kertas kerja melukis mural idioms

Upload: jeffrey-tan

Post on 20-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    1/9

    SEKOLAH RENDAH POMOTODON INANAM

    KOTA KINABALU, SABAH.

    KERTAS KERJA

    ENGLISH IDIOMS

    5 OKTOBER 2015 23 OKTOBER 2015

    PROGRAM ANJURAN

    INTERNSHIP PISMP TESL

    AMBILAN JANUARI 2012 SEMESTER 8 BERSAMA DENGAN WARGASEKOLAH S.K POMOTODON INANAM.

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    2/9

    1.0 PENGENALAN

    Projek English Idioms merupakan salah satu projek yang akan

    dijalankan oleh guru pelatih semester 8 dari Institut Pendidikan Guru Kampus

    Gaya. Projek ini akan dijalankan sepanjang tempoh guru pelatih berinternship.

    Melalui projek ini suasana sekolah akan menjadi lebih ceria disambil dapat

    memberi inspirasi kepada murid-murid. Projek ini berperanan dalam

    membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang ceria,

    kondusif dan berinformasi. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai

    wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang

    bermula dari persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.

    2.0 RASIONAL

    Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang

    penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek ini dijalankan berhasrat

    menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai

    persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. English Idioms ini

    bertujuan untuk menjadi sudut ilmu di mana murid murid dan guru di sekolah

    dapat mempelajari dan memahami serta meningkatkan lagi pengetahuan dan

    pemahaman mengenai peribahasa dalam Bahasa Inggeris. Melalui projek ini,

    guru guru serta murid murid dapat mempelajari peribahasa peribahasa

    yang berguna dan juga mengaplikasikan pengetahuan tersebut di dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    3.0 MATLAMAT

    3.1 Memupuk kemahiran berkomunikasi dalam bentuk lisan dan juga

    bertulis menggunakan peribahasa Bahasa Inggeris3.2 Meningkatkan kemahiran guru dan murid dalam memahami dan

    menggunakan bahasa secara literal ataupun figuratif

    3.3 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan

    menarik

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    3/9

    4.0 OBJEKTIF

    4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik

    serta berinformatif

    4.2 Meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa secara literal dan juga

    figuratif melalui English Idioms

    4.3 Memupuk minat untuk menggunakan ungkapan ungkapan kreatif

    dalam penulisan dan juga apabila berkomunikasi

    4.4 Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran bahasa luar kelas

    yang menyeronokkan dan efektif

    5.0 NAMA PROGRAM

    Projek English Idioms

    6.0 ANJURAN

    Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru guru

    SK Pomotodon Inanam.

    7.0 TARIKH

    5 OKTOBER 2015 23 OKTOBER 2015

    8.0 TEMPAT

    SK Pomotodon, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

    9.0 ORGANISASI

    Pengerusi : En. Vejayabalan Subramaniam

    (Guru Besar SK Pomotodon)

    Penasihat : En. Junius Antang(Penolong Kanan 1 SK Pomotodon)

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    4/9

    Pn. Siti Fatimah Binti Mohd Ghazali

    (Guru Panitia Bahasa Inggeris)

    Guru-Guru : Cik Nurbahiyah Binti Mohd Yusuf

    Cik Nur Ashyqin Mohd Dini

    Pn. Anna Lagob

    Pn. Aidarani Sisamdin

    En. Jeffrey Tan

    10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

    Langkah Aktiviti

    1 Mencari bahan dan peribahasa yang sesuai.

    2 Memilih beberapa peribahasa yang sesuai.

    3 Mencetak peribahasa yang telah dipilih.

    4 Melekatkan peribahasa yang telah dicetak di sekitar kawasansekolah.

    5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

    11.0 SUMBER KEWANGAN

    Ditanggung oleh guru pelatih.

    12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

    BIL. PERKARA UNITHARGA

    SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

    1. Laminating paper 1 27.00 27.00

    2. A4 Paper One 1 8.90 8.90

    JUMLAH KESELURUHAN RM35.90

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    5/9

    13.0 CONTOH English Idioms :

    Bear in mind that I cant walk as fast as you.

    Bear in mind

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    6/9

    John passed his English test with flying colours.

    Pass with flying colours

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    7/9

    Have fun on your vacation! I hope you enjoy Mexico! Keep

    in touch!

    Keep in touch

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    8/9

    Could you lend me a hand with these bags?

    Lend a hand

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Melukis Mural Idioms

    9/9

    14.0 PENUTUP

    Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan

    seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini dapat mendatangkan manfaat

    kepada semua pihak.

    Disediakan oleh,

    ..........................

    (JEFFREY TAN)

    Guru Pelatih IPG Kampus Gaya,

    Program Internship PISMP TESL,

    Kota Kinabalu, Sabah

    Disemak dan Disahkan oleh,

    ...............................................

    (Vejayabalan Subramaniam)

    Guru Besar,

    SK Pomotodon, Inanam,

    Kota Kinabalu Sabah