kertas kerja konvoi kereta

Upload: ketapang-terengganu

Post on 17-Jul-2015

388 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN: Program Konvoi Cakna Generasi Muda dirancang adalah untuk golongan muda yang sering menggunakan kereta untuk memecut di jalanraya. Oleh yang demikian, Gabungan Generasi Melayu Terengganu mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini dengan penekanan kepada keagamaan, pemanduan berhemah dan menguji kecergasan mental serta fizikal melalui aktiviti penjelajahan. Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu untuk menilai keberkesanan dan pemantauan berterusan selepas program. Pihak kami juga bercadang untuk membawa beberapa wakil persatuan belia negeri Terengganu bersama-sama menyertai program ini dan berinteraksi didalam majlis perjumpaan yang akan diadakan di negeri Pahang dan Perlis. OBJEKTIF: Memenuhi citarasa mereka dengan pengisian aktiviti penjelajahan berkereta secara berkonvoi. Menarik seberapa ramai generasi muda untuk menyertai program ini supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh membahayakan diri sendiri. Melahirkan latihan dan kemahiran memandu kereta dengan berhemah dan berdisiplin semasa berada dijalan raya. Mengadakan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat yang akan ditemui untuk mendaptkan input tentang pembangunan belia, ekonomi dan sosial setempat.

PENYERTAAN: 15 buah kereta (15 buah x 4 orang) - 60 orang SASARAN: Pemimpin / Ahli Gabungan Generasi Melayu Terengganu Belia Tidak Berpersatuan Pegawai Pengiring (POLIS / JBSNT) TARIKH: 13 16 Mac, 2009 TEMPAT: Cameroon Highlands, Pahang, Kedah & Perlis PENGANJURAN: Gabungan Generasi Melayu Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Terengganu TENTATIF PROGRAM: Hari Pertama: (Kuala Terengganu Cameroon Highlands) Jam 8.00 pagi Pendaftaran di Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu Taklimat Pergerakan Oleh Pegawai Trafik Polis Di Raja Malaysia Jam 9.00 pagi Ucaputama Oleh YB.Datuk Pengerusi JK.Belia & Sukan Pelepasan Peserta Oleh YB.Pengerusi JK.Belia & Sukan Jam 10.00 pagi Peserta Berkonvoi Ke Cameroon Highlands Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak) Jam 5.00 petang Dijangka Tiba dan Check In Hotel Jasmine, Cameroon Highlands

Rehat / Aturcara Bebas Jam 7.00 malam Persiapan Diri Solat Maghrib (Jamak) Jam 8.00 malam Perjumpaan Bersama Polis Di Raja Malaysia Jam 10.00 malam Balik Ke Hotel Jasmin / Rehat Hari Kedua: (Cameroon Highlands Kedah) Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Lawatan Sekitar Cameroon Highlands Jam 11.00 pagi Bertolak ke Alor Setar Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak) Jam 5.00 petang Dijangka Tiba dan Check In Kompleks Belia & Sukan Negeri Alor Setar Jam 7.00 malam Persiapan / Solat Maghrib (Jamak) Jam 8.00 malam Majlis Perjumpaan Bersama Belia Kedah Jam 10.00 malam Balik Ke Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah / Rehat Hari Ketiga: (Kedah - Perlis) Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Program Bersama Penghuni Rumah Anak Yatim, Darul Aitam Penyampaian Sumbangan Peserta Jam 12.00 tengahari Bertolak Ke Kangar, Perlis Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak) Jam 2.30 petang

Dijangka Tiba dan Check In Kompleks Belia & Sukan Negeri Kangar Jam 4.00 petang Program Bersama Rumah Orang Tua Di Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali, Kangar Lawatan Bermaklumat Jam 7.00 malam Persiapan / Solat Maghrib (Jamak) Jam 8.00 malam Majlis Perjumpaan Bersama Belia Perlis Jam 10.30 malam Balik Ke Kompleks Belia & Sukan Negeri Perlis / Rehat Hari Keempat: (Perlis Kuala Terengganu) Jam 5.30 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Sarapan Pagi Jam 8.30 pagi Majlis Penutup & Penyampaian Sijil - Peserta Mengambil Tempat - Ucapan Ketua Peserta - Ucapan Oleh Pengerusi Penganjur - Ucaputama Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Perlis - Penyampaian Cenderahati - Penyampaian Sijil - Sesi Bergambar Jam 9.30 pagi Majlis Pelepasan Peserta - Bacaan Doa Selamat - Pelepasan Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah JBNS Perlis Jam 1.00 tengahari Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak) Jam 7.00 malam Makan Malam / Solat Maghrib (Jamak) Jam 11.00 malam Dijangka Tiba Di Kuala Terengganu Selawat Dan Bersurai ANGGARAN PERBELANJAAN:

Makan Minum @ RM30.00 x 60 orang x 4 hari - RM7,200.00 Penginapan @ RM30.00 x 60 x 3 malam - RM5,400.00 Pakaian @ TShirt RM15.00 x 60 helai - RM900.00 Kain Rentang @ RM100 x 1 helai - RM100.00 Minyak Kereta @ RM200 x 15 buah - RM3,000.00 Majlis Perjumpaan @ RM200 x 3 majlis - RM600.00 Striker Kereta @ RM20.00 x 15 buah - RM300.00 Perbelanjaan Luar Jangka/Runcit - RM500.00 Jumlah Besar - RM18,000.00 SUMBER KEWANGAN: Adalah dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada Y.B. Dato Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Terengganu. JANGKAAN OUTPUT: Dengan terlaksananya program ini peserta akan meningkatkan sahsiah diri, kefahaman dan kemahiran tentang pemanduan semasa berada di jalanraya. Program ini juga adalah sebagai benteng kepada generasi muda untuk tindak mengulangi lagi pemanduan yang boleh merbahaya atau meragut nyawa mereka sendiri serta mengancam pengguna jalanraya yang lain. Merapatkan hubungan dengan kerjasama antara peserta dengan jabatan/agensi kerajaan dan ngos lain supaya lebih mesra dan didalam usaha mengurangkan gejala tidak sihat dikalangan mereka. PENUTUP:

Semoga usaha-usaha kami untuk membantu kerajaan menerusi aktiviti penjelajahan dan kemasyarakatan ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada semua pihak terutama jabatan/agensi kerajaan. Penglibatan generasi muda didalam persatuan belia amat baik untuk memantapkan proses kematangan diri bersesuaian dengan slogan Belia Cakna, Belia Bestari kearah membentuk generasi muda yang berwawasan, berdinamik dan berilmu. Sekian.

Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu