kertas kerja hari sukan negara peringkat sk skarok| oktober 2016

20
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK PADA

Upload: stephanie-unsil-rakey

Post on 16-Apr-2017

653 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK

PADA

8 OKTOBER 2016

1.0 NAMA PROGRAM

Page 2: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Hari Sukan Negara SK Skarok, Lubok Antu.

2.0 PENGENALAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara akan

disambut pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan

Negara pada 8 Oktober 2016 ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan menjadikan

sukan sebagai budaya hidup yang dijangka mampu menarik penyertaan tiga juta rakyat

di seluruh negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan

berkenaan pelbagai aktiviti sukan dan riadah harus diadakan untuk setiap lapisan

masyarakat. Hari Sukan Negara merupakan satu agenda penting bagi rakyat Malaysia

untuk membina asas ke arah negara bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai

budaya hidup kita.

Sambutan Hari Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta dan

rakyat secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat bukan sahaja

menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau

‘mass participitation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan

rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

Dalam konteks pelaksanaan di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara ini mampu

melahirkan para guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam membudayakan

bersukan dalam kehidupan mereka.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini

mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang

dijalankan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Skarok, Lubok Antu

adalah dibawah pengendalian guru Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana

pengisian aktiviti senamrobik dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap

kecergasan fizikal warga sekolah secara menyeluruh.

3.0 Matlamat

Page 3: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Melalui program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini

akan merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi

menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang

sentiasa bersukan menjadi satu budaya hidup .

Program ini turut akan memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah

yang terlibat bahawa gaya hidup sihat dengan bersukan dapat mengatasi masalah

obesiti dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi penyebab kepada penyakit

jantung, kencing manis dan darah tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah :

4.1 Menggalakkan pegawai, guru, masyarakat setempat dan khasnya murid aktif

dalam aktiviti sukan dengan tujuan bagi melahirkan murid yang cerdas,

cergas dan sihat.

4.2 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pegawai, guru,

masyarakat setempat dan murid bahawa sukan sebagai unsur bagi menjana

kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya dalam

kehidupan seharian.

4.3 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk

interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru dan murid berbagai kaum serta

masyarakat setempat ke arah melahirkan satu bangsa dan Negara yang kuat

melalui aktiviti sukan.

5.0 PELAKSANAAN

Page 4: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Tarikh : 8 Oktober 2016

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Padang sekolah SK Skarok

6.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru , staf-staf sokongan dan murid-murid SK Skarok

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI CATATAN

1 Membuat perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

2 Pembinaan kertas kerja Kertas Kerja disiapkan

3 Penyemakan dan pengesahan kertas Merujuk kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

4 Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Merujuk kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

5 Taklimat pembahagian tugas Ahli Jawatan Kuasa Kerja bersama guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana

Dijalankan di Makmal Komputer Sekolah

6 Pelaksanaan Hari Sukan Negara Padang Sekolah SK Skarok

7 Refleksi dan dokumentasi atau pelaporan Laporan

7.1 PENGISIAN PROGRAM

Page 5: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

i Ucapan aluan Guru Besar

ii Aktiviti Memanaskan Badan

iii Senamrobik

iv Merentas Desa

1km ( Tahun 1 & Tahun 2)

4km ( Tahun 3, 4, 5 & 6)

v Sukaneka Prasekolah

Prosedur dan laluan merentas desa adalah seperti yang dilampirkan (Rujuk

bahagian lampiran).

vi Aktiviti Menyejukkan Badan

vii Jamuan ringan

8.0 JAWATANKUASA KERJA

8.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Cikgu Ajan Anak Embang(Guru Besar)

Pengerusi Cikgu Suai Anak Isau(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 Cikgu John Kedebo(Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 Cikgu Sylvia Tugan(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Program Cikgu Lofez Robyn JulinCikgu Stephanie Unsil Anak Rakey

8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja / Pelaksana

Page 6: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Ahli Jawatankuasa Bidang Tugas

a) Penyelaras ProgramCikgu Lofez Robyn Julin

Cikgu Stephanie Unsil Anak

Rakey

i Merujuk pengerusi jika ada permasalahan

dan memerlukan keputusan sesuatu

perkara

ii Merancang segala perjalanan program

dengan teliti

iii Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja

iv Memantau dan memastikan perancangan

setiap ajk kecil yang dilantik, pelaksanaan

semasa aktiviti dan laporan aktiviti dibuat

mengikut perancangan takwim dan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pengerusi.

v Memastikan segala aktiviti pra-

perancangan, pelaksanaan dan selepas

program berjalan dengan lancar dan

selamat.

vi Protokol semasa program berlangsung

b) Keselamatan dan Kawalan Disiplin Murid

Cikgu Senorita - Tahap 2

Cikgu Jamal - Tahap 1

Cikgu Julia - Prasekolah

i Memastikan disiplin dan keselamatan

murid terkawal

ii Melengkapkan peti pertolongan cemas

iii Memberi pertolongan bantu mula kepada

murid yang cedera

c) SenamrobikCikgu Bibi Ceclia

Cikgu Jennifer Sungong

Cikgu Taini

i Merancang dan memilih lagu serta

gerakan senamrobik yang sesuai

ii Mengetuai aktiviti senamrobik di padang

iii Memantau penglibatan semua warga

sekolah dalam aktiviti senamrobik

d) Buku Programi Menyediakan Buku Program Sambutan

Hari Sukan Negara

Page 7: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Puan Rahmah Bt Drahman ii Mencetak dan mengagihkan kepada

semua yang terlibat

e) KebersihanPuan Pungu ak Makum

Pekerja Swasta

i Memastikan kebersihan kawasan sekitar

tapak pelaksanaan program Hari Sukan

Negara

ii Membersihkan kawasan di mana aktiviti

dijalankan

f) Juru Acara MajlisCikgu Mohd. Nazir Bin Ramli

i Mengacarakan majlis sepanjang program

dijalankan

ii Memastikan perjalanan program berjalan

dengan lancar

g) Siaraya Encik Faizal

i Menyediakan peralatan sistem siaraya

yang diperlukan

ii Mengemas semula peralatan sistem

siaraya

h) Persiapan Tempat Dan Peralatan En. Suhaimi Bin Ariffin Encik Mohd. Noor

Rahmad Bin Sarkawi

i Menyediakan segala peralatan yang

diperlukan untuk Hari Sukan Negara

ii Menyediakan checkpoint bagi setiap

acara Merentas Desa

i) Persiapan Trek Merentas Desa & Sukaneka

i. Cikgu Lofez

ii. Cikgu Gilbert

iii. Cikgu John

j) Jurugambar Cikgu Jennifer Anak

Sungong Cikgu Jamal Bin Abu Cikgu Siti Fairuz Binti

Bahman

i Mengambil foto bagi setiap aktiviti yang

dijalankan

ii Menyerahkan foto yang diambil kepada

AJK Dokumentasi atau Laporan

k) AJK Sukaneka Pra Sekolah

i Mengetahui cara dan peraturan acara

merentas desa, sukaneka

ii Mengawasi segala perlakuan murid yang

Page 8: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Cikgu Julia Bada

Puan Ngayun Anak Tilla

l) AJK Acara Merentas Desa Perlepasan

Cikgu Ajan

Cikgu Suai

Checkpoint 1 Puan Cordellia Ak Aing

Puan Bibee Ak Kiden

Checkpoint 2 Puan Pressica Ak

Jonathan Cikgu Taini

Checkpoint 3 Cikgu Mohd Nazir Bin

Ramli Cikgu Bibi Cecelia

Penamat Cikgu Ajan Cikgu Suai

menjalankan acara merentas desa

iii Memastikan keselamatan murid semasa

mengikuti acara merentas desa

iv Memastikan semua murid terlibat dengan

aktif

v Memastikan acara merentas desa

dijalankan mengikut prosedur yang betul

Dokumentasi / laporanCikgu Stephanie Unsil Rakey

i. Menyediakan laporan selepas program

selesai dilaksanakan

9.0 PERBELANJAAN

Tiada peruntukkan perbelanjaan bagi program Hari Sukan Negara ini.

10.0 TENTATIF PROGRAM

Page 9: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

MASA AKTIVITI PROGRAM

7.30 pagi - Para guru, murid dan AKP berkumpul di padang

- Ucapan aluan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum

- Aktiviti memanaskan badan

- Senamrobik

- Merentas Desa / Sukaneka

- Menyejukkan Badan

- Jamuan Ringan

- Bersurai

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang

disasarkan. Selain itu, seluruh warga sekolah akan mengambil bahagian dalam aktiviti-

aktiviti sukan dan permainan di samping menyemaikan semangat dalam

membudayakan bersukan dalam kehidupan mereka. Pelaksanaan sambutan Hari

Sukan Negara di peringkat sekolah iaitu SK Skarok, Lubok Antu ini mampu melahirkan

modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir sekali,

sambutan Hari Sukan Negara ini penting untuk membina asas sebuah negara yang

menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

Disediakan Oleh

_____________________________

Page 10: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

(STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY)

Penyelaras

Hari Sukan Negara

SK Skarok, Lubok Antu.

Disemak Oleh

_____________________________

(SUAI ANAK ISAU)

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,

SK Skarok, Lubok Antu.

Disahkan Oleh

_____________________________

(AJAN ANAK EMBANG)

Guru Besar,

SK Skarok, Lubok Antu.

Page 11: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

LAMPIRAN

PROSEDUR PERMAINAN

Page 12: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

PERMAINAN MENGIKUT STESEN

Aktiviti yang dijalankan adalah saling berkaitan dengan konsep Sains.

PERMAINAN PENERANGANCabut ekor

(Prasekolah)

Murid-murid akan membentuk dua kumpulan yang terdiri

daripada 9 orang setiap kumpulan, iaitu kumpulan musang

(penyerang) dan kumpulan ayam (penjaga).

Kumpulan ayam akan menjaga ekor yang diletakkan di belakang

setiap ahli kumpulan daripada dicabut oleh kumpulan musang.

Setelah tamat masa, kedua-dua kumpulan bertukar peranan dan

permainan dimulakan.

Kumpulan yang paling banyak mengumpul ekor ayam setelah

tamat sesi permainan dikira sebagai pemenang.

Permainan ‘Cabut ekor’ adalah berkaitan dengan tajuk Ciri-ciri

pemakanan. Di sini, musang mempunyai ciri pemakanan

dinamakan karnivor manakala ayam pula mempunyai ciri

pemakanan dinamakan herbivor.

Musang adalah pemangsa manakala ayam adalah mangsa.

Pijak belon

(Tahun 1 dan 2)

Seramai 9 orang murid akan memasuki gelanggang dalam satu-

satu masa.

Setiap murid akan diikatkan sebiji belon di kaki mereka.

Permainan ini dimainkan secara individu. Mereka dikehendaki

untuk memijak belon rakan yang lain.

Dalam masa yang sama, mereka akan menjaga belon di kaki

masing-masing daripada dipecahkan oleh rakan yang lain.

Mana-mana murid yang telah pecah belon di kakinya dikira mati.

Murid yang terakhir yang mempunyai belon yang belum pecah

dikira sebagai pemenang.

Permainan ‘Pijak Belon” berasaskan konsep kemandirian spesis,

Murid perlu menjada belon yang diikat pada kaki masing-masing

Page 13: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

seperti haiwan yang menjada diri daripada musuhnya bagi

mengekalkan kemandirian spesisnya.

Laga ayam

(Tahun 3 dan 4)

Murid-murid akan membentuk dua kumpulan yang terdiri dari 9

atau 10 orang.

Mereka akan berdiri denga sebelah kaki sahaja dengan satu kaki

disilangkan pada paras pinggang.

Setiap ahli kumpulan akan menyerang pihak lawan dan perlu

menjatuhkan mereka dengan melagakan kaki mereka pada pihak

lawan.

Ahli kumpulan dikira mati apabila menjejakkan kedua-dua belah

kaki di atas lantai.

Ahli kumpulan terakhir yang tinggal di akhir permainan dikira

sebagai pemenang.

Permainan ‘Laga Ayam’ pula berkenaan konsep dalam tajuk

Kekuatan dan Kestabilan.

Murid-murid akan mengangkat kaki sebelah dan cuba berdiri

dengan stabil untuk mengekalkan posisi daripada tumbang

apabila dikenakan daya daripada rakan yang menyerang.

Dodge ball (Tahun 5 dan 6)

Murid-murid akan membentuk dua pasukan yang terdiri daripada

6 atau 7 orang.

Kedua-dua pasukan akan berebut satu bola yang diletakkan di

garisan tengah.

Mana-mana ahli pasukan yang berjaya merebut bola tersebut

perlu mematikan ahli pasukan lawan dengan membaling bola

tersebut ke badan pihak lawan.

Ahli pasukan hanya akan dikira mati apabila bola yang dibaling

oleh pihak lawan mengenai badannya iaitu bahagian pinggang

dan ke bawah sahaja.

Ahli pasukan tidak dikira mati sekiranya mereka dapat

menyambut bola yang dibaling ke arah mereka.

Page 14: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

Pasukan yang paling cepat menyingkirkan pihak lawan dikira

sebagai pemenang.

Akhir sekali, permainan ‘Dodge Ball’ adalah berpegang kepada

konsep Daya iaitu murid akan melontar bola ke arah rakan

menggunakan daya.tolakan.

PELAN B

TENTATIF PROGRAM

Page 15: Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016

MASA AKTIVITI PROGRAM

8.00 pagi - Para guru, murid dan AKP berkumpul di dewan.

- Ucapan aluan oleh Guru Besar

- Senamrobik

- Aktiviti permainan kecil :

a) Permainan Cabut Ekor - Prasekolah

(Kelas Tahun 1)

b) Permainan Pijak Belon - Tahun 1 Dan Tahun 2

(Kelas Tahun 2)

c) Permainan Laga Ayam - Tahun 3 dan Tahun 4

(Dewan)

d) Permainan ‘Zero Point’- Tahun 5 dan Tahun 6

(Dewan)

- Jamuan Ringan

- Bersurai