kertas kerja majlis penyampaian watikah pengawas tahun 2015

6
SEKOLAH MENENGAH AGAMA HIDAYAH ISLAMIAH BATU 10, ALOR BIAK, SUNGAI KOROK CHANGLIH, 06150 AYER HITAM, KEDAH KERTAS KERJA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS BARU TAHUN 2015

Upload: mona-mohtar

Post on 16-Jul-2016

136 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Tahun 2015

SEKOLAH MENENGAH AGAMA HIDAYAH ISLAMIAH

BATU 10, ALOR BIAK, SUNGAI KOROK CHANGLIH, 06150 AYER HITAM, KEDAH

KERTAS KERJA

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS BARU

TAHUN 2015

LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS

Page 2: Kertas Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Tahun 2015

1. PENDAHULUAN

Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan. Keadaan sekolah yang kurang menghadapi masalah disiplin memang diharapkan akan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelajar. Pelajar-pelajar sentiasa diharapkan akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Peranan pengawas, amat penting dalam membantu pihak sekolah mengawal disiplin para pelajar. Justeru, pihak sekolah telah melantik pengawas baru yang diharapkan akan dapat menjadi mata dan telinga kepada para guru. Dengan itu, pelantikan mereka secara rasmi dengan diberikan watikah diharapkan akan menyedarkan mereka bahawa tugas mereka amat penting dalam membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar.

2. OBJEKTIF

Pelantikan ini diharapkan akan dapat:I. Menaikkan semangat para pengawas untuk bertugas dengan bersungguh-

sungguh bagi membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar.II. Memaklumkan kepada pelajar bahawa pengawas turut memainkan peranan

membantu guru mengawal disiplin sekolah.III. Menimbulkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap tugas para

pengawas.

3. KUMPULAN SASARAN

Pengawas baru tahun 2015 seramai 59 orang.

4. PELAKSANAAN PROGRAM

Hari : Ahad

Tarikh : 25 Januari 2015

Masa : 8.15 pagi (Perhimpunan sekolah)

Tempat : Dataran Perhimpunan Sekolah

2

Page 3: Kertas Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Tahun 2015

5. JAWATANKUASA PROGRAMJawatankuasa Induk

PenasihatTuan Haji Mahir Bin Mohamad (Pengetua)

PengerusiEncik Akhmal Bin Ariffin (Pemangku Penolong Kanan HEM)

Naib PengerusiPuan Noor Azha Binti Abdul Rahim (Penolong Kanan 1)

Encik Muhammad Yusnal Bin Lahadzir (Penolong Kanan Kokurikulum)Penyelaras

Encik Azhari Bin HamzahSetiausaha

Puan Nur Ilyana Binti Ahmad MohtarBendahari

Puan Siti Hajar Binti Saidin

Jawatankuasa Pelaksana

Buku Program/ Brochure 1. Nabila Syazwin 2. Nor Farhana Binti Azizan3. Amirah Binti Fakhrruradzi

Juruacara Puan Siti Hajar Binti SaidinPA Sistem 1. Ahmad Imani Ashraf Bin Jailani

2. Muhammad Shahrul Nizam Bin ShohaimiBacaan Doa Muhammad Qayyum Bin IsmailPersiapan Tempat 1. Mohd Muhriz Bin Mohammad

2. Mohamad Zafran Bin Mohd Zahir3. Muhammad Khairil Hakimi Bin Abdullah4. Muhammad Aiman Bin Azmi 5. Nur Awatif Bin Mohd Azahari6. Adleen Nabilah Binti Asmadie7. Nurul Izzah Husna Binti Bakri8. Nur Atiqah Binti Kahirul Azelli

Sijil dan Cenderahati 1. Hasya NurSofiya Binti Muhamad Yusuf2. Rohaida Binti Abdul Khalid3. Balqis Binti Abdul Rahman Huraisen4. Zulfa Nur Husna Binti Ismail

3

Page 4: Kertas Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Tahun 2015

5. Nur Syafiqah Binti RidzuanKawalan Disiplin Semua pengawasJurukamera 1. Mohd Ajrul Amin Bin Mohd Khairudin

2. Muhammad Amin Bin ShahidanDokumentasi 1. Siti Hajar Binti Man

2. Rashiqah Binti Yusuf3. Nurul Atiqah Binti Khairul Anuar

Pembaca Lafaz Ikrar Pengawas Muhammad Aslam Bin Mat Zukri

6. TENTATIF

7.20 pagi : Pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan Guru-guru mengambil tempat

7.40 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis – Juruacara Perhimpunan Mingguan7.50 pagi : -Bacaan doa - Nyanyian Lagu “Asmaul Husna” - Nyanyian Lagu “Negaraku”8.00 pagi : Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Pentadbir 8.15 pagi : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2015

-Ucapan Aluan- Juruacara Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

-Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua8.20 pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas Tahun 2014

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2015 Lafaz Ikrar Pengawas

8.45 pagi : Penutup - Nyanyian Lagu Negeri Kedah

- Nyanyian Lagu Motivasi Sekolah - Bersurai - Sesi Fotografi

7. ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)1 Kertas Sijil 1 rim 45.002 Dokumentasi 35.003 Banner 80.00

JUMLAH KESELURUHAN 160.00

4

Page 5: Kertas Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Tahun 2015

8. PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.   PENUTUPDiharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat

meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah untuk menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi. Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah ,Pengawas supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Di samping itu, para pelajar dapat  membentuk diri menjadi pemimpin yang global, kontemporari dan profesional. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional. 

Disediakan oleh,

…………………………………………….. (NUR ILYANA BINTI AHMAD MOHTAR) Setiausaha,Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2015,SMA Hidayah Islamiah.

Disemak Oleh,

………………………….(AZHARI BIN HAMZAH)Penyelaras,Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2015,SMA Hidayah Islamiah.

Disahkan oleh,

…………………………………………..(TUAN HAJI MAHIR BIN MOHAMAD)Pengetua,SMA Hidayah Islamiah.

5