kertas kerja bench marking 2015

11
BINA INSAN GURU 2015 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan program BIG merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’ kepada masyarakat. Pada kali ini,BIG berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. “Lawatan Penanda Aras” atau “Lawatan Benchmarkingmenjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 1

Upload: leezm-mleez

Post on 15-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lawatan benchmaking sem 8

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas

untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini

diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan

program BIG merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai

jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati

keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga

mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran

bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap

dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang

dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi

‘insan contoh’ kepada masyarakat.

Pada kali ini,BIG berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. “Lawatan

Penanda Aras” atau “Lawatan Benchmarking” menjadi tugasan BIG yang

merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga

sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut

menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim,

infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-

aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap

tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang

lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Sebagai insan

yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi

dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh

itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 1

Page 2: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada

anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era

globalisasi.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang

berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan

berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan

batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut

Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits

of Highly Effective People” yang menekankan ke arah pembentukan manusia

yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip tertentu. Antaranya

adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih

penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru tentang gerak kerja

dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran

awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih

eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang

cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan

pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi

cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati

diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni

membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu

membina realiti wawasan negara.

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 2

Page 3: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

3.0 MATLAMAT

Matlamat (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan

kemahiran dan penanda aras. Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar

kepada guru dan lawatan ‘benchmarking’, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan

sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum di

sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap

kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam

hidup berbakti.

4.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.

4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di

sekolah.

4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 07 Julai 2015 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi hingga 5:30 petang

Tempat: SJK (C) Kwang Chien, Sarikei

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 3

Page 4: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

6.0 PESERTA

29 orang guru pelatih.

10 orang dari Sains 1

16 orang dari Sains 2

3 orang dari kelas BM ( 2 orang BM 1 dan 1 orang dari BM 2 )

( Ambilan Februari 2012)

Kumpulan Sains 1 Kumpulan Sains 2

BIL NAMA PELAJAR BIL NAMA PELAJAR

1MARTINI BINTI SEMAN

1LIZA MAN

2BIDAWATI BINTI JAAFAR

2JANET AK JOHN

3FLORA EMPAYUNG ANAK SINAU

3JANTA LADIN

4PRYNA ANAK ANDAR

4LOLY AK BUGA

5NANING ANAK ANGGANG

5SEBINA GON

6ROSMAINI BIN SAHARI

6ROSMIZA JOHAWI

7SAIFUL ABDULLAH SUKRI @ BENETTH 7 RAYMOND GALAN

8RICHMOND LEKONG

8THERRY BIN RAKAWI

9INSIN ANAK BARAK

9SYADOMAN SAFIEE

10REGINA ANAK LEBAN

10SITI ROHAJAR BIN SERUJI

KELAS BM 1

1. HII LI CHING2. LEONG SWEE LAN

KELAS BM 2

1. JALAI JANA

11SADAI LASAN

12YUNG SIOK YII

13. DONNY AK. MACHAN

14. COLLIN WAN

15. FAISAL HARYA B. RAMZI

16. LANIE ANAK LUPANG

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 4

Page 5: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

7.0 MENTOR

Pensyarah pembimbing dan penilai BIG :En. Mcnair Kudang

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 5

Page 6: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 6

Pengerusi Martini Binti Seman

Naib Pengerusi Richmond Lekong

Setiausaha Bidawati Binti Jaafar

Naib Setiausaha Regina Anak Leban (SN 1)

Flora Empayung Anak Sinau (SN 1)

Siti Rohajar Binti Seruji (SN 2)

Yung Siok Yii (SN 2)

Bendahari Pryna Anak Andar (SN 1)

Naib Bendahari Liza Man (SN 2)

AJK Keselamatan /

Pengangkutan

Saiful Abdullah Sukri @ Benetth ( SN 1)

Faisal Harya Bin Ramzi (SN 2)

AJK Dokumentasi

Video

Gambar

Naning Anak Anggang (SN 1)

Raymond Galan (SN 2)

Rosmaini Bin Sahari (SN 1)

Syadoman Safiee (SN 2)

AJK Buku Program Insin Anak Barak (SN 1)

Sadai Lasan (SN 2)

Urusetia Therry Bin Rakawi (SN 2)

Janet Anak John (SN 2)

Bacaan Doa Rosmiza Johawi (SN 2)

AJK Publisiti Janta Ladin (SN 2)

Donny Anak Machan (SN 2)

AJK Makanan dan

Minuman

Loly Anak Buga (SN 2)

Sebina Gon(SN 2)

Collin Wan (SN 2)

Lanie Anak Lupang (SN 2)

AJK Sijil dan Hadiah Martini Binti Seman(SN 1)

Page 7: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

,

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan

program :

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT

(RM)

KUANTITI JUMLAH (RM)

2 Air minuman 1.00 26 26.00

3 Cenderahati 125.50 3 376.50

4 Kertas sijil 0.50 sen 3 1.50

5 Makanan 5.00 26 130.00

JUMLAH 534.00

* Semua perbelanjaan ditanggung oleh peserta sendiri.

10.0 PENGANGKUTAN

Peserta menggunakan kenderaan sendiri

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 7

Page 8: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

11.0 ATURCARA TENTATIF

Masa Perkara

700 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan SJK( C ) Kwang Chien, Sarikei

715 pagi Mendengar taklimat ringkas dari pihak pengurusan sekolah

0730 – 0930 pagi Lawatan ke Bilik-bilik Khas / Mata Pelajaran

930 – 1000 pagi Sesi Soal Jawab / Rehat

1000 – 1200 tgh Sesi 1 - Bengkel : Ciri-ciri guru yang inovatif

Sesi 2 - Sesi soal jawab

1200 -1400 tgh REHAT

1400 – 1630 ptg Sesi 3

Slot perkongsian bersama Guru Cemerlang Sains

BUDAYA GURU CEMERLANG

GURU DAN BUDAYA INOVASI

1630 - 1700 ptg Sesi 4 - Sesi soal jawab bersama Guru Cemerlang Sains

1700 – 1730 ptg Majlis perasmian penutupan.

Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah

Sesi bergambar

Minum petang

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 8

Page 9: Kertas Kerja Bench Marking 2015

BINA INSAN GURU 2015

1730 ptg Bersurai

12.0 PENUTUP

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang

terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna.

Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan

mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai

kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur

sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta

mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan

modal insan negara.

Disediakan Oleh:

...........................................

(MARTINI BINTI SEMAN)

Pengerusi BIG FASA IV

PPG Kohot 2,

Sains 1 & 2,

IPG Kampus Rajang

Bintangor,

Sarawak.

COLLIN WAN/810109135967/SAINS2 9

Disemak oleh:

........................................................

(EN. MCNAIR KUDANG)

Pensyarah pembimbing BIG,

PPG Kohot 2,

Kumpulan Sains 2,

IPG Kampus Rajang

Bintangor,

Sarawak.