kertas kerja cameron highland (draf)

6
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID PPKI KE CAMERON HIGHLANDS TARIKH: - belum ditentukan - (PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI) SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA 1. NAMA PROGRAM Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang bagi murid- murid Pendidikan Khas SKBB

Upload: program-pendidikan-khas-integrasi-skbb

Post on 10-Feb-2016

43 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

LAWATAN SAMBIL BELAJARMURID-MURID PPKI KECAMERON HIGHLANDS

TARIKH:

- belum ditentukan -

(PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM,

MELAKA

1. NAMA PROGRAMLawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang bagi murid-murid

Pendidikan Khas SKBB

Page 2: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

2. PENGANJUR/URUSETIALawatan ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi

(Pembelajaran) SK Batu Berendam, Melaka. Ianya dirancang untuk murid-

murid pendidikan khas.

3. TARIKH- Belum ditentukan –

4. TEMPAT CADANGANi. Ladang Tea Boh.

ii. Big Red Farm Strawberry

iii. KIA Farm

iv. MARDI

5. RASIONALProgram ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada

murid-murid pendidikan khas. Disamping itu ianya dapat membina

perhubungan sosial dengan masyarakat laur. Selain itu, program ini juga

diharap dapat membentuk satu pasukan kerjasama yang utuh dan

mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru dengan ibubapa/penjaga

yang terlibat dalam program lawatan ini.

6. MAKLUMATProgram ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan

satu aktiviti pembelajaran secara tidak langsung yang dapat menambah

ilmu pengetahuan murid berkaitan perkara di luar bilik darjah.

Page 3: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

Daripada kajian yang dilakukan secara pemerhatian dan perbualan

terdapat beberapa kekuatan dalam melaksanakan sesuatu program ini.

Justeru itu, AJK Program Lawatan ini telah mengenal pasti beberapa

kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan aktiviti ini seperti yang

diterangkan dalam jadual berikut.

KEKUATAN KELEMAHAN

1. Majoriti murid berminat untuk

meneroka dunia luar daripada

linkungan mereka.

2. Program ini membuka peluang

kepada murid-murid untuk melihat

dan berinteraksi dengan dunia luar.

3. Guru-guru & PPM mempunyai

kemahuan dan minat untuk

melakukan aktiviti luar seperti ini.

1. Faktor kewangan menjadi

penghalang dalam melaksanakan

program ini bagi membayar

pengangkutan, penginapan,

makanan dan lain-lain.

2. Kesukaran membawa murid yang

pelbagai kekurangan/permasalahan.

3. Dikhuatiri guru-guru PPKI

mempunyai tugas lain pada waktu

program lawatan ini dilaksanakan.

PELUANG ANCAMAN

1. Ibubapa memberi kebenaran

kepada anak-anak mereka untuk

menyertai lawatan ini.

2. Memohon sokongan

tajaan/sumbangan kewangan bagi

menjayakan program lawatan ini.

3. Terdapat unsur kebaikan dalam

perlaksanaan program ini.

1. Kebanyakan ibubapa/penjaga tidak

memberi kepercayaan sepenuhnya

kepada guru-guru dalam

menjalankan sesuatu aktiviti.

2. Ketidakpercayaan ibubapa/penjaga

terhadap kemampuan anak-anak

mereka untuk berdikari & menjaga

keselamatan diri sendiri.

Hasil dari analisa keadaan semasa melalui jadual di atas, AJK Lawatan

PPKI bersetuju melaksanakan program lawatan ini. Setelah perbincangan, maka

beberapa cadangan telah dibuat untuk penambahbaikan bagi kelancaran program

ini. Antaranya ialah:-

1. Perbincangan program dibuat secara teliti, teratur dan bersistematik.

Page 4: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

2. Keselamatan murid-murid istimewa ini adalah menjadi keutamaan dalam

agenda ini.

3. Ibubapa/penjaga diberi penerangan terperinci tentang program ini sebelum

dilaksanakan. Ia bagi menghapuskan kebimbingan mereka terhadap

penjagaan anak-anak mereka.

7. OBJEKTIF1. Meningkatkan kepercayaan di dalam diri murid istimewa bahawa mereka

mempunyai peluang yang sama untuk menikmati pengalaman baru

sperti murid-murid normal yang lain.

2. Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang

kehidupan masyarakat luar.

3. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid seperti bantu-

menbantu, bekerjasama, bertolak ansur, rajin dan bertanggungjawab

kepada ahli kumpulan lain.

4. Dapat menanamkan kepercayaan kepada ibubapa bahawa anak-anak

mereka boleh berdikari dan tidak perlu dikongkong aktivitinya.

5. Murid-murid diberi pendedahan untuk mengutamakan keselamatan diri

sendiri semasa berada di tempat awam.

8. PROFIL PESERTA

BIL ITEM KUANTITI1. Murid-murid PPKI SK Batu Berendam 29 orang

2. Guru-guru PPKI & GPI 7 orang

3 Pembantu PPKI (PPM) 3 orang

JUMLAH 39 orang9. ANGGARAN PEMBELANJAAN

- Belum ditentukan -

10. JAWATANKUASA Penasihat : Tn. Hj. Adam Bin Mohamad

(Guru Besar SK Batu Berendam)

Page 5: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

Pengerusi : En. Abu Bakar Bin Othman

(Guru Penolong Kanan PK)

Naib Pengerusi I : En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah

(Penyelaras PPKI SKBB)

Naib Pengerusi II : Pn. Saliza@Sasha Binti Sabdin

Setiausaha : Pn. Hjh. Hanisah Binti Bador

Bendahari : Cik Anis Suhada Binti Nazri

AJK : En. Sadab Ahmad Bin Qamruddin

: Pn. Rohaya Binti Zakariah

: Pn. Siti Syazana Binti Adnan

: Pn. Nor Zalina Binti Othman

: Pn. Nur Ilyana Binti Haris

: Pn. Nor Mimi Azura Binti Omar

11. AHLI JAWATANKUASAKetua Projek : En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah

Kewangan : Cik Anis Suhada Binti Nazri

Pengangkutan : En. Sadab Ahmad Bin Qamruddin

Makan/minum : Pn. Hjh Hanisah Binti Bador

: Pn. Nor Zalina Binti Othman

Penginapan : Pn. Rohaya Binti Zakariah

: Pn. Nor Mimi Azura Binti Omar

Sumbangan/Tajaan : Semua Guru dan PPM

Kawalan murid : Pn. Siti Syazana Binti Adnan

: Pn. Nur Ilyana Binti Haris

: Semua Guru & PPM

12.PENUTUPKami warga PPKI SK Batu Berendam berasa yakin bahawa aktiviti ini akan

dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya dana yang akan kami kumpul

mencukupi bagi program lawatan ini. Usahasama dan perhatian yang positif

dari pihak luar juga akan memberi keyakinan dalam usaha menjayakan

Page 6: Kertas Kerja Cameron Highland (Draf)

program untuk anak-anak istimewa ini. Ilmu pengetahuan tidak akan

mendatangi sebaliknya didatangi. Oleh yang demikian, atas prinsip itulah kami

sedaya upaya berusaha memberikan segala pendedahan kepada murid-murid

istimewa ini melalui pelbagai cara terutamanya tentang ilmu-ilmu akademik,

kokurikulum dan sosial. Kami yakin dan percaya dengan wujudnya program

seperti ini maka dapatlah kita melahirkan insan yang harmoni dan seimbang.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

..................................... ...................................