kertas kerja jom fit & cergas

9
1.0 PENGENALAN Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan berterusan yang diusahakan oleh pihak sekolah kepada golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 KEMPEN JOM FIT & CERGAS Jom Fit & Cergas boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Fit dan Cergas ini menjurus kepada aktiviti kecergasan seperti senaman, senamrobik, Kids Athletics dan BMI. 1.2 TUJUAN PROGRAM Bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kecergasan kepada murid- murid. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan kecergasan dari seawal usia di bangku sekolah . 1.3 RASIONAL PROGRAM Program Jom Fit & Cergas ini merupakan satu program kecergasan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan

Upload: mursain-nordin

Post on 27-Jan-2016

1.748 views

Category:

Documents


169 download

DESCRIPTION

Panitia PJK

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini

mengenai cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas dengan

melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan berterusan yang

diusahakan oleh pihak sekolah kepada golongan yang disasarkan

iaitu murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai

pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh

masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat

mengenai kesihatan dan kecergasan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah

diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di

luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup

ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku

sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM FIT & CERGAS

Jom Fit & Cergas boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih

sejahtera. Amalan Jom Fit dan Cergas ini menjurus kepada aktiviti

kecergasan seperti senaman, senamrobik, Kids Athletics dan BMI.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek

kecergasan kepada murid- murid. Pengetahuan dan kemahiran

mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan

sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan

diterapkan mengenai kepentingan kecergasan dari seawal usia di

bangku sekolah .

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Fit & Cergas ini merupakan satu program kecergasan

untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa

tanggungjawab para pelajar mengenai kepentingan kecergasan diri

melalui program ceramah , tayangan video dan amali senaman.

Page 2: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kecergasan yang

memuaskan dari segi fizikal. Mental dan jasmani sewaktu

menjalankan semua aktiviti di sekolah. Badan yang cergas akan

melahirkan minda yang cerdas.

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai aktiviti

kecergasan dengan menerapkannya kepada para murid.

• Menanam kesedaran mengenai amalan Jom Fit & Cergas g di

kalangan pelajar walau di mana mereka berada.

• Memastikan para murid dapat belajar dalam keadaan sihat dan

ceria ketika di sekolah dan bebas obesiti.

Page 3: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

2.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI

2.1 Ajk Induk Program Jom Fit & Cergas

PenasihatEn. Jamil B. Tagu

Guru Besar

PengerusiEn. Jamanie B. Ubong

Guru Penolong Kanan Kokum

SetiausahaEn. Mursain B. Nordin

Ketua Panitia Pjk

En. Mohd.Noor B. SiruGuru Kesihatan

BendahariPn. Norhidayati Binti Abdur Rahman

AjkEn. Joseph B. Jamil (Ajk Siaraya)

Ustaz Mustaffa B.Abdullah (Ajk Makanan)En. Silvester Dadi (Ajk Dokumentasi)

Pn. Hamsiah Binti Hamid (Ajk Urusetia)En. Mohd. Rozaimi B. Rajid (Ajk Acara/Aktiviti)Ustaz Abd. Muhaimien (Ajk Kawalan Murid)

Page 4: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas
Page 5: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas
Page 6: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

3.0 CADANGAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan selama 3 hari berturut-turut pada 06-07 November 2014.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat:

Bil Aktiviti yang Dirancang

1 CERAMAH ‘JOM FIT & CERGAS’

2JOM FIT

(SENAMROBIK, KIDS ATHLETIC, WORKOUT)

3 KUIZ KECERGASAN FIZIKAL

3.1 TENTATIF PROGRAM

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi

Khamis06/11/20

147.30-8.10

Ceramah ‘Jom Fit & Cergas’

Semua Murid Kelas Tahun

1

Jumaat07/11/20

14

7.30 -9.30

Jom Fit (Senamrobik & Kids Athletic,

Workout)

Semua Murid.Padang Sekolah

10.00 – 11.30

Kuiz Kecergasan Fizikal

Semua muridKelas Tahun

1

Page 7: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

4.0 JUMLAH PERBELANJAAN

Bil PERBELANJAAN JUMLAH

1. Hadiah RM 70.00

JUMLAH BESAR RM 70.00

5.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1.Panitia Pendidikan Jasmani &

KesihatanRM 350.00

JUMLAH RM 350.00

6.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Jom Fit & Cergas ini dapat dilaksanakan dengan

jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan

aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat

sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk

meningkatkan kecergasan diri. Semoga usaha murni ini mendapat

sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada

murid-murid khususnya.

Page 8: Kertas Kerja Jom Fit & Cergas

Disediakan oleh,

Tarikh: 15/10/2014

……………………………..........…

(EN. MURSAIN B. NORDIN)KETUA PANITIA PJ/PKSK SRI DARUN

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........

(EN. JAMANIE B. UBONG)GURU PENOLONG KANAN KOKUMSK SRI DARUN

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...

(EN. JAMIL B. TAGU)GURU BESARSK SRI DARUN