hj Aman Shah Bin Idris Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Slim

Naib Pengerusi 3: Pn Hjh Rusilah Bt Abd Rahman Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Slim

Penyelaras: Pn Asmahani Bt Jaafar

Setiausaha: En Anizat Bin Tarlan

Bendahari: Pn Munira Bt Judin

AJK: Pn Fairus Fariza Bte Abd Karim En. Yusmizal bin Mohamed

Pn Nurazrina bt Mat Sharif

4

Page 5: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

JAWATANKUASA PELAKSANA

Ketua Lawatan

Pn Asmahani Bt Jaafar

Penyelaras Lawatan

En. Anizat Bin Tarlan

Pengurus Peserta

Pn Fairus Fariza Bt Abd Karim

Disiplin dan Keselamatan

En. Yusmizal bin Mohamed

Makanan & Minuman

Pn Munira Bt Judin

Pn Nurazrina Bt Mat Shariff

Pengangkutan

En. Yusmizal Bin Mohamed

Jurugambar dan Dokumentasi

En. Anizat Bin Tarlan

5

Page 6: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

G. PENYATA KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1Sarapan Pagi

Murid ( 13 orang x RM2.50)

Tengahari Murid ( 13 orang x RM5.00 )

Minum Petang

Murid ( 13 orang x RM2.50)

RM 32.50

RM 65.00

RM 32.50

2 TiketTiket (Slim River – KL Sentral) ETS sehala

Murid (13 orang x RM14.00)

Tiket (KL Sentral – Slim River ) ETS Sehala Murid (13 orang x RM17.00)

RM 182.00

RM 221.00

JUMLAH RM 533.00

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara Amaun Jumlah (RM)

12

PCG Murid Sumbangan ibubapa

murid

RM31.00 X 13 org

RM 403.00

RM 130.00JUMLAH RM 533.00

H. PENUTUP

6

Page 7: kertas kerja menggunakan pengangkutan keretapi laju

Diharapkan Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB ini dapat mencapai

objektif yang telah ditetapkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Akhirnya,

semoga program terapi ini dapat memberikan satu kenangan serta pengalaman

yang tidak ternilai harganya dalam diri setiap murid Pendidikan Khas SMK Slim.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

......................................... ........................................(ANIZAT BIN TARLAN) (ASMAHANI BT JAAFAR)Setiausaha, Penyelaras Program Terapi Sosial Bersama KTMB Pendidikan Khas SMK Slim 2012

Disahkan Oleh,

........................................

(PN HJH SITI MARIAM BT HJ JONED)PengetuaSMK Slim,Slim River, Perak.

7