kertas kerja golf msss 2012

Upload: zainudinchesab

Post on 15-Jul-2015

2.127 views

Category:

Documents


73 download

TRANSCRIPT

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

1. TAJUK Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor 2012 2. TUJUAN Kertas Cadangan ini dibentangkan sebagai panduan kepada Jawatankuasa Pengelola untuk memberi gambaran dan maklumat-maklumat penting yang perlu diambil kira semasa merangka tugasan. 3. MATLAMAT Pengelolaan pertandingan ini adalah bermatlamatkan berikut :

3.1. Menyediakan satu arena pertandingan golf bagi memberi ruang kepada pengembangan bakat atlet-atlet golf yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah seluruh negeri selangor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor. 3.2. Mengiktiraf bakat dan pencapaian murid dalam sukat elit (Golf) untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. 3.3. Mencungkil bakat dan memilih atlit-atlit golf untuk mewakili MSS Selangor ke Kejohanan Golf MSSM 2012. 4. TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN 4.1. Tarikh 4.2. Tempat 5. PENAJA Nestle Products Sdn. Bhd. 6. MAKLUMAT KEJOHANAN 6.1. Nama Kejohanan 6.2. Penganjur 6.3. Pengelola 6.4. Peringkat 6.5. Tarikh 6.6. Penyertaan : : : : : : Kejohanan Golf MSS Selangor 2012 Jabatan Pelajaran Selangor MSSD Hulu Selangor Negeri Selangor 14 hingga 16 Februari 2012 Semua Sekolah-sekolah di bawah MSS Selangor : : 14 hingga 16 Februari 2012 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Club

1

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

6.7. Acara / Kategori

:

Perseorangan Bawah 18 tahun lelaki (Gross) Perseorangan Bawah 15 tahun lelaki (Gross) Perseorangan Bawah 12 tahun lelaki (Gross) Perseorangan Bawah 18 tahun perempuan (Gross) Perseorangan Bawah 15 tahun perempuan (Gross) Perseorangan Bawah 12 tahun perempuan (Gross) Borang yang lengkap dan disahkan Kategori Menengah Borang MSSM M01 Kategori Rendah Borang MSSM R01 SMK Dato Haji Kamaruddin, Jalan Rasathurai. 44000 Kuala Kubu Bharu 03-60641378 10 Februari 2012 (Jumaat) Fax : 03-60652378

6.8. Pendaftaran

:

6.9. Alamat Penghantaran Pendaftaran 6.10. Telefon 6.11. Tarikh Tutup Penyertaan 7. PENYERTAAN

:

: :

7.1. Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan rakyat Malaysia yang bersekolah di Selangor dan ahli gabungan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS). 7.2. Bagi sekolah swasta atau persendirian yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dibenarkan atau layak untuk mengambil bahagian. 7.3. Penyertaan mengikut daerah tetapi bilangan peserta tidak dihadkan. 7.4. Peserta hanya dibenarkan bertanding dalam SATU peringkat umur sahaja mengikut ketetapan berikut : 7.4.1. Bawah 18 tahun (lahir pada 1/1/94 atau selepasnya) 7.4.2. Bawah 15 tahun (lahir pada 1/1/97 atau selepasnya) 7.4.3. Bawah 12 tahun (lahir pada 1/1/99 atau selepasnya) 8. PERALATAN 8.1. Peralatan pertandingan disedia dan diselia sendiri oleh peserta yang mengambil bahagian. 8.2. Penggunaan Buggy akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. 9. PENGINAPAN Penginapan peserta atau pasukan diuruskan oleh daerah masing-masing.

2

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

10. MAKANAN 10.1. Makan dan minum akan uruskan oleh JK Pengelola merangkumi sarapan pagi dan makan tengahari. 10.2. Makan dan minum yang disediakan hanya untuk peserta, pegawai kejohanan dan JK Pengelola sahaja. 10.3. Makan dan minum yang disediakan TIDAK TERMASUK bagi guru pengiring dan ibu bapa serta penonton yang hadir. 11. MINUMAN PERTANDINGAN Minuman pertandingan akan disediakan oleh JK Pengelola 12. PENYAMPAIAN HADIAH / SAMBUTAN / JEMPUTAN 12.1. 12.2. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga keenam Pecahan hadiah yang disediakan adalah seperti berikut : 12.2.1. 12.2.2. 12.2.3. 12.2.4. 12.2.5. 12.2.6. 12.3. Perseorangan Lelaki bawah 18 tahun (Gross) 1 emas, 1 perak, 4 gangsa Perseorangan Lelaki bawah 15 tahun (Gross) 1 emas, 1 perak, 4 gangsa Perseorangan Lelaki bawah 12 tahun (Gross) 1 emas, 1 perak, 4 gangsa Perseorangan Perempuan bawah 18 tahun (Gross) 1 emas,1 perak, 4 gangsa Perseorangan perempuan bawah 15 tahun (Gross) 1 emas, 1 perak, 4 gangsa Perseorangan perempuan bawah 12 tahun (Gross) 1 emas, 1 perak, 4 gangsa

Cadangan Aturcara Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah: 12.3.1. 12.3.2. 12.3.3. 12.3.4. 12.3.5. 12.3.6. 12.3.7. 12.3.8. Peserta dan para jemputan mengambil tempat Ketibaan tetamu kehormat Nyanyian Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengerusi JK Pengelola Ucapan Perasmian Penutupan Penyampaian Hadiah Bersurai

12.4.

Tetamu Jemputan Khas & Perasmi : 12.4.1. 12.4.2. Pengarah, Timbalan @ Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Selangor YB Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim, ADUN Batang Kali (Perasmi)

12.5.

Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan di vanue pertandingan.

3

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

13. CENDERAMATA 13.1. 13.2. 14. SIJIL 14.1. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan boleh dituntut di meja urusetia selepas selesai pertandingan pusingan awal. Sijil Pencapaian akan diberi kepada pemenang tempat pertama hingga keenam setiap kategori dan disampaikan bersama hadiah kemenangan pada Majlis Penyampaian Hadiah. Sijil Penghargaan sebagai pengiktirafan dan sumbangan akan diberikan individu atau kumpulan berikut : 14.3.1. Referi 14.3.2. Pegawai Kejohanan Marker / Scorer 14.3.3. Ahli Jawatankuasa Pengelola Tatacara penyampaian Sijil Penghargaan akan diputuskan di peringkat Mesyuarat JK Pengelola. 14.4. Diharapkan semua daerah dapat menghantar senarai peserta lebih awal atau pada tarikh yang ditetapkan untuk kemudahan urusetia bagi tujuan persijilan. Cenderamata yang difikirkan sesuai dan diputuskan dalam mesyuarat JK Pengelola perlu disediakan kepada Perasmi Majlis Penutupan sahaja. Cenderamata tersebut disampaikan pada akhir Majlis Penyampaian Hadiah.

14.2.

14.3.

15. KAWALAN KESELAMATAN DAN DISIPLIN 15.1. Semua pengurus pasukan atau guru pengiring dikehendaki memantau dan memastikan aspek keselamatan dan disiplin para peserta sepanjang kejohanan berlangsung. Etika atau tatacara berpakaian, perlakuan dan tindakan (kesopanan) semasa Majlis Penyampaian Hadiah hendaklah diberi perhatian dan dititikberatkan oleh pengurus pasukan, guru pengiring serta JK Pengelola. JK Majlis Penutupan hendaklah memberi taklimat ringkas atau peringatan kepada para peserta terutamanya penerima hadiah tentang tatacara atau tertib Majlis Penutupan. Keselamatan peserta adalah di bawah tanggungjawab kontijen atau pengurus pasukan masing-masing.

15.2.

15.3.

15.4.

4

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

16. KRONOLOGI KEJOHANANTARIKH MASA 09.00 Pagi 19 Jan 2012 11.00 Pagi y Mesyuarat Penyelarasan BBGCRC PERKARA y Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal TEMPAT BBGCRC

31 Jan 2012

10.00 Pagi

y Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola

PPD Hulu Selangor

10 Feb 2012

-

y Tarikh Tutup Penyertaan Fax : 03-60652378 Email : [email protected]

13 Feb 2012

8.00 pagi

y Latihan Penyesuaian Padang

BBGCRC

14 Feb 2012

08.00 pagi

y Kejohanan Golf MSSS (Pusingan Awal P18, P15, P12 & L12)

BBGCRC

15 Feb 2012

08.00 pagi

y Kejohanan Golf MSSS (Pusingan Awal L18 & L15 y Kejohanan Golf MSSS (Pusingan Akhir Semua Kategori) y Majlis Penutupan y Latihan Pusat Pasukan MSSS ke Kejohanan Golf MSSM

BBGCRC

16 Feb 2012

08.00 pagi

BBGCRC

27 Feb 2012 05 Mac 2012 06 Mac 2012 10 Mac 2012

-

Hulu Selangor

-

y Kejohanan Golf MSSM 2012

Ipoh, Perak

5

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

17. JADUAL / TENTATIF PERTANDINGAN

HARI PERTAMA (14 FEBRUARI 2012) Kategori Peringkat 07.00 pagi 07.45 pagi 08.00 pagi 01.00 petang 02.00 petang : : : : : : : P18 / P15 / P12 / L12 Pusingan Awal Pendaftaran / Sarapan Bergerak ke Tee Box Tee Off (Short Gun) Pertandingan Selesai / Makan Tengahari Keputusan

HARI KEDUA (15 FEBRUARI 2012) Kategori Peringkat 07.00 pagi 07.45 pagi 08.00 pagi 01.00 petang 02.00 Petang : : : : : : : L18 / L15 Pusingan Awal Pendaftaran / Sarapan Bergerak ke Tee Box Tee Off (Short Gun) Pertandingan Selesai / Makan Tengahari Keputusan

HARI KETIGA (16 FEBRUARI 2012) Kategori Peringkat 07.00 pagi 07.45 pagi 08.00 pagi 01.00 petang 02.00 Petang : : : : : : : P18 / P15 / P12 / L18 / L15 / L12 Akhir Pendaftaran / Sarapan Bergerak ke Tee Box Tee Off (Short Gun) Pertandingan Selesai / Makan Tengahari Majlis Penutupan & Penyampaian hadiah

6

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

18. JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : YG BHG TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Selangor TUAN HAJI MAHMUD BIN KARIM Timbalan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Selangor TUAN HAJI ABDUL KHALID BIN JAAFAR Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor Pegawai Pelajaran Daerah Pelajaran Daerah Hulu Selangor ENCIK NOOR AZLI BIN ABD RAHMAN Penolong Pengarah Kanan Bidang Sukan JPNS ENCIK AHMAD LUTFI BIN MOHAMAD YAZID Penolong Pengarah Dasar dan Perancangan Sukan Jabatan Pelajaran Selangor ENCIK WONG YOKE CHOOI Penyelia Sukan Jabatan Pelajaran Selangor ENCIK MOKHTAR BIN MAHMOOD Pegawai Teknikal SPTS, Jabatan Pelajaran Selangor CIK SABARIAH BINTI NORDIN Penyelia Kanan Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor PUAN DAYANG RANIAH BINTI AWANG JALIL Pegawai Teknikal SPTS, Jabatan Pelajaran Selangor

Timb. Pengerusi :

Naib Pengerusi I :

Naib Pengerusi II : Setiausaha :

Pen. Setiausaha I :

Pen. Setiausaha II: Pen. Setiausaha III: Bendahari Pen Bendahari : :

7

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

19. JAWATANKUASA PENGELOLA Penasihat : YG BHG TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor TUAN HAJI ABDUL KHALID BIN JAAFAR Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPNS Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor ENCIK JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor ENCIK KAMSAH BIN MOKHTAR Pengetua SMK Dato Haji Kamaruddin ENCIK NORAZIMI BIN MOHD. YUSOF Penyelia Kanan Pembangunan Sukan PPD Hulu Selangor ENCIK ZAINUDIN BIN CHE SAB SMK Dato Haji Kamaruddin PUAN SARINA BIN SHAARI Penyelia Sukan PPD Hulu Selangor ENCIK MOHD HANIF BIN TUAMAN SMK Dato Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu ENCIK IDRIS BIN ABD RAHMAN SK Desa Putra

Timb. Pengerusi :

Naib Pengerusi Setiausaha

: :

Pen. Setiausaha :

Bendahari

:

Pengerusi Teknik : dan Pembangunan

AHLI JAWATANKUASA Urusetia / Statistik / Sijil Majlis Penutupan / Hadiah / Protokol Keselamatan / Kecemasan Jamuan / Minuman Pegawai Buku Program / Publisiti / Siaraya Dokumentasi : : : : : : SMK DATO HAJI KAMARUDDIN SMK BUKIT SENTOSA SMK BUKIT SENTOSA (2) SK TMN BUNGA RAYA (1) SK BUKIT BERUNTUNG PKG KG SOEHARTO

8

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

20. BILANGAN AHLI JAWATANKUASA KECIL ANALISA BILANGAN AHLI JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN GOLF MSSS 2012 BIL 1 2 3 4 5 6 JAWATANKUASA Pengurus Kejohanan Referi Pembantu Referi Marker / Scorer Urusetia / Statistik / Sijil Majlis Penutupan / Hadiah / Protokol : - Pengacara Majlis - Pembaca Doa - Pengurus Hadiah Keselamatan / Kecemasan : - Guru Penasihat - PBSM Jamuan / Minuman Pegawai Buku Program / Publisiti / Siaraya Dokumentasi / Fotografi JUMLAH BILANGAN 1 1 1 20 4 HARI BERTUGAS 3 hari 3 hari 3 hari 3 hari 3 hari

1 1 3

1 hari 1 hari 1 hari

7

1 2 2 2+2 2 43

3 hari 3 hari 3 hari 1 hari 3 hari -

8 9 10

21. PANDUAN BIDANG TUGAS 21.1. Urusetia / Statistik / Sijil Menyediakan Kertas Konsep Kejohanan. Menyelaras semua tugas jawatankuasa. Menyelaras mesyuarat dan majlis taklimat berkaitan. Menubuhkan bilik operasi / urusetia sepanjang kejohanan. Menyediakan peraturan dan jadual pertandingan. Menyedia dan mengedar borang-borang pertandingan. Menerima borang penyertaan M02, M01, R02 & R01. Menyelaras dan menyelia pendaftaran peserta. Membuat statistik kejohanan. Mengeluar dan mengedar keputusan pertandingan. Menyediakan dan mengedarkan sijil-sijil kejohanan. Menjadi rujukan kepada semua jawatankuasa.

9

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

21.2.

Majlis Penutupan / Hadiah / Protokol Menyediakan, menyusun dan menghias tempat majlis penutupan. Memastikan susunan dan kedudukan tetamu kehormat mengikut protokol yang betul. Mendapatkan hadiah dan sijil-sijil daripada pihak urusetia. Menyusun hadiah dan sijil mengikut kategori dan urutan majlis. Menyediakan cenderamata perasmi. Menyediakan peralatan yang berkaitan dengan majlis penyampaian hadiah. Menyediakan Juruacara dan Pembaca Doa. Menyediakan Teks Pengacara mengikut aturcara yang telah diputuskan. Menentukan kedudukan VIP dan Tetamu Kehormat dan Jemputan yang hadir. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

21.3.

Keselamatan / Kecemasan Menyedia dan memasang penunjuk arah vanue pertandingan. Memantau aspek keselamatan peserta sepanjang kejohanan berlangsung. Melantik sekurang-kurangnya DUA ahli PBSM yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk memberi pertolongan cemas sekiranya perlu. Memastikan alat atau peti pertolongan cemas yang di bawa lengkap dan boleh digunakan.

21.4.

Jamuan / Minuman Pegawai Berbincang dengan pihak urusetia bagi menentukan bilangan peserta dan pegawai serta jawatankuasa bagi penyediaan makanan (jamuan). Berbincang dengan pihak urusetia bagi menentukan menu (hidangan) sarapan pagi dan makan tengahari serta jamuan majlis penutupan. Memantau dan memastikan makanan disediakan mengikut jadual. Memantau serta memastikan hanya mereka yang layak dan berhak sahaja untuk menikmati makanan atau jamuan yang disediakan. Menentukan kedudukan meja jamuan bagi VIP atau tetamu kehormat yang hadir. Mendapatkan minuman pertandingan daripada pihak urusetia dan menentukan sistem pengagihan minuman kepada peserta, pegawai serta pengadil yang terlibat.

21.5.

Buku Program / Publisiti / Siaraya Mereka bentuk kulit buku program. Mendapatkan, mengumpul bahan dan membuat reka bentuk buku program. Menyediakan dummy @ contoh buku program untuk disemak oleh pihak urusetia sebelum membuat cetakan atau diperbanyakan.

10

KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012

Membuat cetakan buku program sebanyak 20 salinan bagi VIP dan 50 salinan biasa. Membuat hebahan atau permakluman kejohanan melalui media elektronik atau media cetak. Menghubungi atau menjemput pihak media untuk membuat liputan kejohanan. Mendapat banner daripada pihak urusetia dan menggantung di lokasi strategik sebagai publisiti kejohanan. Berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan keadaan sistem siaraya atau P.A Sistem siap sedia dan boleh digunakan. Mengendalikan alat siaraya atau P.A Sistem semasa majlis penutupan. Menyediakan sekurang-kurangnya sebuah healer bagi kegunaan pengurus kejohanan semasa sesi taklimat.

21.6.

Dokumentasi / Fotografi Mengambil gambar dan merakamkan video sepanjang kejohanan. Membuat tayangan video pendek atau persembahan multi-media semasa majlis penutupan atau jamuan. Membuat dokumentasi kejohanan dan diserahkan kepada pihak urusetia atau PPD Hulu Selangor untuk dipanjangkan kepada Unit Sukan Jabatan Pelajaran Selangor bagi tujuan rujukan atau rekod.

22. IMPLIKASI KEWANGAN Perbelanjaan untuk mengurus kejohanan ini diperolehi dripada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor. 23. PENUTUP Adalah diharapkan dengan penyediaan dan pembentangan kertas kerja ini, semua jawatankuasa kerja dapat memahami skop tugas masing-masing dan bertindak serta bekerja atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kelancaran kejohanan ini amat bergantung kepada kesepakatan kerja semua jawatankuasa yang mendokongnya.

Disediakan oleh : URUSETIA, KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2012, PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU SELANGOR.

11